Saturday, June 26, 2010

katak - katak itu , aku telan sekor - sekor ....

minggu lepas baru jer habis present buku aku kali ke 3....
present buku kali ini , lebih bermakna sebab aku present buku yang aku beli 5 tahun sudah, secara tak langsung aku ulangkaji balik isi - isinya... Alhamdulillah banyak pula penyelesaian masalah hidup dan semangat baru yang aku dapat....
Buku tu tajuknya BE A PEOPLE PERSON tulisan John C Maxwell....
John C Maxwell ni memang ler kuat kristiannya... tapi kita ambil yang elok - elok sahaja la kan... lagipun agama mana yang suruh kita bermusuhan di tempat kerja ?
aku dalam 2 - 3 minggu lepas dilantik sebagai setiausaha Persatuan Staf dekat pejabat... bangga tu ada la sket - sket tapi tanggungjawab yang hendak dipikul agak besar juga... namun setelah aku kaji punya kaji... aku ni pada 2 Oktober nanti cukup 10 tahun aku kerja dengan majikan aku... jadi apa masalahnya ?
aku dah tempuh banyak situasi dan perangai manusia, insyaallah aku akan hadapi dugaan dan cabaran yang akan mendatang satu persatu, aku hargai nasihat yang diberi oleh AJK sebelum ini, tapi mereka nampaknya lebih banyak menakutkan kami AJK baru dengan bebanan tugas mereka dulu dan sebenarnya ada diantara mereka sudah berputus asa dengan Persatuan, ada ke patut buleh berfikiran begitu, lepas letak jawatan , dah tak nak bagi sumbangan apa - apa ?
tak lupa juga mereka yang kutuk dengan pemilihan AJK yang baru...
kata mereka , kami ni golongan YES BOSS !
ada ka patut ?
sedangkan AJK yang baru dipilih melalui pengundian...... Boss Nombor Satu tak mengundi langsung pada hari itu... tapi biasalah kan mereka yang di kritik atau dikutuk biasanya terdiri dari 2 golongan :

Pertama : The Leader atau ketua , dikritik adalah harga yang perlu dibayar oleh seseorang yang hendak jadi Ketua.

Kedua : The Leaper atau agen pembawa perubahan , tak kisah ler perubahan itu adalah positif dan terbaik untuk semua orang , mereka juga akan dikritik.
( Nota ini aku ambil dari buku JohnC Maxwell tu ngehngehngeh... )

Contoh terdekat dengan kita hah Nabi Muhammad S.A.W baginda ada kedua - dua ciri di atas , sedangkan Nabi manusia terhebat dikritik , apatah lagi aku perempuan yang lemah ini :P
bukan sahaja Nabi, Allah yang Maha Pengasih , Maha Penyayang Dan Maha Pemurah turut dikritik oleh mereka yang tak tahu bersyukur.... apatah lagi aku , anak yatim dan masih lagi bujang ini...
betapa lemahnya aku,
betapa bongkak dan sombongnya jantan itu ....
dah ler muda dari aku, pegang jawatan pun satu jek...
kritik orang bukan main... selama ini aku yang banyak bagi nota kuliah pada dia... malah banyak kali 'cover line' untuk dia dalam mesyuarat.
aku bukan nak mengungkit, tapi aku dah anggap dia dah macam adik sendiri , tapi buleh dia kutuk aku lagi dan lagi dan lagi...
dalam tempoh 2 tahun ni , dah 3 kali dia tak puas hati dengan kejayaan projek aku ,
aku pun hairan mengapa projek aku ?
sedangkan dalam satu semester ada lebih kurang 70 projek lain yang dia buleh sentuh..
tapi dia memang tak puas hati dengan aku la tu...
yang tak bestnya , dia kutuk aku dalam facebook lar...
semua orang buleh baca.....
dan dia mengharapkan aku membalas komen - komen dia
tapi aku tak layan,
aku percaya hanya masa sahaja yang boleh menentukan siapa yang betul atau salah disini,
aku ni perempuan , tak kan aku nak serang dia terus...
nanti sampai ke tua aku tak kawin..
dan malulah plak aku dekat adik - adik hencem dekat opis tu kikikikkiiiii....

apa la punya manusia... mungkin dia lupa Allah itu Maha Adil .
memandangkan dia hanya mewakili 1% jer staf di opis aku yang kutuk aku...
jadi baik aku abaikan sahaja manusia itu...
tiada masalah....
heheheeee sekarang ni jer tiada masalah, selepas 2 - 3 minggu berlalu...
sedangkan dulu aku memang tertekan, kita buat baik macamana sekali pom,
akan tetap ada manusia yang tak puas hati...
baiklah Pak Harfan (eh eh tiba - tiba teringat dekat dia dalam Laskar Pelangi)

"hidup itu memberi yang sebanyak-banyaknya,
bukan menerima yang sebanyak-banyaknya"


***************************************

EAT THAT FROG
pepatah English yang dipopularkan semula oleh Brian Tracy...tak buleh nak copy youtube,
kalu nak tengok buleh check kat sini.... aku ada share video ni masa presentation yang lepas,
ada yang dah mula popularkan katak - katak itu di opis aku selepas itu,
nampaknya mesej dan misi aku berjaya kali ini
dan aku ada 2 - 3 ekor katak lagi yang belum aku telan,
jadi tak kemana la aku cuti semester ini ...
hanya sekadar kemas bilik tidur* sambil dengar lagu Sofea Jane ,
peh buleh tahan juga Rock Kapak si Black ni ...

*perlu diingatkan bilik tidur aku tu sebenarnya bukan hanya ada katil dan tilam sahaja tau tapi lengkap dengan satu TV dengan Raknya sekali , 4 ketul rak fail yang dibuat rak buku, satu meja siap dengan kerusi untuk laptop aku ... jadi kerja aku hanyalah tukar posisi perabot tu sekali sekala ... ikut mood :P