Wednesday, November 11, 2009

tunggu sekejap

Hari ini... sekitar 10 pagi - 3 petang.

tengah edit beberapa artikel majalah kolej.........
sedangkan hasil dari meeting semalam pun belum diambil sebarang tindakan lagi.......

dalam ketepuan aku memikirkan ayat - ayat skema dan formal untuk ditaip....
aku selalunya akan menggunakan ear/headphone sebagai penahan/dinding kebisingan yang terhasil dari perbualan staf lelaki yang selalunya ingin mengambil perhatian atau mengganggu penumpuanku- sebagai staf perempuan bujang !
boring tul......... mereka ingat aku ni 'naive' sangat ker ?
baik aku dengar lagu - lagu pilihan jiwa....
tak ramai staf pejabat yang tahu aku ni ada jiwa rock alternatif jugak sket - sket...
lepas aku layan lagu 3 Doors Down , Third Eye blind , Creed dll... aku tukarlah selera pula kepada lagu ni :

bukan main 'feeling' lagi aku menyanyi lagu ni , tak perasan pula dalam lagu kat atas ada lirik 'belum puas ku bercumbu dengan kanda' kikikiiii....

ahhh P.Ramlee pun satu...
lagu ni ada dalam filem Sarjan Hassan.... dalam filem tu mana ada adegan bercumbu.. dah banyak kali aku tengok... ke ada part yang kena potong ?
ker lagu tu sekadar nak tipu budak - budak macam aku dulu - dulu ?



apapun ini adalah satu lagi lagu yang serasi untuk didengar dan dinyanyikan dalam hujan.


SMS 1 :
Jangan tak tahu , aku salah seorang penyumbang SMS yang melayakkan Jac menang Malaysian Idol musim pertama. Jangan juga tak tahu selain lagu ni... lagu When i Fall in Love pun ada dalam kaset Jac yang pertama.... mana aku tahu ? aku pun ada beli kaset Jac lar....Lagu Gemilang tu... agak berhantu juga kepada aku... sekali dengar pun buleh berair mata... 2 - 3 kali dengar pun aku masih lagi berair mata... jadi untuk berair mata lagi dan lagi... aku beli jer kaset tu yang original :)

SMS 2 :
eh bercumbu itu bukan dirujuk kepada ciuman rupanya tapi lebih kepada :

i. “pujukan” (kata-kata manis yg dituturkan sewaktu memujuk, berkasih-kasihan dll.), dan

ii. “lawak”

aku ambil semua tu kat sini . Oh kalau dirujuk kepada maksud yang kedua... wah wah wah...ramai juga yang pandai bercumbu ya ? ngehngehngeh...........

SMS 3 :
Jangan lupa sebarang komen masih dikawal selia oleh aku.. jadi sila komen dengan berhemah :P
.
.
.

9 comments:

  1. aku suka bercumbu....(mcm pervert pun ada, kan?)


    *cumbu=berlawak

    ReplyDelete
  2. lagu jac yg baru tu memang sedap. yg masuk sparuh akhir j lagu

    ReplyDelete
  3. hehe.. ku tak pernah menumbang kpd sms utk menangkan artis realiti show.. teruk tak aku?

    ReplyDelete
  4. Jo,
    aku hampir-hampir tak nak rilis komen ngko, tapi nasib baik , ngko bijak dengan meninggalkan nota kecil dibawah itu kikikiiiii...

    Hai_OL,
    a'a lagu tu best juga , disamping lagu tema Bersama Mu dan lagu duet - Ceritera cinta. best giler :D

    Jard,
    itulah satu - satunya artis yg aku vote, yang lain... aku tak tengok dan aku tiada Astro. Amacam ?

    ReplyDelete
  5. Salam
    lagu P.Ramlee memang puitis...susah nak cari lirik lagu sebegitu skang...

    ReplyDelete
  6. kalu bersumbu? haha..



    weh..banjir macam best...ada bot kontrol best tu.

    ReplyDelete
  7. ~O~
    Salam, kalau ada juga orang yang buat lirik 'bercumbu',melodinya tak akan sama dengan sentuhan P.Ramlee :D

    Kucinggemok,
    bersumbu tu satu peringkat perkembangan janin badak sumbu kehkehkehkeh....

    bot kontrol ? semua anak sedara aku herolah,
    sebab itulah kami sediakan rakit, berebut macamana pun, tak akan hancur kikikiiii..

    ReplyDelete
  8. apex,
    kucing mu <- carutan yang paling comel dan sopan dari Kelantan ngehngehngeh...

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)