Thursday, December 31, 2009

Hikayat si Naga....

kalau ikut kalendar Cina aku di lahirkan dalam tahun Naga...
amacam ? adakah dengan munculnya tahun 2010 aku mampu terbang dan keluarkan api sendiri... ?
kita tunggu dan lihat kikikkiiiii....

esok tahun baru , sedang molek jatuh pada hari Jumaat, dan biasanya khamis malam , aku memang tidur awal dan lebih lena sebab tak perlu merancang apa - apa untuk esoknya, kecuali kadang - kadang timbul juga niat di hati untuk mendengar ceramah Tok Guru dekat bangunan Pas tu... jadi kena bangun awal , kalau pergi lewat, kena parking jauh - jauh sket ..
dan biasanya sambil dengar ceramah , aku ada meninjau segala jenis benda yang terjual disitu
kikikiiiii......

dan biasanya pada malam tahun baru , kalau tak ada cerita TV yang best , kalu setakat nyanyi - nyanyi tu... aku tidur awal juga... aku pun tak ingat bila kali terakhir aku 'count down' ikut TV , bagi aku tahun Baru tu sekadar satu titik sahaja.... tiap - tiap hari buleh jadi titik itu.
dan sesuatu titik itu perlu ada sebagai sempadan untuk kita hidup dengan lebih teratur bak kata orang putih -> organized

Tahun lepas , aku tak ada pom entri Tahun Baru , sebab aku mula menyepi dari alam blog sejak bulan November 2008 sehingga Februari 2009 atas sebab - sebab tertentu :P
namun hidup aku untuk tahun 2009 , Alhamdulillah berjalan lancar walaupun dugaan kian bertambah selari dengan usia , pengalaman dan pengetahuan.

cuma untuk sesiapa yang nak letak tarikh esok 01.01.10 sebagai satu titik untuk memulakan sesuatu ,
aku syorkan kamu tulis dengan tepat tentang apa yang kamu nak capai pada tahun ini,
sebab secara peribadi, aku juga percaya azam yang ditulis mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk direalisasikan....
walaupun tak semua azam aku pada tahun lepas tercapai .... tapi ada juga yang tercapai...
aku kongsikan satu disini,

aku pernah menulis azam untuk lulus PTK Tahap 1 dengan keputusan paling tinggi 4 - 4 , dimana secara tak langsung aku akan dapat kenaikan gaji dengan keputusan itu....
untuk rekod , setahu aku tiada lagi staf opis aku yang gred DG41/J41 lulus 4 - 4 , maka aku tambah sket lagi dalam azam aku itu, aku nak jadi orang pertama dalam gred DG41/J41 lulus 4 - 4 , Subhanallah.... ianya terjadi !

aku tak pernah bagi tahu sesapa pun azam aku yang ni,
jadi ianya eksklusif untuk pembaca blog aku sahaja...
kalaulah kawan - kawan kat opis aku tahu , mesti dorang ingat aku ni perasan macam bagus sangat !

tetapi jangan luferrrrrr adik - adik ....
asas kepada sesuatu kejadian itu (disamping ketentuan Allah) ialah yakin percaya kepada kemampuan diri sendiri , diikuti dengan usaha yang sepadan serta doa yang merendahkan diri kepada Allah .
Semua itu WAJIB ada beb !
apa ? korang ingat , dengan tulis azam 1000 kali, menda buleh berlaku dengan sendiri kerrrrr ?
kikikikiiiii... aku tak ajar ek :P

tapikan aku ada tampal azam aku tu dalam bilik tidur dan tertulis dalam diari dan kadang - kadang ada dibawah keyboard opis aku ... bila boring , aku ambil kertas memo, aku tulis macam - macam azam/impian dan letak bawah keyboard opis kikikiiiiii....
amacam ? banyak juga tempat yang aku tulis azam rupanya dan ianya tak berlaku pada 1 Januari sahaja........

SMS
: jangan takut atau malu - malu untuk menulis azam kikikikiiiii


tadi terdengar lagu ni kat radio ....



Do you know where you're going to?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going to? Do you know...?

Do you get what you're hoping for?
When you look behind you there's no open door,
what are you hoping for?
Do you know...?

Wednesday, December 30, 2009

sedang mereka asyik bermimpikan Edward Cullen


aku masih terkenangkan Sanjay Singhalia (Amir Khan) dari cerita semalam...
kikikiiii... aku dah tengok filem Ghajini versi Tamil ...
punyalah best lain dari yang lain, aku tengok pada suatu waktu dahulu... masa Raya Deepavali entah tahun bila....
dan bila saja aku dapat tahu Ghajini versi Hindi akan ditayangkan kat RTM 2 , terus aku masukkan dalam reminder hanpom kikikii..... walaupun aku dah banyak kali terjumpa DVD Ghajini versi Amir Khan tapi tak terbuka pula hati nak membelinya....
jadi semalam , bertemankan boboy kucing aku, aku melayan Amir Khan dari jam 11 sehingga dekat kul 2 pagi kot , peh macho dan hensem betul la watak dia...
aku dizaman Amir Khan muda - muda tak ada la pula aku minat sangat dekat dia, maklum lar dia dulu muka baby face... macam Faizal Hussin dalam filem Bujang Selamat kikikikii.... dan bila ada adegan gaduh dengan penjahat, mestilah pengarah bagi dia menang sebab dia Hero... tapi sejak dia dah berumur - lani 44 tahun !
peh body pun semakin mantap, lakonan memang klasik ler... alahai....
sweet betol.....
sekarang ni aku tengah cari filem lakonan Amir Khan yang Ms Weed cadangkan dulu , masih belum jumpa....

weh aku baru tahu yang Amir Khan ni pernah berlakon sebagai watak kanak - kanak dalam filem Yaadon Ki Baaraat (1973) <- ala cerita 3 beradik yang berpisah sejak dari kecil tu, abang yang paling besar sekali lakonan Dramendar.... pastu mereka bersatu balik dengan lagu Yaadon Ki Baaraat tu...kikikiii.... klasik - klasik....

SMS 1
: masih terngiang - ngiang lagi soundtrack penutup filem ini...
kaise mujhe tum mil gayi, kismat pe aaye naa yakeen
how was is that you come to me, how blessed i am , but it's hard to believe (waaaahahaaa.. )

SMS 2 : oh filem ini sebenarnya dicelup dari filem American Memento... tapi aku konfiden , dalam filem america tu tak ada sesi keluar menari beramai - ramai , mahupun dating tengah padang pasir kan ? kikikikikki......
secara peribadi, aku lebih teruja tengok versi Tamil sebab masa tu , aku tak kenal pom Hero dalam filem tu, jadi mati - mati aku ingatkan dia memang penjahat yang sakit jiwa , gila dan suka bunuh orang sahaja... dan masa tu juga aku tak tahu pom jalan cerita dia, bayangkan perasaan Hero bila dia tak sempat bagi tahu cerita sebenar dekat Heroin, yang dia adalah Sanjay Singhalia yang sebenar... memang kesian ler... cuma kelebihan filem ini... ehem sudah tentu adanya Amir Khan yang jauh lebih hensem dari hero Tamil :P
nak tahu jalan cerita Ghajini klik sini .

SMS 3 : aku juga tengah tunggu filem faberet aku 'The Last Mohican' main sabtu malam , jam 10 , saluran NTV7 kot... filem ini dah banyak kali aku tengok... tapi tak pernah puas... sebab Hero dalam filem ini memang Hero hahahahaaaa....

Thursday, December 24, 2009

don't cry for me .........

Hari ini aku cuti... service katak aku kat Produa...
semalam sebelum magrib aku ada mandikan katak, dekat 2 bulan juga tak mandi,
ala katak dah sejuk dengan banjir dan hujan hampir tiap - tiap hari, nak mandi buat apa ?
nanti dia demam aku juga yang susah....
tapikan bila aku gosok badan dia setiap inci, alamak banyaknyer daki - daki degil... aku ingatkan katak dah berkarat , sedih jugak aku... tapi sebenarnya tak, ini mesti kesan asid air hujankan ?
nak hilangkan semua daki tu, aku terpaksa mandi katak sampai 2 kali....
sekarang aku dah nak serius balik untuk jaga katak aku, setiap kali kena hujan , nak kena siram juga... sebelum ke opis , nak kena lap juga pagi - pagi...
atap tempat katak berteduh pun ada yang dah bocor... kesian, nak kena tampal balik , bila cuaca panas lepas ni....
hari ni juga aku ada beli 'tar remover' peh sejenis cecair untuk menghilangkan kotoran degil pada kereta Anda, memandangkan aku bercuti dalam 5 hari ini, aku nak polish le katak aku tu.....
apatah lagi minggu depan , pelajar baru dah masuk, mereka mesti nak tau siapakah pemilik Katak Hijau yang berkilat - kilat tu kan ?
kikikiiiiiii.....
balik dari service katak , aku dapati 4 trafic light disepanjang laluan aku tak bernyala, adola.. bahaya betul , dah ler ada 3 - 4 simpang....
abang misai yang selalu pakai baju seragam putih tu, tak adalah pulak nak jaga simpang2 yang merbahaya tu... ? hairan betul aku...
dah dapat 'bantuan khas kewangan RM500' terus cuti ke ?

oh ya tadi aku ada baca artikel dari majalah Cleo yang ada dekat Produa service : Tip membeli belah bagi orang pompuan,
penulis suruh kita membeli dengan cara lelaki
peh !!
antara tips nya ialah :
  • fokus kepada apa yang hendak dibeli , bukan pergi window shopping tiba- tiba terjumpa sesuatu yang tiada dalam senarai , terbeli juga... ( bahagian ni aku dah lulus .. no hal)
  • jangan ikut perkembangan fesyen sangat , sampai terkejar - kejar sehingga jatuh terguling.... dikatakan orang lelaki tak bersungguh sangat untuk mengejar fesyen terkini, oh mungkin juga mereka tak buleh pakai 'skirt' atau tudung atau kain yang berbunga - bunga ( bahagian ini pun aku lulus juga , sebab aku hanya beli sesuatu barang dengan fesyen terkini sebab nak buat sebagai 'ubat' sahaja hahahhaaaaa.... yerlah nak juga merasa apa yang dorang pakai, macam tudung ekin / munawarah / aryani... aku ada juga 3 helai untuk dibuat obat, tak dak la aku beli semua kaler.... menda- menda gini memang tak buleh nak tahan, mana la tau...takut demam panas , payah juga nak sembuh kikikiiki.....)
  • buat kajian , dikatakan lelaki banyak buat kajian atau mencari maklumat tentang barang yang mereka nak beli, oh ini mungkin barang yang mahal - mahal kot ? macam alat elektrik atau kereta atau komputer ? ( yang ni aku fail !! yang aku tau aku nak menda tu ada jer, mahal ke ? canggih ker ? kena tipu ker ? aku tak tahu sebab aku gan barang2 elektronik/gadget memang tak kacip... )
  • yang lain - lain aku tak ingat sebab aku tak ambil nota :P
aku pom ada perasan juga, staf lelaki ni , jarang tukar baju ler....
apatah lagi staf yang baru kerja , mungkin mereka baru dapat gaji , nak simpan untuk kawin atau bagi dekat mak ayah ...
jadi tak tertukar la baju kot...
tapi staf lelaki yang dah beranak pinak lagi lar tak tertukar baju... kecuali Boss nombor satu aku, peh baju dia buleh dikatakan baru tiap - tiap hari, macam iklan sabun'breeze' kaler
apatah lagi kalau ada majlis tertentu, beliau sengaja meletakan dirinya sebagai bahan umpatan opsss... maksud aku bahan perbualan staf pompuan keh keh keh...
tapi aku tak hairan ler... gaji dia dah lebih RM8K kot... lagipun dulu dia pernah kerja kat HQ KL, aku tengok staf dekat HQ pun macam terpaksa melawakan diri untuk hidup ...
pernah juga staf dari HQ tegur pakaian aku yang tak 'up to date'
aku kata, aku dah boring dengan fesyen terkini.... dia baru nak cari tudung bawal sulam tangan , sedangkan aku dah mula pakai sejak tahun 2007 ,
lagipun aku tanya dia perlu ker berhabis duit untuk mengejar fesyen ?
dia terus senyap.... sambil menggelengkan kepala ,
sepatutnya aku jer yang jadi penulis dalam majalah 'CLEO' tu... amacam ? kikikikiiiii......

Sinead O Coner ni , aku kenal dia pada tahun 1990 melalui lagu ni :



tapi tak sangka pada tahun 2003 , dia masih tak berubah... suara pun bleh tahan.
walaupun aku tak pernah tengok filem Evita, tapi aku suka lagu ni :


SMS : aku dah mula nyanyi lagu ni sejak zaman Madonna berlakon filem Evita, macam dekat jer liriknya dengan aku (peh kalau tidak di ambil kira Argentina lar kikikiiiiii....)

It won't be easy, you'll think it strange
When I try to explain how I feel
That I still need your love after all that I've done

You won't believe me
All you will see is a girl you once knew
Although she's dressed up to the nines
At sixes and sevens with you

I had to let it happen, I had to change
Couldn't stay all my life down at heel
Looking out of the window, staying out of the sun

So I chose freedom
Running around, trying everything new
But nothing impressed me at all
I never expected it to

Don't cry for me Argentina
The truth is I never left you
All through my wild days
My mad existence
I kept my promise
Don't keep your distance

And as for fortune, and as for fame
I never invited them in
Though it seemed to the world they were all I desired

They are illusions
They are not the solutions they promised to be
The answer was here all the time
I love you and hope you love me

Don't cry for me Argentina

Have I said too much?
There's nothing more I can think of to say to you.
But all you have to do is look at me to know
That every word is true

Saturday, December 19, 2009

suka - duka Maal Hijrah 1431.

Jumaat 18 Disember 2009

Salam,
dikesempatan ini , aku nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Team Bolasepak Malaysia sebab menang Emas dalam perlawanan khamis lepas,
dan untuk siapa yang ada kenal penjaga gol Malaysia tu , tolong sampaikan salam aku kepada dia buleh ?
aku rasa dia memang Hero dalam saat - saat terakhir perlawanan !
yum.. yum...<- bak kata berteromber :P

setelah 3 minggu berlalu , macam - macam ada dalam otak aku ni....
tapi apa yang berlalu ?
oh itu sesi pembentangan buku pilihan pensyarah... idea Boss aku , tapi aku yang tolong laksanakan , sepatutnya ada 72 orang staf bentang buku masing - masing...
tapi ada staf yang dah tua , malas nak bentang.... apa kejadah ?
sedangkan sesi bentang buku ini syarat wajibnya mesti ada Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan tajuk buku, jadi secara tak langsung disamping kita berkongsi ilmu buku, kita juga berpeluang untuk berkongsi terjemahan AL - Quran dan nasihat peninggalan Nabi , tapi mereka semua tak nampak , pahala yang menanti....
hairan aku !
secara peribadi , aku bersyukur berada dalam majlis ilmu itu dan sebab itulah sejak 2 menjak ini aku berdiam diri dari aktifkan blog...
banyak menilai dan muhasabah diri sendiri....
aku plak ada present buku ni,
(buku yang aku beli sekitar 2003 )

dan Al - Quran yang aku petik ialah :
Slide 1
"dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang - orang yang kusyuk"
Surah Al – Baqarah ayat 45

Hari ini.... selepas orang lelaki sembahyang Jumaat , aku nak kena 'antar natu' sepupu aku , maksudnya menghantar anak sepupu aku ke rumah mak mertuanya lah, selepas berkawin pada Rabu lepas... anak sepupu aku tu baru je 21 tahun, dua pupu aku yang pertama kawin keh keh keh.... terasa tua la plak aku hari ini...

tapi sebelum proses penghantaran itu berlaku , aku menyedapkan diri dengan keluar ke KBMall, kira inilah pertama kali aku ke KBmall selepas kejadian luarbiasa yang berlaku 2 minggu lepas.... bukan aku takut tapi malas la nak keluar, manusia bak kata Apex ramai tak patut . Maklumlah 'sales' di mana - mana , apatah lagi dorang dah mula nak beli baju anak sekolah, tapi hari ini, jam 9.30 pagi aku dah terpacak dalam KBmall membeli ini :
(aku mencari tip untuk mengagihkan kerja kepada rakan sepejabat , apabila tahun depan aku dijangka akan memegang 2 - 3 jawatan Induk/Ketua penyelaras )

peh cukup puas hati.... tapi yang tiada dalam gambar -> sandal dan handbag dan baju macam budak kolej yang genius pakai dalam filem orang puteh . Amacam ?
aku ni susah nak berkenan dekat barang yg dipakai, pernah aku tak beli baju baru selama 6 bulan , sebab tak dak kain 4 meter yang lawa - lawa kat sekitar Kota Bharu... hampir 5 - 6 kedai aku tengok tapi tak berkenan, jadi bila dah berkenan aku terus beli dan simpan sehingga sampai edah ( kah kah kah... ada ke yang buat macam aku ni ? katakanlah beg yang aku beli tu bernilai dalam RM200 , maknanya aku akan pakai selepas 4 bulan kemudian , baru rasa tak bersalah , untuk menggunakan RM50 sebulan !)
apatah lagi kain 4 meter, aku beli sampai 2 - 3 ratus, aku simpan dalam almari selama setahun pun ada, bukan menbazir tapi belum cukup edahnya kah kah kah tapi bila ada 'special event' macam 'dinner' atau 'konvokesyen' , aku dah ada baju 'standby' !
menda - menda macam ni, kena blaja yer adik - adik , nak melawa mesti bertempat !

lepas aku beli semua - semua tu, aku terus mencari makanan feberet aku
strawberri cicah cokelet kah kah kah RM4.50 untuk 4 biji strawberri dan bila aku sampai rumah.... aku dapati aku period !
no wonder , aku mengidam itu cokelet sama strawberri :P

oh ya azam aku sempena Maal Hijrah ni,
  • aku nak sembahyang on time !
  • aku nak kurangkan mengumpat , semua kelemahan orang yang aku tahu , aku akan simpan kat aku jer, sebab aku pun ada kelemahan juga .
  • aku tak akan tenggelam lagi dengan sindiran orang tentang kerajinan dan kelebihan diri, aku dah buat kesilapan dalam 2 - 3 bulan ini , aku akan tetap jadi diri aku macam dulu - dulu... aku dah memang rajin sejak tingkatan satu la weh... sebelum itu , aku tak berapa nak ingat, ini tentang prinsip hidup, aku buat jer kerja yang disuruh.... kenalah rajin , apatah lagi kerja dengan orang ..... habis cerita !
  • aku nak jadi orang yang sabar dan mudah maafkan kesilapan orang lain ( walaupun aku rasa orang itu tak patut buat kesilapan yang tak patut keh keh keh...)
  • dan lain - lain adalah rahsia.





aku ada kaitkan Squidward dalam pembentangan aku dimana salah satu isinya adalah
Bagaimana nak menghadapi orang yang tak tahu bersyukur atau mengucapkan terima kasih atau menghargai kita .
antara Hadis - hadis yang berkaitan ialah :

Slide 12
Rasulullah (SAW) bersabda :
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah

orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan
amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam
atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan
keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar .”
Slide 12
Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya

dan

Slide 13
Rasulullah (SAW) bersabda : “Orang-orang yan g penyayang itu disayangi oleh Allah Ta’ala, maka sayangilah penduduk bumi, niscaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”
Slide 13
Hadis Abu Daud dan At - Tirmidzi

SMS1 : dalam aku duk cari hadis yang berkaitan dengan presentation aku, aku jumpa kata - kata hikmah dari Sayidina Abu Bakar : Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan. <- siapa yang sanggup ? semoga usaha kita sentiasa diberkati Allah hendaknya.

SMS2 :
best juga lagu Move Along by All American Rejects.

SMS3 : ini entri semalam , tapi tak sempat post sebab aku mengantuk :P

Sunday, December 6, 2009

Sakit lepas mati.....

Kelmarin , selepas habis tengok filem Hindi RTM 2 ( amacam Jard setia tak aku kat RTM kikikiiiii)
dan selepas makan ayam bakar sama sosej sama fish ball , saja blanja adik aku , dia dah bertolak ke UIA semalam...
aku layan filem District 9... Buleh baca sinopsis cerita ni kat sini. Terima kasih juga kepada blogger yang pernah review filem ni, kalau tak silap Huzaiba , sepupu pipi kot :P

filem ini dimulakan dengan temuramah penduduk bumi dan pekerja yang menjaga kebajikan makluk asing . Nasib baik aku ni jenis yang sukakan dokumentari dan Edisi Siasat, jadi buleh la layan dorang punya temuramah tanpa Subtitle , peh aku lupa pilih subtitle tuk filem ini.....
habis cerita baru aku klik bahagian subtitile dan baru aku sedar untuk dialog dan percakapan makluk asing memang tiada subtitle. jadi maknanya selama sejam lebih , aku memang faham dan terer bahasa makluk asing... wow ! satu penemuan yang baru...
oh mungkin ianya disebabkan hasil dari kacukan darah X-men dan Superman yang mengalir dalam tubuh ini.... jadi aku tak perlu terkejut sangat la kan ?
hasil dari kajian aku ke atas filem - filem makluk asing , spesies kali ini lebih menjurus kepada spesies predator ... sebab ada sesungut.... tapi kaler darah hitam , predator kaler darah hijau.
Filem ini juga ada pengaruh robot dalam kartun Mospeada....

mesti pengarah filem ini minat Mospeada lonely soldier boy jugak kikikiii......

dan apa yang penting dalam filem ini bagi aku ialah .....
penderitaan Hero dalam filem ini , apabila dia terkena virus / darah makluk asing , secara perlahan - lahan badan dia bertukar kepada makluk asing. Semuanya mengambil masa dalam beberapa hari sahaja.... bermula dengan kuku jarinya tercabut satu - satu... di ikuti gigi....
dan bahagian yang paling sakit ialah bila kulit badannya juga tercabut dan dicabut oleh penjahat (manusia) ...
jadi disinilah 'moral story' yang aku dapat , bayangkan seksa dunia macam tu dia punya sakit, apatah lagi seksa di akhirat nanti,
diakhirat kuku dan kulit yang tercabut akan tumbuh semula.... dan tercabut balik......
tumbuh semula dan tercabut balik..... itu tahap tercabut ajer, yang terbakar ? apa cerita ?
siapa yang sanggup menahan nya lagi ?
ada berani ?

oh adegan terakhir yang dipaparkan dalam filem ini ialah.... isteri si Hero syak yang suaminya ada letak bunga besi depan pintu rumah dia , aku pun syak Hero yang letak depan rumah dia sebab sebelum cerita tu habis , dorang ada tunjuk seekor makluk asing tengah buat sekuntum bunga dari besi juga ... amacam ?
kikikiiiii....

SMS : satu jer kekurangan yang ada dalam filem ini -> terlalu banyak giler perkataan ' f**k ' kalau Hero pun bukan main lancar menyebut 'f**k' apatah lagi penjahat manusia yang lain, nasib baik makluk asing itu mencarut dalam bahasa dia...

Friday, December 4, 2009

up date ajer lah.......

bukan susah pun nak up date blog, yang timbul rasa susah tu , mungkin kita takut orang tak baca.... tapi ada aku kisah ker ?
errrrr .... ada kisah lah juga,
nak tulis menda mengarut ,
aku malu dekat Pakngah... dan follower yang lain...
hey aku pun ada follower juga tau.... ( hehehe anda tahu siapa diri anda....)
jadi aku taip jerlah.....

Rabu, 2 Disember 2009
Banjir 2009 bil 3(a) <- peh siap ada (a) sebab banjir yang berlaku bukan dari air sungai betul - betul, tapi memandangkan aku kerja hari tu, aku terlepas untuk menyaksikan kenaikan air paras dada orang tua, wah dalam jugak tu, hal ini berlaku sebab ada orang tutup pintu 'kalbog' kampung aku. errr kalbog itu adalah sejenis pintu yang mengawal pengaliran air dari kawasan rumah aku ke terusan yang bersambung dengan sungai Kelantan. Secara teorinya apabila air Sungai Kelantan naik , pintu kalbog akan ditutup bagi mengelakkan air memasuki kawasan rumah kami, tetapi kuasa Allah , kalau dah kunfayakun , banjir tetap juga berlaku . Sepatutnya bila air hujan mula melimpah di kawasan kami, jadi pintu kalbog itu harus dibuka , untuk mengalirkan air ke terusan. Tapi ada makluk yang tutup pintu kalbog, air naik secara mendadak , sampai mencecah lantai kedua rumah aku , lantai kedua adalah tempat aku tengok TV dan lantai yang paling tinggi rumah aku adalah lantai bilik tidur dan ruang tamu . Hanya banjir tahun 2004 sahaja , air mencecah ruang tidur kami . Jadi bila kalbog dibuka, air surut dengan mendadak juga, bila aku balik Jam 6 petang , air tinggal satu anak tangga sahaja. Untuk berita terkini , air sungai Kelantan masih bertahan , tak melimpah.... Alhamdulillah.

adeh , tiba - tiba teringat memori balik dari mengaji Al - Quran, kalbog itulah tempat lepak aku adik beradik sambil menangkap ikan - ikan yang terperangkap selepas banjir .


Khamis , 3 Disember 2009 .

Aku dah masukkan markah pelajar dalam sistem , minggu depan ada pembentangan, yayyyyy....
kerja pejabat hanya tinggal 4.1% sahaja . Antara kerja yang tertinggal ialah :
- hantar laporan aktiviti kolej bagi suku tahun ke IV ke HQ
- Jemput penceramah luar untuk kursus fertigasi & perternakan keli.
- Presentation buku pilihan pada 15 Disember 2009.
- isi borang SKT (Sasaran Kerja Tahunan) dengan bangganya....


Jumaat , 4 Disember 2009,

kehkehkeh.... dah lama tak tidur siang hari dan akibatnya aku mimpi yang bukan - bukan...

tapi bukan salah aku, hari Ahad lepas aku ada tengok citer kat RTM 2, entah lah tajuk pun aku tak tahu, cuma bila aku tengok ada muka Paul Walker aku layan jer , cerita tentang 'time machine' gitu........
dan sejak 2 menjak ini , Vovin juga asyik duk cerita pasal pengembara masa yang sedang mencari Cinta.....
dan hari ini, kehkehkehkeh... aku bermimpi aku dapat pergi ke masa silam melalui laptop aku, amacam ? ada debar juga... bila dapat lihat petunjuk yang ada,
lepas tu aku dapat idea untuk meninggalkan jejak atau petunjuk kepada 'dia' supaya dia tahu
aku sukakan 'dia' .... kehkehkeh
tapi bila idea aku itu mula berbunga - bunga.... tiba - tiba

Assalamualaikum....

ADAM ?

eh bukan
itu suara adik aku kehkehkeh....dia baru balik dari KB , nak suruh aku buka pintu luar la tu
dan disebabkan bilik aku bersebelahan dengan pintu masuk, apalagi akupun
Wa'alaikumussalam ajer lah.....

alahai..... tak sempat habis mimpi aku :P


SMS 1: lepas di google sket.... aku dapat tahu filem tu tajuk dia Timeline, filem tak laku dan tak balik modal langsung pada tahun 2003 , bleh cekidout kat sini.
tapi tak kisahler.... janji bleh tengok muka Paul Walker free...

SMS 2 : mimpi aku itu menunjukkan , pemikiran aku dah hampir - hampir nak kosong sekarang ini , sampai ... cerita 'time machine' pun buleh mengisi kekosongannya kehkehkeh....
jadi mulai esok , aku nak ............... ( bersambung )

Tuesday, December 1, 2009

cerita mimpi lagi...

semalam aku tidur jam 12 malam lebih - lebih,
bangun dalam 5.30 pagi lebih - lebih...
jadi maknanya dalam 5 jam 30 minit... aku buleh alami 3 mimpi yang berbeza....

mimpi 1
ada promosi Astro dekat KBmall , ada pelbagai hadiah termasuk buku yang tengah aku cari, peh menarik... cuma TV dalam bilik aku rosak, TV kat bilik tamu, buruk sket, arial pun dah tercabut, jadi nak langgan Astro , mesti kena beli TV baru.....
mimpi tergantung , tiada rumusan buleh dibuat....
tapi buku tu.... alahai sebijik macam aku nak :P

mimpi 2
mak aku tengah bercakap dengan seorang lelaki tua, mengatakan aku ada sedikit ilmu yang diperolehi dari arwah ayah aku, ilmu mencari barang atau orang hilang...
wowwwww..... aku ingatkan anak lelaki yang bakal memperolehinya.... mimpi ini tiada penutupnya... aku nak try sambung dalam tidur malam ini kikikiiiiii :P

mimpi 3
entah macamana aku berada dalam badan seorang pelajar perempuan yang terpaksa balik lewat ke Asrama.... sebab kena kerja sambil belajar. Risikonya ialah apabila balik lewat , dia kena masuk ikut pintu yang berada dalam bangunan asrama lelaki...
Ini lagi wowwwwwwwwwwwww.... mencabar tahap Lara Croft... masa aku dah ada dalam asrama lelaki , tiba-tiba ada orang perasan kelibat aku, OMG (peh siap ada skrip oram puteh lagi kikikiii....) cepat - cepat aku lari ke bahagian bawah bangunan, budak lelaki itu terus mengikuti aku , debaran memang terasa , aku terpaksa terjun dalam air yang ada dibawah bangunan itu, cis mentang - mentang musim banjir asrama itu juga tak terlepas dari dinaiki air.... tak cukup terjun aku terpaksa menyelam sambil 'kontrol' pernafasan , jangan bagi buih - buih udara keluar langsung dari hidung atau mulut aku, oh tidak nafas aku semakin terhad,
cis budak lelaki itu terjun juga dalam air tersebut, aku dah tak tahan....
dada dah panas , nafas dah tak buleh nak tahan.... tiba - tiba
.
.
.
.
.

aku kejutkan diri sendiri dari tidur dan mimpi, buat apa penatkan diri sendiri ?
tapi itulah mimpi paling penat yang aku rasa, sebelum ni, kalau aku tak suka mana - mana mimpi, aku 'cancel' jer mimpi tu....
serius...
aku memang mempunyai naluri yang mengatakan... mimpi itu adalah mimpi.....
mungkin sebab itulah aku tak suka bermimpi .

tengah layan lagu ni , sambil tanda kertas student sambil berduet dengan BSB....
dan kadang - kadang tamak untuk nyanyi semua bahagian apatah lagi pada minit 2.30 kikikiiiiiii....



SMS : walaupun aku tak pernah dijanjikan dengan 10 000 promises tapi lagu ni ada sesuatu....
oh mungkin ianya ada kaitan dengan lagu KRU Janji Tinggal Janji, jenis lagu jiwa luka_ patah hati tapi kalau pakwe nak blah_ boleh blah_ no hal !!!

Thursday, November 26, 2009

Misteri bumi kelantan....

Tiap kali cuti sekolah , apatah lagi raya.... bumi Kelantan dah mula tak kenal aku, dah mula berlagak macam mak tiri , aku terus dipinggirkan, sampai nak habiskan gaji pun dah tak senang............
bukan main banyak kereta atas jalan hari ini , kelmarin , hari selasa ... mahupun hari Jumaat lepas...
walaupun cuti sekolah , aku buleh bertolak lewat ke opis (tapi tetap sampai awal :P)
jiwa aku memang tak tenang dengan kebanjiran kereta di atas jalan , milik siapa entah...

Adakah semua rakyat Kelantan adalah cikgu, bila cuti sekolah cikgu pun cuti.... jadi penuhlah cikgu - cikgu di Kelantan bercuti dan membawa kereta masing -masing kebandar...,

Adakah orang Kelantan dari luar negeri balik kampung bercuti , bawa jumpa anak dengan datuk nenek masing - masing.... wah mudahnya orang Kelantan nak dapat cuti masing - masing... baik sungguh hubungan mereka dengan Boss masing - masing...
dan mudahnya pasangan hidup masing - masing ikut orang Kelantan balik kampung tiap kali cuti sekolah , apatah lagi raya ( wow... tabik spring kalau tiap kali raya balik kelantan)
atau.....
adakah ramai orang Kelantan kawin dengan orang Kelantan juga....

Adakah bumi Kelantan tetap menjadi pilihan ramai pelancong tempatan , walaupun berita dah kata, banjir belum habis lagi...

Adakah wahhhhh......banyaknyaaaaa.... barang yang murah dan cantik - cantik di Kelantan untuk dibeli dan dimiliki ?

Misteri Bumi Kelantan dibanjiri kereta ini masih belum dapat di ungkaikan.
cuma secara peribadi , susahnya aku nak cari makan... bukan susah nak kerja....
tapi betul - betul susah nak cari makan lar... contoh terdekat hah nak makan KFC dekat Pasir Mas !
wah hari ini, bandar Pasir Mas orang Klate kate 'selok' atau koma ( maksud yang paling hampir yang aku buleh fikir masa ni hahahaaa..)
gila.... dari roundabout hingga ke bandar , jalan jem !!!
nasib baik aku baru jer keluar dari Pasir Mas , pekena roti canai 'cotek' dan teh tarik , isi minyak kereta dan pam angin tayar !
peh tiap kali aku pam angin tayar dengan baju kerja , apatah lagi dengan baju kebaya....
terasa macho bagai perempuan Melayu terakhir... kikikikiiii...

apapun jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha..


SMS : jangan lupa dapatkan perut
muda untuk direbus dan di cicah dengan kicap ,
musim korban macam ni jer... perut lembu dikatakan manis berkrim ,
ya musim korban begini juga aku dengan rela hati dan tanpa perasaan bersalah langsung menggoreng dan menelan lemak tepu dan putih itu .... ngeeeeee....
.
.
.

UP Date : Yes Boss , Boss jangan risau kalau dah buleh kelik awal jam 2.00 petang..... saya kelik awal, saya sedia menerima arahan dari masa ke semasa :D

Tuesday, November 24, 2009

Banjir 2009 bil. 2

murah rezeki orang yang jual putu halba ni, cuba fokuskan 'nise' a.k.a gula melaka yang ada...
peh meleleh.... tak kedekut serta dibuat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas :D


Opis aku ketika banjir 2009 bil. 1 yang melanda dulu.
Masa ni student dibenarkan pulang ke rumah masing - masing...
tapi apa kes... masih ada yang bermain - main ni ?
gambar yang aku ambil petang kelmarin, alahai budak - budak zaman sekarang, bukan main berpeluh aku bagi arahan , nak suruh dorang tolak rakit ... kasi lurus je sampai aku....
langgar tiang lar, masuk bawah rumah lar.... geram aku nak menyelam saja dalam air tu, tapi memandangkan aku ada banyak muatan lain macam laptop dan makanan bantuan banjir , aku diamkan sahaja niat di hati sambil menyambung arahan seterusnya kepada budak - budak kelahiran era 2K... alahai....

Hari ini aku cuti , malas nak meredah air sedalam : atas sket dari paha dan masih bawah pinggang, tapi lebih dalam dari banjir 2009 bil 1 .

grrrr....grrrr..... sejuk giler kalau turun se awal 7 pagi untuk ke opis.
kelmarin aku pergi kerja dengan baju T-Shirt dan berkain sarung... ( tiada harapan lar nak skodeng betis dan paha aku kikikiiiii....) sampai depan rumah mak sedara aku yang tiada penghuni, aku salin la pula kain sarung tu dengan kain baju kurung.... ( jangan tanya aku pakai seluar dalam yang basah atau tidak )
sebelum naik kereta , aku pakai jaket yang ada cop kolej aku,
sampai di opis, ah tiba - tiba aku rasa macam orang dalam pantang aja , pakai Tshirt yang tidak sedondong dengan kain,
orait ............untuk esok... sekiranya air tak surut lagi, aku akan pakai kain hitam atau seluar hitam, baru nak gam dengan jaket hitam.....
tapi aku rasa esok , dah tak perlu redah air, sebab aku akan kejutkan anak sedara aku tolak rakit untuk haku ngehngehngeh.... biar adil dan saksama.... aku pergi kerja , mereka pun kena bangun awal juga :P

minggu ni , aku kena kerja lagi , budak - budak tengah final exam, macamana cikgu nak lari , budak - budak masih perlukan restu aku dan sekurang - kurangnya dengan tengok muka aku, mereka buleh jawab soklan exam, siapa tahu ?
aku biasa juga buat gitu dulu - dulu..... menjadi la weh kikikkiikiii
( tapi cikgu tu mestilah lelaki yang hensem di mata aku pada masa itu :P )

tapi hari ini , aku tak jaga exam, jadi elok benar aku pergi kira gaji bulan ni, cukup ke tidak ?
kalau lebih ah mesti bercampur dengan gaji bulan lepas la tu...
yang tu aku tak tahannya, gaji bulan lepas tak buleh bercampur dengan bulan ini....
bising memanjang.... aku nak buat kerja pun tak buleh,
mungkin masih ada sesuatu yang belum aku beli... ngehngehngeh...
tapi memandangkan bumi Kelantan ni.... tidak menawarkan banyak benda yang menarik naluri kewanitaan aku, jadi.... elok aku simpan sahaja duit yang lebih... buat beli emas misalnya.
peh emas sekarang ni bukan main sombong harganya kan ?
mesti 10 tahun lagi harganya akan melambung ikut suka hati,
jadi...elok juga kita ada sedikit pelaburan dalam emas ini... sket pun tak apa lar... janji
'Don't put all your eggs in one basket'
dan 'Diversification'
dalam menyimpan dan melaburkan wang :D
kehkehkeh mesti Azizi Ali bangga dengan aku, sebab ingat ayat - ayat dalam buku dia .

ok, balik semula kepada cerita banjir, nampaknya air masih bertahan atau naik very slow sebab tak hujan pagi ini, keadaan kat opis pun gitu juga.... air bertahan dengan rahmat Allah, kalau hujan.... sudah tentu aku dapat cuti free gheeeee.... tapi aku tak mengharap langsung , cuti aku sendiri pun banyak lagi untuk di ambil, budak2 nak exam , aku juga perlu siapkan markah mereka.... dan sesungguhnya aku terus mengharapkan simpati , belas ehsan dan rahmat NYA berpanjangan.... sehingga habis tengkujuh ini.


Monday, November 23, 2009

Sekapur Sireh.

aku tengah mengarang Sekapur Sireh a.k.a kata - kata aluan dari Pengarah untuk majalah kolej.....


aku cuba cari ilham dari lagu


ini



dan



ini



dan....







tak




dapat




apa




apa.. .. ..




mengapa ?




mungkin esok



aku kena cuti untuk ambil gaji yang masuk pada hari khamis lepas..... ngehngehngeh......

Sweet, sweet fantasy, baby
When I close my eyes
You come and you take me

So deep in my daydreams
But it's just a sweet, sweet fantasy, baby

Sunday, November 22, 2009

2010



apa yang menarik tentang nombor 2010 ?
bagi aku , ianya memudahkan kita nak ingat umur kikikiiiiii.....
sebab buleh tolak nombor 10 dengan nombor tertentu...
macam 10 tolak 4 tinggal 6 ,
jadi umur tahun depan 26 gitu :P

hah ada sebulan lebih lagi ni,
nak kawin tak sempat dah,
baik kuruskan badan sehingga 50 kg....
amacam ?

I wonder how's it going to be
When it goes down
How's it going to be
When you're not around
How's it going to be
When you found out there was nothing
Between you and me
Cause I don't care
How's it going to be

Sunday, November 15, 2009

mad season



I feel stupid - but I know it won't last for long
I've been guessing - I coulda been guessin' wrong
You don't know me now
I kinda thought that you should somehow
Does that whole mad season got ya down

I feel stupid but it's something that comes and goes
I've been changin' - think it's funny how no one knows
We don't talk about - the little things that we do without
When that whole mad season comes around

So why ya gotta stand there
Looking like the answer now
It seems to me - you'd come around
I need you now
Do you think you can cope
You figured me out - I'm lost and I'm hopeless
Bleeding and broken - though I've never spoken
I come undone - in this mad season

I feel stupid - but I think I been catchin' on
I feel ugly - but I know I still turn you on
You've grown colder now, torn apart, angry, turned around
Will that whole mad season knock you down

So are you gonna stand there
Are you gonna help me out
You need to be together now - I need you now
Do you think you can cope
You figured me out - I'm lost and I'm hopeless
Bleeding and broken - though I've never spoken
I come undone - in this mad season

Now I'm cryin' - isn't that what you want
I'm tryin' to live my life on my own
But I won't
At times - I do believe I am strong
So someone tell me why, why, why
Do I, I, I feel stupid
And I came undone
And I came undone

I need you now
Do you think you can cope
You figured me out - I'm lost and I'm hopeless
Bleeding and broken - though I've never spoken

I need you now
Do you think you can cope
You figured me out - I'm a child and I'm hopeless
Bleeding and broken - though I've never spoken
I come undone - in this mad season

In this mad season
There's been a mad season
Been a mad season


SMS 1 : aku tak pandai tulis sajak/puisi.... dan sebenarnya aku pom bukannya faham sepenuhnya liriknya... nasib baik Rob Thomas ada cerita sket makna disebalik lagu ni....
hah nak dekat benar dengan situasi aku la ni - situasi Hero tengah kalah dan tunggu masa nak menang balik ngeeeeeeee......

SMS 2 : selain lagu ni , lagu yang hero tengah kalah dari Rob Thomas / Match Box 20 ialah Bent dan Unwell . Rob Thomas ni bagi aku cukup pakej la... pandai cipta lagu/lirik , buleh main piano sendiri, suara macho , muka smart dan body solid :P
aku rasa ehem ehem aku dengan Rob Thomas ni ada 'chemistry' lah , banyak lagu ciptaan dan nyanyian dia aku suker : If you're gone & Lonely no more & Disease & Smooth & Push & 3a.m

SMS 3 : oh ya entry ini untuk dibaca sahaja .

Friday, November 13, 2009

from the bottom of my broken heart

hari ini jam 11.00 pagi aku akan bertolak ke d'Bali resort untuk Hari Keluarga pejabat aku esok........

Kami bertolak hari ini, sebab nak kasi can dekat anak sedara aku yang kecik - kecik itu mandi air kolam.... ( walaupun baru sahaja mandi air banjir minggu lepas)
Di bawah adalah makanan rapu yang aku beli semalam. Amacam ?
aku belikan maggi in cup itu untuk anak - anak sedara aku, memang maggi tak bagus untuk kesihatan , tapi mereka buleh bersuka ria dengan maggi sempena hari bersukaria macam hari keluarga esok.
makanan berat , dah disediakan oleh pihak penginapan , tapi biasanya... kalau dah letih menjaga anak - anak sedara dan menjalankan tugas sebagai AJK kecik Hari Keluarga, makanan berkhasiat itu jarang menjadi pilihan perut aku.
Lagipun , kesian juga dekat budak - budak yang bermalam di resort .
tak kan kena makan makanan berkhasiat sahaja....
mesti disulami dengan benda merapu jugak kan ? kikikiiiii.....

ah tiba - tiba hati terasa pilu , bila menjumpai ini
dan ini.......
(ini makanan feberet aku masa dekat Alor Star dulu, tiba - tiba ada terjual di Pasir Mas, terus membeli dan menyimpannya hingga sekarang.........)

ianya merupakan sebahagian juadah yang sepatutnya aku bawa ke Maskara Shorties anjuran Soljah pada 31 Oktober yang lepas....
Ya... siapa yang tak nak main hujan depan rumah PENA kan ?
teringin juga nak tengok harta yang baru dibeli oleh geng Soljah , bermutu ke tidak ?
berbaloi ke membelinya dengan hasil pembelian blook Soljah oleh aku hahahahha

(... opss tergelak pula , ok mari kita serius dan sayu semula... )
siapa yang tak nak tengok filem pendek arahan Tok Rimau dan Vovin dan Jeneral and The Geng...
siapa pula tak nak tengok pipi pakai baju merah <- kaler rumah Kelantan dan Mencester Unaited :P
macamana pula aksi dan dialog si Mael budak lipis yang berlakon sambil pegang pistol .... memang kena pegang pistol 24 jam kah ?

nak buat macamana ?
semuanya sudah berlalu........
tapi aku bersyukur juga kerana membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri...
masa tu aku dah selsema seminggu, tak sembuh... sehingga malam 31 itu...
hari Sabtu 31 oktober itu pula adalah hari berkerja di pejabat aku , ganti cuti raya...
sepatutnya cuti raya dibuat pada 24 oktober, tapi disebabkan ramai staf bermesyuarat di Bukit Merah , maka hari berkerja ditunda ke 31.... hari bekerja pada hari sabtu dah hampir jatuh ke hukum haram untuk di ambil cuti , sebab sebelum ini ramai staf suka hati ambil cuti pada Sabtu yang sepatutnya bekerja...
pada 31 oktober itu , Boss no satu dan no dua siap tunggu dekat punch card check siapa yang suka - suka hati ambil cuti...dan dengar cerita dalam minggu lepas, dah ada beberapa orang telah di beri memo peringatan ( ini sudah menjejaskan diri untuk naik gaji dan pangkat)
1 November pula , ada perhimpunan staf , aku kena bincang dengan Boss no. satu tentang pembentangan buku untuk musim ke dua... dan 2 November ada mesyuarat ke dua.. AJK majalah kolej, aku bertindak sebagai S/U....

untuk aku siapkan semua kerja yang patut aku siapkan sebelum malam Maskara....
aku rasa aku tak mampu, sebab kesihatan aku tak stabil....
dan bila balik dari KL nanti, mesti aku kelam kabut juga......
ya aku mesti memilih yang mana lebih penting untuk hidup pada masa itu...

SMS :
aku tengah aim hadiah cabutan bertuah hari Keluarga.... kalu buleh aku nak TV baru ( tv dalam bilik aku dah rosak) , nak microwave oven ( sebab nak mula buat cinnamon roll sendiri) dan nak penapis air bio - Aura (nanti buleh dijadikan alasan untuk tidak membelinya apabila ada agen Hai - O datang menganggu) :P

Wednesday, November 11, 2009

tunggu sekejap

Hari ini... sekitar 10 pagi - 3 petang.

tengah edit beberapa artikel majalah kolej.........
sedangkan hasil dari meeting semalam pun belum diambil sebarang tindakan lagi.......

dalam ketepuan aku memikirkan ayat - ayat skema dan formal untuk ditaip....
aku selalunya akan menggunakan ear/headphone sebagai penahan/dinding kebisingan yang terhasil dari perbualan staf lelaki yang selalunya ingin mengambil perhatian atau mengganggu penumpuanku- sebagai staf perempuan bujang !
boring tul......... mereka ingat aku ni 'naive' sangat ker ?
baik aku dengar lagu - lagu pilihan jiwa....
tak ramai staf pejabat yang tahu aku ni ada jiwa rock alternatif jugak sket - sket...
lepas aku layan lagu 3 Doors Down , Third Eye blind , Creed dll... aku tukarlah selera pula kepada lagu ni :

bukan main 'feeling' lagi aku menyanyi lagu ni , tak perasan pula dalam lagu kat atas ada lirik 'belum puas ku bercumbu dengan kanda' kikikiiii....

ahhh P.Ramlee pun satu...
lagu ni ada dalam filem Sarjan Hassan.... dalam filem tu mana ada adegan bercumbu.. dah banyak kali aku tengok... ke ada part yang kena potong ?
ker lagu tu sekadar nak tipu budak - budak macam aku dulu - dulu ?



apapun ini adalah satu lagi lagu yang serasi untuk didengar dan dinyanyikan dalam hujan.


SMS 1 :
Jangan tak tahu , aku salah seorang penyumbang SMS yang melayakkan Jac menang Malaysian Idol musim pertama. Jangan juga tak tahu selain lagu ni... lagu When i Fall in Love pun ada dalam kaset Jac yang pertama.... mana aku tahu ? aku pun ada beli kaset Jac lar....Lagu Gemilang tu... agak berhantu juga kepada aku... sekali dengar pun buleh berair mata... 2 - 3 kali dengar pun aku masih lagi berair mata... jadi untuk berair mata lagi dan lagi... aku beli jer kaset tu yang original :)

SMS 2 :
eh bercumbu itu bukan dirujuk kepada ciuman rupanya tapi lebih kepada :

i. “pujukan” (kata-kata manis yg dituturkan sewaktu memujuk, berkasih-kasihan dll.), dan

ii. “lawak”

aku ambil semua tu kat sini . Oh kalau dirujuk kepada maksud yang kedua... wah wah wah...ramai juga yang pandai bercumbu ya ? ngehngehngeh...........

SMS 3 :
Jangan lupa sebarang komen masih dikawal selia oleh aku.. jadi sila komen dengan berhemah :P
.
.
.

Monday, November 9, 2009

Hati yang berkobar - kobar , bocor jua akhirnya...

sampai hati Boss aku tak bagi tahu yang pelajar diberi cuti 2 hari iaitu hari ini dan esok ....

sepatutnya minggu ini adalah minggu terakhir aku mengajar... minggu depan dah study week untuk student, minggu selepas itu dah final exam... jadi sepatutnya minggu depan aku dah mula yak yak yeayyyy tak perlu mengajar ... kira 'on time' la tu , silibus pun dah abes .

Tapi khayalan aku yang bermula jam 5.30 pagi tadi musnah sama sekali apabila mengetahui student dibenarkan cuti kecemasan , akibat kolej dinaiki air.....
hhhmmm... student jer , staf kena datang kerja ?
yerlah kerja kami sebagai guru memang patut turut terkorban dalam banjir kot ?
ah tak kisahlah ..... tapi dengan tidak ada sebarang notis... mahupun SMS untuk disebarkan , sedikit sebanyak mengecewakan aku dan staf yang lain.
Aku memang kecewa dah.......... sebab hati yang berkobar-kobar untuk mengajar , di cucuk sedap - sedap oleh pihak pengurusan, kalau diberi tahu awal - awal ... tak ada lah aku pergi kerja jam 6.45 pagi dengan hati berbunga - bunga untuk berjumpa dengan student,
peh jam paling awal untuk aku bertolak tuuuu......
maklum hari hujan baik bertolak awal, tak macam manusia - manusia yang tak pernah insaf.... dah bertahun - tahun hidup asyik mengejar 'punch card' jangan bagi ada dakwat merah , sehinggakan 2 - 3 kali jugalah accident depan opis , sebab terlupa tarik hand break atau tertekan minyak.... langgar kereta depan atau belakang... macam - macam !

kesian juga dekat kawan - kawan aku yang balik kg luar dari Kelantan, bergegas juga balik untuk mengajar pada hari ini tak kira melawan arus banjir atau tidak , sedangkan kalau diberi tahu awal - awal yang student tiada maka mereka buleh sambung cuti lagi....
dan kesian juga dekat kawan - kawan aku yang berada berhampiran kolej , rumah mereka pun dilanda banjir .... mengapa tak diberi cuti juga ?

aku dengan tiada mood untuk kerja hari ini ,
selepas jam 12 terus jer aku lepak dekat rumah kawan aku yang dilanda banjir itu..........
Ya...hanya mangsa banjir sahaja yang memahami perasaan mangsa banjir !

Lagu ini , aku terdengar dalam kereta tadi ,
Here Without You oleh 3 Doors Down pernah jadi ringtone sebelum
lagu Bunga Angkasa yang aku guna sekarang kikikiiiii...
sesuai juga untuk didengar musim hujan sebegini :



kedekut punya Youtube...nak pinjam video klip yang sebenar pun tak buleh.
lagu ini mengingatkan aku kepada program Bongkar (RTM 1)
arahan Wan Kamaruddin Wan Ibrahim bekas pengacara NTV7.
lagu ini dijadikan lagu latar untuk isu - penjara/banduan wanita .
Memang 'touching' lar episod tu.... pandai sungguh En Wan cari lagu yang sesuai .
Selain lagu ni yang aku ingat adalah lagu 'How could this happen to me' nyanyian kumpulan Simple Plan.... ah tiba - tiba rindu dekat En Wan... bilalah dia nak kawin , buleh aku bawa katak aku ke Kg Ladang , Terengganu ....
one day my brother...
kita akan bersua juga....

SMS :
orang lidi
lu ada kenal tak sesapa kat kg ladang ? ngehngehngeh....

Sunday, November 8, 2009

Banjir 2009 bil. 1

Jumaat 6 November 2009.
Banjir pertama melanda Kg Pasir Pekan....tapi errr bukan banjir sungguh - sungguh tapi Pra-banjir sahaja , sebab air naik secara tiba - tiba... akibat hujan yang tak berhenti sejak hari Rabu lagi. Namun ini keadaan biasa bagi keluarga aku...
hujan sudah reda, kami angkat barang berperingkat - peringkat
Air hujan sebegini cepat naik , cepat turun ... bila hujan sudah reda dalam jam 3.00 petang , baru anak sedara aku dibenarkan turun. Aku hantar gambar keadaan rumah aku kepada kakak aku di Bachok , dengan harapan dapat men'jeles'kan 2 orang lagi anak sedara aku .
Jam 6.00 petang baru semua anak sedara aku yang ada di Kelantan berkumpul main 'water park' di depan rumah aku. Oh jangan risau , air ini dijamin bersih , sebab sudah 3 hari hujan membasuh kawasan ini , sebelum ianya bertakung.
Air sudah surut dan laju . Sesuai untuk budak - budak kecik ni main.

Sabtu 7 November 2009

Pukul 5.30 pagi aku bangun ... aik macamana air buleh naik , walaupun tidak hujan... hah ini baru banjir yang sebenar. Kakak aku kata air mula naik jam 3 pagi masa dia bangun nak buat susu untuk anak dia.
Anak saudara aku dalam 5 orang itu bangun pagi dangan muka paling manis dan ceria . Jam 8.30 pagi dah ada yang mula memberontak untuk mandi. Ada juga mogok untuk tidak makan dan minum . Jam 10.00 baru mereka dibenarkan turun dalam kolam tertutup , itupun bila aku selaku - pengawal keselamatan pantai sudah kenyang dengan karipap gulung berintikan sardin , roti telur , biskut tawar kecik bersama - sama dengan Kopi 3 in 1. Peh baru 'fit' badan nak buat kerja :PDapur sudah menjadi kolam tertutup untuk 2 bulan bermula hari ini.

zaman sekarang dah susah nak makan ubi kayu rebus cicah gan nyo kan ?

Alhamdulillah hari ini tak hujan langsung , jadi air naik secara perlahan - lahan , lebih kurang paras peha ... tapi errr atas sket dari paha... lebih tepat lagi , siapa yang pakai seluar dalam mesti basahlah kikikiiiii....

tak kira anak siapa... semua orang kena daftar kepada pengawal keselamatan yang cun tapi tegas bila bekerja . Ini melibatkan nyawa yer anak - anak... jadi NO Compromise !!!
Sila bagi nama penuh dan ketinggian masing - masing .
Semua pengunjung juga perlu mematuhi amaran yang telah disenaraikan . Diantaranya :
- dilarang bermain kasar
- dilarang membawa makanan
- dilarang minum air disekeliling.
- dilarang membakar kerusi dan bermain mercun
- dilarang membawa 'tayar' sendiri , kalau nak .... kena sewa dari pihak kami.
- dilarang menghampiri tepian pantai atau menyentuh mana - mana pokok , dikhuatiri ada pacat
- diserang pacat adalah tanggungjawab sendiri.

Jam 4 petang air mula surut , tapi agak perlahan.... aku masih menjalankan tugas pengawal keselamatan pantai untuk kali kedua. Cis..... kalau bukan kerana nak latih anak saudara aku mahir menolak rakit , tak akan aku rajin untuk turun membasahkan 2 pasang baju dan seluar... dan yang paling tak bestnya kena mandi 3 kali sehari.... dalam musim hujan ?
ini kerja gila bagi aku yang tak bekerja !

Ahad 8 November 2009
Air sudah kering sepenuhnya.
Hujan juga sudah reda.
Macamana dengan perlawanan bola semalam ?
aku sempat tengok 2 gol dari negeri sembilan sahaja....
tapi sebenarnya kami sekeluarga tak sempat tengok pun gol ke dua secara 'live'
hahahahaaa
sebab asyik duk klik siaran lain , bila rehat separuh masa pertama.
Wah cepat sungguh N9 menyerang, tengok kepada corak perlawanan mereka , N9 memang patut menang.... pasukan kelantan ? susah betul nak masuk kesebelah penjaga gol berbaju hitam itu kan ? tak perlah esok buleh cuba lagi. Tak perlu nak salahkan pasukan kelantan . Siapa yang pilih bermain untuk kalah ?

tapi aku keciwa dengan penyokong , penonton atau orang yang memakai baju warna merah semalam, orang kelantan atau tidak itu bukan isunya.... tapi kes baling botol air dan mercun itu.... satu tindakan bodoh yang amat.
Kalau N9 memang terer main , mengapa perlu sakit hati ?
itu satu kemahiran yang perlu dilatih dan sudah tentu mendapat redha Allah untuk mereka menang dalam perlawanan ini.
Ramai sungguh nak jadi Tuhan ke dua nampaknya , mungkin ada pemain N9 yang bermain kasar, tapi siapa kamu untuk menghukum mereka atas padang ?
macam bagus !

aku sempat tengok dalam sejam pertama sahaja , sebab badan dah mula rasa sejuk panas dan sedikit suam sehingga ke tulang sumsum, semua anak sedara aku yang bermain air disiang hari , sudah lena di ulit intan , apatah lagi- ada yang siap tidur dalam ayunan buaian,
cis...... Ini tidak adil bagi aku yang berkerja keras lebih dari mereka, tadi aku tolong mak aku angkat pasu bunga dia lar....
nak baring depan TV segan pula dekat adik aku, dulu aku ada TV sendiri dalam bilik , sekarang sudah rosak :(
badan dah lenguh - lenguh ni,
lambat pula Kelantan nak sumbat gol,
jadi aku terus jer masuk bilik ,
selimut kemas - kemas...
peh syok... apatah lagi rumah aku masih berada dalam air. Macam tidur kat hotel !

Belum sempat aku terlena.... kedengaran adik lelaki aku mengeluh... 3 - 0 !!!!!
mak aku pula sempat menambah ,

" kalau 4 - 0 , betullah apa yang dikatakan oleh penonton MHI pagi tadi.... "

jadi semalam apa cerita ?



SMS 1 :
Jard sekarang ngko tahu lar kan , mengapa aku dah tak aktif klik - klik dalam 2 hari ini.

SMS 2 :
Ini baru banjir bil. 1 , untuk menghabiskan musim tengkujuh pada tahun ini, mungkin banyak lagi banjir yang terpaksa kami tempuhi. Semoga ianya tak teruk . Amin


Pembetulan :
lar lagu kat bawah ni memang si Moq ke yang nyanyi ?
awat suaranya macam Amy juga... sebenarnya aku ada kompilasi CD Search ni :
patutlah aku tak berapa nak ingat lagu Kejoraku Bersatu , sebab ia dilahirkan dalam tahun aku jarang dengar lagu melayu sekitar 1999 - 2000 :P
jadi molek benar aku memuji suara si moq ni.... memang best ! kalau tak tengok video klip , mati - mati aku ingatkan Amy yang nyanyi.... ditambah pula petikan gitar yang memang dah jenis lagu Search :D
dan macam dah kena la pula lagu ni adalah dari album : Selepas Banjir (1999) hahahaaaa

Friday, November 6, 2009

manusia itu....

Selasa 3 November 2009
aku berlima dengan rakan sepejabat A , B , C dan M bergelak ketawa dengan cadangan aku , malah aku siap tanya si A , adakah cadangan aku perlu dibawa ke mesyuarat Agung atau dibincangkan dalam peringkat mesyuarat AJK . Si M kata tak perlu .... perkara kecil macam tu, hanya memerlukan persetujuan AJK sahaja... ( ingat.... aku tanya si A, tapi si M yang jawab disini....)

Rabu 4 November 2009
Salah seorang AJK terlibat si X 'slow talk' dengan aku... mengatakan lawak aku semalam tak sedap didengar oleh telinga dia.... aku tiba - tiba terkejut....
semalam aku tanya si A ( salah seorang AJK yang terlibat juga ) dengan cara yang baik, jadi disini sudah tentulah cadangan aku itu, suatu perkara yang positif tidak melibatkan langsung individu tertentu sebab boleh dibawa ke mesyuarat agung jika perlu. Tapi macamana gelak ketawa kami itu bertukar menjadi menda yang negatif sehingga si X yang lebih senior dari aku buleh menegur aku . Aku juga pasti si X tidak mendengar sendiri intonasi ayat - ayat yang keluar dari mulut aku pada masa itu.
Tiba - tiba aku jadi sedih, selama ini aku tak pernah buat hal menyusahkan AJK tersebut , tak pernah aku boikot aktiviti mereka , malah sebagai staf bujang ... aku banyak sertai aktiviti mereka... aku juga sedih macamana si M buleh menukar maksud dan ayat aku bila bercerita pada X
tapi sebabkan si M.... yang kacip dengan si X , nama aku akan mula 'glamer' lagi dikalangan AJK yang terlibat , sebab cadangan aku yang bernas itu telah disalah erti oleh si X.
Aku bukan main tuduh sahaja si M yang bawa cerita , tapi aku ada bukti kukuh untuk ini. Ya aku ada menyiasat sedikit sebab aku tak puas hati macam mana saat kami bergelak ketawa itu boleh menyakitkan hati si X , padahal cadangan aku tak melibatkan dia secara langsung !

Khamis 5 November 2009
Bermula hari ini aku akan berhati - hati untuk berbicara dengan si M yang nampak lemah lembut dan bertudung labuh dari aku.... tapi boleh menikam aku dari belakang. Namun aku bersyukur juga dengan situasi ini, kalau ianya tak berlaku , mungkin banyak lagi kelemahan atau kesilapan aku dicari - cari oleh M.

M= Musang.

**************************

1980 - an dulu dulu
Selepas aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR , selama 3 tahun berturut sebelum aku menduduki peperiksaan SRP , aku mendapat tempat pertama dalam kelas terpandai di salah sebuah sekolah berdekatan dengan Jambatan Sultan Yahya Petra , Kota Bharu Kelantan..
Pada zaman itu , walaupun tiada orang pun boleh mengambil kedudukan aku, tapi aku tak pernah ditikam dari belakang, tak pernah nama ku diburukkan... tak pernah pula aku bergaduh dengan orang lain , apatah lagi untuk berebut boyfren <- Apa kejadah ?


aku dijadikan tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran , malah dalam subjek menghafal... sejarah dan geografi kami buleh belajar bersama - sama , dengan kaedah soal-jawab. Bertukar - tukar buku rujukan .... masa tu aku dapat beli buku rujukan sebab dapat biasiswa untuk budak terer. Kami buleh berkerjasama dan menjana idea untuk siapkan projek sejarah , geografi dan kemahiran hidup. Saling menghafal ayat - ayat Al- Quran dan wirid untuk subjek agama ( heheeheee masa tu tak dapat hidayah lagi al- Quran dihafal bukan untuk tujuan murni sebagai amalan harian hahahahaaaaa)


Tapi sekarang.... ? susah dah nak dapat situasi itu.... Mereka buleh menyampah dengan kedudukan aku.... lebih - lebih lagi mereka yang sama baya atau senior dari aku.. staf yang baru kerja.... mereka ok, malah banyak cari aku untuk dapatkan macam - macam info. Ya ....Aku pernah berada dalam zaman kegemilangan aku dulu , tapi orang - orang disekeliling aku masa itu mempunyai hati yang suci dan murni.....


bila aku masuk MRSM , semua budak dah pandai - pandai.... dan ramai lagi yang jauh lebih pandai dari aku , tapi aku tak ada lar dengki dan memburuk - burukkan mereka . Malah aku jadikan mereka sebagai tempat rujukan , mudah kerja daripada nak baca sendiri dan cari jawpaan dari buku Teks... masa tu juga kami tak bergosip murahan atau tikam kawan sesuka hati... hati kami sangat bersih.....


Masuk USM juga , hati kami bertujuh juga bersih, ya aku ada 7 kawan yang kacip kemana sahaja kami pergi , kami tak campur urusan orang lain , urusan kami bertujuh pun tak habis - habis untuk dibualkan dalam kuliah. Ya setiap kali kami berjumpa dalam kuliah, masa itu jugalah nak cerita pasal diri dan secret admire masing - masing.... tak sempat nak cucuk dan tikam orang langsung..... secret admire plak bukan sorang satu tapi banyak hahahaaaa..


dan hari ini...... aku letak email dari www.tut.com yang aku dapat semalam :

The thing that's totally different between children and adults, Terrarosa ,
is that children have the ability to spontaneously use their imagination to forget what's bothering them and be inspired by every pony, feather, or bug that crosses their path.


Oh, yeah... you're like that.

It's easy,
The Universe

oleh itu hari ini,
untuk melupakan perkara orang - orang dewasa selalu fikirkan
aku masih lagi klik - klik untuk Jard semoga dia menang tiket ke Sri Lanka
dan aku juga turut berdoa agar pasukan Kelantan menang hahahahaaaaa.




and through it all she offers me protection
a lot of love and affection
whether I'm right or wrong
and down the waterfall
wherever it may take me
I know that life wont break me
when I come to call she wont forsake me
I'm loving angels instead