Monday, November 2, 2009

tak sampai hati...



mereka cuba membunuh ku...
secara perlahan - lahan....
dengan kata - kata mereka.....
kata - kata yang terhasil dari hidup mereka yang bosan ataupun sudah letih ?
dan disebabkan hati aku juga sudah letih,
aku terlepas cakap semalam....
aku cakap aku akan 'mati' tanpa kerja bersungguh - sungguh
sebab aku bujang, aku tiada keluarga sendiri ( selain mak dan adik beradik aku)
jadi aku tumpukan lebih sedikit kepada kerja aku dari jam 8 pagi sehingga 5 petang
( walaupun aku sebenarnya rajin balik lewat)
mereka terdiam .
sebab aku tidak mengulangi ayat - ayat mereka yang aku dengar hampir 3 tahun berturut - turut :
aku tak nak aktif dah ,
aku tak nak pegang apa - apa jawatan dah ,
aku nak duduk diam sahaja

semuanya berpunca dari ketidakpuasan mereka bekerja akibat tidak dihargai oleh pihak atasan.

sebab itulah aku suruh baca buku - buku pekerja cemerlang tak nak .....
dan bukan mereka tidak tahu konsep ikhlas dalam kerja ?
ada yang kata aku tamak jawatan ....
padahal semua jawatan yang aku pegang dilantik oleh Boss - Boss...
samaada Boss kecik ataupun Boss Besar....
dan aku masih terikat dengan orang - orang yang berjawatan tinggi dari aku,
tak pernah aku buat keputusan untuk kolej aku lagi,
ada ramai lagi yang kena tanya... kena dapat kelulusan ....
Untuk jawatan baru atau jawatan yang sukar dibuat oleh orang lain ,
mereka juga ada kasi pada aku, aku kesiankan orang , aku ambil ...
sesiapa yang cuti mengejut atau sibuk yang amat dan tiada dipejabat ......
akak juga yang tolong ganti......
dan
......................
ada aku pernah tolak sebarang jawatan ???
(kasi besar sket......... )
mana ada ?? err...errr pernah tolak tapi ambil juga adalahhhhhhhhhhhhhhhhhhh........
jadi macamana nak samakan aku dengan kau orang hah ?
macamana aku nak kutuk orang - orang yang menghargai aku ?

macamana aku nak bagi tahu mereka yang aku akan semakin rajin....
selepas berjaya selesaikan tugasan yang diberi...
aku semakin kuat dan gedik untuk berkerja
apabila berjaya selesaikan sesuatu kerja ....
kalau lah mereka tahu success breed success........
mereka akan dapat melihat banyak peluang untuk mereka ambil
dan seterusnya dihargai oleh pihak atasan....

tak sampai hati sungguh untuk aku berterus terang....
yang sebenarnya aku ini adalah sebahagian daripada X-men yang pernah menaruh perasaan kepada Wolverin dan sudah tak sabar nak ke KL untuk membeli buku motivasi lagi ....
( ya.... ke KL untuk membeli buku dan bukan hanya untuk membeli tudung aryani ataupun handbeg baru atau pun nak tengok apa - apa filem terkini ngehngehngeh... )
aku juga bukan saingan mereka....sebab banyak lagi ruang untuk bersinar di pejabat... aku bukan boleh buat semua perkara apatah lagi untuk wakil team bolasepak staf lelaki :P

agak tertekan juga dengan keadaan di pejabat ,
bila pujian diberi hanya untuk menyakitkan hati....
apatah lagi Hari Quality di pejabat akan berlangsung dalam bulan Disember nanti....
mesyuarat AJK Hari Q sudahpun berlangsung...
dan sudah tentu isu nama aku jadi pilihan Boss tetap akan menjuarai carta topik hangat dipejabat mengalahkan topik staf lelaki baru yang muda - muda datang ke opis bawa kereta honda, vios dan motor besar... apa kes ?

Jadi aku perlukan strategi dan pendekatan yang baru dalam hidup.....
tak pernah berada ditempat dan kedudukan sebegini...
fuhhh itu tak jadi Boss nombor satu lagi....
nasib baik sekarang dah ada lelaki macho yang menumpang kereta aku pagi - pagi ...
peh semangat sket pergi kerja :

nak dijadikan cerita , CD ini bernilai RM29.90 la fulak... terus beli guna bajet makan !
.
.
.

SMS :
aku tahu kawan blogger aku tak ramai , tapi usaha itu tangga kejayaan , apakata lepas baca entri aku , sudilah klik - klik untuk vote impian Jard disini Terima kasih .
.
.
.
.

5 comments:

  1. hoho.. org tak hargai awak ek.. takpe.. ku amat hargai awak.. ehehe.. sbg tukang klik... =p =p

    thanks ye! muaahhhzz!

    ReplyDelete
  2. saya paham sangat kat opis tu...
    diorang memang sangat amat suka berpikiran negative 24.7! susahnya nak bersyukur dengan nikmat tuhan.

    terra-zutto akira menai!(don't u ever give-up!)

    ReplyDelete
  3. HEHEHE.. abih duit makan buat beli cd.

    hebat sungguh kuasa ikhlas dalam bekerja ye?

    ReplyDelete
  4. Jard,
    mereka itu mudah lupa, lupa kepada si bujang macam aku yang banyak berkorban menggantikan mereka dalam banyak tugas.
    TETAPI disebabkan aku bujang jugalah aku buleh klik dan klik sesuka hati untuk ngko . Amacam ?
    best tak ? semoga ngko menang... yeaaayyyy...

    Asu,
    saya juga pernah tidak dihargai suatu ketika dulu, tapi apa guna kita memberontak untuk tidak melakukan kerja sedangkan rezeki itu juga yang dibawa balik kerumah masing - masing.... tapikan sejak saya bagi alasan saya bujang dan tak banyak perkara yang perlu difikirkan selain kerja... akhirnya dapat juga menutup mulut mereka .
    Ianya cukup adil.

    Hai_OL
    minggu ni rezeki wa murah , ahad ada makan free... hari ni pun ada makan free....
    buleh lah 'cover' tuk beli cd tu...hikhikhik..

    ikhlas tak ikhlas, masuk Oktober tahun depan , cukup 10 tahun wa berkecimpung dalam bidang ni... wa dah kerja dengan 6 orang Boss yang lain sungguh perangai masing - masing... kalau nak harapkan penghargaan sahaja dalam kerja, dah lama badan wa tinggal tulang sahaja, yerlah lepas tak cukup makan hati , wa kunyah daging la pula.
    ngehngehngeh...

    Dalam kerjaya mahupun dalam hidup , bila kita sampai satu tahap, kita akan buat sesuatu itu untuk memenuhi kepuasan diri pula... ikhlas tak ikhlas... itu kerja Allah untuk menilainya.
    Jangan cuba jadi Tuhan yang ke dua.... amacam serius tak wa hari ini :P

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)