Tuesday, December 1, 2009

cerita mimpi lagi...

semalam aku tidur jam 12 malam lebih - lebih,
bangun dalam 5.30 pagi lebih - lebih...
jadi maknanya dalam 5 jam 30 minit... aku buleh alami 3 mimpi yang berbeza....

mimpi 1
ada promosi Astro dekat KBmall , ada pelbagai hadiah termasuk buku yang tengah aku cari, peh menarik... cuma TV dalam bilik aku rosak, TV kat bilik tamu, buruk sket, arial pun dah tercabut, jadi nak langgan Astro , mesti kena beli TV baru.....
mimpi tergantung , tiada rumusan buleh dibuat....
tapi buku tu.... alahai sebijik macam aku nak :P

mimpi 2
mak aku tengah bercakap dengan seorang lelaki tua, mengatakan aku ada sedikit ilmu yang diperolehi dari arwah ayah aku, ilmu mencari barang atau orang hilang...
wowwwww..... aku ingatkan anak lelaki yang bakal memperolehinya.... mimpi ini tiada penutupnya... aku nak try sambung dalam tidur malam ini kikikiiiiii :P

mimpi 3
entah macamana aku berada dalam badan seorang pelajar perempuan yang terpaksa balik lewat ke Asrama.... sebab kena kerja sambil belajar. Risikonya ialah apabila balik lewat , dia kena masuk ikut pintu yang berada dalam bangunan asrama lelaki...
Ini lagi wowwwwwwwwwwwww.... mencabar tahap Lara Croft... masa aku dah ada dalam asrama lelaki , tiba-tiba ada orang perasan kelibat aku, OMG (peh siap ada skrip oram puteh lagi kikikiii....) cepat - cepat aku lari ke bahagian bawah bangunan, budak lelaki itu terus mengikuti aku , debaran memang terasa , aku terpaksa terjun dalam air yang ada dibawah bangunan itu, cis mentang - mentang musim banjir asrama itu juga tak terlepas dari dinaiki air.... tak cukup terjun aku terpaksa menyelam sambil 'kontrol' pernafasan , jangan bagi buih - buih udara keluar langsung dari hidung atau mulut aku, oh tidak nafas aku semakin terhad,
cis budak lelaki itu terjun juga dalam air tersebut, aku dah tak tahan....
dada dah panas , nafas dah tak buleh nak tahan.... tiba - tiba
.
.
.
.
.

aku kejutkan diri sendiri dari tidur dan mimpi, buat apa penatkan diri sendiri ?
tapi itulah mimpi paling penat yang aku rasa, sebelum ni, kalau aku tak suka mana - mana mimpi, aku 'cancel' jer mimpi tu....
serius...
aku memang mempunyai naluri yang mengatakan... mimpi itu adalah mimpi.....
mungkin sebab itulah aku tak suka bermimpi .

tengah layan lagu ni , sambil tanda kertas student sambil berduet dengan BSB....
dan kadang - kadang tamak untuk nyanyi semua bahagian apatah lagi pada minit 2.30 kikikiiiiiii....



SMS : walaupun aku tak pernah dijanjikan dengan 10 000 promises tapi lagu ni ada sesuatu....
oh mungkin ianya ada kaitan dengan lagu KRU Janji Tinggal Janji, jenis lagu jiwa luka_ patah hati tapi kalau pakwe nak blah_ boleh blah_ no hal !!!

7 comments:

  1. haha...
    agaknya kau banyak bergelumang dengan banjir. tu sebab la dalam mimpi pun bulih dapat musim banjir.

    entah dah pijak taik ayam ke taik kucing..kaki tu basuh la dulu sebelum masuk tidur..hehe...

    ReplyDelete
  2. kalau boyband mesti ada sorang yang macam rock stylo ganaih tindik sana sini

    ReplyDelete
  3. mimpi bukan mainan
    ada tadbir ada andaian
    mimpi mendaki baik tandanya
    mimpi jatuh buruk kesannya.

    mimpi siang angfan-angan
    mimpi malam adalah mainan,he he he...

    ReplyDelete
  4. Jo,
    malam itu ,aku memang yakin sepenuh hati aku dah basuh kaki sebelum tidur tapi aku ada syak sesuatu -> Boboy - kucing aku yang tak basuh kaki. keh keh keh

    Ms Weed,
    a'a boyband Boyzone pun ado , Nsync pun ado, haih macamana Ms Weed perasan ni, dok layan boyband juga ka ? hahahaaaaaaaa

    Asu,
    cobaan dalam mimpi agaknya kikikiiii....

    Salam Pakngah,
    kalau gitu, saya nak bawa mimpi malam itu kepada mimpi siang lah. Amacam ?
    heheheeee....

    ReplyDelete
  5. ms Weed,
    hahahaaa panjang lebar tu, sampai sakit pinggang aku tuk habiskan baca.

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)