Wednesday, September 29, 2010

Frugality

hari ni tak dak kelas , budak - budak ada gotong royong kat bengkel dorang,
sementara menunggu rumah Terbuka Bahagian staf Pentadbiran bermula jam 12.00 ,
maka terkeluarlah entri ini....

Jadi apa cerita ?
ceritanya aku akan cuba 'settle' hutang Katak aku pada tahun depan , buatlah macamana pun asalkan settle.
Mungkin aku akan cuba lakukan hal - hal dibawah :
  • Naikkan bayaran bulanan katak lebih dari nilai perjanjian.
  • Berhenti membeli kain 4 meter untuk baju kerja sebab stok kain 4 meter dalam almari aku tu dah lebih 12 pasang , nak buat baju raya tahun depan pun buleh , nak buat baju konvo budak tahun depan pun dah ada. Kurang beli kain , maka kuranglah upah buat baju dalam RM25++ . Kurang buat baju, maka kuranglah upah manik dan labuci untuk baju dalam RM35 - RM 70 sepasang.
  • Basuh Katak aku sendiri , sekali basuh ada dalam RM13.
  • Jangan beli buku lagi, pinjam je kat library awam.
  • Kurangkan pakai baju batik pada hari Khamis , kalu tak pakai baju batik , maka aku tak akan bayar dry cleaning . Mana buleh basuh baju batik dengan sabun biasa. Mudah pudarlah weh.. ikut pengalaman aku , baju yang dibasuh dengan dry cleaning lebih tahan warnanya. Soal aku tak ikut arahan Boss , oh itu tiada masalah. Sekali sekala kita ni , nak kena juga lawan arahan Boss. Orang kata biar ada pendirian !
  • Makan breakfast kat rumah. selain dari jimat banyak , ianya lebih berkhasiat !
  • Berhenti menghisap rokok kepada mereka yang berkenaan dan bukannya aku kikikiiii...
  • Banyakkan bertaubat dan jangan beli tudung express lagi dan lagi... hal ini akan mendorong kepada sikap malas membasuh dan mengosok tudung. Secara tak langsung budaya dan seni melilit tudung juga akan mula hilang didunia ini. Harap Wardina (Pengacara MHI TV3) mengambil berat akan hal ini .
  • Rajin untuk mengkacau susu Anlene sendiri , lebih murah daripada duk beli susu dalam kotak macam Anelene Concentrate atau pun susu Marigold High and Low.
  • Beli emas bila harga rendah . Bukan main beli jer ikut nafsu . Beli emas untuk pelaburan , bukan untuk menunjuk - nunjuk atau bak kata Apex Ujub.
  • dan lain - lain lagi ........ takkan aku nak kongsi semua dengan masyarakat umumkan ?
  • tapi langkah untuk kawin dengan orang yang beriman , masih bujang , sedap mata memandang dan buleh beli Honda CRV sebagai kereta yang ke lima (secara tunai) pun boleh jugak kan ? kikiikiki.........
ok, aku tujukan lagu ini untuk Katak yang sudah berkhidmat dengan aku hampir 4 tahun....

ku sunting diri mu dan ku genggam hati mu itu dan ku jaga bagai bungaku , kau kan tumbuh terus mewangi.....aaaa...aaaa...aa...... ( kikikiikiii... klasik punya lagu.... )



Imbasan : terkenang zaman aku jadi budak paling hitam tapi bijak dalam kelas .

Friday, September 24, 2010

Fairy tales ?

entri untuk komen video Wedding Of Fairy Tales yang aku tengok kat dinding facebook hari ni....
ah buleh juga tengok kat youtube disini.

aku tak nak la komen pasal pembaziran .
Sebab ianya bergantung kepada pengertian kehidupan dan kebahagiaan hidup masing - masing.
Pasal islamik atau tidak keh keh keh... tengoklah sendiri...
Anda lihat , Anda tahu :P
tapi .....
hencem giler mamat yang tak pakai baju tapi pakai seluar pendek hitam tu... kikikiiiii...
kesian dia , berapa ribu dorang bayar heh :D

ok , balik kepada persoalan aku pada hari ini ,
kalu kedua - dua belah pengantin dah kaya raya, ada duit banyak giler ,
semua perancangan buleh direalisasikan sebegitu mewah dengan mudah .
Habis cerita.
Ianya bukan satu mimpi atau fairy tales pom,

Sebab bagi aku fairy tales itu seperti
ada seseorang panggil nama kamu dari istana yang tinggi dan kemudian menyuruh kamu turunkan rambut kamu yang panjang untuk dipanjat ,
err..err jangan tanya aku sebab apa kamu kena berada atas istana yang tinggi , cerita ni memang macam tu.
cuma jangan lupa Si Dia itu mesti Putera Raja yang sudah tentu kacak
dan lebih tinggi dari kamu !

fairy tales bagi aku juga ,
apabila kamu ada Pari - Pari yang boleh menukarkan persalinan baju kamu kepada baju gaun malam yang cantik, oh jangan lupa dia juga ada hadiahkan sepasang kasut kristal , yang hanya muat dengan saiz kaki kamu sahaja, bukan saiz 6 atau 7 tapi betul - betul muat dengan kaki kamu . Supaya apabila jam sudah menunjukkan pukul 12 malam , kamu akan lari dari istana dan tertinggal sebelah sahaja kasut. Ingat sebelah sahaja , yang sebelah lagi tu , simpan elok - elok , adalah gunanya suatu hari nanti. Tolong jangan pecahkan atau jual kat sapa - sapa. Ingat pesanan aku ni, pulangannya sungguh berbaloi - baloi.
Sekali lagi SILA SIMPAN KASUT itu baik - baik.

fairy tales bagi aku juga,
apabila seekor kucing boleh berdiri dengan 2 kaki sahaja
dan memakai kasut boots
dan boleh bercakap dengan bijak.
wahhhhhh comel giler !

fairy tales bagi aku juga bermaksud
apabila Si Dia hadir dalam radar penglihatan aku dan tiba - tiba loceng lembu pun berbunyi.
hah Loceng Lembu ? kah kah kah... itu 'intro' lagu dalam filem ni lar kah kah kah....



STATUS : selain belum kawin lagi , aku tengah sibuk bagi 'tuition' kepada 2 ekor anak Boboy yang berusia dalam sebulan lebih. TOPIK : CARA - CARA BERAK KAT LUAR RUMAH.
Prestasi mereka agak cemerlang , mereka dah pandai meng'iau' ( atau mengmeow ?) suruh buka pintu untuk berak atau kencing. Cuma kalau tuan rumah tak sedar atau malas memantau tempoh masa mereka berada di dalam rumah, maka akan wujudlah najis dibawah rak pinggan mak aku.
Jadi sekarang siapa yang lebih pintar dan cemerlang disini ?

Thursday, September 23, 2010

Bent





If I fall along the way
Pick me up and dust me off
And if I get too tired to make it
Be my breath so I can walk

If I need some other love
Give me more than I can stand
And when my smile gets old and faded
Wait around I'll smile again

Shouldn't be so complicated
Just hold me and then
Just hold me again

Can you help me I'm bent
I'm so scared that I'll never
Get put back together

You're breaking me in
And this is how we will end
With you and me bent

If I couldn't sleep could you sleep
Could you paint me better off
Could you sympathize with my needs
I know you think I need a lot

I started out clean but I'm jaded
Just phoning it in
Just breaking the skin

Can you help me I'm bent
I'm so scared that I'll never
Get put back together

You're breaking me in
And this is how we will end
With you and me bent

Start bending me
It's never enough
I feel all your pieces

Start bending me
Keep bending me until I'm completely broken in



ISU : sepanjang puasa tak dengar
Matchbox 20 , tapi sekarang tercari - cari pula.

Saturday, September 18, 2010

Disco Dancer In Kuala Lipis.

Hari Rabu lepas , aku makan nasi tengahari di rumah PakNgah , dah 2 hari berturut - turut aku dapat makan ikan Patin Masak tempoyak versi Pahang.. sekali Mak Andak aku masak kat rumah Kg Sega , sekali lagi Mak Ngah pula yang masak, terima kasih di ucapkan pada PakNgah sekeluarga... sebab sudi menjamu aku dengan makan tengahari .
sekarang otak aku lebih bergeliga , kalau aku nak ke KL naik keretapi, tiba - tiba terasa lapar , aku dah tahu dah kat mana aku nak makan nasi kikikiiii.........
dikesempatan ini juga aku nak minta maaf kat selebriti blogger popular pipiyapong, sebab kehadiran aku dirumahnya mungkin menganggu fasa tidur selebritinya , apatah lagi pada masa tu , dalam TV ada drama lakonan Rozita Che Wan kikikiiii....

Aku dah lama tak naik keretapi ke Lipis , rasanya sudah 10 tahun , iaitu sejak aku mula kerja, selama itulah aku tak naik keretapi... naik keretapi ni sedap dia sampai aku dah tak baca buku , peh aku dengan buku memang tak buleh dipisahkan, kalu naik flight / bas memang aku akan bawa buku seketul buat teman / ubat bosan. Tapi bila aku naik keretapi, peh aku tak ada masa pula nak baca buku, sebab feel naik keretapi ni lain macam sedapnya...
tapi satu jer yang tak sedap naik keretapi ni, ala tandasnya yang tak statik dan kena kongsi dengan lelaki ? gelinyer ...
terpaksa aku bertahan hampir 5 jam juga untuk tidak guna tandas.
sampai ajer stesen keretapi Lipis , terus aku mencari tandas ...
dan disinilah aku rasa pihak berkenaan / pihak berwajib mahupun individu yang bertanggungjawab untuk menambah tandas di Stesen Lipis dalam 4 mangkuk lagi.
apa kes , tandas hanya ada satu mangkuk je untuk pompuan , satu mangkuk jer untuk lelaki,
bayangkan kalu yang dalam tu tengah sembelit , yang kat luar ni pulak cirit birit ..
kan kucar kacir jadinyer.

Apa nak jadi dengan stesen Keratapi Kuala Lipis ?
aku tengok macam tu jugaklah sejak 20 tahun yang lalu....
punyalah tinggi lantai stesen dengan tangga keretapi , dulu masa aku kecik , oklah aku ada arwah ayah aku untuk angkat aku naik keretapi , tapi sekarang ?
punyalah tinggi aku kena lompat turun , tak macam stesen keretapi kat Wakaf Bharu ,
lantai sama paras dengan pintu keretapi , peh sebijik macam pintu LRT :)

Apa yang berubah sekitar Stesen Keretapi Lipis ... mungkin kaunter tiketnya dah bertukar sedikit , dah nak macam pejabat pos gitu ,
kerusi - kerusi kayu yang panjang tempat aku tidur masa kecik - kecik dulu pun dah tak ada....

ah tiba - tiba aku hairan, kenapa aku kena tidur atas kerusi kayu yang keras masa kecik - kecik dulu , bukanya aku buleh tidur , sempit ! bila - bila masa pun bleh jatuh
dan kenapa juga aku kena mandi kat stesen keretapi di depan khalayak ramai, itupun aku masih tak tahu sehingga kini .

oh ya kalu nak dengar lagu Disco Dancer mahupun lagu Qurbani ataupun lagu - lagu dari filem Sanggam disepanjang aktiviti makan angin anda di Kuala Lipis , anda buleh lah menghubungi
En Raju di talian 013 9128539
Dia ni driver teksi yang aku kenal di Lipis , sempatlah 3 kali naik teksi dia.

Persoalan : sekarang ni dah musim luruh ke ? lepas tu musim sejuk ? nampaknya dah tiba masanya untuk aku berhibernasi semula. Hibernasi dari dunia blog lagi...
huaaarrrrrr... ngantuk la fulak.

Isu : Kenapalah sampai sekarang aku dah tak buleh nak upload gambar ? dunia blog dah mula kelabu bagi aku.... ZZzzzZZzZzZzZzzzz.........

Monday, September 13, 2010

Ada padamu : Wan Kamarudin Wan Ibrahim

Brader ni ....
walaupun tak ada mana rock kapaknyer....
tapi dia memang ada sesuatu.



soundtrack dokumentari 'Hero' kat RTM1 pagi tadi ,
tentang sorang kakak
yang tiada jari kaki dan tiada jari tangan... (OKU kaki dan tangan , guna kerusi roda)
tapi terus berusaha untuk hidup berdikari di atas bumi ini ,

yang juga ada naluri perempuan untuk berpakaian cantik dan ber'make up'...

bila diceritakan oleh mak angkatnya betapa kakak itu berusaha untuk kelihatan cantik dan pakai lipstik , kakak tu menutupkan mukanya dengan badan mak angkatnya...
yerlah dia kan tak dak tapak tangan pun nak tutup mukanya, itu sahaja yang dia mampu buat kalu merasa malu atau sedih.
(tapi siapa tak malu apabila diceritakan hal sebegini di hadapan Wan Kamaruddin Wan Ibrahim , aku pom malu kikikiiiii...)
mak angkatnya menangis bila mengenangkan saat itu..
jadi..
bagaimana nasibnya dimasa hadapan ?
bagaimana pula jodohnya ?

Harapan :
semoga dirinya terus tabah ,
semoga hajatnya untuk buat umrah / haji juga tercapai.
semoga aku yang mengetahui perihal nasib hidupnya juga akan terus tabah , gigih dan bersyukur dengan segala yang aku miliki hari ini.

p.s kakak tu ada buka gerai kat Pasar Payang Terengganu.

Now or Never

Aku call opis aku tadi, pak guard yang jawab kah kah kah
maknanya... tak dak lagi orang pejabat yang kerja.

Jadi tindakan aku untuk ke Lipis esok itu satu tindakan yang bijak , apatah lagi dapat naik keretapi ekpress... much better dari keretapi yang yang tiada no. seat tu.... dah ler tingkap tertutup , kipas pun tak jalan , tak dak feel filem hindustan langsung .
tak macam keretapi dulu , walaupun tak dak kipas tapi open air....
nak main air hujan dalam keretapi pun , tak dak masalah.

sebut pasal air , sejak raya pertama lagi... eh silap sebelum tu lagi dalam minggu terakhir Ramadhan , air kat KB dah buat hal , pinggan mangkuk buka puasa kena basuh lewat malam atau pagi esok sebelum sahur , hal ini berlanjutan sehingga ke hari ni , apa kes mandi raya jam 12 tengahari , ( er nasib baik time tu aku uzur ) dan sejak hari tu....
aku bangun mandi macam biasa , macam tiap - tiap hari aku kerja , tak feel cuti langsung , nasib baik tak dak kerja opis , kalu ada , mesti aku dah buat kerja opis tepat jam 8.00 pagi setiap hari...

jadi keputusan aku ke Lipis itu satu keputusan yang bijak untuk mengelakkan aku dari mencari kerja opis lagi dan lagi....

untuk rekod , keluarga aku belah ayah kat KB ni , hanya tinggal sorang jer Pak Sedara , itu pun dia dah uzur sangat dek kena kencing manis . Lepas tu dah tak ada sapa - sapa lagi kecuali sepupu aku yang rata - rata sama umur dengan kakak dan abang aku. Yang tu aku jarang sangat nak pergi jenguk rumah dorang. Cukup jer dorang datang tengok mak aku sebagai orang tua dalam keluarga. Kawan - kawan aku , rumah seberang Kota Bharu tu jer... satu hari dah cukup tuk gi jalan - jalan , kalu jem... raya ke 14 pun buleh pergi lagi rumah dorang.

Harapan : semoga air akan melimpah ruah di Lipis .

Isu semasa : Amalan penggunaan pinggan dan cawan polysterin akan membawa kepada pertumbuhan generasi yang malas untuk membasuh pinggan mangkuk.

Iklan : lar Janji Kekasih dah abes ker ? aku bukannyer apa , aku sukakan soundtrack dier jer itupun sebab tertengok ulangan time sahur jam 5 pagi kikikikiiiiii.....

Thursday, September 9, 2010

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

“(Tuhan) Yang Maha Pemurah, Yang telah mengajarkan Al Qur’an. Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.

Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya). di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

(Q.S. Ar-Rahman 55:1-13)

oh ini bukan isu iklan Raya TV3 ,
ini juga bukan isu artis yang berlakon drama sepanjang Ramadhan....
pegang watak pakai tudung , mimpi kena seksa , lepas tu bertaubat , jadi baik dan dapat pula pengaruh orang lain jadi baik dan insaf.
Tapi luar dari skrip dan kotak TV , artis itu tetap artis.
Biarlah mereka dengan dunia mereka, semoga ada diantara mereka membaca blog aku suatu hari nanti.

namun isu entri aku kali ini ialah....
siapa kita selepas melalui Ramadhan.
sampai tak KPI (Key Performence Indicators) atau Petunjuk Prestasi Utama Ramadhan yang ditetapkan untuk tahun ini.
ada kemajuan ?
atau sama sahaja macam tahun sudah
bak kata ore klate srupo skalo ?
apapun ,
kita tak buleh lari dari kebenaran.
apatah lagi untuk mendustakan segala nikmat hidup yang Allah berikan sehingga ke saat ini.
Nikmat yang paling nikmat bagi aku pada hari ini ialah ........
nikmat masih lagi bernafas untuk menebus segala dosa.

We Can't Keep Hiding From The Truth



Kepada semua yang mengenali aku .

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin ( sekiranya ada salah dan silap)


Untuk Rekod :
ekceli esok raya ke 6 bagi aku keh keh keh.... sudah lama tak jadi gini , ada lebih 5 tahun jugaklar tempohnya. Jadi tak sabar pula nak berpuasa enam ..... ( err maksud aku , ganti puasa)
keh keh keh , ada dalam 9 hari beb , diserang 'lampu merah' 2 kali dalam Ramadhan bukan satu fenomena biasa , memang kena tabah untuk menggantikannya lepas ni.
Doakan aku berjaya.

Berat aku turun dalam 3.5 kg. Sebab puasa tahun ni aku tak 'into' sangat pasal makan. Apatahlagi bia terkenangkan mereka yang tak ada dah. Apatah lagi dengan isu Palestin yang tak abis dan apatahlagi banjir di pakistan. Ada isu global juga perut aku ni rupanya

Tahun ni aku buat biskut dan kek dalam raya ke 2 atau 3. Sebab stok biskut dan kek yang aku beli dah cukup banyak . Aku buat kek tu sekadar nak mengasah bakat jer , mana la tau lama - lama tak guna jadi tumpul nanti :P

Cuti raya tahun ni bukan main lama dalam 11 hari tu, dah ler kelmarin dan hari ni , macam kena paksa cuti jer , sebab dah terganti 2 kali sabtu. aku dah ler balik kg hari - hari... nak balik ke mana pula lama - lama nanti ? nak ke Lipis ? err itu dalam perhatian. tak buleh janji.
Kalu ada mood , aku ke Lipis ,
kalu tak raya ke 4 aku masuk kerja.... sorri ler kalu ada yg dengki tu,
cuti aku tu pulak mungkin aku simpan untuk kes - kes kritikal macam kes banjir setiap hujung tahun.
amacam ? orait tak ?

p.s walaupun aku beraya awal, tak dak la pulak aku nak sembahyang raya sama baca khutbah macam yang masuk TV3 semalam.... hormatlah sket, orang lain nak kena puasa lagi tu...



Wednesday, September 8, 2010

Disini syurga kita..........



Arwah adik bongsu aku selalu menyanyikan lagu Irwan Shah Pencinta Wanita dimasa dia masih bernyawa.... bernyawa ketika berumur 15 tahun
dan tiba - tiba selepas dia meninggal , lagu My Heart ini amat menyentuh hati.... apatah lagi untuk mengenangkan masa di mana kami sama - sama membesar dalam serba kekurangan harta mahupun kasih sayang seorang ayah.
Kenangan naik bas bersamanya ketika dia masih bersekolah Tadika , adalah kenangan yang paling manis. Satu bas buleh dengan petah suaranya , masa tu kami kena naik bas berdiri , dengan ketinggian dia , apa yang dia nampak hanyalah badan , peha , punggung orang lain , bila dia mula rimas , masa tu lah macam - macam benda dia tanya aku
sampai aku sendiri tersengeh malu nak mengaku dia adik aku....

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini , setiap kali aku sedekah AL - Fatihah kepadanya, aku dapat merasakan dia ada sisi......
dan dalam 2 minggu terakhir Ramadhan ini , aku perhatikan pokok Bunga Raya diatas kuburnya saling silih berganti mekar bunganya.
(kubur adik aku boleh dilihat dari kereta aku setiap hari , kuburnya berada barisan ke dua dari pintu pagar kawasan perkuburan , laluan aku setiap hari)

Syazu , semoga kau tenang disana .....
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mu ,
dan engkau tak akan terus menderita sakit di atas bumi ini dik.

Tuesday, September 7, 2010

Doa yang disabotaj

Siapa lagi yang sabotaj doa selain dari diri sendiri....
yerlah kita minta A dari Allah...
tapi perlakuan kita macam kearah B....
jadi perlu juga kita minta dari Allah supaya ditetapkan pendirian untuk selalu ke arah A.

contoh terdekat mudah ajer , aku selalu berdoa agar aku selalu sembahyang pada awal waktu dengan khusyuk, tapi apabila aku lebih utamakan hal - hal dunia sehingga melewatkan solat , siapa yang sabotaj doa sendiri disini ?
memang ada campur tangan godaan syaitan iblis , tapi bukankan yang punya badan juga ada iman dan akal.

Jadi bila doa kita tidak dimakbul , mungkin Allah ingin menduga kita sejauh mana kita bersabar untuk menagih rahmat Allah,
Mungkin juga apa yang kita nak itu , bukan terbaik untuk kita lagi , mungkin masanya tak
sesuai .

atau mungkin kita sabotaj doa kita sendiri , dimana usaha tak selari dengan apa yang kita nak ,
jadi hati - hatilah dengan apa yang kita doakan , fikirkan , katakan atau lakukan...

ok.
Jatuh Cinta itu mudah...
Berkahwin itu juga mudah.

Jatuh Cinta itu mudah...
Berkahwin itu juga mudah.

Jatuh Cinta itu mudah...
Berkahwin itu juga mudah.


Monday, September 6, 2010

Doa kecik yang termakbul..........

ini entri 31 Ogos yang lepas,

peh lama tul tak update blog,
banyak gak aku nak story... tapi aku story dalam bentuk cerkas ajerlah....
Hari ni first time pi Mydin Mall Kubang Kerian... jadi tepat jam 9.00 pagi aku dah ada kat dalam Mydin Mall... asalnya nak tolong buka pintu utama jam 8.30 tapi tadi aku tersesat jalan masuk perumahan orang Cina.... lepas tu tak jumpa cari jalan keluar, macam tu ke Taman Orang Cina rumah besar - besar sampai habis jalan, last - last aku follow satu kereta Cina yang mewah... sampai lah dia U-turn aku pom buat - buat U- Turn jugak.... giler aku ingatkan dia nak keluar Taman tapi cari tempat U-turn sama gan aku.... nasib baik minyak baru isi penuh, sekurang - kurangnya aku buleh dapat idea nak buat rumah besar - besar nanti...

Doa kecil yang termakbul. aku jarang ke area Mydin ni , biasanya ke Tesco atau KBMall sahaja 10 minit dari rumah aku , itupun sebab mengambil alih faktor kesesakan lalu lintas, kalu jalan kaki sama berenang rentas Sungai Kelantan, lagi cepat rasanya kikikiikkiiii....

Doa kecil aku yang termakbul, dalam kul 10.30 aku dah kuar Mydin, aku ke Mydin sebab nak ambil barang Sumbangan fakir miskin untuk esok , jadi aku tak ada idea nak beli apa - apa....
kecuali sempat sambar agar - agar sama puding tuk dibuat juadah berbuka puasa hari ini....
oh tak lupa juga Perapi Pantene Untuk Rambut Gugur "Oh La Laaa... tak mau syampu yang lain" kikikiki....

Doa kecil aku yang termakbul , disebab aku jarang menggunakan jalan area Kubang Kerian, jadi aku ambil kesempatan makan angin kiri dan kanan, tengok apa perkhidmatan yang ada disepanjang jalan, tiba - tiba hati terdetik, jalan - jalan ni, laluan si "Mangkin".....
dalam kereta kedengaran lagu MR Big (To Be With You).... ekceli bukan kedengaran tapi aku memang Repeat dia punya lagu... sepanjang perjalanan
sebab aku sukakan liriknya
dan dengan nada suara penyanyi yang tarik bahagian...
I'm The ONE...
peh memang serak - basah
sebasah Buah Kurma blend dengan susu Marigold HL + madu ,
peh sedap....

Doa Kecil aku yang termakbul,
dari mydin ke rumah aku peh bukan main banyak dia punya trafik light lebih 5 kot.... selepas boring tengok kiri kanan.... aku layan line paling kiri , lepas layan line kiri yang slow... aku break dekat salah satu trafik light, depan aku... macam kereta No 2 SiMangkin, Model kereta betul , 2 abjad plet kereta btol , nombornya sahaja aku buat - buat lupa....
lagu Mr Big masih berkumandang , errr tidak aku tutup kejap, sebab nak perhatikan , mamat depan aku, tak nampak ... keretanya tinted terbaik, kalu btol itu adalah Dia,
kan bagus kalu dia buka cermin , dan lambai kepada aku,
tapi mengapa dia bawa kereta slow ?
sedangkan dia buleh tinggalkan aku dari awal lagi, tapi macam dia bagi aku follow dia jer,
bagus - bagus...
follow tu follow jugak, tapi jangan sampai orang belakang aku pulak yang hangin satu badan.

sampai trafik light yang terakhir , lampu merah , Dia ke kanan dan aku pecut laju ke kiri ,
dan sempat lagi aku menoleh kebelakang untuk last check itu adalah Dia,
yep memang dia...
dan aku terus memainkan lagu Mr Big.......



sambil memikirkan, sudah lama doa kecil aku tak termakbul,
tapi hari neh..............
right before my eyes gitu .......

p.s Harap - Harap Doa besar aku pula yang termakbul lepas ni. Amin

Sunday, September 5, 2010

hal - hal dunia dan akhirat ni kena seimbang.....

Hal Dunia 1
Hampir sepuluh tahun aku kerja , baru tahun ni aku tau kewujudan Bank Persatuan , dimana mengikut website nyer , dividen tahun 2009 adalah 10% iaitu lebih baik dari ASB .
Dividen tu pulak dah siap tolak zakat beb.
Apalagi , aku angkut pitis aku yang tak seberapa dari ASB ke Saham Bank Persatuan.
Tapi sahamnya terhad setakat 10K sahaja, sedangkan aku punya ASB dah cecah 2510 ratus ribu.
Masa aku jadi ahli Bank Persatuan bulan lepas , aku sempat baca semua artikel yang ada dalam bank tu , yerlah Bank ini yang asalnya sebuah koperasi telah diwujudkan sejak 60 tahun yang lepas... kikikiiiii....aku yang tak sedar akan kewujudannya... jadi aku kena jadi fast learner
malu jugak aku dekat Pak Guard Bank tu... mungkin dia sempat beli saham yang pernah ditawarkan maksimum 100K.
Salah satu iklan yang menarik dalam Bank tu ialah pulangan Dividen Bank ini adalah diantara 10 - 12 % setahun dari tahun 2005 - 2009. Baik sket ler dari ASB yang hukumnya sekadar HARUS tu. Dengar cerita saham Bank ni dah lebih had yang diperlukan , entah - entah esok lusa , saham ini akan ditutup macam saham Bank Rakyat, hah siapa yang terlepas tuk beli saham Bank Rakyat , elok tak yah fikir lama - lama , jadi jer ahli bank ini dengan nilai saham minima RM500... dan ada bayaran yuran (kad ahli) gan insuran dalam RM47 kalu tak silap.
Hah selamat la sket. Janji jadi ahli dulu. 10 K tu top up la sket - sket,

Hal Dunia 2.
Porfolio Emas aku sekarang kira orait ler dari tak dak langsung , jadi aku tunggu sahaja harga emas naik dan naik dan naik lagi sampai lar bila - bila.
Siapa yang tak beli emas sebelum raya Cina yang lepas memang rugi , sekarang emas dah mula riak tak tentu pasal.
tapi Dinar Kelantan yang baru di lancarkan , buleh tahan dia punya kiut.
gambo buleh tengok kat sini (... awat aku tak buleh nak upload gamba ntah )
Dalam RM590 juga sekeping tu... buleh check harga kat sini.
nak kena beli juga sekeping... orang kata buat ubat.


Hal Dunia 3.
Sudah 2 tahun berturut - turut , belian buku aku mencecah RM1K setahun , yep orang kata The investment is to invest in yourself kan ?
lagipom resit beli buku tu buleh la pengecualian cukai , tapi memandangkan aku dah ada potongan zakat pendapatan , aku tak perlu hairan lagi dengan hal - hal cukai ni...
cuma sekarang aku dah 2 tahun melanggan Celcom Broadband RM98 sebulan , kalu setahun ada nak cecah RM1.2K juga kan ? internet ni satu hal , banyak perkara dan jawapan yang aku nak ada dalam internet , tak kisah ler pasal dunia mahupun akhirat...
tapi aku kena pastikan menda - menda yang aku explore guna Broadband neh biar berbaloi pulangannya dunia / akhirat ,
dan biarlah buleh cover balik RM98 sebulan aku neh... dan aku dah jumpa satu lubang baru.... hah yang neh rahsia , tak buleh cerita banyak ...
kali ni biar aku kaya sorang - sorang
hahahahaaaa.... ( ........ada korang kesah ?)

p.s Alhamdulillah , dipenghujung Ramadhan ini , dah tak ada banyak kerja hakiki , jadi aku banyak habiskan masa cari dan baca menda - menda yang aku suka (termasuk baca blog pipiyapong) .

Saturday, September 4, 2010

Never Let The Spirit Dies

Kisah Ramadhan aku,
3 hari terakhir sebelum Ramadhan aku ada 3 majlis berturut - turut...
minggu kedua Ramadhan... ada satu projek
minggu ketiga Ramadhan ada 4 projek anjuran Persatuan Staf ....
walaupun badan agak letih , tapi bila dikenangkan Nabi Muhammad (S.A.W) pernah berperang dalam bulan puasa, aku gagahkan juga hati untuk terus berkerja apatah lagi projek staf tu adalah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini...
dan dalam bulan ini jugalah kita kenal hati budi manusia untuk berkerja tanpa jawatan ataupun surat perlantikan...
dan buat pertama kalinya aku redha dengan tindakan mereka...
sebab aku yakin pengertian kehidupan dan kebahgiaan dalam diri individu itu akan berbeza bergantung kepada
cara dia dibesarkan , siapa mak ayahnya , tinggi rendah ilmunya, kemahiran hidupnya , pergaulannya, siapa rakan - rakannya , banyak sedikit duitnya dan banyak lagi....

dan tak akan ada seorang pun yang mampu memahami perasaan aku sekarang, selagi dia bukan aku dan aku menghormati nasihat / pandangan meraka disekililing tentang perjalanan hidup aku, namun yang menentukan pengakhiran hayat aku hanya Tuhan yang satu.
entri serius lagi ?
yep.
yep apabila dalam perhimpunan staf khamis lepas, ada sesi ucapan hari raya,
ramai berhari raya dengan situasi yang baru dalam hidup ,
pertama kali beraya dengan suami lar ,
dapat anak pertama lar,
dapat cucu lar...
ada juga yang kata raya sudah tidak bermakna kerna sudah beraya pada hari puasa ke dua sebab baru dapat anak ke dua .
mungkin sekadar kata - katanya...
tapi bagi aku itu sudah keterlaluan , meletak nilai hariraya setaraf dengan dapat anak ?
errrmmmm...
tapi itulah yang dikatakan pengertian kebahagian individu itu berbeza.
Adakah aku tak bahagia kalau masih sambut hariraya seperti dulu - dulu ...
seperti dulu - dulu ?
mungkin aku mash lagi bujang , tapi untuk sambut hariraya seperti dulu - dulu tidak lagi ,
aku sudah jauh berubah dari segi apa yang ada didada dan kepala.

cuma yang tak berubah
masa aku buat moviemaker pasal aktiviti sekitar Ramadhan 2010.... aku hanya ada masa 2 jam sahaja untuk menyiapkannya , cari lagu dalam laptop tak banyak , cuma yang pasti ada lagu boyband sahaja, lagu nasyid jauh sekali , lagu superman It's Not Easy by Five For Fighting aku dah guna buat presentation yang lepas,
last download ? lagu Maher Zain, tapi lagu dia slow sket , yang rancak hanya lagu pasal kawin - kawin, alahai tak suai dengan aktivit Ramadhan,

tapi nasib baik ada koleksi KRU , terus aku ambil lagu Never Let the Spirit Dies
kikikikiiiiii....... tak dak lagu raya , tak dak lagu nasyid ,
biar satu pejabat tau , aku peminat setia KRU....
tapi mesej yang aku nak sampaikan ialah APA YANG PENTING ? KERJASAMA ....
disamping NEVER LET THE SPIRIT OF RAMADHAN DIES.......

aku rasa semangat kerjasama kat pejabat aku sudah kurang banyak,
tak kan sebab puasa ?
yang pakai kopiah pun susah juga nak minta tolong,
apa nak jadi...



God may I’d be blessed
To beat the rest
And cherish this moment on
As I’m put to test among the best
I know I must be strong
In the name of honour and of glory
No, it’s not for me
Even if I’m down
I’d keep my head up high
Never let the spirit die