Friday, April 9, 2010

KINI

Salam,
aku tahu , menda ini akan terjadi ... kalau aku cuti panjang , masuk hutan , panjat gunung mahupun shopping sakan , motivasi untuk aku berkerja akan naik dan naik lagi
yeayyyyyyyyy ...........
dan dalam masa yang terdekat ini , inilah kerja aku....
  • siapkan laporan semua aktiviti kolej dari bulan Jan - Mac ke HQ
  • lepas tu buat presentation dengan semua laporan yang ada... hah suka - suka.... aku nak masukkan lagu You Make Me Smile - Uncle Cracker :P
  • buat nota 'express' memandangkan aku dah tinggalkan kelas hampir 2 minggu, dan ada 2 minggu juga untuk pelajar hadapi Ujian 2 . Tapi semuanya bisa diatur dengan adanya kelas ganti sebelah malam . ( kelas malam ditanggung beres , sebab alang - alang balik lewat akibat bermain badminton , buleh stay kat opis tuk mengajar )
  • Selasa depan aku akan dipantau mengajar dalam kelas , peh .... dah lama orang tak tengok aku mengajar, tapi dengan pengalaman aku yang ada, beressss jer , anggap semuanya settle.
disamping itu juga , aku sibuk untuk melakukan perkara berikut :
  • aku nak buat kunci kira - kira dan penutup akaun perbelanjaan aku untuk bulan Mac, peh hairan juga dari mana aku dapat duit yang banyak untuk beli buku - buku dekat Pesta Buku yang lepas , semuanya bayar 'cash' tuuuu.......... ( adakah aku terguna bajet makan ? bajet minyak ? bajet raya ? bajet bedak ? errrm ?
  • nak kena buat jadual peribadi bila masa aku nak beraerobik , main badminton , jogging dekat Taman Tengku Anis , daftar kelas bahasa English , Kelas Mengaji , kelas menjahit , kelas masakan dan kelas bercinta.
  • baca buku - buku ini secara serentak , ah memang aku tamak tak tahu ker ?
  • isi borang cukai pendapatan , setakat ni aku tak pernah kena bayar cukai , sebab aku terer dalam mencari peluang untuk pengecualian cukai secara halal , ada dalam satu Tahun itu , kerajaan pula berhutang dengan aku , tapi ok jer... dorang hantar Cek beb !
  • cari sumber pendapatan tambahan yang buleh bagi keuntungan RM seribu sebulan ( sudah tentu bukan dari MLM punya program :P )
  • memberi peluang kepada Siti Nur.
  • terus minum :
  • kemaskini buku tabung Haji dan ASB ( berapa banyak yang ada dalam tu , hah itu lain cerita , janji buku kemaskini dan tak berhabuk , tapi errr.... nanti aku cari dulu kat mana.. )
  • mengharapkan harga emas akan turun sket ( macam harga sebelum raya Cina pun sudah ok banyak)
SESI IKLAN :

kredit untuk Berita Harian , untuk Program ABPBH , sebab mengimbas kembali lagu - lagu feberet aku.... KRU , Feminin dan Wings.....
budak - budak yang menyanyi lagu KRU dan Feminin tu keh keh keh... semput dorang nak nyanyi secara Live , dah ler tariaan hancur :P
hah Awie pun satu hal , harapkan bunyi gitar sedap , tapi suara Awie sudah tidak kesampaian macam dulu - dulu...
nah lagu asal Kini yang dipopularkan oleh Feminin , sepatutnya kita kena bagi kredit dekat dorang , sebab berani membawa indentiti sendiri , pastu.... bayangkan dorang terpaksa menari di zaman Britney Spear pun tak wujud lagi.... memang satu cabaran juga untuk mereka mencari peminat yang tersendiri....

9 comments:

  1. betul. statement ats tu aku sokong.
    bila kita balik dari panjat gunung atau buat benda2 yang kita suka, lepas tu semangat menaik bukan main tinggi lagi kan?

    ReplyDelete
  2. hoh.. susah mo turunkan berat badan.. hebat cara kamu diet ek.. ehehehe.. ps: erk! takda kaitan dgn entri!

    ReplyDelete
  3. tumpang lalu kak. :). nak jemput akak melawat blog rare nih.hehe. masuk blog ni: http://koleksizine.blogspot.com

    p/s: zine pipi akan menyusul nanti.hehe

    ReplyDelete
  4. aku tak suka Feminin...aku suka Res2...heheh

    ReplyDelete
  5. macamana dulu aku boleh minat angkatan macam feminim..kumpln 4u2c,,,haru betul

    ReplyDelete
  6. penat gua baca. feminin buah last lu bai??

    ReplyDelete
  7. ajar camna nak buat SPA kat umah!!!!

    ReplyDelete
  8. salam terrarosa...
    lama tak jenguk blog terra... apa khabar sihat... ker... biler tu nak ke pahang...
    kata nak ke raub... langsung ler ke bentong he he... saya di bentong...

    ReplyDelete
  9. heheheee.... sedar tak sedar dekat 3 bulan juga blog ini tidak di'sapu'.
    Angka 2010 ni, agak berhantu juga bagi aku,
    serius weh !!!
    (err.. err.. serius... sebab aku tak tahu nak bagi alasan apa dah ngehngehngeh....)

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)