Tiap kali cuti sekolah , apatah lagi raya.... bumi Kelantan dah mula tak kenal aku, dah mula berlagak macam mak tiri , aku terus dipinggirkan, sampai nak habiskan gaji pun dah tak senang............bukan main banyak kereta atas jalan hari ini , kelmarin , hari selasa ... mahupun hari Jumaat lepas...
walaupun cuti sekolah , aku buleh bertolak lewat ke opis (tapi tetap sampai awal :P)
jiwa aku memang tak tenang dengan kebanjiran kereta di atas jalan , milik siapa entah...
Adakah semua rakyat Kelantan adalah cikgu, bila cuti sekolah cikgu pun cuti.... jadi penuhlah cikgu - cikgu di Kelantan bercuti dan membawa kereta masing -masing kebandar...,
Adakah orang Kelantan dari luar negeri balik kampung bercuti , bawa jumpa anak dengan datuk nenek masing - masing.... wah mudahnya orang Kelantan nak dapat cuti masing - masing... baik sungguh hubungan mereka dengan Boss masing - masing...
dan mudahnya pasangan hidup masing - masing ikut orang Kelantan balik kampung tiap kali cuti sekolah , apatah lagi raya ( wow... tabik spring kalau tiap kali raya balik kelantan)
atau.....
adakah ramai orang Kelantan kawin dengan orang Kelantan juga....
Adakah bumi Kelantan tetap menjadi pilihan ramai pelancong tempatan , walaupun berita dah kata, banjir belum habis lagi...
Adakah wahhhhh......banyaknyaaaaa.... barang yang murah dan cantik - cantik di Kelantan untuk dibeli dan dimiliki ?
Misteri Bumi Kelantan dibanjiri kereta ini masih belum dapat di ungkaikan.
cuma secara peribadi , susahnya aku nak cari makan... bukan susah nak kerja....
tapi betul - betul susah nak cari makan lar... contoh terdekat hah nak makan KFC dekat Pasir Mas !
wah hari ini, bandar Pasir Mas orang Klate kate 'selok' atau koma ( maksud yang paling hampir yang aku buleh fikir masa ni hahahaaa..)
gila.... dari roundabout hingga ke bandar , jalan jem !!!
nasib baik aku baru jer keluar dari Pasir Mas , pekena roti canai 'cotek' dan teh tarik , isi minyak kereta dan pam angin tayar !
peh tiap kali aku pam angin tayar dengan baju kerja , apatah lagi dengan baju kebaya....
terasa macho bagai perempuan Melayu terakhir... kikikikiiii...
apapun jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha..
SMS : jangan lupa dapatkan perut muda untuk direbus dan di cicah dengan kicap ,
musim korban macam ni jer... perut lembu dikatakan manis berkrim ,
ya musim korban begini juga aku dengan rela hati dan tanpa perasaan bersalah langsung menggoreng dan menelan lemak tepu dan putih itu .... ngeeeeee....
.SMS : jangan lupa dapatkan perut muda untuk direbus dan di cicah dengan kicap ,
musim korban macam ni jer... perut lembu dikatakan manis berkrim ,
ya musim korban begini juga aku dengan rela hati dan tanpa perasaan bersalah langsung menggoreng dan menelan lemak tepu dan putih itu .... ngeeeeee....
.
.
UP Date : Yes Boss , Boss jangan risau kalau dah buleh kelik awal jam 2.00 petang..... saya kelik awal, saya sedia menerima arahan dari masa ke semasa :D











