Friday, July 16, 2010

mungkin buleh jumpa aku di kawasan ini.....

"Minyak bakal naik mungkin esok. Ini untuk pengetahuan orang terdekat sahaja"
- SMS dari kawan aku semalam, anak tokey stesen minyak.

ah malas pulak aku nak balas SMS itu ,sebab setakat ni walaupun petrol dah naik 3 kali sejak aku beli KATAK aku, Alhamdulillah gaji aku masih lagi cukup untuk bergerak ke opis yang berada 40 minit dari rumah aku.
Demi ketenangan minda dan jiwa aku, demi satu kehidupan yang 'Happy Go Lucky" untuk hari ini, tiada apa yang perlu dikeluhkan.

okay tukar topik jap...
Bagi kawan - kawan aku yang ada duit simpanan lebih , dalam ASB atau Tabung Haji, elok juga buat kajian kes ke atas emas ini. Jadikan ia satu cabang pelaburan selain dari hartanah . Kalau dah anak tu , elok benar beli 1 Dinar sejak dorang lahir.... untuk buat bekalan bila dorang nak masuk Universiti nanti.
tiap - tiap hari aku akan memantau harga emas disini...
mungkin kita buleh berjumpa disana nanti.
Tak eh.... aku bukan penjual emas
dan kalau nak beli emas pun tak semestinya dari syarikat itu...
ah baca lah sendiri disini....

Alhamdulillah ilmu emas ini aku dapat dari sikap ingin tahu aku tentang
kaitan diantara 1 rial berat dengan 1 gram . Apatah lagi aku dikeliling oleh kawan - kawan aku yang dah kawin , cukup masa tukar barang kemas.
Mereka mungkin tak tahu , yang pertukaran barang kemas itu akan menyusutkan harga barang kemas itu dari 15 - 30% .
Mungkin ramai juga yang tak tahu , barang kemas yang cantik dan lawa dengan emas putih , batu berlian dan segalanya, kalau digadai dan dijual , harganya sudah tidak lawa lagi...

dan dari situlah baru aku tahu tentang
kenaikan harga emas ada kaitan dengan kenaikan harga petrol <- klik la baca sendiri
Oleh itu jadilah pengguna yang Bijak !

SMS : skema pula tulisan aku hari ini. Ada apa dengan cinta entah ?

SMS2 : sekarang aku dah kurang beli buku kewangan... sebab aku selalu... malah hampir tiap hari ada lepak kat sini dan baca setiap "link" yang menarik disitu

SMS3 : kalu perempuan tu perempuan juga, yep tiap - tiap hari juga aku study 'fesyen' baju disini... heheheeheeee....

Friday, July 2, 2010

The Man , The Gold And The Land .

Alhamdulillah 2 dari subjek/objek dari tajuk entri tu , aku dah dapat sebelum 1 julai berlalu...
memang terasa macam 'Heaven' peh sukar nak bagi tau, bila penat lelah segala usaha dan perancangan menjadi....tinggal satu ajer lagi tu...
yang tu agak susah sket... tapi tak apa, ada separuh tahun lagi untuk dikejar....
semoga aku dapat sebelum 2010 berakhir....

bermula esok, aku nak cuba buat detox, cuci usus dan sistem dalaman badan, mudah sket aku nak diet lepas tu... detox tu , aku ada lar study sket - sket macamana nak buatnya... aku cuba yang paling mudah ler, makan sayur / buah jer selama 3 hari.... selepas tu buleh lar aku sambung makanan berkhasiat yang lain macam .. blend susu + kurma + madu untuk breakfast ( yang ni dah 2 minggu aku buat peh sodap weh..... tapi susu tu kena yang low fat juga, ada kos disitu, kurma pun nak kena yang lembut sket , yep still ada kos disitu , tapi perut kempis ler... dari dok makan nasi berlauk / nasi kerabu / roti canai telur / roti sardin :P)

peh rajin dan teruja nyer aku kali ni, sebab dekat opis aku kami akan lancarkan The Biggest Loser... aku tak ada la nak menang sangat sebab ramai lagi yang jauh lebih gemuk dan obes dari aku, cuma untuk timbang kali pertama pom aku dah gabra... aku tak suka timbang, kalu aku dah tahu badan aku sudah terasa berat, secara automatik / semulajadi aku tahu berapa berat aku sekarang, jadi aku kawal makan dulu sebelum timbang kikikikiiii.....
program ini akan berjalan dari 15 Julai sehingga 15 Oktober, yep lepas puasa dan lepas raya... memang mencabar sebab kami nak tengok berat siapa boleh bertahan walaupun selepas raya, yep semuanya itu memerlukan disiplin dan otak yang bijak , bukan sekadar menahan diri dari lapar sahaja,
peh yang menang nanti bukan orang sebarangan kan ?
adakah , mungkinkah aku ?
ala berat aku lani 58 , tinggi aku 160 cm
paling jauh aku buleh kurus dan sihat adalah berada dalam 50 kg , bukannya susah pom
kurang dari tu, aku akan jadi bini popeye..... oh !!! No... No... No....
aku tak nak jadi bini popeye,
kalu buleh aku nak jadi macam bini Brat Pit , kalu tak dapat jugak , jadi macam bini Abhishek Bachchan pun dah okay banyak kikikikikiii....
weh esok jam 12.30 tengahari , kat RTM2 ada DOOM 2 , buleh lah nak mula berangan jadi dia :P

SMS : entri yang masih blom ada gambar sebab internet slow giler...