Tuesday, September 22, 2009

Raya Pertama : 31 maut

Hari ni raya ke 3....
Baca suratkhabar_ online 31 maut pada raya pertama sahaja... ada juga budak umur 5 tahun digilis kereta selepas terlepas dari pegangan tangan abangnya umur 7 tahun. Ceritanya ada disini.
Memanglah malang tak berbau, tapi kalau ada yang bawa kereta masuk kampung atau guna jalan - jalan yang ada budak duk lalu lalang... beringatlah weh.... budak - budak ni... banyak berkhayal dan tak fokus , akal pun pendek , banyak main....
aku ? nasib baik kereta auto - no hal, kalau ada budak dilaluan kereta...bawa kereta dengan tekan brek ajerlah, kalau ada budak gan basikal hah memang aku berhenti kereta terus ....
kena study juga perangai budak ni , dorang nak pergi ke kiri ke...nak ke kanan ? ke nak lari lintas kereta aku ke ?

Kepada yang masih duk beraya sampai tak ingat dunia apatah lagi akhirat, beringatlah juga kepada mereka yang dah meninggal atau mereka yang hidup menderita serba kekurangan atas dunia ni, sedekah wajib diteruskan....
solat jangan pula di lewatkan ..... memang biasakan ? kalau tak sibuk layan tetamu , waktu solat banyak habis di atas jalan... nasib baik aku 'period' hari raya ke dua .....kikikiiiii....
tapi rugi juga kalau uzur awal - awal tak dapat nak sambung puasa enam a.k.a ganti puasa ..

dulu aku pom jenis ganti puasa lewat - lewat... sampai menanggis - nanggis nak habiskan ganti puasa... nak berhenti, masa dah suntuk , Ramadhan dah dekat...
sehinggalah pada suatu hari, kawan aku bercerita , dia mula ganti puasa dalam bulan Syawal lagi... selain dapat pahala puasa enam... hidup pun relak jer dah tiada hutang puasa...
Alhamdulillah aku dapat hidayah masa tu, kalau tak habis ganti puasa , puasa enam wajib buat setiap tahun....
bercakap pasal puasa enam ni....aku juga dah insaf untuk puasa pada hari - hari terakhir syawal, mak oiiii... dugaannya sangat teruk , sampai aku habiskan masa seharian dgn tidur aja... tak tahan lapar dan dahaga, apatah lagi dalam bulan syawal , banyak pula yang buat kenduri atau majlis makan2 di pejabat... kalau tak rancang betul - betul , nak puasa 6 hari dalam syawal pun tak sempat....sebab itulah elok mula puasa enam ni awal - awal.... tak rugi masa depan ....

dan kadang - kadang walaupun Syawal dah habis, aku akan terus ganti puasa sampai habis, jangan biasakan tabiat berhutang ni dalam hidup anda,
mahupun tabiat berhutang puasa :P



Apa yang membezakan di antara manusia itu adalah fitrahnya
- Tok Imam Masjid Kg. Pasir Pekan , Aidilfitri 9200
.
.
.

No comments:

Post a Comment

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)