Sunday, September 5, 2010

hal - hal dunia dan akhirat ni kena seimbang.....

Hal Dunia 1
Hampir sepuluh tahun aku kerja , baru tahun ni aku tau kewujudan Bank Persatuan , dimana mengikut website nyer , dividen tahun 2009 adalah 10% iaitu lebih baik dari ASB .
Dividen tu pulak dah siap tolak zakat beb.
Apalagi , aku angkut pitis aku yang tak seberapa dari ASB ke Saham Bank Persatuan.
Tapi sahamnya terhad setakat 10K sahaja, sedangkan aku punya ASB dah cecah 2510 ratus ribu.
Masa aku jadi ahli Bank Persatuan bulan lepas , aku sempat baca semua artikel yang ada dalam bank tu , yerlah Bank ini yang asalnya sebuah koperasi telah diwujudkan sejak 60 tahun yang lepas... kikikiiiii....aku yang tak sedar akan kewujudannya... jadi aku kena jadi fast learner
malu jugak aku dekat Pak Guard Bank tu... mungkin dia sempat beli saham yang pernah ditawarkan maksimum 100K.
Salah satu iklan yang menarik dalam Bank tu ialah pulangan Dividen Bank ini adalah diantara 10 - 12 % setahun dari tahun 2005 - 2009. Baik sket ler dari ASB yang hukumnya sekadar HARUS tu. Dengar cerita saham Bank ni dah lebih had yang diperlukan , entah - entah esok lusa , saham ini akan ditutup macam saham Bank Rakyat, hah siapa yang terlepas tuk beli saham Bank Rakyat , elok tak yah fikir lama - lama , jadi jer ahli bank ini dengan nilai saham minima RM500... dan ada bayaran yuran (kad ahli) gan insuran dalam RM47 kalu tak silap.
Hah selamat la sket. Janji jadi ahli dulu. 10 K tu top up la sket - sket,

Hal Dunia 2.
Porfolio Emas aku sekarang kira orait ler dari tak dak langsung , jadi aku tunggu sahaja harga emas naik dan naik dan naik lagi sampai lar bila - bila.
Siapa yang tak beli emas sebelum raya Cina yang lepas memang rugi , sekarang emas dah mula riak tak tentu pasal.
tapi Dinar Kelantan yang baru di lancarkan , buleh tahan dia punya kiut.
gambo buleh tengok kat sini (... awat aku tak buleh nak upload gamba ntah )
Dalam RM590 juga sekeping tu... buleh check harga kat sini.
nak kena beli juga sekeping... orang kata buat ubat.


Hal Dunia 3.
Sudah 2 tahun berturut - turut , belian buku aku mencecah RM1K setahun , yep orang kata The investment is to invest in yourself kan ?
lagipom resit beli buku tu buleh la pengecualian cukai , tapi memandangkan aku dah ada potongan zakat pendapatan , aku tak perlu hairan lagi dengan hal - hal cukai ni...
cuma sekarang aku dah 2 tahun melanggan Celcom Broadband RM98 sebulan , kalu setahun ada nak cecah RM1.2K juga kan ? internet ni satu hal , banyak perkara dan jawapan yang aku nak ada dalam internet , tak kisah ler pasal dunia mahupun akhirat...
tapi aku kena pastikan menda - menda yang aku explore guna Broadband neh biar berbaloi pulangannya dunia / akhirat ,
dan biarlah buleh cover balik RM98 sebulan aku neh... dan aku dah jumpa satu lubang baru.... hah yang neh rahsia , tak buleh cerita banyak ...
kali ni biar aku kaya sorang - sorang
hahahahaaaa.... ( ........ada korang kesah ?)

p.s Alhamdulillah , dipenghujung Ramadhan ini , dah tak ada banyak kerja hakiki , jadi aku banyak habiskan masa cari dan baca menda - menda yang aku suka (termasuk baca blog pipiyapong) .

No comments:

Post a Comment

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)