Saturday, October 3, 2009

Tanda - tanda jatuh cinta

aku pohon gambar ini tidak disalahguna oleh sesiapa dengan tujuan untuk memalukan Boboy... gambar ini aku ambil ketika Boboy sakit tak nak makan apa - apa... bagi ikan rebus pun tak nak, ayam ? nak kena bagi isi sahaja, tulang - tulang Boboy malas nak gigit.... dan ayam itu memang nak kena suap , kalau letak dalam pinggan Boboy tak nak makan... cuma yang pasti kalu daging goreng atau satey memang Boboy makan ketika itu.... ah aku tak kisah untuk melayan karenahnya...sebab itu satu situasi luar dari pengalaman dan pengetahuan ku, maklumlah dah lama tiada kucing betina ... dan gambar itu aku ambil sebab aku tak buleh nak tengok muka Boboy yang tidur dibawah katil aku... aku ambil beberapa gambar untuk lihat keadaan Boboy...selepas aku panggil Boboy 4 - 5 kali , tapi dia tak bergerak...aku ingatkan Boboy dah mati... dengan linangan air mata ( ini kisah benar la weiii.... ) aku tarik kaki Boboy... dia masih tak bergerak, kaku dan keras sahaja badan nya... aku redha sahaja kalau Boboy akan mengikuti arwah adik aku untuk kesana... tapi selepas terkeluarnya Boboy dari bawah katil........ tiba - tiba Boboy buleh terkejut dari lenanya... Ya Allah... tak pernah lagi aku ada kucing yang tidur sampai tak sedarkan diri apabila dipanggil atau ditarik kaki... ini kejadian pertama dalam hidup aku....tapi Alhamdulillah Boboy masih hidup sehingga kini, aku dan keluarga aku syak.... Boboy tengah mengalami perubahan hormon atau mungkin inikah tanda - tanda jatuh cinta kikikiiii....

SMS 1 : rumah aku rumah kampung , jadi untuk bersihkan bawah katil tu.... seminggu sekali jer, tu pun kira rajin benar , sebab sekali bersihkan bawah katil , satu rumah kena terlibat, tapi perlu ke aku cerita hal ini , bawah katil siapa yang biasa 'maintain' bersih setiap hari ?
bagi no telefon , buleh berkenalan ?

SMS 2 : kikikiiiii adakah entri ini menghampakan kamu untuk mengetahui tanda - tanda jatuh cinta... hahahaaa... oklah aku kasi sket tip kat sini , semalam entah macamana aku tertengok drama NurKasih (TV3) yang lembab itu....(sebenarnya kalu tengok sorang - sorang tak der la lembabnya tapi disebabkan tengok dengan mak gan kakak aku , jadi emosi kena kawal la juga, nak kena kutuk sana kutuk sini walaupun 'feeling' tu adalah juga sket - sket kikikiiiii....)
sebenarnya aku tak tengok sangat drama ni, buleh bilang dengan jari la brapa kali aku tengok... tapi tahulah juga sket2 jalan crita dia.
semalam si Adam itu ada bagi tahu dia dah berpisah dengan Nur_bini dia dalam 559 hari atau 529 hari , ker 599 hari ? entahlah aku tak ingat sangat, sebab ini bukan kisah cinta aku tapi kisah cinta rekaan penulis novel itu, lantaklah berapa hari pun, ada aku kisah ?
cuma apa yang aku tekankan disini , ialah apabila seseorang itu dah mula jatuh cinta, dia dah mula pandai ilmu kira - kira a.k.a ilmu Matematik kikiikiii... aku ambil idea ini dari filem Devdas lakonan Shah RukhKhan dan Aishwarya Rai( cumel gile si Aish dalam filem ini, aku rasa bentuk muka dia , make up dia , rambut dia memang paling ayu , paling jelita, paling cumel , paling menawan, paling manja sehinggakan aku pun buleh terpegun dengan kecantikan dia)
kalu nak puashati lagi layan youtube ini.... subhanallah lawa la dia ni !!!

dalam filem ini , Devdas(SRK) perli Paro (Aishwarya Rai) ... kalau dah jatuh cinta , ramai yang dah mula pandai ilmu kira - kira , sebab Paro berkira - kira berapa lama dia tak jumpa Devdas iaitu lebih dari 10 tahun dan kalau aku tak silap Paro siap kira dalam unit jam lagi :P
dan bila Devdas dah mula gila dan mabukkan Paro , dia juga dah mula hitung hari - hari tanpa Paro...
peh cerita ni , memang mengundang air mata sehingga ke titisan terakhirlah....
ada ke patut 'ending' cerita ni , begitu sedih giler, hajat tak kesampaian sampai ke mati....gila punya sedih........

"On the verge of death, Devdas remembers his promise to see Paro one last time. He travels to her house, collapsing in front of the main gate. Paro learns of his presence, and, screaming his name, runs out of the house and attempts to reach him. Bhuvan (Paro's husband) sees this and orders the servants to close the gates. Devdas sees a blurred image of Paro running to him, but the gates close before she can reach him and Devdas dies. At the same time, the lamp that Paro had lit for him flickers out."
Rujukan : Wikipedia

jadi kesimpulanya ,
jika kamu dan kamu mula menghitung hari atau jam atau minit atau saat tanpa sidia , kemungkinan kamu juga sudah jatuh cinta... amacam ? setuju ?
aku ?
well..... wild wild west....
aku sudah ditakdirkan untuk 'terer' dalam Matematik...
jadi setiap hari aku jatuh cinta
hahahahaaaaaa....... ( gelak besar aku kali ini.......)

No comments:

Post a Comment

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)