Friday, July 16, 2010

mungkin buleh jumpa aku di kawasan ini.....

"Minyak bakal naik mungkin esok. Ini untuk pengetahuan orang terdekat sahaja"
- SMS dari kawan aku semalam, anak tokey stesen minyak.

ah malas pulak aku nak balas SMS itu ,sebab setakat ni walaupun petrol dah naik 3 kali sejak aku beli KATAK aku, Alhamdulillah gaji aku masih lagi cukup untuk bergerak ke opis yang berada 40 minit dari rumah aku.
Demi ketenangan minda dan jiwa aku, demi satu kehidupan yang 'Happy Go Lucky" untuk hari ini, tiada apa yang perlu dikeluhkan.

okay tukar topik jap...
Bagi kawan - kawan aku yang ada duit simpanan lebih , dalam ASB atau Tabung Haji, elok juga buat kajian kes ke atas emas ini. Jadikan ia satu cabang pelaburan selain dari hartanah . Kalau dah anak tu , elok benar beli 1 Dinar sejak dorang lahir.... untuk buat bekalan bila dorang nak masuk Universiti nanti.
tiap - tiap hari aku akan memantau harga emas disini...
mungkin kita buleh berjumpa disana nanti.
Tak eh.... aku bukan penjual emas
dan kalau nak beli emas pun tak semestinya dari syarikat itu...
ah baca lah sendiri disini....

Alhamdulillah ilmu emas ini aku dapat dari sikap ingin tahu aku tentang
kaitan diantara 1 rial berat dengan 1 gram . Apatah lagi aku dikeliling oleh kawan - kawan aku yang dah kawin , cukup masa tukar barang kemas.
Mereka mungkin tak tahu , yang pertukaran barang kemas itu akan menyusutkan harga barang kemas itu dari 15 - 30% .
Mungkin ramai juga yang tak tahu , barang kemas yang cantik dan lawa dengan emas putih , batu berlian dan segalanya, kalau digadai dan dijual , harganya sudah tidak lawa lagi...

dan dari situlah baru aku tahu tentang
kenaikan harga emas ada kaitan dengan kenaikan harga petrol <- klik la baca sendiri
Oleh itu jadilah pengguna yang Bijak !

SMS : skema pula tulisan aku hari ini. Ada apa dengan cinta entah ?

SMS2 : sekarang aku dah kurang beli buku kewangan... sebab aku selalu... malah hampir tiap hari ada lepak kat sini dan baca setiap "link" yang menarik disitu

SMS3 : kalu perempuan tu perempuan juga, yep tiap - tiap hari juga aku study 'fesyen' baju disini... heheheeheeee....

3 comments:

  1. mak aih! banyak gilak link pencari emas!

    ReplyDelete
  2. banyaknye nak kena baca...haha...tak larat aku nak baca semua....

    ReplyDelete
  3. orang lidi & Jo,
    macam - macam lar alasan orang yang tak nak kaya neh hahahahaaaaa....

    woit nasib baik aku tolong bagi 'link' , tu kira banyak untung dari aku dulu,
    kalu lah aku beli emas banyak - banyak dari tarikh aku bukak blog lama, peh nilainya dah lebih sekali ganda tau, tu kira simpan dan pakai jer, tak yah buat apa - apa pom :P

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)