Thursday, January 21, 2010

Hidup mesti nampak Rare !

Sejak aku terjebak dalam dunia blog , dalam tahun 2005 kot... aku rasa aku masuk blog Mahathir ex - PM kita tu... adalah 2 kali keh keh keh.... jadi untuk kali ini , aku try tulis ikut stail Mahathir :

1. Adakah ke patut cerita Balqis TV3 jam 6.30 petang tu, habis gitu jer.... kesian dekat mak aku yang tengok setiap petang , tak baik memainkan perasaan orang tua . Orang muda macam aku, memang tak tengok pun, kalu tengok pun mesti masa tu aku tengah gosok baju . Tapi hari tu, aku tak habis lagi gosok baju, drama Balqis_yang_ bodoh_ sebab_ tak_ terima_ cinta_ kawan_ seladang_ kelapa_ sawit_awal - awal itu habis macam tu jer ???

2. Anak - anak sedara aku dalam 3 orang suka makan keropok lekor atau batang. Jadi aku ada membeli keropok tu selepas balik kerja dalam RM 2. Pada masa yang sama , ada pekerja Pasaraya Salamku, turut membeli keropok itu sebanyak 30 sen atau 50 sen untuk dikongsi dengan rakan lain ketika waktu rehat. Aku sejak dari dulu lagi memang insaf kalau lihat pekerja supermarket / pasaraya ini berbelanja, kadang - kadang mereka makan buah potong jer waktu rehat, nasi ? nasi bungkus... mana nak beli nasi putih dengan lauk macam sotong bertelur goreng sambal belacan mahupun ikan patin masak tempoyak. Kalaulah aku buleh berjimat cermat macam mereka , menghargai setiap sen gaji yang diperolehi hasil dari penat lelah kerja...
peh ada harapan aku jadi jutawan dalam masa yang singkat nih.

3. Semalam aku jumpa kawan aku, kerja sebagai ahli farmasi ( rilek - rilek kawan perempuan jer kikikikiiiiii ) aku berada di belakang sket dari kaunter pembayaran, setelah terdengar ada anak muda , umur macam anak murid aku jer, nak beli ubat siplis, kawan aku cepat - cepat ke kaunter untuk memenuhi kehendak pelanggan, selepas aku terdengar anak muda itu kata "tiada duit" dekat seorang kawan yang datang bersama - samanya , tiba - tiba hati aku rasa sebak.....
sebab Allah tak suruh dia hidup dalam keadaan
- malu untuk membeli ubat
- menanggung sakit di"situ" dan
- hidup dalam kesempitan........
tapi dia memilih untuk berseronok tanpa ingat mati dan menanggung malu dan sakit kemudian.
dan secara tak langsung semalam aku dah tahu, penyakit siplis ni dah ada ubat mujarab, telan 4 biji terus sembuh. Cuma mahal sket kot... tapi itu bukan kesimpulan perkara nombor tiga dalam entri ini. Kesimpulan dan moralnya ialah..... buat sendiri lah adik - adik, akak dah penat ni.....

4. Mulai Sabtu ini , aku nak masuk perpustakaan awam, dulu masa kerja kat Alor Star , setiap minggu aku masuk library , pinjam buku dan baca semua majalah yang ada. Aku ada terbaca tip nak jimatkan perbelanjaan iaitu baca majalah di perpustakaan, betul juga tu, Jumaat lepas aku hampir - hampir nak beli majalah Reader Digest RM 15 sebab nak tahu tip diet dari program The Biggest Loser Malaysia punya... peh mujur aku membuat tindakan yang bijak , untuk tidak membelinya. Lagipun biasanya setiap kali service kereta , aku akan membaca majalah Cleo dan Women Magazine kat Produa service .
Lagi satu , sudah 2 tahun aku habiskan RM seribu setahun untuk beli buku... dan sebenarnya (peh macam lagu Yuna kikikiki.... ) , tak semua buku tu sedap untuk dibaca, sebab kadang - kadang aku terbeli buku yang berbalut dengan plastik, jadi tipah tertipu la juga sekali - sekala, jadi... mulai Sabtu ini, aku nak cari buku yang benar - benar best dulu di library lepas tu bleh la beli untuk simpanan. Doakan impian aku yang kecil ini jadi kenyataan !

5. Salah satu azam aku di opis ialah untuk memantapkan lagi Jawatankuasa induk yang aku pegang selama 3 tahun berturut - turut (nak buat macamana Boss dah sukerkan ?)
Oleh itu aku cuba melepaskan sedikit demi sedikit jawatan kecil yang aku rasa orang lain buleh buat, kalau aku tak ada pom menda buleh jalan...... TETAPI jeng - jeng - jeng.......
hari Selasa lepas, aku dipanggil oleh Boss X .... masuk dalam bilik dia, dia senyap seketika dan dia mulakan bicara dengan ayat "Saya nak minta tolong............."
adeh.... macam pernah aku dengar ayat ini 2 tahun sudah , mana buleh Boss minta tolong dengan staf bawahannya buat kerja, sebab DIA kan Boss ...... suruh sahaja, memang ler orang akan buat,
tapi dalam kes aku ni... ehem... sebenarnya aku buat kerja orang lain dan diluar bidang jawatankuasa aku , tiada surat perlantikan , kerja macam underground gitu, peh rasa macam mission imposible juga, jadi nak tak nak , aku hadapi sahaja dengan senyuman , bukan nak bangga diri cuma .............. sambung sendiri la adik - adik, akak nak mandi pulaks...

SMS 1 : aku rasa aku tulis panjang sket dari Mahathir kan ?

SMS 2 : Hidup mesti nampak rare tu kata - kata Arnab Si Peniup Seruling... buleh kenal dia disini.

SMS 3 : hari ni hari gaji ke ?

9 comments:

  1. kalu arini ari gaji, jangan dilupa kami dirantauan. hehehe.



    apehal tkde stail tun M pun? ke die punye stail nombor2 tu je.? haha


    cite BALQIS_yang_ bodoh_ sebab_ tak_ terima_ cinta_ kawan_ seladang_ kelapa_ sawit_awal - awal itu wa tak layan, sebab wa x puas hati pelakon dia smua stok2 cerita MENITI BARA RTM DULU. wa suke tinguk MENITI BARA je.

    bek layan AVATAR. SUMPAH.

    psst: sedap nama pasaraya tu. hihihihi

    ReplyDelete
  2. gaji????

    yeke gaji? itu hari pun aku punya gaji lambat masuk. rasa macam nak buat sikit perbincangan je dengan rais yatim ni. entah bila aku nak turun opis dia. bz lah..


    P/S: spjg aku berbelog, aku x penah masuk belog mahathir.. baru rare...

    ReplyDelete
  3. RM1,000 setahun?...ok la tu boleh tolak income tax per...

    P/S..idup rare dapat duit tak? :P

    ReplyDelete
  4. apa cerita tulis style mahathir panjang2 niee..panas tul gua..

    ps:lu datang mrsm kuala berang hello gua. timbalan pengetua dia kawan gua.

    ReplyDelete
  5. ni lah kita sbg penerima gaji ek.. tuggu aje akhir bulan he3... kf suka pangkah2 kat calendar lg

    ReplyDelete
  6. aku tak pernah datang bulan
    tapi setiap bulan aku g bank

    ReplyDelete
  7. buku soljah dh mula dijual :)
    http://sol-jah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. OL,
    peh citer Balqis tu heppy ending rupanya keh keh keh ....
    i like !

    Jo,
    ngko bukan setakat rare , tapi dah jatuh tahap Rabbit tu kikikiikiki ( anggap sahaja tahap Rabbit lebih tinggi darjatnya dari rare kikikikii...)

    Berteromber,
    yup dah 2 tahun terlepas income tax, lani aku ada broadband, potongan zakat , insuran , peralatan sukan and bla...bla...bla.. memang tak pernah kena income tax .
    Amacam ? maknanya buleh duit la tu kan ?

    apex,
    kawan aok tu hencem , kaya dan beriman tak ?

    Azreen,
    thanks :)

    kf,
    untuk rekod, gaji sepanjang tahun 2010 , memang tak akan dapat dihujung bulan , selalu awal, yg tu kepala buleh ketaq tak tentu hala tu hahahahhaa....

    brutal ? i pun solo gak :P
    jadi maknanya ngko tak pernah merasa pergi bank bila datang bulan la yer...
    peh syok giler, tak payah fikir pasal sembahyang dah, shopping sampai magrib Bro :D

    Soljah,
    alamak Soljah datang blog aku lar... seronok punya pasal , 2 bijik sekali beli buku tu,
    peh kalulah soljah 'call' , silap haribulan ada 21 bijik sekali aku beli kikikikiki....

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)