Saturday, December 19, 2009

suka - duka Maal Hijrah 1431.

Jumaat 18 Disember 2009

Salam,
dikesempatan ini , aku nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Team Bolasepak Malaysia sebab menang Emas dalam perlawanan khamis lepas,
dan untuk siapa yang ada kenal penjaga gol Malaysia tu , tolong sampaikan salam aku kepada dia buleh ?
aku rasa dia memang Hero dalam saat - saat terakhir perlawanan !
yum.. yum...<- bak kata berteromber :P

setelah 3 minggu berlalu , macam - macam ada dalam otak aku ni....
tapi apa yang berlalu ?
oh itu sesi pembentangan buku pilihan pensyarah... idea Boss aku , tapi aku yang tolong laksanakan , sepatutnya ada 72 orang staf bentang buku masing - masing...
tapi ada staf yang dah tua , malas nak bentang.... apa kejadah ?
sedangkan sesi bentang buku ini syarat wajibnya mesti ada Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan tajuk buku, jadi secara tak langsung disamping kita berkongsi ilmu buku, kita juga berpeluang untuk berkongsi terjemahan AL - Quran dan nasihat peninggalan Nabi , tapi mereka semua tak nampak , pahala yang menanti....
hairan aku !
secara peribadi , aku bersyukur berada dalam majlis ilmu itu dan sebab itulah sejak 2 menjak ini aku berdiam diri dari aktifkan blog...
banyak menilai dan muhasabah diri sendiri....
aku plak ada present buku ni,
(buku yang aku beli sekitar 2003 )

dan Al - Quran yang aku petik ialah :
Slide 1
"dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang - orang yang kusyuk"
Surah Al – Baqarah ayat 45

Hari ini.... selepas orang lelaki sembahyang Jumaat , aku nak kena 'antar natu' sepupu aku , maksudnya menghantar anak sepupu aku ke rumah mak mertuanya lah, selepas berkawin pada Rabu lepas... anak sepupu aku tu baru je 21 tahun, dua pupu aku yang pertama kawin keh keh keh.... terasa tua la plak aku hari ini...

tapi sebelum proses penghantaran itu berlaku , aku menyedapkan diri dengan keluar ke KBMall, kira inilah pertama kali aku ke KBmall selepas kejadian luarbiasa yang berlaku 2 minggu lepas.... bukan aku takut tapi malas la nak keluar, manusia bak kata Apex ramai tak patut . Maklumlah 'sales' di mana - mana , apatah lagi dorang dah mula nak beli baju anak sekolah, tapi hari ini, jam 9.30 pagi aku dah terpacak dalam KBmall membeli ini :
(aku mencari tip untuk mengagihkan kerja kepada rakan sepejabat , apabila tahun depan aku dijangka akan memegang 2 - 3 jawatan Induk/Ketua penyelaras )

peh cukup puas hati.... tapi yang tiada dalam gambar -> sandal dan handbag dan baju macam budak kolej yang genius pakai dalam filem orang puteh . Amacam ?
aku ni susah nak berkenan dekat barang yg dipakai, pernah aku tak beli baju baru selama 6 bulan , sebab tak dak kain 4 meter yang lawa - lawa kat sekitar Kota Bharu... hampir 5 - 6 kedai aku tengok tapi tak berkenan, jadi bila dah berkenan aku terus beli dan simpan sehingga sampai edah ( kah kah kah... ada ke yang buat macam aku ni ? katakanlah beg yang aku beli tu bernilai dalam RM200 , maknanya aku akan pakai selepas 4 bulan kemudian , baru rasa tak bersalah , untuk menggunakan RM50 sebulan !)
apatah lagi kain 4 meter, aku beli sampai 2 - 3 ratus, aku simpan dalam almari selama setahun pun ada, bukan menbazir tapi belum cukup edahnya kah kah kah tapi bila ada 'special event' macam 'dinner' atau 'konvokesyen' , aku dah ada baju 'standby' !
menda - menda macam ni, kena blaja yer adik - adik , nak melawa mesti bertempat !

lepas aku beli semua - semua tu, aku terus mencari makanan feberet aku
strawberri cicah cokelet kah kah kah RM4.50 untuk 4 biji strawberri dan bila aku sampai rumah.... aku dapati aku period !
no wonder , aku mengidam itu cokelet sama strawberri :P

oh ya azam aku sempena Maal Hijrah ni,
  • aku nak sembahyang on time !
  • aku nak kurangkan mengumpat , semua kelemahan orang yang aku tahu , aku akan simpan kat aku jer, sebab aku pun ada kelemahan juga .
  • aku tak akan tenggelam lagi dengan sindiran orang tentang kerajinan dan kelebihan diri, aku dah buat kesilapan dalam 2 - 3 bulan ini , aku akan tetap jadi diri aku macam dulu - dulu... aku dah memang rajin sejak tingkatan satu la weh... sebelum itu , aku tak berapa nak ingat, ini tentang prinsip hidup, aku buat jer kerja yang disuruh.... kenalah rajin , apatah lagi kerja dengan orang ..... habis cerita !
  • aku nak jadi orang yang sabar dan mudah maafkan kesilapan orang lain ( walaupun aku rasa orang itu tak patut buat kesilapan yang tak patut keh keh keh...)
  • dan lain - lain adalah rahsia.





aku ada kaitkan Squidward dalam pembentangan aku dimana salah satu isinya adalah
Bagaimana nak menghadapi orang yang tak tahu bersyukur atau mengucapkan terima kasih atau menghargai kita .
antara Hadis - hadis yang berkaitan ialah :

Slide 12
Rasulullah (SAW) bersabda :
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah

orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan
amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam
atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan
keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar .”
Slide 12
Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya

dan

Slide 13
Rasulullah (SAW) bersabda : “Orang-orang yan g penyayang itu disayangi oleh Allah Ta’ala, maka sayangilah penduduk bumi, niscaya penduduk langit akan menyayangi kalian.”
Slide 13
Hadis Abu Daud dan At - Tirmidzi

SMS1 : dalam aku duk cari hadis yang berkaitan dengan presentation aku, aku jumpa kata - kata hikmah dari Sayidina Abu Bakar : Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan. <- siapa yang sanggup ? semoga usaha kita sentiasa diberkati Allah hendaknya.

SMS2 :
best juga lagu Move Along by All American Rejects.

SMS3 : ini entri semalam , tapi tak sempat post sebab aku mengantuk :P

6 comments:

  1. Salam Terra...wa tabik lu pasai boleh bertahan tak beli baju sampai 6 bulan. Akak pulak..kalau pi shopping wpun mulanya niat nak window shopping jer...akan gatal jer tangan nak beli baju.
    Kalau masa muda dulu...pernah beli h.bag ratusan ringgit...bila dah senja ni...beli yang puluhan jer.
    Penah kawan akak tanya...kalau boleh putarkan waktu...apa nak buat? jawapan akak..."aku nak lebih berjimat cermat...simpan duit dan kurangkan membeli baju, h.bag, kasut dan segala yang...kekadg tak perlu tapi nafsu-nafsi melebihi segalanya"...hmmm...tapi tokleh patah balik lagi.....

    ReplyDelete
  2. ALL THE BEST untuk task yang bakal diterima nanti.


    :)

    ReplyDelete
  3. bagus betul dia punya azam tahun baru..
    semoga terlaksana!

    ReplyDelete
  4. Salam kak Mawar,
    kehkehkeh... kali terakhir saya beli beg ialah pada tahun 2006 dan tahun lepas ada juga beli beg dekat Sogo KL, tapi.... kehkehkeh... saya baru guna untuk raya puasa tahun ni,
    amacam ?
    beg tu kecik comel, tak bleh nak guna tuk kerja, jadi nak kena cari beg besar sket tuk memenuhi keperluan jawatan yang disandang...
    kehkehkeh...

    Ms Weed,
    tenkiu ! harap - harap Boss nombor satu dapat buat percaturan yang terbaik untuk tahun depan.

    Jo,
    Amin..... (aku baru lepas kena basuh 3 minggu berturut - turut ni, jadi macam - macam perasaan melanda )

    ReplyDelete
  5. boyboy... pandai baca buku leh,,,
    KF ada 1 soalam apa nak buat dgn org yg selalu menyebal kan yg berada di opis ni ek??

    ReplyDelete
  6. kf,
    boboy tu umur baru setahun tapi minatnya dah mula cenderung untuk baca buku motivasi kehkehkeh...
    err menyebal tu ? macamana ek ?

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)