Thursday, January 21, 2010

Hidup mesti nampak Rare !

Sejak aku terjebak dalam dunia blog , dalam tahun 2005 kot... aku rasa aku masuk blog Mahathir ex - PM kita tu... adalah 2 kali keh keh keh.... jadi untuk kali ini , aku try tulis ikut stail Mahathir :

1. Adakah ke patut cerita Balqis TV3 jam 6.30 petang tu, habis gitu jer.... kesian dekat mak aku yang tengok setiap petang , tak baik memainkan perasaan orang tua . Orang muda macam aku, memang tak tengok pun, kalu tengok pun mesti masa tu aku tengah gosok baju . Tapi hari tu, aku tak habis lagi gosok baju, drama Balqis_yang_ bodoh_ sebab_ tak_ terima_ cinta_ kawan_ seladang_ kelapa_ sawit_awal - awal itu habis macam tu jer ???

2. Anak - anak sedara aku dalam 3 orang suka makan keropok lekor atau batang. Jadi aku ada membeli keropok tu selepas balik kerja dalam RM 2. Pada masa yang sama , ada pekerja Pasaraya Salamku, turut membeli keropok itu sebanyak 30 sen atau 50 sen untuk dikongsi dengan rakan lain ketika waktu rehat. Aku sejak dari dulu lagi memang insaf kalau lihat pekerja supermarket / pasaraya ini berbelanja, kadang - kadang mereka makan buah potong jer waktu rehat, nasi ? nasi bungkus... mana nak beli nasi putih dengan lauk macam sotong bertelur goreng sambal belacan mahupun ikan patin masak tempoyak. Kalaulah aku buleh berjimat cermat macam mereka , menghargai setiap sen gaji yang diperolehi hasil dari penat lelah kerja...
peh ada harapan aku jadi jutawan dalam masa yang singkat nih.

3. Semalam aku jumpa kawan aku, kerja sebagai ahli farmasi ( rilek - rilek kawan perempuan jer kikikikiiiiii ) aku berada di belakang sket dari kaunter pembayaran, setelah terdengar ada anak muda , umur macam anak murid aku jer, nak beli ubat siplis, kawan aku cepat - cepat ke kaunter untuk memenuhi kehendak pelanggan, selepas aku terdengar anak muda itu kata "tiada duit" dekat seorang kawan yang datang bersama - samanya , tiba - tiba hati aku rasa sebak.....
sebab Allah tak suruh dia hidup dalam keadaan
- malu untuk membeli ubat
- menanggung sakit di"situ" dan
- hidup dalam kesempitan........
tapi dia memilih untuk berseronok tanpa ingat mati dan menanggung malu dan sakit kemudian.
dan secara tak langsung semalam aku dah tahu, penyakit siplis ni dah ada ubat mujarab, telan 4 biji terus sembuh. Cuma mahal sket kot... tapi itu bukan kesimpulan perkara nombor tiga dalam entri ini. Kesimpulan dan moralnya ialah..... buat sendiri lah adik - adik, akak dah penat ni.....

4. Mulai Sabtu ini , aku nak masuk perpustakaan awam, dulu masa kerja kat Alor Star , setiap minggu aku masuk library , pinjam buku dan baca semua majalah yang ada. Aku ada terbaca tip nak jimatkan perbelanjaan iaitu baca majalah di perpustakaan, betul juga tu, Jumaat lepas aku hampir - hampir nak beli majalah Reader Digest RM 15 sebab nak tahu tip diet dari program The Biggest Loser Malaysia punya... peh mujur aku membuat tindakan yang bijak , untuk tidak membelinya. Lagipun biasanya setiap kali service kereta , aku akan membaca majalah Cleo dan Women Magazine kat Produa service .
Lagi satu , sudah 2 tahun aku habiskan RM seribu setahun untuk beli buku... dan sebenarnya (peh macam lagu Yuna kikikiki.... ) , tak semua buku tu sedap untuk dibaca, sebab kadang - kadang aku terbeli buku yang berbalut dengan plastik, jadi tipah tertipu la juga sekali - sekala, jadi... mulai Sabtu ini, aku nak cari buku yang benar - benar best dulu di library lepas tu bleh la beli untuk simpanan. Doakan impian aku yang kecil ini jadi kenyataan !

5. Salah satu azam aku di opis ialah untuk memantapkan lagi Jawatankuasa induk yang aku pegang selama 3 tahun berturut - turut (nak buat macamana Boss dah sukerkan ?)
Oleh itu aku cuba melepaskan sedikit demi sedikit jawatan kecil yang aku rasa orang lain buleh buat, kalau aku tak ada pom menda buleh jalan...... TETAPI jeng - jeng - jeng.......
hari Selasa lepas, aku dipanggil oleh Boss X .... masuk dalam bilik dia, dia senyap seketika dan dia mulakan bicara dengan ayat "Saya nak minta tolong............."
adeh.... macam pernah aku dengar ayat ini 2 tahun sudah , mana buleh Boss minta tolong dengan staf bawahannya buat kerja, sebab DIA kan Boss ...... suruh sahaja, memang ler orang akan buat,
tapi dalam kes aku ni... ehem... sebenarnya aku buat kerja orang lain dan diluar bidang jawatankuasa aku , tiada surat perlantikan , kerja macam underground gitu, peh rasa macam mission imposible juga, jadi nak tak nak , aku hadapi sahaja dengan senyuman , bukan nak bangga diri cuma .............. sambung sendiri la adik - adik, akak nak mandi pulaks...

SMS 1 : aku rasa aku tulis panjang sket dari Mahathir kan ?

SMS 2 : Hidup mesti nampak rare tu kata - kata Arnab Si Peniup Seruling... buleh kenal dia disini.

SMS 3 : hari ni hari gaji ke ?

Saturday, January 16, 2010

hanyut........

You make me feel funny
When you come around
Yeah that's what I found out honey
What am I doing without you

You make me feel happy
When I leave you behind
It plays on my mind now honey
What am I doing without you

Took for granted everything we had
As if I'd find someone
Who's just like you

We got a little world of our own
I'll tell you things that no one else knows
I let you in where no-one else goes
What am I doing without you

And all of the things I've been looking for
Have always been here outside of my door
And all of the time I'm looking for something new
What am I doing without you

Well I guess I'm ready
For settling down
And fooling around is over
And I swear that it's true
No buts or maybes
When I'm falling down
There's always someone who saves me
And girl it's you

Funny how life can be so surprising
I'm just realising what you do

*Well it's feeling right now*
So let's do it right now
Praying that some how
You will understand the way
It's feeling right now baby somehow
I won't let this slip away

SMS 1 : nak tahu siapa nyanyi lagu ni...sila klik disini . Amacam ? nyesal klik ? kikikikiii....

SMS 2 : sepatutnya lagu ni aku nak letak kat blog rahsia aku , tapi aku dah malas nak buka blog baru sebab aku tak nak mengadap komputer / internet banyak sangat... dah ler kerja aku la ni banyak kepada menghadap komputer . Masa untuk balik ke zaman tulis diari atau scrapbook !
Amacam ?

Thursday, January 14, 2010

Email dari www.tut.com


aku punya blog....
jadi aku punya pasallah nak letak apapun kan ? dalam entri sebelum ini aku kata nak rehat dari dunia blog... tapi disebabkan aku sayangkan kata - kata best untuk diri sendiri ni,
jadi aku letak ler.... kat blog aku, semua bantahan atau kutukan tidak akan diterima :P

aku pernah cerita aku ada langgan kata - kata best dari www.tut.com dalam entri ini , dimana aku dapat pesanan dan nasihat setiap hari dari website itu....
selagi ianya tak bertentangan dengan agama kita , secara peribadi aku terima pakai jer kata - kata best itu....
ini kata - kata best pada hari Isnin, hari ini baru aku rajin nak baca....

Thanks, N.A , for every single time you ever fell in love.
Whether or not it was obvious. Whether or not it lasted.
And whether or not you were loved back.

It changed everything. You changer,

p.s Actually, N.A , you're always loved back....


ini pula email hari Selasa , terkena pula dengan apa yang berlaku pada aku Jumaat lepas....
kebetulan sahaja ni.... jadi ianya sungguh menarik untuk diri aku sendiri... tiada kena mengena dengan kamu dan kamu dan kamu ...

The BIG THING, N.A , rarely happens when you ask for it, nor does it typically come from who or where you expect. It usually comes a bit later, from someone you didn't even know when you first asked, as a result of some weird turn of events that were impossible to foresee.

So, chill. Be patient. Enjoy the moment. And let your friends, employers, and partners off the hook. Besides, they're going to have enough to deal with when the BIG THING does arrive, if you know what I mean.

Won't be long,

p.s Patience is cool, N.A..... Really cool.

SMS 1 : N.A tu singkatan nama sebenar aku

SMS 2 : Mengapa lagu Aizat - Mengejar mimpi asyik duk berlegar dalam fikiran haku ? ok lagu Aizat tu sebenarnya bukan Mengejar mimpi tapi Kau Aku rupanya kah kah kah... sila ambil perhatian wahai generasi yang lahir dalam tahun 70-an kah kah kah.....

SMS 3 : aku rasa AJL 24 itu adalah AJL permulaan terbaik untuk dekad ini (peh dekad lama tak guna perkataan ini ) walaupun aku hanya sempat tengok Faizal Tahir jer yang nyanyi keh keh keh.... yang lain? entah lar aku hilang ingatan atau aku tertidur ? keh keh keh...
tapi aku sempat tengok lar pemenang ambil piala masing - masing.

SMS 4 : walaupun tak sama langsung dengan cerita kartun feberet aku Avatar : The Last Airbender walaupun aku tak sempat tengok habis DVD semalam... (sebab tertidur keletihan akibat melayan kotak pemikiran untuk 'benda' hari Jumaat lepas dan kotak pemikiran untuk Jawatankuasa yang aku pegang pada tahun ini) aku pun rasa cerita Avatar tu best !!
(aku cuba sambung tengok cerita tu pagi esok........ )

SMS 5 : mengapa aku rajin tulis blog hari ini ? sebab aku baru jer bentang idea aku dalam mesyuarat Jawatankuasa peringkat induk... cukup puashati .... lebih dari ituuuuuuu....
Alhamdulillah.

SMS 6 : kalau aku masih hidup dan tak up date blog... sila rujuk entri sebelum ini. Terima kasih.

Tuesday, January 12, 2010

tiba - tiba menjelma cahaya.....

nak tak nak, aku kena taip entri ini....
sejak Jumaat lepas aku agak sibuk mengejar satu cahaya...
Ya Cahaya yang tiba - tiba menjelma entah dari mana ........
cahaya yang aku tak pernah ambil peduli atau buat - buat tak nampak sebelum ini,
setelah sekian lama..... setelah 10 tahun berlalu !
Alhamdulillah , aku diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa di awal 2010....
walaupun aku sedar pada masa yang sama , ianya juga merupakan satu dugaan .
semoga ianya tidak menghayutkan aku ke suatu destinasi yang tidak wujud dalam Syurga.
Aku tak pandai bermadah,
ini entri untuk aku rehat seketika dari alam blog
sebab aku sibuk mengejar cahaya itu.....

*************************************************

kikikiiiiiii aku hampir - hampir nak beli kaset di bawah suatu ketika dulu , tapi cepat - cepat aku bertaubat , sebab biasanya kaset artis pompuan aku dengar kejap jer... lepas tu mudah bosan !
tapi aku suka semua lagu yang ada didalamnya...
dan... kikkikiii...
fesyen rambut pendek ala feminin adalah fesyen kegemaran aku ketika tinggal kat asrama !






SMS 1 : untuk berteromber , Apex dan oranglidi semua komen korang tak dapat disiarkan sebab ada unsur notty , ganas dan tahyul waaahaaahaaaaa....... tapi oklah...... terima kasih.... sebab sudi baca blog aku ! kikkikiiiiii....

SMS 2 : dun wurri , aku akan sentiasa berlegar dalam kotak komen korang... aku masih lagi aktif membaca blog dan hal - hal sewaktu dengannya. Cuma kemahiran menaip dan mengarang lebih banyak digunakan untuk kerja - kerja pejabat , diawal tahun ni... macam - macam idea datang untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi kerja aku . Ceywah !!! untuk diri sendiri.
Jumpa lagi !

Friday, January 8, 2010

Hikayat Si Naga 3

Mengapa perempuan lebih sensitif apabila menyebut bab umur ?
kelmarin ada pelajar perempuan mencari Puan Terrarosa....
dia tanya pada aku Puan Terrarosa yang mana satu ?
aku tanya balik dekat dia " awak pelajar baru ke ? "
dia jawab " ya "
aku minta borang pendaftaran daripadanya,
aku tulis nama aku sambil berkata " saya belum kawin lagi "
dia minta maaf sambil bertanya berapa umur aku ?
(aik... berani pula budak ni getus hati ini...)
sebab apa pula nak tahu ? kenapa ? aku nampak tua ke kalau belum kawin ?
( kata hati aku lagi... tak ada la aku sound direct budak baru ni, kan ada yang minta berhenti terus dari belajar kat kolej aku)
tapi aku tanya dia balik...
"agak - agaknya berapa umur saya ?"
dia kata " 26 "
aku tak dapat menahan gelak... hahahaaaaa....
aku kata dekat dia sambil tersenyum ( dengan sedikit bangga )
"tak payah nak ambil hati saya, awak cari senior awak, awak tanya dorang , berapa umur saya"

kikikikii... budak - budak aku ni, tak tahulah aku ... sama ada mereka ni rabun atau memang penglihatan mereka adalah gred 'A' .
tapi yang aku tahu , masih ada student yang berani 'mengorat' aku !
haih aku ingatkan selepas 10 tahun berkerja.... aku tak perlu lagi menghadapi mende remeh ini, tapi itulah....
mungkin dorang rabun !
kah kah kah....

tapi kan dalam seminggu ni , aku asyik duk layan lagu ni



bayangkan perjalanan dari rumah aku ke pejabat secara purata adalah 40 minit, lagu ini mengambil masa 4.10 minit, maknanya aku dengar lagu ini lebih kurang 10 kali sebelum sampai opis ? dulu aku dengar lagu ni , sebab muziknya yang 'rock alternatif' tapi sekarang aku nyanyi lagu ni sebab kena dengan lirik nya :

We are the youth
We'll take your fascism away
We are the youth
Apologise for another day
We are the youth
And politicians are so sure
We are the youth
And we are knocking on death's door

Never knew we were living in a world
With a mind that could be so sure
Never knew we were living in a world
With a mind that could be so small
Never knew we were living in a world
And the world is an open court
Maybe we don't want to live in a world
Where innocence is so short

We'll make it up to you
in the year 2000 with you...

kikikikikiii......
yup.....
tahun 2000 adalah tahun aku graduate dari USM
dan tahun 2000 juga aku mula bekerja dalam bidang aku sekarang....
apa lagi , cepat kira umur aku !
(bagi yang dah tengok I/C aku ... sila duk bucu bilik diam - diam.... )

Sebenarnya DNA aku telah lama bermutasi untuk menghadapi cabaran Y2K apatah lagi aku kehilangan ayah aku pada tahu 1999.
jadi aku tak hairan dengan pencapaian aku sekarang....
sebab mereka juga sepatutnya berubah mengikut arus semasa...
seorang pendidik bagi aku wajib mengikuti perkembangan semasa dan baca buku , majalah atau suratkhabar atau layari internet untuk dapatkan pelbagai ilmu dan kemahiran...
pakcik driver pun aku tengok tiap - tiap hari masuk perpustakaan baca suratkhabar .
ini tidak !
adakah ke patut suruh baca buku 2 bijik setahun pun bising !


SMS 1 : ah tiba - tiba kena study pasal fascism , sebab ada dalam lirik kat atas :P

SMS 2 : Semoga mereka yang sambung belajar pada tahun 2010... akan tabah menghadapi cabaran 2010 dan tahun - tahun seterusnya .

Friday, January 1, 2010

Hikayat Si Naga 2

Terima kasih Ya Allah untuk pengalaman dan peringatan yang mengiringinya....

Dugaan hidup aku semakin bertambah selari dengan usia dan kematangan , semakin banyak perkara dicapai , semakin banyak pula tanggungjawab dan kritikan yang aku terima....
dan aku pernah patah semangat dengan apa yang telah berlaku ,
tetapi Allah itu Maha Penyayang...
tiba - tiba aku teringatkan tentang diri aku ketika aku berumur
8 tahun
dan 12 tahun
dan 13 tahun
dan 16 tahun
dan 19 tahun
dan 21 tahun
dan 23 tahun
apa yang pernah aku fikirkan dulu ,
apa yang pernah aku lakukan dulu,
adalah tidak sepadan dengan usia aku,
dan mungkin juga tak sepadan dengan jantinaku.....
tapi aku berjaya melakukannya dengan baik,

bila aku memandang balik , siapa diri aku yang sebenar ,
dari mana datangnya kekuatan diri....
aku perlahan - lahan mula dapat memaafkan mereka ,
yang tidak mengetahui... dan mengenali aku sepenuhnya...
apalah sangat dengan pencapaian aku di usia ini ,
berbanding dengan pencapaian aku ketika dulu - dulu...
dengan usaha , ilmu , pengalaman , pengetahuan dan kemahiran yang ada
semua orang boleh berada di tahap aku sekarang...
cuma mereka kena buka mata dan minda sahaja !

mereka baru sahaja mengenali aku dalam masa 3 tahun ,
mereka menilai aku berdasarkan kehidupan
dari jam 8 pagi sehingga 5 petang ,
5 kali seminggu...
mereka tidak pernah tahu siapa aku sebelum mengecapi tahun 2009,
mereka tidak tahu pencapaian yang pernah aku raih
walaupun tidak dapat di ukur dengan sebarang standard piawaian dunia ,
walaupun tidak dapat dibuktikan dengan pelbagai sijil atau cenderahati,

aku dulu jauh lebih hebat dari sekarang...

peh kata - kata di atas berjaya membuatkan aku tersenyum pada hari ini,
kata - kata itu bukan untuk membuahkan rasa bangga diri ,
tapi hanya sekadar untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri supaya tidak mudah patah semangat dengan kritikan mereka .

weh satu penemuan baru,
aku syak buku ini dipengaruhi buku yang aku bentangkan dulu ....
banyak ayat - ayat yang sama , tapi di'melayu'kan ada dalam buku ini ,
tapi buku ini isinya lebih sedap dan memberi ketenangan jiwa , sebab ada banyak janji - janji Allah yang dipetik dari AL - Quran dan Hadis.
Antara isi yang aku sukerrrrrrrrr...... sangat - sangat
  • Bagaimana menghadapi kritikan pedas ( hah inilah isi yang sama dengan buku Dale Carnegie tu....)
  • Jangan Menunggu Ucapan Terima Kasih daripada Orang lain ( kikikiiii... yang ni pun ada dalam buku Dale)
  • Buatlah dari Lemon Minuman yang Enak ( kehkehkeh.... sebijik sama lagi tapi tajuk jer sama isinya lain sket )
  • Berbuat Baiklah kepada orang lain , hati Anda akan menjadi lapang ( peh macam isi presentation aku la fulak)
  • Ganti daripada Allah ( yang ni terbaik)
  • Iman adalah kehidupan ( yang ni lagi terbaik )
  • atau mereka dengki kepada manusia lantaran Kurnia yang Allah telah berikan ( tajuk pun panjang... dan ada makna tu....)
sebenarnya banyak lagi, tak kan aku nak taip semua , kalau terjumpa , beli jer buku ni, harga RM 15.00 tapi kalu ada kad popular, dapat diskaun 20%....
hah tekan hanset ler nak tahu betapa murahnya buku ni, berbanding.... dengan.... dengan....
kain baju kurung 4 meter untuk raya puasa keh keh keh....
tak lupa juga buku ini adalah terjemahan dari buku berjudul ' Agar Gelisah Bernilai Ibadah' terbitan indon ?
peh sebab tu ayat yang ada dalam buku ini agak puitis dan sedap ( tapi puitis tu menda ?)
jadi dapatkan buku ini dipasaran sekarang.....

"orang yang tidak memiliki kelebihan dan kemajuan hidup tidak akan pernah diganggu oleh orang lain. ibarat anjing yang mati tidak akan pernah dicaci dan dihina"
- petikan dari buku ini

"remember that NO one ever kicks a dead dog"
- petikan buku How to Stop Worrying And Start Living (1948)


SMS 1 : kyun pehle na aayi tum ( kikikikiiii..........)

SMS 2 : peh Amir Khan ambil masa selama setahun untuk dapatkan badan yang kemas dan solid untuk watak Sanjay Singhalia dalam filem Ghajini rupanya.... setahun yer ? orait..... aku nak try buat 3 bulan . Amacam ?
(Jangan lupa tengok kejadian dari minit 6.4o dan seterusnya....)