Friday, October 30, 2009

Siri bercakap dengan Dato' Seri Idris Jusoh

semalam nak dijadikan cerita, Dato' Seri Idris Jusoh datang melawat ke opis aku,
ada presentation dari Boss no. satu
dan ada presentation dari Idris Jusoh....
perghhh... aku yang biasa menjadikan Boss aku sebagai idola di tempat kerja... terus kagum dengan presentation Boss aku petang itu.... dan bijak betul Boss no 1 aku bersoaljawab dengan Idris Jusoh.

Presentation dari Idris Jusoh juga menarik ,
aku tak kenal latarbelakang Idris Jusoh ni, yang aku tahu dia orang Besut kikikii... dulu - dulu masa dia muda , dia kerja apa ya ? nak jugak tahu kerja dia sebelum masuk politik ? cikgu ka ?
arkitek ka ? aku pom tak berapa arif tentang penglibatan beliau dalam politik, tapi errr.....errr isu sensasi beliau dengan Yang Dipertuan Agung ... aku tahu ler... kikikiiiiii

cuma sebagai seorang yang dahagakan ilmu baru, lebih - lebih lagi ilmu dalam alam pekerjaan, aku memang teruja dengan istilah dan konsep pengurusan yang di bawa oleh nya...
mungkin akan ada yang 'haaaakkkk tuiihhh...!!' bila membaca entri aku kali ini.
tapi ada aku kisah..... ?
bagi aku dalam mencari ilmu ini, lebih baik kita pasang telinga dari pasang mulut :P

diakhir pertemuan kami , ada sesi soal jawab, jadi sebagai wakil staf perempuan untuk bertanyakan soalan... ngeh..ngeh...ngeh...
aku mengamatkan keadaan dewan dengan berkata
" saya ada..... soalan peribadi "

yaaaaaaaa...satu dewan riuh gegak gempita <- wah lama betul tak guna ayat ni gegak gempita :P
aku sekadar nak tengok riaksi dia sahaja
sama ada bersedia dengan semua soklan yang bakal dihadapi atau tidak .
tapi aku tak derlah kampung sangat , untuk bertanya
'Dato Seri .... ada... adik lelaki.... yang bujang tak ?' ngehngehngeeh.... oh tidak, ianya tidak berlaku , aku hanya tanya , mengapa buku THE SECRETS OF MIND POWER" tulisan Harry Lorayne (yang ada dalam salah satu slide show dia tadi) boleh mengubah budaya kerja sesuatu organisasi dan adakah isi kandunganya juga sesuatu yang dekat di hati ?

kikikkiiii.... sudah terang lagi bersuluh dengan sportlight, mestilah aku akan bertanya hal - hal berkaitan dengan aku sahaja.... tak kan nak tanya hubungan dia dengan Agung sekarang ... nak kena buang kerja ke ?
dia jawab , buku tu dia jumpa dekat air-port dan dia memang galakkan staf bawahan nya membaca buku . Buku tu berkenaan penggunaan daya pemikiran kita secara maksimum untuk jadi lebih profesional dalam kerjaya .
Aku berani potong kuku Boboy lar , kalu buku tu ada terjual di pasaran KB....
mana ada ?
kot internet ada lar.... jadi nak tak nak... suatu hari nanti ,
aku nak kena merantau ke KL juga untuk mencari bekalan buku sempena musim tengkujuh nanti.
Lagipom , sesi pembentangan buku akan berlangsung untuk musim ke - 2 pada tahun ini
dan aku masih belum jumpa buku yang best untuk dibuat presentation.

oh cerita aku tak habis disitu, masa makan petang tu... aku terpaksa duduk dalam bilik sama dengan Idris Jusoh sebab banyak lagi kerusi kosong ... biasanya VIP, Boss - Boss , Ketua - ketua dan AJK je yang duduk dalam bilik berhidang, staf lain makan buffet diluar....
Bila aku melabuhkan punggungku dikerusi yang mengadap meja Idris Jusoh.... alamak dia panggil aku ler...
(tak puas hati la tu kikikiiii....)
dia tanya sebab apa aku tanya pasal buku tu ?
aku jawab lar , aku memang suka baca dan kumpul buku tentang kuasa minda dan buku THE SECRETS OF MIND POWER tiada lagi dalam koleksi aku.
lepas tu, Boss aku terus mencelah (peh macam dah berpakat - pakat dengan aku), dia kata aku yang jadi tukang urus sesi pembentangan buku pilihan staf musim pertama dulu...
fuhhh lega.... sekarang aku harap Idris Jusoh tak pandang seorang kepada aku...
nak buat macamana, aku ni memang suka tengok 'talk show' dan edisi siasat dan suka dengar orang bagi ceramah pasal ilmu baru.... dan juga suka kepada buku...
mungkinkah daya penumpuan aku kepada presentation dia , membuatkan dia tak selesa ?

hahahaahaaaa..... ok mungkin aku terlebih gedik dalam menulis entri ini kikikiki.....
sila jangan percaya sangat kepada isi blog aku ni...
hahahahahahaaaahahahaaa....

***************************

ok bertukar kepada mode serius :

kamu pernah alami SERENDIPITY ?
aku pernah...
malah banyak kali la juga....
semalam baru aku tahu, perkataan Serendipity pernah tersenarai dalam 10 perkataan English yang susah nak diterjemah oleh syarikat terjemahan British pada June 2004 .
Maksud serendipity yang di bawa oleh Idris Jusoh semalam ialah :

The effect by which one accidentally discovers something fortunate ,
especially while looking for something else entirely.


disini aku bukannya nak puji Idris Jusoh lebih - lebih... terjemahan serendipity tu sebenarnya buleh dikupas lagi , mengikut situasi kita...
yerlah kadang - kadang dalam kita berusaha nak cari sesuatu yang bermakna dalam hidup, tapi tak jumpa , mungkin masanya tak sesuai dan Allah mahukan kita berusaha lagi atau Allah nak tengok sejauh mana kita terus bergantung padaNya...
dan pada masa yang sama Allah bagi kita benda lain , sesuatu yang lain... dan disinilah titik yang paling penting dalam hidup kita untuk hentikan masa seketika , memberi ruang kepada diri untuk menilai sesuatu itu.
tapi ramai yang tak sedar akan kehadirannya... malah mungkin ada yang mencarut dan mencerca penemuan itu sebab ianya bukan sesuatu yang dicari atau diminta.
Jadi selalu lah bersangka baik dengan apa yang baru dalam hidup....

Gambar hiasan :D

5 comments:

  1. Salam Terra,
    Kata orang dalam menimba ilmu..hok baik jadikan tauladan, yang buruk tu jgn pandang.Ehh, tak posing ngan IJ ker?

    Ok gak kalu tanya pasai adik IJ tu..kalu tak mau pass mai sini...kwang..kwang..kwang...

    ReplyDelete
  2. wah.. dato idris jusoh tu!. hehe

    bkas MB ganung.

    ReplyDelete
  3. Kamu ni sambil menyelam minum air ye. Bagus gak. Peluang itu datangnya sekali saja, jangan tidak dilepaskan. Seige while the sun shine, kata orangputih.

    ReplyDelete
  4. oooo patutlah mintak kita carikan yek..
    nanti kalau saya p MPH or kinokuniya saya tengok2kan ok?

    ReplyDelete
  5. kak mawar,
    salam kembali... saya tanya soklan pun cuku untuk mengamatkan keadaan , apatah lagi nak berposing dengan IJ kikikiiii...
    lar awat kak mawar tak habaq awal - awal... kalau tak ada pula soklan kedua saya ngehngehngeh...

    Hai_OL
    kikikiii wa hanya nak naikkan nama Boss wa sahaja , dengan jadi wakil staf pompuan tuk bertanya... nasib baik ada soklan gheeeeee.....

    PakNgah,
    air yang buleh diselam , tak semanis air dalam gelas berbayar hahahaaaa...

    yup, peluang datang hanya sekali je tu....
    saya hanya cuba memeriahkan keadaan, semoga impian dan hasrat warga kolej saya tercapai hasil dari lawatan Idris Jusoh tersebut.

    Asu,
    kikkikii...sudah terang lagi bersuluh,
    tahu tak Idris Jusoh bekas pelajar USM juga ?
    wah minta - minta buku itu ada dipasaran :D
    tak sabar nak baca, kalau isinya cantek, buleh dibuat pembentangan buku untuk musim ke dua. Terima kasih.

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)