Wednesday, September 30, 2009

Ada apa dengan mu.........

Boboy ....
masa dia kecik muda remaja , memang rajin teman aku main internet atau baca buku atau buat kerja opis kat rumah... yerlah teman aku sambil tidur dan sambil mengharapkan aku bangun untuk ke dapur dan bagi dia makan dan makan lagi....
tapi sejak dia mula kenal erti cinta , lama juga dia tak datang cari aku, yerlah mungkin apa yang dia dapat lebih bermakna dari seketul ayam kikikiiii....
bilik aku hanya sekadar laluan untuk dia berjumpa dengan pakwe dia belah malam...
ya serius aku tak menipu... memandangkan tingkap bilik aku separas dengan bumbung tempat letak kereta, jadi tingkap bilik aku menjadi laluan keluar masuk Boboy setiap pagi pada ketika itu... ya setiap pagi , jam 2 - 3 pagi pulak tu... aku terpaksa bangun buka tingkap untuk dia masuk, selagi aku tak bangun buka tingkap , dia akan cuba buka tingkap sendiri dan biasanya gagal, selepas gagal, dia akan berbunyi mengejutkan aku...
itu cubaan untuk dia masuk kerumah , kalau rindu dan cinta dia dah tak keruan...
kadang - kadang dia masuk bilik aku untuk keluar dari rumah... jadi terpaksa juga aku bangun untuk buka tingkap kasi dia keluar... biasanya aku tidur dengan pintu bilik tertutup...
adolaaaa... kalau dia nak masuk ke bilik aku pun, Boboy akan menolak pintu bilik aku , kasi satu rumah dengar... jadi untuk beberapa minggu... aku terpaksa tidur dengan pintu bilik dan tingkap terbuka untuk dijadikan laluan Boboy buat projek malam - malam....
dan pada masa yang sama aku mengharapkan dia tak bawa balik jantan kedalam rumah,
Oh itu sudah lebih................ ( ada nada jeles disini... kikikiiiiii...)
alahai... macamana aku buleh jadi hamba kucing pula... yer.... dialah kucing pertama dalam hidup aku yang manjakan gila - gila.... mungkin dia kucing betina kot... atau satu - satunya kucing peninggalan arwah adik aku,
dah lebih 1o tahun kami tiada kucing betina , sebab mak tak nak ada kucing beranak pinak dalam rumah , jadi tiada siapa berani bawa balik kucing betina.... kucing - kucing yang pernah rapat dengan aku Tam, Abun , Puteh , Kechik semuanya jantan.... dan semuanya suka tidur dengan aku kikkiikiiii....tapi Boboy mengapa tak suka tidur dengan aku ?
dia lebih suka tidur dengan anak sedara aku atau dengan mak atau dengan adik aku, jarang benar malah tak pernah dia lompat naik ke atas katil aku , untuk tidur bersama...
biasanya dia tertidur sebab teman aku baca buku , main internet atau buat kerja opis sahaja... Ya tertidur , tidur main - main sehingga aku bangun keluar dari bilik dan ke dapur dan bagi dia makan.... mudah sahaja nak baca pemikiran Boboy ketika itu....

tapi hari ini, sudah 2 malam.... dia masuk ke bilik aku, tapi bukan dengan mengetuk atau menolak pintu dengan sesuka hati... dia dah pandai panjat dinding dan menggunakan almari dalam bilik aku, dia buleh masuk ke bilik aku sesuka hati....
malam pertama , aku terjaga dari tidur bila dia terjun dari almari , aku pura - pura tidur untuk mengetahui niat dia di malam itu , nak keluar ikut tingkap lagi ke ?
tapi tak... dia naik ke atas katil aku , siap pijak aku sekali , aku terus usap kepalanya... malas nak layan... Boboy terjun dari katil dan tidur atas sejadah..... aku mengantuk.. aku biarkan sahaja..sehingga ke pagi esok... macam biasa aku bangun keluar dari bilik , Boboy akan ikut aku terus ke dapur....
malam ke dua, boboy masuk kebilik aku lagi... tapi kali ini... dia benar - benar tidur disisi aku, aku siap buleh merasa kehangatan badannya lagi....
jadi ada apa dengan mu Boboy......... sehingga begitu bijak untuk memahami perasaan aku ketika ini..... terima kasih Boboy.

No comments:

Post a Comment

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)