Friday, November 6, 2009

manusia itu....

Selasa 3 November 2009
aku berlima dengan rakan sepejabat A , B , C dan M bergelak ketawa dengan cadangan aku , malah aku siap tanya si A , adakah cadangan aku perlu dibawa ke mesyuarat Agung atau dibincangkan dalam peringkat mesyuarat AJK . Si M kata tak perlu .... perkara kecil macam tu, hanya memerlukan persetujuan AJK sahaja... ( ingat.... aku tanya si A, tapi si M yang jawab disini....)

Rabu 4 November 2009
Salah seorang AJK terlibat si X 'slow talk' dengan aku... mengatakan lawak aku semalam tak sedap didengar oleh telinga dia.... aku tiba - tiba terkejut....
semalam aku tanya si A ( salah seorang AJK yang terlibat juga ) dengan cara yang baik, jadi disini sudah tentulah cadangan aku itu, suatu perkara yang positif tidak melibatkan langsung individu tertentu sebab boleh dibawa ke mesyuarat agung jika perlu. Tapi macamana gelak ketawa kami itu bertukar menjadi menda yang negatif sehingga si X yang lebih senior dari aku buleh menegur aku . Aku juga pasti si X tidak mendengar sendiri intonasi ayat - ayat yang keluar dari mulut aku pada masa itu.
Tiba - tiba aku jadi sedih, selama ini aku tak pernah buat hal menyusahkan AJK tersebut , tak pernah aku boikot aktiviti mereka , malah sebagai staf bujang ... aku banyak sertai aktiviti mereka... aku juga sedih macamana si M buleh menukar maksud dan ayat aku bila bercerita pada X
tapi sebabkan si M.... yang kacip dengan si X , nama aku akan mula 'glamer' lagi dikalangan AJK yang terlibat , sebab cadangan aku yang bernas itu telah disalah erti oleh si X.
Aku bukan main tuduh sahaja si M yang bawa cerita , tapi aku ada bukti kukuh untuk ini. Ya aku ada menyiasat sedikit sebab aku tak puas hati macam mana saat kami bergelak ketawa itu boleh menyakitkan hati si X , padahal cadangan aku tak melibatkan dia secara langsung !

Khamis 5 November 2009
Bermula hari ini aku akan berhati - hati untuk berbicara dengan si M yang nampak lemah lembut dan bertudung labuh dari aku.... tapi boleh menikam aku dari belakang. Namun aku bersyukur juga dengan situasi ini, kalau ianya tak berlaku , mungkin banyak lagi kelemahan atau kesilapan aku dicari - cari oleh M.

M= Musang.

**************************

1980 - an dulu dulu
Selepas aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR , selama 3 tahun berturut sebelum aku menduduki peperiksaan SRP , aku mendapat tempat pertama dalam kelas terpandai di salah sebuah sekolah berdekatan dengan Jambatan Sultan Yahya Petra , Kota Bharu Kelantan..
Pada zaman itu , walaupun tiada orang pun boleh mengambil kedudukan aku, tapi aku tak pernah ditikam dari belakang, tak pernah nama ku diburukkan... tak pernah pula aku bergaduh dengan orang lain , apatah lagi untuk berebut boyfren <- Apa kejadah ?


aku dijadikan tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran , malah dalam subjek menghafal... sejarah dan geografi kami buleh belajar bersama - sama , dengan kaedah soal-jawab. Bertukar - tukar buku rujukan .... masa tu aku dapat beli buku rujukan sebab dapat biasiswa untuk budak terer. Kami buleh berkerjasama dan menjana idea untuk siapkan projek sejarah , geografi dan kemahiran hidup. Saling menghafal ayat - ayat Al- Quran dan wirid untuk subjek agama ( heheeheee masa tu tak dapat hidayah lagi al- Quran dihafal bukan untuk tujuan murni sebagai amalan harian hahahahaaaaa)


Tapi sekarang.... ? susah dah nak dapat situasi itu.... Mereka buleh menyampah dengan kedudukan aku.... lebih - lebih lagi mereka yang sama baya atau senior dari aku.. staf yang baru kerja.... mereka ok, malah banyak cari aku untuk dapatkan macam - macam info. Ya ....Aku pernah berada dalam zaman kegemilangan aku dulu , tapi orang - orang disekeliling aku masa itu mempunyai hati yang suci dan murni.....


bila aku masuk MRSM , semua budak dah pandai - pandai.... dan ramai lagi yang jauh lebih pandai dari aku , tapi aku tak ada lar dengki dan memburuk - burukkan mereka . Malah aku jadikan mereka sebagai tempat rujukan , mudah kerja daripada nak baca sendiri dan cari jawpaan dari buku Teks... masa tu juga kami tak bergosip murahan atau tikam kawan sesuka hati... hati kami sangat bersih.....


Masuk USM juga , hati kami bertujuh juga bersih, ya aku ada 7 kawan yang kacip kemana sahaja kami pergi , kami tak campur urusan orang lain , urusan kami bertujuh pun tak habis - habis untuk dibualkan dalam kuliah. Ya setiap kali kami berjumpa dalam kuliah, masa itu jugalah nak cerita pasal diri dan secret admire masing - masing.... tak sempat nak cucuk dan tikam orang langsung..... secret admire plak bukan sorang satu tapi banyak hahahaaaa..


dan hari ini...... aku letak email dari www.tut.com yang aku dapat semalam :

The thing that's totally different between children and adults, Terrarosa ,
is that children have the ability to spontaneously use their imagination to forget what's bothering them and be inspired by every pony, feather, or bug that crosses their path.


Oh, yeah... you're like that.

It's easy,
The Universe

oleh itu hari ini,
untuk melupakan perkara orang - orang dewasa selalu fikirkan
aku masih lagi klik - klik untuk Jard semoga dia menang tiket ke Sri Lanka
dan aku juga turut berdoa agar pasukan Kelantan menang hahahahaaaaa.




and through it all she offers me protection
a lot of love and affection
whether I'm right or wrong
and down the waterfall
wherever it may take me
I know that life wont break me
when I come to call she wont forsake me
I'm loving angels instead

9 comments:

  1. hoho.. ku akan rujuk pada mu la lepas neh kalo ade masalah.. ehehe


    oit..oit.. jom klik2.. ehehe thanks!

    ReplyDelete
  2. Jard,
    woit... ngko buat apa kat sini,

    Kita sudah tiada masa,
    Bangunlah dengan maha perkasa,
    Janganlah terlalai teruskan usaha,
    Melayu kan gagah di nusantara

    peh siap nyanyi lagi, aku tengah semangat ni jard.... aku pergi dulu.........

    ReplyDelete
  3. kau ada ilmu ape? dah kena tikam pun still dapat tulis blog lagi? macam mona fendi ke ilmu tu? hehehehe...


    biasalah...dalam dunia ni memang ramai orang yang saling dengki dan tak puas hati kalau ada yang lebih sikit dari dia. contohnya kau yang pantang tengok aku lawa sikit sebab dah pandai pakai maskara..hahaha..tapi aku bawak bersabar je...kau pun kena banyak bersabar je ye...pedulikan apa orang nak kata..ok bebeh???

    ReplyDelete
  4. terra... sudikah engkau ikut aku ke sri lanka nnt.. =)

    ade pasport tak?

    ReplyDelete
  5. Jo,
    aku boboy - kucing Terra , dia kirim salam pada ngko , tak sampai hati aku tengok tuan aku tidur , makan dan mandi dengan pisau masih terlekat dibelakang badan dia.

    pastu dia pesan , setakat pakai maskara tu dia tak jeles sangat, tapi kalu kau dah mula pakai bra 'push up' hah baru dia rasa tergugat...
    tapi Jo... Bra 'push up' itu apa yer?


    Jard,
    salam ...
    aku ni Boboy - kucing si Terra, Terra tanya rumah Arjun Rampal kat Sri Lanka ke ?

    Yang Menjalankan Tugas
    - Boboy
    b/p Terrarosa

    ReplyDelete
  6. wahhh macam ku kenal yang diberi initial M itu...keskeskes...ala manusia memang mcm tu kecuali manusia2 pelik macam kita2 yang selalu berfikiran positif dan tak suka berhasad dengki ni.

    zettai akira menai!

    ReplyDelete
  7. wehhhh... demo pindah rumah tak bagi notis pun!

    ReplyDelete
  8. semoga kelantan berjaya! mntak Tok Guru wat smayang hajat.

    ReplyDelete
  9. Asu,
    weh M tu untuk Musang lar...
    a'a betullah Asu, kalau nak dengki banyak menda buleh dengki , dengki gan suami dan anak2 dorang, dengki dgn kereta dorang , dengki gan rumah besar dorang...dengki dengan kecantikan dan kekurusan dorang
    ah banyak lagi, tapi apa kejadah nak hidup dalam keadaan tertekan...
    agak - agak la kan ?

    Ubiiiiiiiiiii...
    hahahaaa tahniah - tahniah kerana berjaya menjejak aku.... ada hadiah disebalik kemenangan ini... kikikiii...erk.
    err..er... bila sampai ? mung sehak ko ?
    kereta macamana ? dah berapa bukit doh mu daki ? wah lama kita tak jumpa ? aktif mu
    kat facebook !

    adeh dah abis soklan ni.. nak cover line :P

    Hai_OL
    semaye hajat sghoti doh tok guru buat... semoga pasuke klate 'mene' besar kali ni .

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)