Thursday, December 31, 2009

Hikayat si Naga....

kalau ikut kalendar Cina aku di lahirkan dalam tahun Naga...
amacam ? adakah dengan munculnya tahun 2010 aku mampu terbang dan keluarkan api sendiri... ?
kita tunggu dan lihat kikikkiiiii....

esok tahun baru , sedang molek jatuh pada hari Jumaat, dan biasanya khamis malam , aku memang tidur awal dan lebih lena sebab tak perlu merancang apa - apa untuk esoknya, kecuali kadang - kadang timbul juga niat di hati untuk mendengar ceramah Tok Guru dekat bangunan Pas tu... jadi kena bangun awal , kalau pergi lewat, kena parking jauh - jauh sket ..
dan biasanya sambil dengar ceramah , aku ada meninjau segala jenis benda yang terjual disitu
kikikiiiii......

dan biasanya pada malam tahun baru , kalau tak ada cerita TV yang best , kalu setakat nyanyi - nyanyi tu... aku tidur awal juga... aku pun tak ingat bila kali terakhir aku 'count down' ikut TV , bagi aku tahun Baru tu sekadar satu titik sahaja.... tiap - tiap hari buleh jadi titik itu.
dan sesuatu titik itu perlu ada sebagai sempadan untuk kita hidup dengan lebih teratur bak kata orang putih -> organized

Tahun lepas , aku tak ada pom entri Tahun Baru , sebab aku mula menyepi dari alam blog sejak bulan November 2008 sehingga Februari 2009 atas sebab - sebab tertentu :P
namun hidup aku untuk tahun 2009 , Alhamdulillah berjalan lancar walaupun dugaan kian bertambah selari dengan usia , pengalaman dan pengetahuan.

cuma untuk sesiapa yang nak letak tarikh esok 01.01.10 sebagai satu titik untuk memulakan sesuatu ,
aku syorkan kamu tulis dengan tepat tentang apa yang kamu nak capai pada tahun ini,
sebab secara peribadi, aku juga percaya azam yang ditulis mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk direalisasikan....
walaupun tak semua azam aku pada tahun lepas tercapai .... tapi ada juga yang tercapai...
aku kongsikan satu disini,

aku pernah menulis azam untuk lulus PTK Tahap 1 dengan keputusan paling tinggi 4 - 4 , dimana secara tak langsung aku akan dapat kenaikan gaji dengan keputusan itu....
untuk rekod , setahu aku tiada lagi staf opis aku yang gred DG41/J41 lulus 4 - 4 , maka aku tambah sket lagi dalam azam aku itu, aku nak jadi orang pertama dalam gred DG41/J41 lulus 4 - 4 , Subhanallah.... ianya terjadi !

aku tak pernah bagi tahu sesapa pun azam aku yang ni,
jadi ianya eksklusif untuk pembaca blog aku sahaja...
kalaulah kawan - kawan kat opis aku tahu , mesti dorang ingat aku ni perasan macam bagus sangat !

tetapi jangan luferrrrrr adik - adik ....
asas kepada sesuatu kejadian itu (disamping ketentuan Allah) ialah yakin percaya kepada kemampuan diri sendiri , diikuti dengan usaha yang sepadan serta doa yang merendahkan diri kepada Allah .
Semua itu WAJIB ada beb !
apa ? korang ingat , dengan tulis azam 1000 kali, menda buleh berlaku dengan sendiri kerrrrr ?
kikikikiiiii... aku tak ajar ek :P

tapikan aku ada tampal azam aku tu dalam bilik tidur dan tertulis dalam diari dan kadang - kadang ada dibawah keyboard opis aku ... bila boring , aku ambil kertas memo, aku tulis macam - macam azam/impian dan letak bawah keyboard opis kikikiiiiii....
amacam ? banyak juga tempat yang aku tulis azam rupanya dan ianya tak berlaku pada 1 Januari sahaja........

SMS
: jangan takut atau malu - malu untuk menulis azam kikikikiiiii


tadi terdengar lagu ni kat radio ....



Do you know where you're going to?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going to? Do you know...?

Do you get what you're hoping for?
When you look behind you there's no open door,
what are you hoping for?
Do you know...?

Wednesday, December 30, 2009

sedang mereka asyik bermimpikan Edward Cullen


aku masih terkenangkan Sanjay Singhalia (Amir Khan) dari cerita semalam...
kikikiiii... aku dah tengok filem Ghajini versi Tamil ...
punyalah best lain dari yang lain, aku tengok pada suatu waktu dahulu... masa Raya Deepavali entah tahun bila....
dan bila saja aku dapat tahu Ghajini versi Hindi akan ditayangkan kat RTM 2 , terus aku masukkan dalam reminder hanpom kikikii..... walaupun aku dah banyak kali terjumpa DVD Ghajini versi Amir Khan tapi tak terbuka pula hati nak membelinya....
jadi semalam , bertemankan boboy kucing aku, aku melayan Amir Khan dari jam 11 sehingga dekat kul 2 pagi kot , peh macho dan hensem betul la watak dia...
aku dizaman Amir Khan muda - muda tak ada la pula aku minat sangat dekat dia, maklum lar dia dulu muka baby face... macam Faizal Hussin dalam filem Bujang Selamat kikikikii.... dan bila ada adegan gaduh dengan penjahat, mestilah pengarah bagi dia menang sebab dia Hero... tapi sejak dia dah berumur - lani 44 tahun !
peh body pun semakin mantap, lakonan memang klasik ler... alahai....
sweet betol.....
sekarang ni aku tengah cari filem lakonan Amir Khan yang Ms Weed cadangkan dulu , masih belum jumpa....

weh aku baru tahu yang Amir Khan ni pernah berlakon sebagai watak kanak - kanak dalam filem Yaadon Ki Baaraat (1973) <- ala cerita 3 beradik yang berpisah sejak dari kecil tu, abang yang paling besar sekali lakonan Dramendar.... pastu mereka bersatu balik dengan lagu Yaadon Ki Baaraat tu...kikikiii.... klasik - klasik....

SMS 1
: masih terngiang - ngiang lagi soundtrack penutup filem ini...
kaise mujhe tum mil gayi, kismat pe aaye naa yakeen
how was is that you come to me, how blessed i am , but it's hard to believe (waaaahahaaa.. )

SMS 2 : oh filem ini sebenarnya dicelup dari filem American Memento... tapi aku konfiden , dalam filem america tu tak ada sesi keluar menari beramai - ramai , mahupun dating tengah padang pasir kan ? kikikikikki......
secara peribadi, aku lebih teruja tengok versi Tamil sebab masa tu , aku tak kenal pom Hero dalam filem tu, jadi mati - mati aku ingatkan dia memang penjahat yang sakit jiwa , gila dan suka bunuh orang sahaja... dan masa tu juga aku tak tahu pom jalan cerita dia, bayangkan perasaan Hero bila dia tak sempat bagi tahu cerita sebenar dekat Heroin, yang dia adalah Sanjay Singhalia yang sebenar... memang kesian ler... cuma kelebihan filem ini... ehem sudah tentu adanya Amir Khan yang jauh lebih hensem dari hero Tamil :P
nak tahu jalan cerita Ghajini klik sini .

SMS 3 : aku juga tengah tunggu filem faberet aku 'The Last Mohican' main sabtu malam , jam 10 , saluran NTV7 kot... filem ini dah banyak kali aku tengok... tapi tak pernah puas... sebab Hero dalam filem ini memang Hero hahahahaaaa....

Thursday, December 24, 2009

don't cry for me .........

Hari ini aku cuti... service katak aku kat Produa...
semalam sebelum magrib aku ada mandikan katak, dekat 2 bulan juga tak mandi,
ala katak dah sejuk dengan banjir dan hujan hampir tiap - tiap hari, nak mandi buat apa ?
nanti dia demam aku juga yang susah....
tapikan bila aku gosok badan dia setiap inci, alamak banyaknyer daki - daki degil... aku ingatkan katak dah berkarat , sedih jugak aku... tapi sebenarnya tak, ini mesti kesan asid air hujankan ?
nak hilangkan semua daki tu, aku terpaksa mandi katak sampai 2 kali....
sekarang aku dah nak serius balik untuk jaga katak aku, setiap kali kena hujan , nak kena siram juga... sebelum ke opis , nak kena lap juga pagi - pagi...
atap tempat katak berteduh pun ada yang dah bocor... kesian, nak kena tampal balik , bila cuaca panas lepas ni....
hari ni juga aku ada beli 'tar remover' peh sejenis cecair untuk menghilangkan kotoran degil pada kereta Anda, memandangkan aku bercuti dalam 5 hari ini, aku nak polish le katak aku tu.....
apatah lagi minggu depan , pelajar baru dah masuk, mereka mesti nak tau siapakah pemilik Katak Hijau yang berkilat - kilat tu kan ?
kikikiiiiiii.....
balik dari service katak , aku dapati 4 trafic light disepanjang laluan aku tak bernyala, adola.. bahaya betul , dah ler ada 3 - 4 simpang....
abang misai yang selalu pakai baju seragam putih tu, tak adalah pulak nak jaga simpang2 yang merbahaya tu... ? hairan betul aku...
dah dapat 'bantuan khas kewangan RM500' terus cuti ke ?

oh ya tadi aku ada baca artikel dari majalah Cleo yang ada dekat Produa service : Tip membeli belah bagi orang pompuan,
penulis suruh kita membeli dengan cara lelaki
peh !!
antara tips nya ialah :
  • fokus kepada apa yang hendak dibeli , bukan pergi window shopping tiba- tiba terjumpa sesuatu yang tiada dalam senarai , terbeli juga... ( bahagian ni aku dah lulus .. no hal)
  • jangan ikut perkembangan fesyen sangat , sampai terkejar - kejar sehingga jatuh terguling.... dikatakan orang lelaki tak bersungguh sangat untuk mengejar fesyen terkini, oh mungkin juga mereka tak buleh pakai 'skirt' atau tudung atau kain yang berbunga - bunga ( bahagian ini pun aku lulus juga , sebab aku hanya beli sesuatu barang dengan fesyen terkini sebab nak buat sebagai 'ubat' sahaja hahahhaaaaa.... yerlah nak juga merasa apa yang dorang pakai, macam tudung ekin / munawarah / aryani... aku ada juga 3 helai untuk dibuat obat, tak dak la aku beli semua kaler.... menda- menda gini memang tak buleh nak tahan, mana la tau...takut demam panas , payah juga nak sembuh kikikiiki.....)
  • buat kajian , dikatakan lelaki banyak buat kajian atau mencari maklumat tentang barang yang mereka nak beli, oh ini mungkin barang yang mahal - mahal kot ? macam alat elektrik atau kereta atau komputer ? ( yang ni aku fail !! yang aku tau aku nak menda tu ada jer, mahal ke ? canggih ker ? kena tipu ker ? aku tak tahu sebab aku gan barang2 elektronik/gadget memang tak kacip... )
  • yang lain - lain aku tak ingat sebab aku tak ambil nota :P
aku pom ada perasan juga, staf lelaki ni , jarang tukar baju ler....
apatah lagi staf yang baru kerja , mungkin mereka baru dapat gaji , nak simpan untuk kawin atau bagi dekat mak ayah ...
jadi tak tertukar la baju kot...
tapi staf lelaki yang dah beranak pinak lagi lar tak tertukar baju... kecuali Boss nombor satu aku, peh baju dia buleh dikatakan baru tiap - tiap hari, macam iklan sabun'breeze' kaler
apatah lagi kalau ada majlis tertentu, beliau sengaja meletakan dirinya sebagai bahan umpatan opsss... maksud aku bahan perbualan staf pompuan keh keh keh...
tapi aku tak hairan ler... gaji dia dah lebih RM8K kot... lagipun dulu dia pernah kerja kat HQ KL, aku tengok staf dekat HQ pun macam terpaksa melawakan diri untuk hidup ...
pernah juga staf dari HQ tegur pakaian aku yang tak 'up to date'
aku kata, aku dah boring dengan fesyen terkini.... dia baru nak cari tudung bawal sulam tangan , sedangkan aku dah mula pakai sejak tahun 2007 ,
lagipun aku tanya dia perlu ker berhabis duit untuk mengejar fesyen ?
dia terus senyap.... sambil menggelengkan kepala ,
sepatutnya aku jer yang jadi penulis dalam majalah 'CLEO' tu... amacam ? kikikikiiiii......

Sinead O Coner ni , aku kenal dia pada tahun 1990 melalui lagu ni :



tapi tak sangka pada tahun 2003 , dia masih tak berubah... suara pun bleh tahan.
walaupun aku tak pernah tengok filem Evita, tapi aku suka lagu ni :


SMS : aku dah mula nyanyi lagu ni sejak zaman Madonna berlakon filem Evita, macam dekat jer liriknya dengan aku (peh kalau tidak di ambil kira Argentina lar kikikiiiiii....)

It won't be easy, you'll think it strange
When I try to explain how I feel
That I still need your love after all that I've done

You won't believe me
All you will see is a girl you once knew
Although she's dressed up to the nines
At sixes and sevens with you

I had to let it happen, I had to change
Couldn't stay all my life down at heel
Looking out of the window, staying out of the sun

So I chose freedom
Running around, trying everything new
But nothing impressed me at all
I never expected it to

Don't cry for me Argentina
The truth is I never left you
All through my wild days
My mad existence
I kept my promise
Don't keep your distance

And as for fortune, and as for fame
I never invited them in
Though it seemed to the world they were all I desired

They are illusions
They are not the solutions they promised to be
The answer was here all the time
I love you and hope you love me

Don't cry for me Argentina

Have I said too much?
There's nothing more I can think of to say to you.
But all you have to do is look at me to know
That every word is true

Saturday, December 19, 2009

suka - duka Maal Hijrah 1431.

Jumaat 18 Disember 2009

Salam,
dikesempatan ini , aku nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Team Bolasepak Malaysia sebab menang Emas dalam perlawanan khamis lepas,
dan untuk siapa yang ada kenal penjaga gol Malaysia tu , tolong sampaikan salam aku kepada dia buleh ?
aku rasa dia memang Hero dalam saat - saat terakhir perlawanan !
yum.. yum...<- bak kata berteromber :P

setelah 3 minggu berlalu , macam - macam ada dalam otak aku ni....
tapi apa yang berlalu ?
oh itu sesi pembentangan buku pilihan pensyarah... idea Boss aku , tapi aku yang tolong laksanakan , sepatutnya ada 72 orang staf bentang buku masing - masing...
tapi ada staf yang dah tua , malas nak bentang.... apa kejadah ?
sedangkan sesi bentang buku ini syarat wajibnya mesti ada Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan tajuk buku, jadi secara tak langsung disamping kita berkongsi ilmu buku, kita juga berpeluang untuk berkongsi terjemahan AL - Quran dan nasihat peninggalan Nabi , tapi mereka semua tak nampak , pahala yang menanti....
hairan aku !
secara peribadi , aku bersyukur berada dalam majlis ilmu itu dan sebab itulah sejak 2 menjak ini aku berdiam diri dari aktifkan blog...
banyak menilai dan muhasabah diri sendiri....
aku plak ada present buku ni,
(buku yang aku beli sekitar 2003 )

dan Al - Quran yang aku petik ialah :
Slide 1
"dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang - orang yang kusyuk"
Surah Al – Baqarah ayat 45

Hari ini.... selepas orang lelaki sembahyang Jumaat , aku nak kena 'antar natu' sepupu aku , maksudnya menghantar anak sepupu aku ke rumah mak mertuanya lah, selepas berkawin pada Rabu lepas... anak sepupu aku tu baru je 21 tahun, dua pupu aku yang pertama kawin keh keh keh.... terasa tua la plak aku hari ini...

tapi sebelum proses penghantaran itu berlaku , aku menyedapkan diri dengan keluar ke KBMall, kira inilah pertama kali aku ke KBmall selepas kejadian luarbiasa yang berlaku 2 minggu lepas.... bukan aku takut tapi malas la nak keluar, manusia bak kata Apex ramai tak patut . Maklumlah 'sales' di mana - mana , apatah lagi dorang dah mula nak beli baju anak sekolah, tapi hari ini, jam 9.30 pagi aku dah terpacak dalam KBmall membeli ini :
(aku mencari tip untuk mengagihkan kerja kepada rakan sepejabat , apabila tahun depan aku dijangka akan memegang 2 - 3 jawatan Induk/Ketua penyelaras )

peh cukup puas hati.... tapi yang tiada dalam gambar -> sandal dan handbag dan baju macam budak kolej yang genius pakai dalam filem orang puteh . Amacam ?
aku ni susah nak berkenan dekat barang yg dipakai, pernah aku tak beli baju baru selama 6 bulan , sebab tak dak kain 4 meter yang lawa - lawa kat sekitar Kota Bharu... hampir 5 - 6 kedai aku tengok tapi tak berkenan, jadi bila dah berkenan aku terus beli dan simpan sehingga sampai edah ( kah kah kah... ada ke yang buat macam aku ni ? katakanlah beg yang aku beli tu bernilai dalam RM200 , maknanya aku akan pakai selepas 4 bulan kemudian , baru rasa tak bersalah , untuk menggunakan RM50 sebulan !)
apatah lagi kain 4 meter, aku beli sampai 2 - 3 ratus, aku simpan dalam almari selama setahun pun ada, bukan menbazir tapi belum cukup edahnya kah kah kah tapi bila ada 'special event' macam 'dinner' atau 'konvokesyen' , aku dah ada baju 'standby' !
menda - menda macam ni, kena blaja yer adik - adik , nak melawa mesti bertempat !

lepas aku beli semua - semua tu, aku terus mencari makanan feberet aku
strawberri cicah cokelet kah kah kah RM4.50 untuk 4 biji strawberri dan bila aku sampai rumah.... aku dapati aku period !
no wonder , aku mengidam itu cokelet sama strawberri :P

oh ya azam aku sempena Maal Hijrah ni,
  • aku nak sembahyang on time !
  • aku nak kurangkan mengumpat , semua kelemahan orang yang aku tahu , aku akan simpan kat aku jer, sebab aku pun ada kelemahan juga .
  • aku tak akan tenggelam lagi dengan sindiran orang tentang kerajinan dan kelebihan diri, aku dah buat kesilapan dalam 2 - 3 bulan ini , aku akan tetap jadi diri aku macam dulu - dulu... aku dah memang rajin sejak tingkatan satu la weh... sebelum itu , aku tak berapa nak ingat, ini tentang prinsip hidup, aku buat jer kerja yang disuruh.... kenalah rajin , apatah lagi kerja dengan orang ..... habis cerita !
  • aku nak jadi orang yang sabar dan mudah maafkan kesilapan orang lain ( walaupun aku rasa orang itu tak patut buat kesilapan yang tak patut keh keh keh...)
  • dan lain - lain adalah rahsia.





aku ada kaitkan Squidward dalam pembentangan aku dimana salah satu isinya adalah
Bagaimana nak menghadapi orang yang tak tahu bersyukur atau mengucapkan terima kasih atau menghargai kita .
antara Hadis - hadis yang berkaitan ialah :

Slide 12
Rasulullah (SAW) bersabda :
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah

orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan
amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam
atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan
keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar .”
Slide 12
Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya

dan

Slide 13
Rasulullah (SAW) bersabda : “Orang-orang yan g penyayang itu disayangi oleh Allah Ta’ala, maka sayangilah penduduk bumi, niscaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”
Slide 13
Hadis Abu Daud dan At - Tirmidzi

SMS1 : dalam aku duk cari hadis yang berkaitan dengan presentation aku, aku jumpa kata - kata hikmah dari Sayidina Abu Bakar : Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan. <- siapa yang sanggup ? semoga usaha kita sentiasa diberkati Allah hendaknya.

SMS2 :
best juga lagu Move Along by All American Rejects.

SMS3 : ini entri semalam , tapi tak sempat post sebab aku mengantuk :P

Sunday, December 6, 2009

Sakit lepas mati.....

Kelmarin , selepas habis tengok filem Hindi RTM 2 ( amacam Jard setia tak aku kat RTM kikikiiiii)
dan selepas makan ayam bakar sama sosej sama fish ball , saja blanja adik aku , dia dah bertolak ke UIA semalam...
aku layan filem District 9... Buleh baca sinopsis cerita ni kat sini. Terima kasih juga kepada blogger yang pernah review filem ni, kalau tak silap Huzaiba , sepupu pipi kot :P

filem ini dimulakan dengan temuramah penduduk bumi dan pekerja yang menjaga kebajikan makluk asing . Nasib baik aku ni jenis yang sukakan dokumentari dan Edisi Siasat, jadi buleh la layan dorang punya temuramah tanpa Subtitle , peh aku lupa pilih subtitle tuk filem ini.....
habis cerita baru aku klik bahagian subtitile dan baru aku sedar untuk dialog dan percakapan makluk asing memang tiada subtitle. jadi maknanya selama sejam lebih , aku memang faham dan terer bahasa makluk asing... wow ! satu penemuan yang baru...
oh mungkin ianya disebabkan hasil dari kacukan darah X-men dan Superman yang mengalir dalam tubuh ini.... jadi aku tak perlu terkejut sangat la kan ?
hasil dari kajian aku ke atas filem - filem makluk asing , spesies kali ini lebih menjurus kepada spesies predator ... sebab ada sesungut.... tapi kaler darah hitam , predator kaler darah hijau.
Filem ini juga ada pengaruh robot dalam kartun Mospeada....

mesti pengarah filem ini minat Mospeada lonely soldier boy jugak kikikiii......

dan apa yang penting dalam filem ini bagi aku ialah .....
penderitaan Hero dalam filem ini , apabila dia terkena virus / darah makluk asing , secara perlahan - lahan badan dia bertukar kepada makluk asing. Semuanya mengambil masa dalam beberapa hari sahaja.... bermula dengan kuku jarinya tercabut satu - satu... di ikuti gigi....
dan bahagian yang paling sakit ialah bila kulit badannya juga tercabut dan dicabut oleh penjahat (manusia) ...
jadi disinilah 'moral story' yang aku dapat , bayangkan seksa dunia macam tu dia punya sakit, apatah lagi seksa di akhirat nanti,
diakhirat kuku dan kulit yang tercabut akan tumbuh semula.... dan tercabut balik......
tumbuh semula dan tercabut balik..... itu tahap tercabut ajer, yang terbakar ? apa cerita ?
siapa yang sanggup menahan nya lagi ?
ada berani ?

oh adegan terakhir yang dipaparkan dalam filem ini ialah.... isteri si Hero syak yang suaminya ada letak bunga besi depan pintu rumah dia , aku pun syak Hero yang letak depan rumah dia sebab sebelum cerita tu habis , dorang ada tunjuk seekor makluk asing tengah buat sekuntum bunga dari besi juga ... amacam ?
kikikiiiii....

SMS : satu jer kekurangan yang ada dalam filem ini -> terlalu banyak giler perkataan ' f**k ' kalau Hero pun bukan main lancar menyebut 'f**k' apatah lagi penjahat manusia yang lain, nasib baik makluk asing itu mencarut dalam bahasa dia...

Friday, December 4, 2009

up date ajer lah.......

bukan susah pun nak up date blog, yang timbul rasa susah tu , mungkin kita takut orang tak baca.... tapi ada aku kisah ker ?
errrrr .... ada kisah lah juga,
nak tulis menda mengarut ,
aku malu dekat Pakngah... dan follower yang lain...
hey aku pun ada follower juga tau.... ( hehehe anda tahu siapa diri anda....)
jadi aku taip jerlah.....

Rabu, 2 Disember 2009
Banjir 2009 bil 3(a) <- peh siap ada (a) sebab banjir yang berlaku bukan dari air sungai betul - betul, tapi memandangkan aku kerja hari tu, aku terlepas untuk menyaksikan kenaikan air paras dada orang tua, wah dalam jugak tu, hal ini berlaku sebab ada orang tutup pintu 'kalbog' kampung aku. errr kalbog itu adalah sejenis pintu yang mengawal pengaliran air dari kawasan rumah aku ke terusan yang bersambung dengan sungai Kelantan. Secara teorinya apabila air Sungai Kelantan naik , pintu kalbog akan ditutup bagi mengelakkan air memasuki kawasan rumah kami, tetapi kuasa Allah , kalau dah kunfayakun , banjir tetap juga berlaku . Sepatutnya bila air hujan mula melimpah di kawasan kami, jadi pintu kalbog itu harus dibuka , untuk mengalirkan air ke terusan. Tapi ada makluk yang tutup pintu kalbog, air naik secara mendadak , sampai mencecah lantai kedua rumah aku , lantai kedua adalah tempat aku tengok TV dan lantai yang paling tinggi rumah aku adalah lantai bilik tidur dan ruang tamu . Hanya banjir tahun 2004 sahaja , air mencecah ruang tidur kami . Jadi bila kalbog dibuka, air surut dengan mendadak juga, bila aku balik Jam 6 petang , air tinggal satu anak tangga sahaja. Untuk berita terkini , air sungai Kelantan masih bertahan , tak melimpah.... Alhamdulillah.

adeh , tiba - tiba teringat memori balik dari mengaji Al - Quran, kalbog itulah tempat lepak aku adik beradik sambil menangkap ikan - ikan yang terperangkap selepas banjir .


Khamis , 3 Disember 2009 .

Aku dah masukkan markah pelajar dalam sistem , minggu depan ada pembentangan, yayyyyy....
kerja pejabat hanya tinggal 4.1% sahaja . Antara kerja yang tertinggal ialah :
- hantar laporan aktiviti kolej bagi suku tahun ke IV ke HQ
- Jemput penceramah luar untuk kursus fertigasi & perternakan keli.
- Presentation buku pilihan pada 15 Disember 2009.
- isi borang SKT (Sasaran Kerja Tahunan) dengan bangganya....


Jumaat , 4 Disember 2009,

kehkehkeh.... dah lama tak tidur siang hari dan akibatnya aku mimpi yang bukan - bukan...

tapi bukan salah aku, hari Ahad lepas aku ada tengok citer kat RTM 2, entah lah tajuk pun aku tak tahu, cuma bila aku tengok ada muka Paul Walker aku layan jer , cerita tentang 'time machine' gitu........
dan sejak 2 menjak ini , Vovin juga asyik duk cerita pasal pengembara masa yang sedang mencari Cinta.....
dan hari ini, kehkehkehkeh... aku bermimpi aku dapat pergi ke masa silam melalui laptop aku, amacam ? ada debar juga... bila dapat lihat petunjuk yang ada,
lepas tu aku dapat idea untuk meninggalkan jejak atau petunjuk kepada 'dia' supaya dia tahu
aku sukakan 'dia' .... kehkehkeh
tapi bila idea aku itu mula berbunga - bunga.... tiba - tiba

Assalamualaikum....

ADAM ?

eh bukan
itu suara adik aku kehkehkeh....dia baru balik dari KB , nak suruh aku buka pintu luar la tu
dan disebabkan bilik aku bersebelahan dengan pintu masuk, apalagi akupun
Wa'alaikumussalam ajer lah.....

alahai..... tak sempat habis mimpi aku :P


SMS 1: lepas di google sket.... aku dapat tahu filem tu tajuk dia Timeline, filem tak laku dan tak balik modal langsung pada tahun 2003 , bleh cekidout kat sini.
tapi tak kisahler.... janji bleh tengok muka Paul Walker free...

SMS 2 : mimpi aku itu menunjukkan , pemikiran aku dah hampir - hampir nak kosong sekarang ini , sampai ... cerita 'time machine' pun buleh mengisi kekosongannya kehkehkeh....
jadi mulai esok , aku nak ............... ( bersambung )

Tuesday, December 1, 2009

cerita mimpi lagi...

semalam aku tidur jam 12 malam lebih - lebih,
bangun dalam 5.30 pagi lebih - lebih...
jadi maknanya dalam 5 jam 30 minit... aku buleh alami 3 mimpi yang berbeza....

mimpi 1
ada promosi Astro dekat KBmall , ada pelbagai hadiah termasuk buku yang tengah aku cari, peh menarik... cuma TV dalam bilik aku rosak, TV kat bilik tamu, buruk sket, arial pun dah tercabut, jadi nak langgan Astro , mesti kena beli TV baru.....
mimpi tergantung , tiada rumusan buleh dibuat....
tapi buku tu.... alahai sebijik macam aku nak :P

mimpi 2
mak aku tengah bercakap dengan seorang lelaki tua, mengatakan aku ada sedikit ilmu yang diperolehi dari arwah ayah aku, ilmu mencari barang atau orang hilang...
wowwwww..... aku ingatkan anak lelaki yang bakal memperolehinya.... mimpi ini tiada penutupnya... aku nak try sambung dalam tidur malam ini kikikiiiiii :P

mimpi 3
entah macamana aku berada dalam badan seorang pelajar perempuan yang terpaksa balik lewat ke Asrama.... sebab kena kerja sambil belajar. Risikonya ialah apabila balik lewat , dia kena masuk ikut pintu yang berada dalam bangunan asrama lelaki...
Ini lagi wowwwwwwwwwwwww.... mencabar tahap Lara Croft... masa aku dah ada dalam asrama lelaki , tiba-tiba ada orang perasan kelibat aku, OMG (peh siap ada skrip oram puteh lagi kikikiii....) cepat - cepat aku lari ke bahagian bawah bangunan, budak lelaki itu terus mengikuti aku , debaran memang terasa , aku terpaksa terjun dalam air yang ada dibawah bangunan itu, cis mentang - mentang musim banjir asrama itu juga tak terlepas dari dinaiki air.... tak cukup terjun aku terpaksa menyelam sambil 'kontrol' pernafasan , jangan bagi buih - buih udara keluar langsung dari hidung atau mulut aku, oh tidak nafas aku semakin terhad,
cis budak lelaki itu terjun juga dalam air tersebut, aku dah tak tahan....
dada dah panas , nafas dah tak buleh nak tahan.... tiba - tiba
.
.
.
.
.

aku kejutkan diri sendiri dari tidur dan mimpi, buat apa penatkan diri sendiri ?
tapi itulah mimpi paling penat yang aku rasa, sebelum ni, kalau aku tak suka mana - mana mimpi, aku 'cancel' jer mimpi tu....
serius...
aku memang mempunyai naluri yang mengatakan... mimpi itu adalah mimpi.....
mungkin sebab itulah aku tak suka bermimpi .

tengah layan lagu ni , sambil tanda kertas student sambil berduet dengan BSB....
dan kadang - kadang tamak untuk nyanyi semua bahagian apatah lagi pada minit 2.30 kikikiiiiiii....



SMS : walaupun aku tak pernah dijanjikan dengan 10 000 promises tapi lagu ni ada sesuatu....
oh mungkin ianya ada kaitan dengan lagu KRU Janji Tinggal Janji, jenis lagu jiwa luka_ patah hati tapi kalau pakwe nak blah_ boleh blah_ no hal !!!