Sunday, December 6, 2009

Sakit lepas mati.....

Kelmarin , selepas habis tengok filem Hindi RTM 2 ( amacam Jard setia tak aku kat RTM kikikiiiii)
dan selepas makan ayam bakar sama sosej sama fish ball , saja blanja adik aku , dia dah bertolak ke UIA semalam...
aku layan filem District 9... Buleh baca sinopsis cerita ni kat sini. Terima kasih juga kepada blogger yang pernah review filem ni, kalau tak silap Huzaiba , sepupu pipi kot :P

filem ini dimulakan dengan temuramah penduduk bumi dan pekerja yang menjaga kebajikan makluk asing . Nasib baik aku ni jenis yang sukakan dokumentari dan Edisi Siasat, jadi buleh la layan dorang punya temuramah tanpa Subtitle , peh aku lupa pilih subtitle tuk filem ini.....
habis cerita baru aku klik bahagian subtitile dan baru aku sedar untuk dialog dan percakapan makluk asing memang tiada subtitle. jadi maknanya selama sejam lebih , aku memang faham dan terer bahasa makluk asing... wow ! satu penemuan yang baru...
oh mungkin ianya disebabkan hasil dari kacukan darah X-men dan Superman yang mengalir dalam tubuh ini.... jadi aku tak perlu terkejut sangat la kan ?
hasil dari kajian aku ke atas filem - filem makluk asing , spesies kali ini lebih menjurus kepada spesies predator ... sebab ada sesungut.... tapi kaler darah hitam , predator kaler darah hijau.
Filem ini juga ada pengaruh robot dalam kartun Mospeada....

mesti pengarah filem ini minat Mospeada lonely soldier boy jugak kikikiii......

dan apa yang penting dalam filem ini bagi aku ialah .....
penderitaan Hero dalam filem ini , apabila dia terkena virus / darah makluk asing , secara perlahan - lahan badan dia bertukar kepada makluk asing. Semuanya mengambil masa dalam beberapa hari sahaja.... bermula dengan kuku jarinya tercabut satu - satu... di ikuti gigi....
dan bahagian yang paling sakit ialah bila kulit badannya juga tercabut dan dicabut oleh penjahat (manusia) ...
jadi disinilah 'moral story' yang aku dapat , bayangkan seksa dunia macam tu dia punya sakit, apatah lagi seksa di akhirat nanti,
diakhirat kuku dan kulit yang tercabut akan tumbuh semula.... dan tercabut balik......
tumbuh semula dan tercabut balik..... itu tahap tercabut ajer, yang terbakar ? apa cerita ?
siapa yang sanggup menahan nya lagi ?
ada berani ?

oh adegan terakhir yang dipaparkan dalam filem ini ialah.... isteri si Hero syak yang suaminya ada letak bunga besi depan pintu rumah dia , aku pun syak Hero yang letak depan rumah dia sebab sebelum cerita tu habis , dorang ada tunjuk seekor makluk asing tengah buat sekuntum bunga dari besi juga ... amacam ?
kikikiiiii....

SMS : satu jer kekurangan yang ada dalam filem ini -> terlalu banyak giler perkataan ' f**k ' kalau Hero pun bukan main lancar menyebut 'f**k' apatah lagi penjahat manusia yang lain, nasib baik makluk asing itu mencarut dalam bahasa dia...

8 comments:

  1. saya nak pergi berak dalam bahasa alien apa?

    ReplyDelete
  2. ok pe sebut fuck. nampak kemarahan tu. cuba dia sebut perkataan almari banyak2. mesti cam celaka cerita tu..

    huhuh

    ReplyDelete
  3. cerita ni dapat rating yg bagus...aku dah berbulan sedut...tapi ntah bilanya nak tengok ntah..kang sedar2 dah kuar kat astro

    aku bahasa alien tak paham...tapi kalau alien dari seberang aka mat indon..tu skit2 paham la..heheh..

    ReplyDelete
  4. tak suka carutan.. huhuhu..

    rtm setia bersama anda!! ehehe

    ReplyDelete
  5. ada perkataan makian yang lebih murni untuk mengantikan perkataan tu?

    ReplyDelete
  6. knp lah suka berbenar tgk cerita HINDI yg panjang berjela & ramai pelakon mcn 1 kg kena keluar jd pelakon dia ha3... asal bahagia lah adik eh dah pegi Tenom?? nak mintak beli kan kopi Tenom lah

    ReplyDelete
  7. oranglidi,
    dulukan wa selalu tulis Mospeada jadi nama wa -> Mosfida ! kikiikikii.....

    Jo,
    ngko pernah tengok alien berak tak ?

    Apex,
    cakap lebih tak guna , keh nak action pex action !

    berteromber,
    tak faham bahasa alien , tak pe , blajar slow - slow kehkehkeh.

    Jard,
    aku pun pening dengan carutan :P

    firol,
    thank for coming !
    ala orang puteh ni banyak perkataan lain sebenarnya, tapi ngape diulang satu tu jer, ubah2 la sket hahhaahaaa...
    tapi serius aku pening dengan carutan.

    kf,
    filem hindi memang panjang tapi tak sepanjang cerita korea yang ada 100 episod hahahahaaaa....

    ke Tenom ? projek tu ditunda , saya kena pastikan projek fertigasi menjadi dulu , baru boleh melawat ke tempat orang , gitu lar pula syarat yang diberikan :P

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)