Salam,
minggu ni buleh dikategorikan minggu yang sangat 'best'
Selain dari Jamuan_Kesyukuran_Ulang_Tahun_ke_10_ Aku_ Berkerja_ Dengan_ Majikan_ Aku berjalan lancar ,
semalam dalam Majlis Hariraya Peringkat Kolej , aku dapat cabutan bertuah dalam TOP Seven gitu... ala hadiahnya cuma 'hamper' makanan , tapi perasaan seronok untuk naik pentas dan menjadi barisan The Lucky One tu memang best !
Untuk mengimbas kembali Jamuan Kesyukuran aku 3 Oktober (Ahad lepas) ,
aku ada siapkan sket homework pasal menu yang nak disediakan untuk 130 orang.
Antara menu utamanya ialah :
- Nasi Kukus panas - panas punya ( lauk ayam goreng sama gulai dalca)
- Bihun goreng Singapore sama keropok keping
- Air Sunquick (perisa tropika , sunquick biasa tu dah biasa minum.... )
Pencuci Mulut
- Puding cocktail ( tempah dengan kawan A)
- Agar - agar + mini fruity puding ( tempah dengan kawan B)
- Tapai ( tempah dengan kawan C)
- Colek Buah a.k.a Rojak Buah ( jambu batu , ubi skuang , betik , limau bali ,
nenas - kuahnya aku buat sendiri versi kelantan punya)
- Air cendol + santan + gula melaka ( tempah dengan Cafe)
- Cheese Cake ( beli dekat Tesco)
YA kebanyakkan pemanis mulut ditempah dengan kawan - kawan , sebab ianya dibuat dengan penuh kasih sayang tanpa bayaran cuma nak kena sediakan bahan mentahnya sahaja heheheee
Majlis mula jam 12 tengahari.
Alhamdulillah tetamu makan dengan tenang dan girang...
dan tiba - tiba aku rasa macam Shah Rukh Khan dalam video ni la fulak...apabila tahu apa yang tetamu idamkan untuk makan tengahari.
okay - okay ini hanya khayalan aku sahaja , tiada kena mengena langsung makanan dengan awek - awek yang seksi dalam video , yang ada kaitan mungkin kek itu sahaja , simbolik kepada Harijadi aku untuk keesokkannya ( 4 Oktober yang jarang aku sambut)
Isu :
Kenduri kesyukuran bukan sekadar untuk majlis pertunangan , kawin atau dapat anak. Harap Maklum.
Imbasan :
Teringatkan ex-housemate yang sama - sama layan VCD Mohabattein suatu ketika dulu, masa tu kami masih lagi bujang dan sekarang ? yerlah...... aku masih lagi bujang dan dia sudah berstatus janda anak 3 .
Things to do
Selepas 10 tahun berkerja ni , nampaknya aku perlu kemaskini perancangan kewangan aku semula , baiklah aku akan mulakan dengan buang dan basuh tahi anak kucing dalam bilik aku ini dulu. Yerlah macamana nak berfikir kalu bau masam ini mencemari udara yang akan digunakan oleh sel - sel otak aku .... Alahai cabaran hidup semakin bertambah dengan faktor usia nampaknya.
jalan ceritanya masih mendatar, tidak selari dengan faktor usia. Masih keanak-anakan? tidak juga. Pada pakngah, belum sampai ke tahap kecewa. Masih ada banyak ruang untuk bersukaria dan mencuba, ha ha ha....
ReplyDeletePakngah,
ReplyDeletekikiikii.... tiada ayat yang boleh menceritakan hal kehidupan yang sebenar,
jadi apabila ceritanya tipu - tipu , maka macam tulah jadinya.
Untuk bersukaria ?
Saya masih mencuba.