Monday, November 9, 2009

Hati yang berkobar - kobar , bocor jua akhirnya...

sampai hati Boss aku tak bagi tahu yang pelajar diberi cuti 2 hari iaitu hari ini dan esok ....

sepatutnya minggu ini adalah minggu terakhir aku mengajar... minggu depan dah study week untuk student, minggu selepas itu dah final exam... jadi sepatutnya minggu depan aku dah mula yak yak yeayyyy tak perlu mengajar ... kira 'on time' la tu , silibus pun dah abes .

Tapi khayalan aku yang bermula jam 5.30 pagi tadi musnah sama sekali apabila mengetahui student dibenarkan cuti kecemasan , akibat kolej dinaiki air.....
hhhmmm... student jer , staf kena datang kerja ?
yerlah kerja kami sebagai guru memang patut turut terkorban dalam banjir kot ?
ah tak kisahlah ..... tapi dengan tidak ada sebarang notis... mahupun SMS untuk disebarkan , sedikit sebanyak mengecewakan aku dan staf yang lain.
Aku memang kecewa dah.......... sebab hati yang berkobar-kobar untuk mengajar , di cucuk sedap - sedap oleh pihak pengurusan, kalau diberi tahu awal - awal ... tak ada lah aku pergi kerja jam 6.45 pagi dengan hati berbunga - bunga untuk berjumpa dengan student,
peh jam paling awal untuk aku bertolak tuuuu......
maklum hari hujan baik bertolak awal, tak macam manusia - manusia yang tak pernah insaf.... dah bertahun - tahun hidup asyik mengejar 'punch card' jangan bagi ada dakwat merah , sehinggakan 2 - 3 kali jugalah accident depan opis , sebab terlupa tarik hand break atau tertekan minyak.... langgar kereta depan atau belakang... macam - macam !

kesian juga dekat kawan - kawan aku yang balik kg luar dari Kelantan, bergegas juga balik untuk mengajar pada hari ini tak kira melawan arus banjir atau tidak , sedangkan kalau diberi tahu awal - awal yang student tiada maka mereka buleh sambung cuti lagi....
dan kesian juga dekat kawan - kawan aku yang berada berhampiran kolej , rumah mereka pun dilanda banjir .... mengapa tak diberi cuti juga ?

aku dengan tiada mood untuk kerja hari ini ,
selepas jam 12 terus jer aku lepak dekat rumah kawan aku yang dilanda banjir itu..........
Ya...hanya mangsa banjir sahaja yang memahami perasaan mangsa banjir !

Lagu ini , aku terdengar dalam kereta tadi ,
Here Without You oleh 3 Doors Down pernah jadi ringtone sebelum
lagu Bunga Angkasa yang aku guna sekarang kikikiiiii...
sesuai juga untuk didengar musim hujan sebegini :



kedekut punya Youtube...nak pinjam video klip yang sebenar pun tak buleh.
lagu ini mengingatkan aku kepada program Bongkar (RTM 1)
arahan Wan Kamaruddin Wan Ibrahim bekas pengacara NTV7.
lagu ini dijadikan lagu latar untuk isu - penjara/banduan wanita .
Memang 'touching' lar episod tu.... pandai sungguh En Wan cari lagu yang sesuai .
Selain lagu ni yang aku ingat adalah lagu 'How could this happen to me' nyanyian kumpulan Simple Plan.... ah tiba - tiba rindu dekat En Wan... bilalah dia nak kawin , buleh aku bawa katak aku ke Kg Ladang , Terengganu ....
one day my brother...
kita akan bersua juga....

SMS :
orang lidi
lu ada kenal tak sesapa kat kg ladang ? ngehngehngeh....

5 comments:

  1. cis...apasal la co. aku buat opis kat bangunan tinggi2...kalau banjir kan boleh syok aku sambung tido tak yah gi kerja...hehe

    ReplyDelete
  2. uish.. siannya.. dua hari cuti tu.. mesti budak2 tu gembira.. hehe

    PS: ku da give-up klik2... dpt adiah pon da bersyukur da.. ehehe.. tenkiu.. tenkiu sbb sudi klik2.. emelkan alamat.. ku nk bg sobinier.. ehehe.. bg kat fesbuk pon bole.. =)

    ReplyDelete
  3. banjir sedak juga weh. dapat cuti peristiwa kuikuikui

    ReplyDelete
  4. Hee...selamat mengharungi banjir dan peristiwa2 yang sewaktu dengannya....kata org guru ibarat lilin...berkorban dan terkorban untuk orang lain. Kem salam kat Wan Din yer!!!

    ReplyDelete
  5. berteromber,
    tak yah gi kerja ...itu best ,sambung tidur pun best juga ... cuma bila susah nak makan sebab kereta tak bleh gerak...hah itu yang tak best :P

    Jard,
    aku ikhlas klik - klik untuk ngko.... itulah 'game' internet yang paling aku terer main . Serius weh hahahaaaa...

    Min,
    sedak mendanya ? boss keh kedekut plak kali ni, budok jah dapat cuti ... huhuhuhuuuu

    Kak Mawar,
    berkorban untuk pelajar itu satu sikap yang murni,
    tapi kalu terkorban dalam banjir ?
    tak sempat saya nak jumpa Wan Din ngehngehngeh....

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)