Sunday, September 27, 2009

popia VS internet

Terpengaruh dengan mesej Jason Bourne - Get Some Rest Terra
malam ini aku nekad nak buat popia , memandangkan masih ada kulit popia dalam peti yang belum digunakan lagi.... apatah lagi kedua - dua adik aku dah nak bertolak ke KL esok pagi, jadi malam ini sahaja yang tinggal untuk aku buat sesuatu untuk mereka...
balik dari kerja terus cari isi popia - timun , ubi sekuang , lobak merah , kacang camboh a.k.a taugeh dan crab stick (asalnya nak letak isi udang tapi tiada udang itu hari.... )
projek bermula jam 8 malam... dengan kedudukan bersila depan TV (sambil tengok berita dan CSI NTV7 )
semua bahan nak kena hiris... lobak merah , taugeh dan crab stick nak kena rebus sekejap .... mak dan adik - adik aku sama dengan anak sedara aku semua dah bersiap untuk ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh...adik aku punya hajat la tu, dah beli satu tudung murah sebelum raya , tiba - tiba mengidam nak beli lagi... aku tak ikut dah, nanti popia tak menjadi pula.

dan bermula itu jam juga aku baru sedar , buat popia dan main internet sama sahaja rupanya... dua - dua menyumbang kepada sakit pinggang.... kikikiiii....
cuma popia tu ada lah sedapnya , sebab buleh dimakan...
hahahaaa inilah hasilnya...
pendek dan gemuk sebab...itu malam , rumah aku ketiadaan telur untuk 'gam' kan popia itu...jadi aku dengan inisiatif sendiri lipat la popia tu macam gulung kain , janji isi dalam tak keluar... semuanya nampak gemuk mungkin juga.... popia ini untuk dimakan bukan untuk dijual hahahaaa..
kalau dijual dapat sikit jer untung tu... oh mungkin juga aku letak separuh crab stick dalamnya.. nampak lah gemuk camtu...
dan Alhamdulillah... eh eh.. menjadi pula popia aku malam tu.... tak menyerap minyak dan ranggup... mungkin ianya di buat dengan kasih sayang dan ikhlas dan sakit pinggang :P
.
.
.

No comments:

Post a Comment

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)