Thursday, September 9, 2010

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

“(Tuhan) Yang Maha Pemurah, Yang telah mengajarkan Al Qur’an. Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.

Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya). di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

(Q.S. Ar-Rahman 55:1-13)

oh ini bukan isu iklan Raya TV3 ,
ini juga bukan isu artis yang berlakon drama sepanjang Ramadhan....
pegang watak pakai tudung , mimpi kena seksa , lepas tu bertaubat , jadi baik dan dapat pula pengaruh orang lain jadi baik dan insaf.
Tapi luar dari skrip dan kotak TV , artis itu tetap artis.
Biarlah mereka dengan dunia mereka, semoga ada diantara mereka membaca blog aku suatu hari nanti.

namun isu entri aku kali ini ialah....
siapa kita selepas melalui Ramadhan.
sampai tak KPI (Key Performence Indicators) atau Petunjuk Prestasi Utama Ramadhan yang ditetapkan untuk tahun ini.
ada kemajuan ?
atau sama sahaja macam tahun sudah
bak kata ore klate srupo skalo ?
apapun ,
kita tak buleh lari dari kebenaran.
apatah lagi untuk mendustakan segala nikmat hidup yang Allah berikan sehingga ke saat ini.
Nikmat yang paling nikmat bagi aku pada hari ini ialah ........
nikmat masih lagi bernafas untuk menebus segala dosa.

We Can't Keep Hiding From The Truth



Kepada semua yang mengenali aku .

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin ( sekiranya ada salah dan silap)


Untuk Rekod :
ekceli esok raya ke 6 bagi aku keh keh keh.... sudah lama tak jadi gini , ada lebih 5 tahun jugaklar tempohnya. Jadi tak sabar pula nak berpuasa enam ..... ( err maksud aku , ganti puasa)
keh keh keh , ada dalam 9 hari beb , diserang 'lampu merah' 2 kali dalam Ramadhan bukan satu fenomena biasa , memang kena tabah untuk menggantikannya lepas ni.
Doakan aku berjaya.

Berat aku turun dalam 3.5 kg. Sebab puasa tahun ni aku tak 'into' sangat pasal makan. Apatahlagi bia terkenangkan mereka yang tak ada dah. Apatah lagi dengan isu Palestin yang tak abis dan apatahlagi banjir di pakistan. Ada isu global juga perut aku ni rupanya

Tahun ni aku buat biskut dan kek dalam raya ke 2 atau 3. Sebab stok biskut dan kek yang aku beli dah cukup banyak . Aku buat kek tu sekadar nak mengasah bakat jer , mana la tau lama - lama tak guna jadi tumpul nanti :P

Cuti raya tahun ni bukan main lama dalam 11 hari tu, dah ler kelmarin dan hari ni , macam kena paksa cuti jer , sebab dah terganti 2 kali sabtu. aku dah ler balik kg hari - hari... nak balik ke mana pula lama - lama nanti ? nak ke Lipis ? err itu dalam perhatian. tak buleh janji.
Kalu ada mood , aku ke Lipis ,
kalu tak raya ke 4 aku masuk kerja.... sorri ler kalu ada yg dengki tu,
cuti aku tu pulak mungkin aku simpan untuk kes - kes kritikal macam kes banjir setiap hujung tahun.
amacam ? orait tak ?

p.s walaupun aku beraya awal, tak dak la pulak aku nak sembahyang raya sama baca khutbah macam yang masuk TV3 semalam.... hormatlah sket, orang lain nak kena puasa lagi tu...



2 comments:

  1. hehehe... ku pon nak puasa enam.
    selamat hari raya terra... ampun maaf dipinta anda pernah terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  2. Jard,
    hah samalah kita... maap jugak dari aku, semoga ngko berbahagia di Sabah nanti.

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)