Saturday, October 9, 2010

Mengapa perlu serius.

Esok.
Minggu yang agak sibuk ...
ada 3 mesyuarat nak kena urus ,
lepas tu nak kena ambil beberapa tindakan susulan ...
AJK kecik pun nak kena pantau juga , tak buleh nak serahkan bulat - bulat dekat dorang ni ,
kalu objektif dan niat dorang tak jelas dan ikhlas, hancur projek aku !

dan apabila dari jam 8 - 5 aku sudah mengadap PC / laptop untuk mengerjakan kerja aku...
jadi kebarangkalian untuk aku baca blog ringan - ringan agak tipis dan nipis...kikikikiii...

lagipom aku ada beberapa blog berat yang aku kena masuk setiap hari untuk 'cover' bil broadband Celcom RM98 yang aku bayar setiap bulan . Tetapi mengapa bayar lebih ?
Mungkin juga masa aku sejak 2 menjak ini terlalu berharga, aku dah tak banyak masa untuk mengadap menda - menda tak bernyawa dan juga berwayar ini.
Dulu aku guna yang RM60 , gila siput babi dia punya lembab ,
otak aku dah macam nak keluar - keluar jer dari kepala ni, bila tahap lembabnya dah melampau, terus aku tukar ke RM98.
oh..Ini bukan tentang banyak duit atau tidak , ini tentang ketenangan heheheee...

wellllll................. actually .
kat opis aku pun ada internet free , 2 talian lagi ... satu talian takdak wayar , satu talian lagi pakai wayar kuning tu ...
tapi untuk 'search' atau baca blog di opis,
memang tak best , tak masyuk dia punya feeling , banyak sangat gangguan.
hati tak tenang , nak gelak baca blog pipiyapong pun tak aman...
nak menyamar jadi Terrarosa ?
lagi la tak logik. Mana mungkin aku Pensyarah Matematik buleh mempunyai blog Seiring & Sejalan ni ?

Tapi kan aku ada juga terdetik nak hentikan Broadband ni , ganti dengan Astro ,
buleh tengok Oprah setiap hari..
masa aku balik kg kat Lipis hari tu, aku tengok sitcom The Nanny, dalam Astro...
hah best - best...



pstt..psstt... America Next Top Model dah session ke berapa sekarang ni heh ?

yerlah - yerlah aku patut malu dengan pakcik - pakcik dekat Lipis dalam konteks mengejar arus pembangunan sains & teknologi melalui Astro :P

ISU : aku tengok Tasbih Ramadhan dah mula tergantung sayu kat dinding. Apa nak jadi ?

Friday, October 8, 2010

Perlu ada persiapan, terutamanya duit .

Salam,
minggu ni buleh dikategorikan minggu yang sangat 'best'
Selain dari Jamuan_Kesyukuran_Ulang_Tahun_ke_10_ Aku_ Berkerja_ Dengan_ Majikan_ Aku berjalan lancar ,
semalam dalam Majlis Hariraya Peringkat Kolej , aku dapat cabutan bertuah dalam TOP Seven gitu... ala hadiahnya cuma 'hamper' makanan , tapi perasaan seronok untuk naik pentas dan menjadi barisan The Lucky One tu memang best !

Untuk mengimbas kembali Jamuan Kesyukuran aku 3 Oktober (Ahad lepas) ,
aku ada siapkan sket homework pasal menu yang nak disediakan untuk 130 orang.

Antara menu utamanya ialah :
- Nasi Kukus panas - panas punya ( lauk ayam goreng sama gulai dalca)
- Bihun goreng Singapore sama keropok keping
- Air Sunquick (perisa tropika , sunquick biasa tu dah biasa minum.... )

Pencuci Mulut
- Puding cocktail ( tempah dengan kawan A)
- Agar - agar + mini fruity puding ( tempah dengan kawan B)
- Tapai ( tempah dengan kawan C)
- Colek Buah a.k.a Rojak Buah ( jambu batu , ubi skuang , betik , limau bali ,
nenas - kuahnya aku buat sendiri versi kelantan punya)
- Air cendol + santan + gula melaka ( tempah dengan Cafe)
- Cheese Cake ( beli dekat Tesco)

YA kebanyakkan pemanis mulut ditempah dengan kawan - kawan , sebab ianya dibuat dengan penuh kasih sayang tanpa bayaran cuma nak kena sediakan bahan mentahnya sahaja heheheee

Majlis mula jam 12 tengahari.
Alhamdulillah tetamu makan dengan tenang dan girang...
dan tiba - tiba aku rasa macam Shah Rukh Khan dalam video ni la fulak...apabila tahu apa yang tetamu idamkan untuk makan tengahari.



okay - okay ini hanya khayalan aku sahaja , tiada kena mengena langsung makanan dengan awek - awek yang seksi dalam video , yang ada kaitan mungkin kek itu sahaja , simbolik kepada Harijadi aku untuk keesokkannya ( 4 Oktober yang jarang aku sambut)

Isu :
Kenduri kesyukuran bukan sekadar untuk majlis pertunangan , kawin atau dapat anak. Harap Maklum.

Imbasan :
Teringatkan ex-housemate yang sama - sama layan VCD Mohabattein suatu ketika dulu, masa tu kami masih lagi bujang dan sekarang ? yerlah...... aku masih lagi bujang dan dia sudah berstatus janda anak 3 .

Things to do
Selepas 10 tahun berkerja ni , nampaknya aku perlu kemaskini perancangan kewangan aku semula , baiklah aku akan mulakan dengan buang dan basuh tahi anak kucing dalam bilik aku ini dulu. Yerlah macamana nak berfikir kalu bau masam ini mencemari udara yang akan digunakan oleh sel - sel otak aku .... Alahai cabaran hidup semakin bertambah dengan faktor usia nampaknya.

Sunday, October 3, 2010

dan bila esok




Sejak berakhirnya lagu - lagu yang sezaman dengan lagu Di villa indah ini ,pernah menjadi saksi
temasya yang gemilang , suasana meriah termetri di hatiku, kau yang memiliki , kehebatannya di malam itu
. ok 'CUT' ini demo sahaja, tak perlu nyanyi sampai habis...

aku dah tak 'into' lagu Melayu ... lebih spesifik lagi lagu dari kumpulan Melayu ( kecuali KRU kiikikiiii...)
tapi sejak 2 menjak ni apahal ku buleh hafal lagu budak - budak sofaz ni.
Mungkin lagu ni selalu ke udara dalam stesen radio ERA , setiap kali aku balik dari kerja.
Buleh tahan juga lagu ni, apatah lagi ada korus yang perempuan nyanyi. Lain dari yang lain. Buleh berduet gitu.

ah ngantuk giler nyer.
Masa untuk 'morning person' tidur.
gudnite.

Iklan : Hidup ini adalah benar , Mati itu juga adalah benar. Esok adalah birthday aku.


Kesimpulan hari ini : Alhamdulillah Majlis aku tadi berjalan lancar.

Saturday, October 2, 2010

Selamat Malam.

Semalam layan satu rumah terbuka,
hari ini ada 2 rumah terbuka,
esok sempena Ulang tahun ke 10 aku berkerja dengan majikan aku,
aku adakan jamuan kesyukuran untuk staf pejabat, banyak juga yang kena fikir dari menu makanan , minuman , susun atur meja kerusi ,
semuanya aku kena sediakan,
aku buat dekat kafe opis.
Nak ajak semua datang ke rumah aku, jalan sempit , parking kereta tak banyak...

alahai sedar tak sedar.... 10 tahun sudah berlalu,
tapi dengan kesedaran ini jugalah membuatkan aku untuk tidak gentar menghadapi masalah dan rintangan di tempat kerja,
terima kasih pengalaman .
aku rasa lagu ni, memang sesuai untuk 'morning person' macam aku.....



Untuk Rekod :
Ahad - Jamuan Kesyukuran dari aku
Isnin - Rumah Terbuka P2
Selasa - Rumah Terbuka P1 ( ini mewakili bahagian dimana meja aku berada)
Rabu - Reserved untuk Rumah Terbuka P3 ( biasanya dorang buat juga, cuma tahun ni lambat la pulak nak bagi kata putus)
Khamis - Sambutan Raya 2010 peringkat Kolej
Ahad minggu depan - Jamuan penerima APC tahun 2009 (akak penerima 2008 , ingat tak lagi adik - adik? heheheee ..)

'save' bajet makan seminggu !
Ya dalam bab makan , kami memang bersatu padu , memang satu Malaysia,
sebab tahun lepas , ada jamuan raya bertembung , jadi banyak makanan yang lebih , perut kami juga yang rugi. Jadi bermula tahun ni, sebagai S/U persatuan staf dan menjadi salah seorang penganjur jamuan, aku telah siapkan jadual di atas keh keh keh...
Doakan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah hendaknya.

Selamat .

Hari ni genap 10 tahun aku kerja dengan Majikan aku...
itu sahaja, ada banyak kerja hari ini...
tak sempat mengarang.
lain kali cerita lagi.
bye