Friday, August 6, 2010

Apa jadi bila Rock Kapak jatuh cinta dengan Rambut Pacak !

Hari ini jumaat terakhir sebelum puasa, elok benar aku bersihkan kubur tadi,
sebab aku dah terkena dulu - dulu... konon nak basuh kereta sama bersihkan semak dibelakang rumah tika aku puasa, lepas tu menyesal , sudah letih yang amat tapi tak buleh minum air.....

dulu 24 jam aku rasa macam tak sempat nak jalankan semua tanggungjawab sebagai
- anak
- adik
- kakak
- mak suadara.
- cikgu
- kawan
- peminat
- tuan punya kucing yang baru melahirkan 2 ekor anak...

sekarang Ramadhan datang lagi, aku kena bijak mengatur jadual , setiap langkah dan perbuatan adalah ibadah... minta dijauhkan aku dari leka dengan hal - hal dunia.
Sekarang juga sudah tak tengok drama TV... cerita orang , banyak pulak tipunya...
mengapa tak merancang skrip untuk cerita sendiri.... cari penyelesaian kepada masalah hidup , atau kalau sudah lama tiada masalah, cuba lah tengok sekeliling... masih ramai yang perlukan bantuan kita...
mana mungkin kita bisa tidur lena , diatas dunia yang sementara ini , sekiranya kita tahu apa tujuan kita dihidupkan....

entri serius nampaknya...
sebab aku ada kita projek yang berlangsung 3 hari berturut - turut minggu depan...
bermula hari AHAD , Isnin dan Selasa... 3 program yang berbeza...
memerlukan pengorbanan , sehinggakan aku sudah mula tinggalkan kelas untuk digantikan pada sebelah malamnya....
yep 3 hari sebelum puasa .....

hidup masih lagi sibuk,
tetapi bukan masanya untuk aku mengeluh , mengkritik dan menyalahkan orang lain...
aku perlu walk the talk... kalau aku banyak kerja, aku lebih suka bertindak, daripada mencari kesalahan orang lain.... perasaan itu akan memeningkan aku, mengecilkan kuasa diri...
success breeds success.
aku bukan manusia yang normal dari segi pemikiran...
susah aku nak mengajar orang lain,
bila rezeki dinilai berdasarkan penghargaan manusia dan wang ringgit,
pening aku,
sedangkan aku yang bujang , yang tiada laki dan anak pun tau menghitung rezeki Tuhan,
apatah lagi mereka yang dah ada suami , isteri dan anak...
tak perlu pandang yang lain , hanya pandanglah aku untuk menilai rezeki Tuhan,
bukannya susah.

aku rasa susah lagi kalau jatuh cinta pada pemilik rambut pacak.... alahai.

7 comments:

  1. eh. x kena tu.. kapak kena dgn kapakkk

    ReplyDelete
  2. Lama tak tengok kamu berlari dan berkejaran. Menyanyi bagai pari-pari berterbangan lalu memetek bunga ditaman...

    Apa khabar deme orang kelantan. Puasa dah hampir. Jangan lupa berbuka meskipun tak puasa.

    Makngah kirim salam utk Ida dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. salam terrarosa, orang yang banyak kelebihan...kdg2 tak reti nak bersyukur....orang macam kita? Hee..kita2 jer ler tau kan!

    ReplyDelete
  4. Orang Lidi,
    eh rambut pacak pun macam mata kapak juga tau :P

    Pakngah,
    teringin juga nak berlari lagi,
    tapi malu , takut bergegar satu alam... heheheeeee
    pesanan pakngah tu, saya pegang kemas - kemas, sebab esok saya tak dibenarkan berpuasa
    kikikiii....

    salam Kak Mawar...
    yep , kadang - kadang orang yang macam kita ni jugalah yang dapat menyedarkan mereka dan keluarga mereka :P

    ReplyDelete
  5. jgn lari2&berkejaran2 dlm bulan posa ni nanti PENAT kan..
    yg pasti kubur kali ni nak kena kemas kan cepat sbb skr ni sllu aje ujan...
    SELAMAT BERPUASA ADIK KU...KEK MCM BIASA DI POST BERSAMA PAK DRIVER YA...

    ReplyDelete
  6. a'ah...lama betul senyap sunyi.
    rupanya sibuk la dia.. selamat berpuasa w'pun hari ni tak puasa. dan selamat hari raya (sebab aku agak ni kompom sampai raya ko tak update) hehehe...

    ReplyDelete
  7. Salam Kf,
    kek raya dah sampai dan masih selamat dalam peti ais, sayang nak makan kehkehkeh....
    hah selamat habiskan puasa juga.

    Jo,
    pandai ngko pancing entri aku yer, ekceli aku banyak nak taip pasal bulan puasa neh, tapi aku nak tengok dulu siapa yang rindu lebih dekat aku kikiikikiiii...

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)