Friday, October 30, 2009

Siri bercakap dengan Dato' Seri Idris Jusoh

semalam nak dijadikan cerita, Dato' Seri Idris Jusoh datang melawat ke opis aku,
ada presentation dari Boss no. satu
dan ada presentation dari Idris Jusoh....
perghhh... aku yang biasa menjadikan Boss aku sebagai idola di tempat kerja... terus kagum dengan presentation Boss aku petang itu.... dan bijak betul Boss no 1 aku bersoaljawab dengan Idris Jusoh.

Presentation dari Idris Jusoh juga menarik ,
aku tak kenal latarbelakang Idris Jusoh ni, yang aku tahu dia orang Besut kikikii... dulu - dulu masa dia muda , dia kerja apa ya ? nak jugak tahu kerja dia sebelum masuk politik ? cikgu ka ?
arkitek ka ? aku pom tak berapa arif tentang penglibatan beliau dalam politik, tapi errr.....errr isu sensasi beliau dengan Yang Dipertuan Agung ... aku tahu ler... kikikiiiiii

cuma sebagai seorang yang dahagakan ilmu baru, lebih - lebih lagi ilmu dalam alam pekerjaan, aku memang teruja dengan istilah dan konsep pengurusan yang di bawa oleh nya...
mungkin akan ada yang 'haaaakkkk tuiihhh...!!' bila membaca entri aku kali ini.
tapi ada aku kisah..... ?
bagi aku dalam mencari ilmu ini, lebih baik kita pasang telinga dari pasang mulut :P

diakhir pertemuan kami , ada sesi soal jawab, jadi sebagai wakil staf perempuan untuk bertanyakan soalan... ngeh..ngeh...ngeh...
aku mengamatkan keadaan dewan dengan berkata
" saya ada..... soalan peribadi "

yaaaaaaaa...satu dewan riuh gegak gempita <- wah lama betul tak guna ayat ni gegak gempita :P
aku sekadar nak tengok riaksi dia sahaja
sama ada bersedia dengan semua soklan yang bakal dihadapi atau tidak .
tapi aku tak derlah kampung sangat , untuk bertanya
'Dato Seri .... ada... adik lelaki.... yang bujang tak ?' ngehngehngeeh.... oh tidak, ianya tidak berlaku , aku hanya tanya , mengapa buku THE SECRETS OF MIND POWER" tulisan Harry Lorayne (yang ada dalam salah satu slide show dia tadi) boleh mengubah budaya kerja sesuatu organisasi dan adakah isi kandunganya juga sesuatu yang dekat di hati ?

kikikkiiii.... sudah terang lagi bersuluh dengan sportlight, mestilah aku akan bertanya hal - hal berkaitan dengan aku sahaja.... tak kan nak tanya hubungan dia dengan Agung sekarang ... nak kena buang kerja ke ?
dia jawab , buku tu dia jumpa dekat air-port dan dia memang galakkan staf bawahan nya membaca buku . Buku tu berkenaan penggunaan daya pemikiran kita secara maksimum untuk jadi lebih profesional dalam kerjaya .
Aku berani potong kuku Boboy lar , kalu buku tu ada terjual di pasaran KB....
mana ada ?
kot internet ada lar.... jadi nak tak nak... suatu hari nanti ,
aku nak kena merantau ke KL juga untuk mencari bekalan buku sempena musim tengkujuh nanti.
Lagipom , sesi pembentangan buku akan berlangsung untuk musim ke - 2 pada tahun ini
dan aku masih belum jumpa buku yang best untuk dibuat presentation.

oh cerita aku tak habis disitu, masa makan petang tu... aku terpaksa duduk dalam bilik sama dengan Idris Jusoh sebab banyak lagi kerusi kosong ... biasanya VIP, Boss - Boss , Ketua - ketua dan AJK je yang duduk dalam bilik berhidang, staf lain makan buffet diluar....
Bila aku melabuhkan punggungku dikerusi yang mengadap meja Idris Jusoh.... alamak dia panggil aku ler...
(tak puas hati la tu kikikiiii....)
dia tanya sebab apa aku tanya pasal buku tu ?
aku jawab lar , aku memang suka baca dan kumpul buku tentang kuasa minda dan buku THE SECRETS OF MIND POWER tiada lagi dalam koleksi aku.
lepas tu, Boss aku terus mencelah (peh macam dah berpakat - pakat dengan aku), dia kata aku yang jadi tukang urus sesi pembentangan buku pilihan staf musim pertama dulu...
fuhhh lega.... sekarang aku harap Idris Jusoh tak pandang seorang kepada aku...
nak buat macamana, aku ni memang suka tengok 'talk show' dan edisi siasat dan suka dengar orang bagi ceramah pasal ilmu baru.... dan juga suka kepada buku...
mungkinkah daya penumpuan aku kepada presentation dia , membuatkan dia tak selesa ?

hahahaahaaaa..... ok mungkin aku terlebih gedik dalam menulis entri ini kikikiki.....
sila jangan percaya sangat kepada isi blog aku ni...
hahahahahahaaaahahahaaa....

***************************

ok bertukar kepada mode serius :

kamu pernah alami SERENDIPITY ?
aku pernah...
malah banyak kali la juga....
semalam baru aku tahu, perkataan Serendipity pernah tersenarai dalam 10 perkataan English yang susah nak diterjemah oleh syarikat terjemahan British pada June 2004 .
Maksud serendipity yang di bawa oleh Idris Jusoh semalam ialah :

The effect by which one accidentally discovers something fortunate ,
especially while looking for something else entirely.


disini aku bukannya nak puji Idris Jusoh lebih - lebih... terjemahan serendipity tu sebenarnya buleh dikupas lagi , mengikut situasi kita...
yerlah kadang - kadang dalam kita berusaha nak cari sesuatu yang bermakna dalam hidup, tapi tak jumpa , mungkin masanya tak sesuai dan Allah mahukan kita berusaha lagi atau Allah nak tengok sejauh mana kita terus bergantung padaNya...
dan pada masa yang sama Allah bagi kita benda lain , sesuatu yang lain... dan disinilah titik yang paling penting dalam hidup kita untuk hentikan masa seketika , memberi ruang kepada diri untuk menilai sesuatu itu.
tapi ramai yang tak sedar akan kehadirannya... malah mungkin ada yang mencarut dan mencerca penemuan itu sebab ianya bukan sesuatu yang dicari atau diminta.
Jadi selalu lah bersangka baik dengan apa yang baru dalam hidup....

Gambar hiasan :D

Thursday, October 29, 2009

Faktor ketakutan ( fear factor)

macamana aku buleh terlupa , yang aku ni sebenarnya gayat ?
walaupun ada rekod pernah menawan puncak gunung Kinabalu, tapi siapa tahu disebalik wajah waja ini, sebenarnya masih ada faktor ketakutan yang buleh membunuh diri , iaitu ketinggian ! maksud aku ketinggian tanah dari paras laut , bukan lelaki yang tinggi. Jangan ada salah faham disini,
lelaki tinggi ?
i like !
;)

fuh bukan main bernas lagi cadangan aku untuk mengajak kawan aku mencoba kerusi tergantung yang melintasi hampir separuh dari Water Park dekat Bukit Merah LakeTown Resort(BMLTR) . Lepas siap bayar RM6.00 seorang , aku dengan machonya naik kerusi itu berdua dengan seorang kawan perempuan ( sumpah tak tipu memang seorang perempuan, jadi jangan coba bunuh diri dengan membayangkan yang bukan - bukan , aku tak nak bertanggungjawab sekiranya ada lelaki atau lelaki-lelaki yang tinggi_macho_buleh jadi imam_solat 5 waktu dengan tertib dan kusyuk_ pandai menyanyi_suka belanja aku_ada kerja tetap_kaya_ suka menderma tapi tak cium bau syurga kikikiiiii....)

Sebaik sahaja kaki aku mula tergantung tidak berpijak pada sebarang lantai, Ya Allah baru aku ingat, aku gayat pada tempat yang tinggi.... kawan aku apatah lagi dia lagi gayat hantu penakut , dia ingat aku akan bertindak jadi hero dalam cerita ini... giler.... habis ayat aku baca .... apatah lagi kerusi tu , pandai pula buat bunyi macam nak patah , malah aku juga turut merasa terhina dengan gegaran kerusi yang berlaku... terasa diperli - perli berat berlebihan.... Tak Guna !

namun , aku seperti biasa, bijak bertindak dalam keadaan kritikal, aku terus cuba berborak - borak dengan kawan aku, untuk mengelakkan kami berdua terjun dari kerusi masing - masing....
pada masa yang sama, aku sempat berpesan kepada kawan aku
"selipar di kaki , kepit elok - elok , kan jatuh atas kepala orang....
malu kita,

ingat... ! biar kita yang jatuh, bukannya selipar... "


mana yang lebih sakit ? jatuh atas lantai batu ke atau jatuh atas pagar besi ?

lepas tu aku bagi cadangan kepada kawan aku , apakata selepas mendarat nanti, kita cuba jalan kaki balik ke pintu masuk , tak perlu U-Turn naik kerusi lagi, buleh juga kita tengok pemandangan di sekeliling...
biasa lar, cadangan aku biasanya orang akan terima dengan sebulat suara tanpa sebarang bantahan kikikiiii...

Ya ! kami hanya guna perkhidmatan kerusi tergantung itu separuh jalan sahaja, jadi RM3 lagi nilai perkhidmatan kerusi yang kami tidak gunakan itu , kami sedekahkan kepada BMLTR untuk beli pisang dekat orang hutan yang kami tak sempat berkenalan .
Amacam ? ikhlas tak ?

Vitamin C - 1000 mg
Balik dari Bukit Merah , aku diserang selsema sampai muka sembab , mata dah jadi macam mata panda, memangla panda itu kiut... tapi kalu panda mata merah ?
kiut juga ke ? :(



SMS : Hasil dari lawatan ke BMLTR , Alhamdulillah aku diberi satu kekuatan baru untuk membuat keputusan yang penting dalam hidup . Tapi biarlah rahsia , sebab ianya baru diperingkat permulaan dan tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah mati , apatah lagi yang ada kaitan dengan Ombak Rindu.... ngheeeeee bukan !

Friday, October 23, 2009

Kenapa saya suka buku saya... episod 3

.................. bagaimana aku dibesarkan dalam kemiskinan sebelum masuk asrama , bagaimana aku tertekan di tahun terakhir aku belajar dan bagaimana gelapnya hidup ketika aku menganggur.... Semuanya menyumbang kepada pemilihan buku yang aku baca.

sebahagian dari buku yang aku ada, kalu tolak DVD/CD yang ada tu.... sekarang ni aku dah ada 4 rak buku macam tu , tergedik - gedik juga aku nak beli rak kayu yang lebih besar dan canggih macam Lara Croft ( Tomb Rider) punya library , tapi aku sedar diri , rumah aku tak cukup besar untuk bergayut.... errr maksud aku tak cukup besar untuk rak buku yang ada tangga kikikiiii...

Fakta Menarik :
- gambar itu blur sebab aku tak pandai guna kamera bila diambil sebelah malam , ya aku dengan alat elektronik memang tak kacip hahahaaa
- untuk tatapan geng Soljah kelihatan kelibat Romlah disitu.... Sabotaj 3 ada dekat pejabat dan seingat aku , masa gambar itu diambil Kacip belum dilahirkan lagi.. Perempuan Simpanan pun belum sampai.
- untuk warga PTS... ya kebanyakan buku tempatan adalah terbitan majikan kamu :D
- sebab apa aku tak ambil gambar rak yang ada sekarang ? hahahaaaa bilik aku tengah semak , aku kan tengah buat kerja opis dalam bilik. Harap maklum :P

sekarang buku yang aku baca tak tertumpu kepada buku motivasi , agama atau kewangan... kerana pemikiran aku semakin tepu , jadi aku cairkan ia dengan baca benda lain macam buku....... terbitan Soljah kikikiii... buku diet , buku tentang hati dan perasaan , buku PTK (.....walaupun dah lulus Tahap1 , selagi kerja dengan kerajaan, selagi itu buku ini wajib baca) buku kuasa minda, The Law Of Attraction , buku macamana nak mula biznes , strategi pemasaran , bagaimana nak ternak lembu secara komersial (..... hahahaaa tak per - tak per kita gelak sama - sama ), buku body language errr... ermmm banyak lagi entah lah... apa - apa sahaja yang menarik minat aku , aku baca jer...
hujung tahun lepas aku banyak surf internet tentang pertanian dan perternakan....
tak banyak buku tentang ini , tapi berlambak pula di internet...
sekarang aku banyak ulangkaji buku yang aku suka sahaja , nasib baik aku ni jenis rajin tanda tempat yang best , jadi jimat masa untuk dapatkan ayat - ayat yang aku suka. Lagipun dah tak banyak buku best di pasaran ( err maksud aku pasaran di KB kikikiiii) , kebanyakan buku yang ada mengulangi ayat - ayat atau idea dari buku penulis lama .
jadi kesimpulan disini ,

buku adalah hadiah paling mudah untuk kamu belikan kepada aku hahahaaa...
( tapi kalau dapat rak buku kayu solid ....ferrr.... meleleh air liur... )

label atau genre buku buleh rujuk perenggan di atas... tapi tolong jangan beli buku tentang politik haku tak minat langsung....tentang novel ?
kalau dah bagi sebagai hadiah.. aku baca jer,
sekarang ni pun aku tengah habiskan novel ini kikikiiiiii............

ok novel itu aku pinjam
(apsal aku banyak sedawa kalau baca novel ni ?)

TAMAT
Iklan : Aku suka lagu ni , sukakan lirik dan video klipnya sekali... dan Robbie Williams ?
aku ada kaset The Best Of dia :))
When you get to where you wanna go
And you know the things you wanna know
You're smiling
When you said what you wanna say
And you know the way you wanna say it
You'll be so high you'll be flying


SMS : pagi esok jam 8.30 aku akan bertolak ke Bukit Merah Laketown Resort dengan bas kolej , nampaknya aku satu - satunya wanita bujang mewakili pejabat aku untuk menghadiri mesyuarat ini, ah tak kisahlah janji aku buleh berendam dalam 'bath tub' dan makan sedap !


Thursday, October 22, 2009

Iklan : Tak beli tak per.... aku ok !

sementara aku sambung episod terakhir entri Kenapa Saya Suka Buku Saya .... sama - samalah kita layari iklan : Tak Beli Tak per.... aku ok !

Model tengah bersiap - siap ....


peralatan untuk sesi fotografi pun dah siap....
tapi atas permintaan model jemputan :
bahan dan alat radas seperti satu senduk gula dan 2 - 3 sudu tepung kasted tak dapat di masukkan bersama gambar ini. Dia kata dia alergik , bulu mudah gugur kalau main dengan tepung... aku sekadar menghormati permintaan beliau, tiada masalah . Dia pun minta dengan cara yang baik.

model dah sampai di studio....


sekali 'shoot' jer terus dapat output 'cun' seperti di atas.... fuhhh tak pernah lagi aku tengok model cantik dan profesional seperti ini. Mudah kerja aku :D

Bahan tersebut kalau semuanya dicampur mengikut resepi ORANG LIDI ... ianya akan dapat menghasilkan ini :

Hairan betul .... kenapa kalau dah dikeluarkan dari bekas ais krim di atas , agar - agar tu tak jadi bentuk kucing ?
Walaupun bentuk asalnya bukan seekor kucing , tapi bila dipotong , agar - agar itu masih lagi tak berbentuk kucing.... kikikiiiiii.....
Amacam 'skill' fotografi aku , cantik tak penataan cahaya yang aku pantulkan pada agar - agar tu.....

SMS 1 : Semua peralatan , produk dan model tidak di jual , kalau nak juga buleh didapati di pasaran yang berdekatan , lepas tu masak sendiri guna resepi Oranglidi,
tapi sorry beb , model tu hanya bekerja dengan aku sahaja.... kikikiiii

SMS 2 : guane oranglidi.... ? nanti wa balas resepi lu dengan resepi kek cokelet kukus... orang bujang yang tak berapa nak melidi macam lu , pasti buleh buat.... !

Wednesday, October 21, 2009

Kenapa saya suka buku saya... episod 2

Selepas Boss No 1 tahu aku banyak baca buku, aku diberi peluang untuk
  • membuat pembentangan tentang buku - buku yang aku baca di depan perhimpunan staf,
  • diberi tanggungjawab untuk beli buku library dengan bajet puluhan ribu dari HQ (aku dah lupa nilainya) . Sebenarnya hal ini berlaku tanpa dirancang , pada asalnya aku saja yang tergedik - gedik buat kertas kerja untuk ke Pesta Buku Antarabangsa 2008 secara percuma - makan minum , pengangkutan , penginapan minta bajet dari pejabat ler, lagipun aku ke sana memang nak cari buku rujukan, nasib baik lar diluluskan dan tiba - tiba kebaboommmmm.... dapat pula selonggok duit untuk dihabiskan dengan membeli buku :D
  • diberi tanggungjawab lagi untuk menyelaras kursus motivasi bagi pelajar bila kaunselor berpindah ke KL. Syukur Alhamdulillah En Fadzly Yusof penulis/motivator tempatan itu sanggup datang ke kolej aku dengan bajet yang 'ciput' maklumlah bajet hujung tahun :P
  • diberi kepercayaan untuk memilih dan membeli buku bagi hadiah Anugerah Pelajar Cemerlang selama 4 semester @ 2 tahun berturut - turut.
  • dan untuk tahun ini aku diberi peluang untuk kendalikan aktiviti pembangunan staf , jadi tukang hantar laporan aktiviti tahunan kepada HQ dan Setiausaha Majalah Kolej .
Disini aku hanya senaraikan jawatan aku yang ada kaitan dengan buku dan motivasi sahaja , ada lagi jawatan lain tapi tak ada kaitan dengan tajuk entri :P
Tapikan pada tahun lepas aku dipaksa ganti Boss No 1 untuk menghadiri kursus selama 4 hari.... huhuhuuu... ini tak ada kena mengena dengan buku , tapi kepercayaan Boss No 1 terhadap aku kadang - kadang aku sendiri pun tak percaya.

( pssst..psst sebenarnya aku sempat membantah lagi dengan keputusan ini , sebab ada lebih kurang 8 orang lagi yang berhak ganti dia , nanti apa orang kata dan nanti tak terkata pula aku depan Boss - Boss lain dalam kursus nanti , tapi usaha aku dengan memberontak dan membantah itu sia - sia sahaja, kursus kena pergi juga dan dalam kursus itu baru aku tahu erti tanggungjawab dan kepercayaan Boss jangan di sia - siakan ....)

Sehingga ke hari ini , aku masih lagi memegang jawatan dan tanggungjawab untuk melaksanakan apa yang aku perolehi dari kursus tersebut... tapi sudah tentu bukan sebagai Boss lar kikikiiiiiii....

Disamping rezeki yang telah tertulis untuk aku , ianya juga melibatkan cause and effect .
Selepas 5 tahun aku mengumpul buku - buku tersebut,
tiba - tiba ada orang mengetahui dan menghargainya,
sehinggakan aku dapat banyak projek serta tanggungjawab untuk dilaksanakan
dan seterusnya berpeluang pula untuk mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang 2008 . Alhamdulillah.....

Nampak tak percaturan Allah yang cantik disini ?
Mungkin orang lain berjaya dalam kerjayanya disebabkan kemahiran dalam bidang lain seperti bidang teknikal , program komputer , Sukan atau Keagamaan
tapi aku ? dengan cara aku yang tersendiri....

hah tentang kewangan pula, kan lebih baik belajar dari orang yang telah ada pengalaman daripada kita ulangi kesilapan yang sama, nanti rugi masa,tenaga dan wang juga :)
Alhamdulillah berkat usaha aku itu dan mungkin dengan pengalaman yang aku ada, aku dah seronok berkerja sekarang .

Ya semuanya bermula dengan situasi aku sendiri... untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja. Tapi itu sebahagian cerita hidup aku di tempat kerja , tak masuk lagi sisi gelap dalam hidup aku yang sebenar ..........
........... (bersambung)

Monday, October 19, 2009

Kenapa saya suka buku saya... episod 1

Boss No. 3 , Ahmad Fadzly Yusof dan Aku
Ya... ! Sudah jelas dan nyata baju kami bertiga memang sedondong kikikiiiii.....

Minat membaca buku motivasi , aku rasa ianya bergantung kepada pengalaman dan situasi seseorang itu, aku mula baca buku motivasi dengan serius selepas 3 tahun bekerja. 2-3 tahun pertama aku kerja memang teruk gila, kena marah dan dimalukan depan orang, dipanggil stupid and monkey, walaupun pada masa itu aku berjiwa rock alternatif tapi apabila tertekan aku sudah tidak malu menanggis depan orang, kalau jumpa kelibat orang tertentu pula aku sanggup keliling bangunan melarikan diri...
nak berhenti kerja ? mana nak cari duit tanggung keluarga, memang aku perlukan motivasi yang tinggi masa tu... ilmu yang aku belajar kat USM tak cukup untuk hidup.

(Ya.... seperti Batman , Wolverine (X - Men) dan James Bond aku juga pernah di dera secara mentally ! amacam ? pendedahan ekslusif ini hanya ada dalam blog aku sahaja... tahniah kepada pembaca blog aku kerana mengetahui hal ini, sebab ianya tak mungkin dibukukan demi menjaga maruah orang yang tertentu )

Buku motivasi ini cuma salah satu cabang USAHA aku dalam mengurus masalah tempat kerja dan kewangan. Tolonglah jangan cuba samakan buku motivasi dengan Al - Quran dan Hadis .
Aku bukan sejahil itu , untuk mempertikaikan keagungan Al- Quran dan Hadis. Tapi mungkin disebabkan hal lain , mereka dan keluarga mereka di pejabat memperlekehkan buku - buku yang aku baca. Apatah lagi aku baik dengan Boss No 1 disebabkan kami mempunyai minat membaca buku atau dengan lebih tepat lagi minat membaca buku yang sama, macam - macam juga sindiran yang aku dapat. Sedangkan aku beli buku tersebut..... sebelum aku berjumpa dengan Boss No 1 sekarang... tapi bila Boss no 1 belikan buku tersebut untuk library kolej , masa itulah kami berkongsi cerita.... what to do honey.... benda tak dirancang langsung, tak payah susah-susah nak kipas atau nak pasang air-cond dengan suhu bilik 16 darjah celcius untuk rapat dengan Boss :P
Ini buku pertama yang mengeratkan hubungan aku dengan Boss No 1 sekarang ,
memang aku dah amalkan tip - tip yang ada didalamnya. Sebab itu aku buleh berbincang tentangnya dengan Boss No 1 . Boss No 1 siap bagi pinjam CD buku tersebut lagi . Best !

Selepas Boss No 1 tahu aku banyak baca buku ......... (bersambung)









Friday, October 16, 2009

hati buleh berdebar - debar....

1980 - an , Kota Bharu
akibat nak tunggu abe Tommy Page dan NKOTB muncul dalam program America's Top 10... ke top 40 ? atau Top 100 ? ah dah tak ingat dah , aku terpaksa menghafal lagu WHEN I SEE YOU SMILE - BAD ENGLISH... dan lagu ni



yang hairannya, zaman tu aku baru datang period dan tak pernah mengenal erti cinta walaupun selalu juga melayan lagu Taman Rashidah Utama (Wings)
malah zaman itu , aku tak suka kawan dengan lelaki pom... pemikiran hanya tertumpu untuk menjaga kedudukan nombor Satu dalam kelas jer... nak pakai tali kasut ikat kat
belakang_atas_ buku_ lali pun tiada masa :P
makan nasi lauk ikan goreng (kadang - kadang telur mata kerbau) sama kicap sebelum ke sekolah belah petang pun tak dak hal....
Jalan kaki ke sekolah dengan melintas 3 padang sekolah (termasuk satu padang sekolah agama lelaki) sampai hitam - hitam pun , aku masih lagi rilek...

tapi tiap kali dengan lagu Room In Your Heart by Living In A Box , hati mesti berdebar - debar...
oh mungkin kerana lirik dia yang indah
atau mungkin penyanyinya menyampaikan lagu ini dengan bersungguh - sungguh.... ?
Faktor rupa paras tiada kaitan langsung disini, sebab zaman itu aku lebih gilakan Tommy Page dan Jordan Knight (NKOTB) ahhh paling Rock pun Jon Bon Jovi...
dan paling macho err....err.... Richard Dean Anderson (McGyver) kikikiiii....
jadi sekarang i really don't know why...
hati buleh berdebar - debar dengan lagu ini .

It's dark and cold tonight
I'm walking all alone
And one step at a time I'm getting closer
I know she's hard to find
Instinctively I try,
To take the path of love into the night
There would be no reason if you really didn't care
There would be no reason for love
The door is open wide is anybody there?
I know this must be the room in your heart
I really don't know why but it's so easy to breathe
I know this must be the room in your heart
No answers question me
No one's been here before
I'm the first to see the light at your door
If I could hold you now I would not disagree
With these four walls you're protecting me
There would be no reason if you really didn't care
There would be no reason for love
The door is open wide, is anybody there?
I know this must be the room in your heart
I really don't know why but it's so easy to breathe
I know this must be the room in your heart
I can feel it, I can feel it
I can feel the love that's surrounding me coming out of you
I can feel it

SMS : kikikiiii... mentang - mentang ler hari Ahad cuti, main internet sakan aku hari ini :P

atomen pun kalah dengan cabaran macam ni

kelmarin jam 4 petang lebih - lebih , sedang aku sibuk merancang jamuan raya bilik pada minggu depan... tiba - tiba dapat satu salinan fax !
Tarikh fax 12.10.09 , sampai ke tangan aku 15.10.09 fuh baru aku tahu jauh benar pejabat pengurusan yang berada satu bangunan dengan bilik aku , ok lebih tepat lagi , bawah bilik aku sahaja , atau nak cerita dengan mudah , telefon kan ada... mengapa sampai 4 hari 3 malam nak sampai ke tangan haku ?
ah menda dah jadi , nak buat macamana :P
tapi tugasan yang paling mencabar ialah , aku kena siapkan kertas kerja yang perlu dihantar pada 15.10.09 juga . Amacam ?
Atomen pun kalah dengan dugaan ini....

lainlah Doremon, dia ada poket yang tersimpan pintu masa... ah kalu tak guna pintu masa pun, dia ada macam alat - alat lain , termasuklah mesin pelembut hati , mesin jangan kasi marah , mesin perlahankan masa , mesin pendua badan ,
ah macam - macam lagi.... sebab itulah sekarang ni aku dah tak tengok Doremon .
Sungguh melalaikan, sehinggakan aku terlupa untuk bertindak dengan bijak akibat dari asyik memikirkan alat apa yang dapat menolong aku ketika aku kesempitan.
TAK GUNA !!! ( sila baca dengan nada alih bahasa Mask Rider kikikiii...)

TETAPI ehem - ehem disebabkan tugasan ini adalah berkaitan dengan pertanian, YES !!! semuanya dihujung jari !
ok.... tunggu kejap aku nak tiup hujung jari aku dulu... fuhh sebelah kanan...fuh sebelah kiri
ok dah....sambung balik,
aku akan cuba buat yang terbaik dalam masa cuti Deepavali ini, memandangkan Boss aku yang tandatangan surat di atas tiada pada hari khamis (kelmarin) dan Isnin minggu depan ... jadi aku akan SURPRISE kan dia dengan tugasan yang dah siap . Amacam ?
best - best...
terasa macam Andy dalam The Devil Wear Prada , bila masa dia terpaksa mendapatkan manuskrip buku Harry Potter untuk anak kembar Boss dia dalam masa yang singkat. Fuhh mesti puashati lebih dari itu.

" Stop screaming and start showing off. Do it quietly and with class. It's magic.
It's jaw-droppingly amazing in its effectiveness . Showing off under pressure is elegant. It's a beautiful thing"
- Work Like You're Showing Off (mukasurat 6)

aku rasa atomen pun buleh putus asa dengan projek ini, sebab ianya melibatkan bidang pertanian fertigasi , hidroponik dan tisu kultur hahahaaa cuba bayangkan atomen nak buat semua benda tu.... nangis siang malam lar.... sekali BERTUKAR !!! ( sila baca dengan nada alih bahasa Atomen) , semua tanaman hancurrrr hahahahaaa...

************* cerita lain **************

Showing Off kalau ikut ertikata sebenar adalah menyakitkan hati kalau tengok sesiapa yang melakukannya, apatah lagi yang jenis nak jadi icing on the cake ( orang lain kerja teruk dari awal, muka dia plak timbul dihujung projek) tetapi dalam buku (sila rujuk entri lepas) Showing Off telah diberi istilah baru oleh penulis, ianya bukan satu perkara yang negatif , malah turut dilakukan secara senyap - senyap tapi hasilnya adalah terbaik. Lain sungguh dengan sikap menunjuk - nunjuk yang ada dalam kehidupan kita. Tapi disebabkan aku nak berkongsi cerita disini, nak tak nak... nampak sangat aku showing off disinikan ? hahahaaaaa

ada beberapa perkara lagi yang aku nak kongsikan disini :

1. For the true show-off , work is play . Showing off means being in a state of flow in which you can almost stop thinking about what you're doing because it comes so naturally.

2. The beauty of showing off is that it's probably most effective when done quietly.

3. Being known as the person who gets things done is one of the ultimate career turbo-chargers.

4. If you don't like the unknown , you're the fish that doesn't like water.

5. ah banyak lagi... malas aku nak taip kikikiiii....

When i see you smile oleh Bad English adalah lagu Rock_English .... oklah... sloooooooww_rock English yang pertama aku dengar dalam hidup aku , itupun secara tak sengaja aku terdengar dalam masa aku tengah tunggu abe Tommy Page dan NKOTB dalam America's Top 10 dulu - dulu :P


Song Lyrics

Tuesday, October 13, 2009

barang baik :P

Untuk bacaan pekerja cemerlang sahaja.... kikikiiii.....
aku cadangkan buku ini untuk di baca
banyak juga mukasurat yang aku tanda,
dalam satu muka surat pula , banyak juga ayat - ayat BEST yang tergaris...
aku kasi 2 mukasurat dulu....
sila klik kasi besar untuk dibaca...
untuk bacaan yang seterusnya.... tengoklah bila aku rajin kikikiiiiii....
aku sekadar nak kasi peringatan untuk diri sendiri jer dengan letak buku tu sebagai motivasi
maklumlah inikan blog haku , ada siapa berani membantah , sila buat macam ni -> :P

Monday, October 12, 2009

NO MATTER WHAT

macamana aku boleh melupakan DIA ..........
lelaki paling kecik dan paling kiut dalam kumpulan Boyzone - Stephen Gately... dah mati Sabtu lepas .
aku dengar lagu - lagu Boyzone dari zaman SPM sampai sekarang.
Lagu mereka bukan sekadar lagu cinta happy go lucky
tapi banyak juga memberi kekuatan kepada aku
seperti lagu NO MATTER WHAT ini......




No matter what they tell us
No matter what they do
No matter what they teach us
What we believe is true

No matter what they call us
However they attack
No matter where they take us
We'll find our own way back

I can't deny what I believe
I can't be what I'm not
I know I'll love forever
I know, no matter what

If only tears were laughter
If only night was day
If only prayers were answered
Then we would hear God say

No matter what they tell you
No matter what they do
No matter what they teach you
What you believe is true

And I will keep you safe and strong
And sheltered from the storm
No matter where it's barren
A dream is being born

No matter who they follow
No matter where they lead
No matter how they judge us
I'll be everyone you need

No matter if the sun don't shine
Or if the skies are blue
No matter what the end is
My life began with you

I can't deny what I believe
I can't be what I'm not
I know, I know
I know this love's forever
That's all that matters now
No matter what

Saturday, October 10, 2009

It's Gonna Be Me !!!

hokkkayyy....
setelah sekian lama , aku direhatkan maka sudah tibanya aku beraksi semula,
menggunakan kepakaran dan 'superpower' yang aku ada untuk menyelesaikan misi yang hampir mustahil diselesaikan oleh manusia biasa.....
Bermula hari ini kena siapkan fail pengajaran dan pembelajaran , ada pemantauan dari ibupejabat pada 19 Oktober 2009 dan untuk hari - hari yang seterusnya :

12 Oktober 2009 - Boss no. 2 nak tengok laporan aktiviti kolej untuk suku tahun ke 3
- Selaku Setiausaha Majalah Kolej aku kena adakan mesyuarat editor majalah.
- Jamuan 'Teh Herba' a.k.a Sambut Hari Raya untuk Kelab Mandarin
15 Oktober 2009 - Hantar bahan majalah kepada pereka grafik majalah
- agihkan tugasan kepada 21 ahli bilik untuk sambutan Hari Raya peringkat bilik aku dengan menjemput 100 orang staf kolej.
18 Oktober 2009 - Masak Soto untuk famili dan majlis keesokkannya ,
kalau sempat kukus kek coklat tapi wajib untuk try resepi Oranglidi (lihat wa dah masukkan dalam diari wa lagi :P)
19 Oktober 2009 - pemantaun dari HQ ,
- majlis makan - makan untuk bilik aku yaeeeyyyy !!!
24 Oktober 2009 - Ke Bukit Merah Laketown Resort , ada mesyuarat...( makan minum ,
penginapan dan pengangkutan di sediakan) yang ni manusia biasa pun
buleh buat kikikiiiiii :P
29 Oktober 2009 - Idris Jusoh nak maghi kolej haku ? kena bantu buat presentation ... tapi harap - harap dapat makan best - best :P
31 Oktober 2009- Hari Keluarga pejabat aku ......
ahhh kalu aku jadi AJK sukaneka lagi mesti kulit hitam lar pastu :(

oh jangan lupa tugas aku untuk mengajar berjalan macam biasa , malah ditambah lagi dengan Ujian 2 yg bakal berlangsung pada 24 Oktober , kena buat soalan , tanda kertas dan bentang dalam mesyuarat... tapi sebelum itu , nak kena jaga juga budak - budak yang peratusan untuk gagal itu tinggi.... target aku tahun ini - takdak yang gagal !
budak - budak ni datang bermusim , kalu yang terer , satu kelas buleh dapat A , kalu tak terer... purata B pun susah juga nak dapat :P

disebabkan aku bakal sibuk dan untuk mengelakkan kamu dan kamu dari selalu datang
blog aku ,
nahhhhhhhhh
aku letak lagu - lagu dari faberet boyzband aku muahaahahaaaa....

err... kat mana ada jual patung NSync yang buleh menari macam tu , nak buleh ? :P

Inilah kelebihan teknologi dan wang - aku buleh tengok videoklip yang aku tak pernah tengok , dan tak mampu tengok disebabkan kekangan masa sebagai seorang pelajar.
first time aku tengok video klip Take That untuk lagu Could It Be Magic...
cis seksi untuk tatapan umum , jadi aku letak yang paling sopan selepas dicekidaut .
psst.. pssttt sila beri perhatian kepada abe Robbie William ( ala yang dok nyanyi tengah - tengah tu kiikiiikiii...)


Song Lyrics


aku rasa 'step' tarian mereka tu buleh try- buleh try hahahaaaaaa ala kesian dorang zaman tu , kalu tak silap awal 90 - an 'step' tarian tak kemas dan 'smart' lagi :P

psst... pssstt untuk terus mengguris perasaan kamu ,
baiklah aku kongsikan sedikit rahsia aku disini....
aku ada kaset The Best Of/ Greatest Hit :
NSync - Five - New Kid On The Block - Take That-
BackStreet Boy-
Westlife
Boyzone
dan kebanyakkan nya aku beli masa aku dah kerja.
Amacam ? hahahaaaaa....
Aku pom satu hal juga... kalau banyak kerja....aku akan kembali kepada masa aku tak perlu tujukan lagu kepada mana - mana lelaki :P
bayangkan aku menyanyi lagu - lagu tersebut dalam kereta bila dah mula rasa mengantuk
dan menyanyi - nyanyi dalam hati kalu penceramah didepan sungguh tak menarik dan tak bijak untuk mengecas sel - sel otak haku .
Tapi salah ke kalu aku layan lagu - lagu Boyzband ?
lihatlah macamana mereka mempengaruhi peribadi aku sekarang ?
siap jadi pekerja cemerlang lagi kan ? hahahaaaa...
apa nak di malukan ?
ada ke ?
tak ada kan ?

cuma idea nak jodohkan aku dengan orang yang lebih tua dari mak aku tu...
memang tak masuk akal langsung !
mereka sepatutnya buat homework sket , malas betul lar dorang ni :(

SMS : aku juga turut melayan CD ini

Friday, October 9, 2009

Nakkkkk dua - duaaaa.....

hahahhaaaa sepatutnya aku nak letak entri lain...
tapi tadi tertengok MHI (TV3)

ada criter pasal NORA : The Piano Cat fewittttttt.... hahahahaaaaa
aku nak dua - dua sekali ... PIANO dan KUCING tu

bulehhhhh tak ?




cuba hayati
minit ke 0.40
cis memang eksen la Nora ni ,
bila tengok budak sebelah dok belajar main piano , dia siap tunjuk dia punya terer, hahahaaa... memang sifat kucing macam tu... suka show off !
serius... macam Boboy yang selalu bawa balik cicak pada aku.
minit ke 1.05

bukan main sakan lagi NORA goreng Piano
hahahaaa....
dan pada minit ke 2.55
perghhhhh... siap main lawan - lawan lagi...

ahhhh gila babas punya comel......

* cium atas kepala sekali ... muahhhh....*


SMS : Nora ni ada Website dan blog dia sendiri... buleh cekidaut kat sini

Sunday, October 4, 2009

benda cantik , kena simpan ni............


Happy Birrrrthday to Youuuu,
Happy Birrrrthday to Youuuu,
Happy Birrrrthday Dear Terra,
Happy Birrrrthday to Youuuu!

You see, someone like Terra doesn't come along all that often. In fact, there's never been a single one like you, nor is there ever ANY possibility that another will come again. You're an Angel among us. Someone, whose eyes see what no others will EVER see, whose ears hear what no others will EVER hear, and whose perspective and feelings will NEVER, ever be duplicated. Without YOU, the Universe, and ALL THAT IS, would be sadly less than it is.

Quite simply:

You're the kind of person, Terra,
Who's hard to forget,
A one-in-a-million
To the people you've met.

Your friends are as varied
As the places you go,

And they all want to tell you

In case you don't know:

That you make a big difference
In the lives that you touch,

By taking so little

And giving so much!


Terra, you are so AWESOME! For your birthday, friends and angels from every corner of the Universe, including buddies you didn't know you had, will be with you to wish you the HAPPIEST of days and an exciting new year in time and space. You won't be alone!

HAPPY BIRTHDAY, Terra !

Mike Dooley
Orlando, Florida, USA

PS - Terra, this is going to be YOUR year!!

*************************************

pelik ke , kalau aku kata setiap hari bermula awal tahun lepas , aku ada langgan email/artikel motivasi dari laman web berikut :
- www.tut.com
- iMotivasi.com
-www.beliefnet.com
ianya sebagai alternatif kepada buku motivasi yang aku beli mahal - mahal , sedangkan motivasi yang aku dapat melalui email ini adalah FREE !!!
petikan di atas aku ambil dari email dari tut.com , Mike Dooley tu salah seorang penyumbang idea dalam Buku The Secret .... dalam buku tersebut dia ada ajar
Thoughts become things... choose the good ones !
tiap - tiap hari ada idea , cadangan , nasihat dan pujian aku terima dari laman web yang tak pernah kenal aku , tapi untuk melanggan email / artikel dari web itu ... aku pernah senaraikan apa yang aku ingin kan dalam hidup , jadi... kadang - kadang email yang aku dapat pandai buat lawak dengan fakta yang aku berikan... artikel yang aku perolehi , kebanyakannya membuatkan kita rasa BEST dengan diri sendiri ! tapi kadang - kadang kalau ayatnya tinggi sangat , aku pun tak berapa nak faham juga hahahaaaa... tapi kadang - kadang.... nasihat yang diberi terkena pula dengan situasi sebenar aku. Mungkin adakalanya masalah manusia tu sama , yang membezakannya ialah cara kita mengatasi dan menghadapi nya... aku abadikan ucapan Happy Birthday itu disini , sebab... peh mata buleh berkaca - kaca apabila membacanya....
Disetiap nama Terra itu sebenarnya tertulis nama sebenar aku.... memang best ler ... membaca nama kita dalam setiap patah ayat tu :))

Jawab : BDAY YA

To : Terra
Selamat Hari Jadi ! Nikmati 7 hari PERCUMA pggln/SMS ke no 8pax.
Cuma jawab BDAY YA sblm tarikh lahir anda. Pastikan akaun anda aktif & 8pax telah diaktifkan
Sender : 28882

To : 28882
BDAY YA

Sender : Terra

**********************************

kikikiiii.... panggilan free untuk satu minggu.. opss lupa lagi... Alhamdulillah aku hidup lagi pada hari ini , hidup untuk terus beribadat mengutip bekalan akhirat dan menghapus dosa-dosa yang ada.
Sempena bestday aku hari ini , aku lancarkan blog baru aku iaitu blog
Seiring dan Sejalan
(yeyyyy tepuk - tepuk - tepukkkkk........) ingat nak terus ON jer blog ini lepas raya..tapi kira oraitlah juga , dirasmikan pada hari ini.... semoga yang baik akan berterusan !!!

jemputlah baca entri - entri yang sempat aku tulis sebelum ini.
Mengapa aku buka blog baru ni , anda buleh baca entri pertama.
Alahai nak buat macamana Big Boss aku tu popular sangat , ada orang google nama dia , buleh keluar blog aku... tapi eh siapa yang popular kat sini ? Big Boss aku ke... blog aku ? kikikiiiii....
walaupun aku dah delete semua entri yang ada nama dia , tapi aku rasa macam tak selamat jer, so aku dah tukar blog lama aku tu STS kepada nama baru... dan ianya masih rahsia untuk orang ramai.

selain adanya tarikh lahir aku, Oktober juga menyediakan banyak kenangan yang indah dalam hidup aku... yang pertamanya.... tarikh aku mula berkhidmat dengan majikan aku sekarang adalah 2 Oktober , biasanya aku buat kenduri sedikit untuk staf kat pejabat untuk ulang tahun aku bekerja dengan majikan aku...disamping menyambut sendiri hari lahir...aku tak suka surprise party (sebab aku tak pandai berlakon untuk buat - buat terkejut kikikkiiiiii)
dulu masa tiada duit , aku tak pernah sambut hari lahir.... tapi sejak bergaji sendiri , tiap - tiap tahun aku belanja orang sempena hari lahir aku tanda kesyukuran rezeki yang ada .

Selain daripada itu , Oktober juga menghadiahkan KATAK hijau aku sekarang.... memang best giler sambut bestday tahun itu... tapi untuk tahun pertama sahaja, tahun - tahun yang seterusnya... macam biasa ratusan duit juga kena belanja untuk perkhidmatan yang KATAK berikan kepada aku selama ini....
apapun aku tetap bersyukur dengan kehadirannya, apatah lagi ianya seekor KATAK auto kikikiiiii.... memang bersyukur sangat - sangat... sebab tak perlu naik bus dan tak perlu berhujan panas untuk ketempat kerja . Nak shopping banyak - banyak pun NO_ hal lah :P

pagi ni jam 11 , ada sambutan Hari Raya besar - besaran di pejabat....
maknanya kelas memang tiada langsung sebab nak buat persiapan di awal pagi....
wah banyak giler makanan untuk hari jadi aku hari ini... kalau tak silap ada 9 gerai dengan menu utama macam satey, nasi dagang , Soto , nasi hujan panas , laksa penang, laksa klate , laksam ,
mee kari fuhh tu tak masuk beraneka jenis dessert lagi ....
yeyyyyyy..........

Semoga Oktober terus menghadiahkan banyak lagi kenangan yang terindah . Amin.

***************************************************

Jumaat lepas aku terdengar muzik.fm tak sangka sesi pilihan lagu masih ada, hahahaaaa nampak sangat aku dah lama tak dengar radio, petang tu banyak lagu lama - lama disiarkan termasuklah lagu Never Say Goodbye (Bon Jovi) , As Long As You Love Me (BSB) dan lagu ni...
err..errr siapa yang tak minat Boyzband , dinasihatkan jangan klik play lagu tersebut... sebab ianya mungkin membawa kepada simptom muntah - muntah, pening kepala , cirit birit dan halusinasi kikikiiii......

nak buat camner , video ni jer buleh di copy ke sini , yang lawa - lawa tak buleh ambil plak.
Ya Allah tiba - tiba hati rasa lain macam , bulu roma pun menegak jer... aku rasa macam berada di zaman itu , zaman dalam tahun - tahun pertama aku di USM dulu... tak sangka perasaan itu masih ada apabila mendengar lagu ini. Ya tiba - tiba aku rasa muda selama - lamanya ,
Until The Time Is Through
:P

Saturday, October 3, 2009

Tanda - tanda jatuh cinta

aku pohon gambar ini tidak disalahguna oleh sesiapa dengan tujuan untuk memalukan Boboy... gambar ini aku ambil ketika Boboy sakit tak nak makan apa - apa... bagi ikan rebus pun tak nak, ayam ? nak kena bagi isi sahaja, tulang - tulang Boboy malas nak gigit.... dan ayam itu memang nak kena suap , kalau letak dalam pinggan Boboy tak nak makan... cuma yang pasti kalu daging goreng atau satey memang Boboy makan ketika itu.... ah aku tak kisah untuk melayan karenahnya...sebab itu satu situasi luar dari pengalaman dan pengetahuan ku, maklumlah dah lama tiada kucing betina ... dan gambar itu aku ambil sebab aku tak buleh nak tengok muka Boboy yang tidur dibawah katil aku... aku ambil beberapa gambar untuk lihat keadaan Boboy...selepas aku panggil Boboy 4 - 5 kali , tapi dia tak bergerak...aku ingatkan Boboy dah mati... dengan linangan air mata ( ini kisah benar la weiii.... ) aku tarik kaki Boboy... dia masih tak bergerak, kaku dan keras sahaja badan nya... aku redha sahaja kalau Boboy akan mengikuti arwah adik aku untuk kesana... tapi selepas terkeluarnya Boboy dari bawah katil........ tiba - tiba Boboy buleh terkejut dari lenanya... Ya Allah... tak pernah lagi aku ada kucing yang tidur sampai tak sedarkan diri apabila dipanggil atau ditarik kaki... ini kejadian pertama dalam hidup aku....tapi Alhamdulillah Boboy masih hidup sehingga kini, aku dan keluarga aku syak.... Boboy tengah mengalami perubahan hormon atau mungkin inikah tanda - tanda jatuh cinta kikikiiii....

SMS 1 : rumah aku rumah kampung , jadi untuk bersihkan bawah katil tu.... seminggu sekali jer, tu pun kira rajin benar , sebab sekali bersihkan bawah katil , satu rumah kena terlibat, tapi perlu ke aku cerita hal ini , bawah katil siapa yang biasa 'maintain' bersih setiap hari ?
bagi no telefon , buleh berkenalan ?

SMS 2 : kikikiiiii adakah entri ini menghampakan kamu untuk mengetahui tanda - tanda jatuh cinta... hahahaaa... oklah aku kasi sket tip kat sini , semalam entah macamana aku tertengok drama NurKasih (TV3) yang lembab itu....(sebenarnya kalu tengok sorang - sorang tak der la lembabnya tapi disebabkan tengok dengan mak gan kakak aku , jadi emosi kena kawal la juga, nak kena kutuk sana kutuk sini walaupun 'feeling' tu adalah juga sket - sket kikikiiiii....)
sebenarnya aku tak tengok sangat drama ni, buleh bilang dengan jari la brapa kali aku tengok... tapi tahulah juga sket2 jalan crita dia.
semalam si Adam itu ada bagi tahu dia dah berpisah dengan Nur_bini dia dalam 559 hari atau 529 hari , ker 599 hari ? entahlah aku tak ingat sangat, sebab ini bukan kisah cinta aku tapi kisah cinta rekaan penulis novel itu, lantaklah berapa hari pun, ada aku kisah ?
cuma apa yang aku tekankan disini , ialah apabila seseorang itu dah mula jatuh cinta, dia dah mula pandai ilmu kira - kira a.k.a ilmu Matematik kikiikiii... aku ambil idea ini dari filem Devdas lakonan Shah RukhKhan dan Aishwarya Rai( cumel gile si Aish dalam filem ini, aku rasa bentuk muka dia , make up dia , rambut dia memang paling ayu , paling jelita, paling cumel , paling menawan, paling manja sehinggakan aku pun buleh terpegun dengan kecantikan dia)
kalu nak puashati lagi layan youtube ini.... subhanallah lawa la dia ni !!!

dalam filem ini , Devdas(SRK) perli Paro (Aishwarya Rai) ... kalau dah jatuh cinta , ramai yang dah mula pandai ilmu kira - kira , sebab Paro berkira - kira berapa lama dia tak jumpa Devdas iaitu lebih dari 10 tahun dan kalau aku tak silap Paro siap kira dalam unit jam lagi :P
dan bila Devdas dah mula gila dan mabukkan Paro , dia juga dah mula hitung hari - hari tanpa Paro...
peh cerita ni , memang mengundang air mata sehingga ke titisan terakhirlah....
ada ke patut 'ending' cerita ni , begitu sedih giler, hajat tak kesampaian sampai ke mati....gila punya sedih........

"On the verge of death, Devdas remembers his promise to see Paro one last time. He travels to her house, collapsing in front of the main gate. Paro learns of his presence, and, screaming his name, runs out of the house and attempts to reach him. Bhuvan (Paro's husband) sees this and orders the servants to close the gates. Devdas sees a blurred image of Paro running to him, but the gates close before she can reach him and Devdas dies. At the same time, the lamp that Paro had lit for him flickers out."
Rujukan : Wikipedia

jadi kesimpulanya ,
jika kamu dan kamu mula menghitung hari atau jam atau minit atau saat tanpa sidia , kemungkinan kamu juga sudah jatuh cinta... amacam ? setuju ?
aku ?
well..... wild wild west....
aku sudah ditakdirkan untuk 'terer' dalam Matematik...
jadi setiap hari aku jatuh cinta
hahahahaaaaaa....... ( gelak besar aku kali ini.......)