Friday, November 13, 2009

from the bottom of my broken heart

hari ini jam 11.00 pagi aku akan bertolak ke d'Bali resort untuk Hari Keluarga pejabat aku esok........

Kami bertolak hari ini, sebab nak kasi can dekat anak sedara aku yang kecik - kecik itu mandi air kolam.... ( walaupun baru sahaja mandi air banjir minggu lepas)
Di bawah adalah makanan rapu yang aku beli semalam. Amacam ?
aku belikan maggi in cup itu untuk anak - anak sedara aku, memang maggi tak bagus untuk kesihatan , tapi mereka buleh bersuka ria dengan maggi sempena hari bersukaria macam hari keluarga esok.
makanan berat , dah disediakan oleh pihak penginapan , tapi biasanya... kalau dah letih menjaga anak - anak sedara dan menjalankan tugas sebagai AJK kecik Hari Keluarga, makanan berkhasiat itu jarang menjadi pilihan perut aku.
Lagipun , kesian juga dekat budak - budak yang bermalam di resort .
tak kan kena makan makanan berkhasiat sahaja....
mesti disulami dengan benda merapu jugak kan ? kikikiiiii.....

ah tiba - tiba hati terasa pilu , bila menjumpai ini
dan ini.......
(ini makanan feberet aku masa dekat Alor Star dulu, tiba - tiba ada terjual di Pasir Mas, terus membeli dan menyimpannya hingga sekarang.........)

ianya merupakan sebahagian juadah yang sepatutnya aku bawa ke Maskara Shorties anjuran Soljah pada 31 Oktober yang lepas....
Ya... siapa yang tak nak main hujan depan rumah PENA kan ?
teringin juga nak tengok harta yang baru dibeli oleh geng Soljah , bermutu ke tidak ?
berbaloi ke membelinya dengan hasil pembelian blook Soljah oleh aku hahahahha

(... opss tergelak pula , ok mari kita serius dan sayu semula... )
siapa yang tak nak tengok filem pendek arahan Tok Rimau dan Vovin dan Jeneral and The Geng...
siapa pula tak nak tengok pipi pakai baju merah <- kaler rumah Kelantan dan Mencester Unaited :P
macamana pula aksi dan dialog si Mael budak lipis yang berlakon sambil pegang pistol .... memang kena pegang pistol 24 jam kah ?

nak buat macamana ?
semuanya sudah berlalu........
tapi aku bersyukur juga kerana membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri...
masa tu aku dah selsema seminggu, tak sembuh... sehingga malam 31 itu...
hari Sabtu 31 oktober itu pula adalah hari berkerja di pejabat aku , ganti cuti raya...
sepatutnya cuti raya dibuat pada 24 oktober, tapi disebabkan ramai staf bermesyuarat di Bukit Merah , maka hari berkerja ditunda ke 31.... hari bekerja pada hari sabtu dah hampir jatuh ke hukum haram untuk di ambil cuti , sebab sebelum ini ramai staf suka hati ambil cuti pada Sabtu yang sepatutnya bekerja...
pada 31 oktober itu , Boss no satu dan no dua siap tunggu dekat punch card check siapa yang suka - suka hati ambil cuti...dan dengar cerita dalam minggu lepas, dah ada beberapa orang telah di beri memo peringatan ( ini sudah menjejaskan diri untuk naik gaji dan pangkat)
1 November pula , ada perhimpunan staf , aku kena bincang dengan Boss no. satu tentang pembentangan buku untuk musim ke dua... dan 2 November ada mesyuarat ke dua.. AJK majalah kolej, aku bertindak sebagai S/U....

untuk aku siapkan semua kerja yang patut aku siapkan sebelum malam Maskara....
aku rasa aku tak mampu, sebab kesihatan aku tak stabil....
dan bila balik dari KL nanti, mesti aku kelam kabut juga......
ya aku mesti memilih yang mana lebih penting untuk hidup pada masa itu...

SMS :
aku tengah aim hadiah cabutan bertuah hari Keluarga.... kalu buleh aku nak TV baru ( tv dalam bilik aku dah rosak) , nak microwave oven ( sebab nak mula buat cinnamon roll sendiri) dan nak penapis air bio - Aura (nanti buleh dijadikan alasan untuk tidak membelinya apabila ada agen Hai - O datang menganggu) :P

6 comments:

  1. wahhhh...cukuplah dah dapat basikal dulu tuuu...bagi chance kat orang lain le pulokkkk...eheheheh

    ReplyDelete
  2. nok gi d'bali tu, keno lalu depan rumoh ambo dulu..rumoh ambo kat roundabout nih jah, tepi roundabout betol-betol..kalu nok gi pantai tu, hati-hati la sikit, ombak besar loni..

    ReplyDelete
  3. Asu,
    tahun kegemilangan menang basikal itu dah berlalu... mungkin rahmat rumah banjir lebih dari seminggu.... heheheee.

    bokbon,
    alos , kawe lalu kot Bachok lar, tak berapa terer ikut jalan pasir puteh.
    Mujur 2 hari tok huje weh, laut comel :D

    ReplyDelete
  4. Salam...Terra, akak dah tukar add blog, jemput ler pi umah baru.

    Pasal kuah rojak Mak Bee tu, mmg kesukaan ler tu, mmg sedap untuk di buat colek.

    ReplyDelete
  5. kf,
    kalu kacang itu, buleh jer minta tolong posman hantor... takder hal lah :D

    Kak mawar,
    aik pindah rumah jugak ?
    rojak Mak Bee tu, masa mula - mula saya bawa balik ke rumah, adik saya makan dengan roti kehkehkeh.... tapi budak - budak sekolah kat alor star memang suka makan kuah rojak tu dengan ubi skuang... ferrr.. tiba - tiba meleleh air liur... BAIK !!
    saya gi cari ubi skuang sama nenas sama pauh sama jambu batu hari ni jugak !!!!

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)