Wednesday, September 29, 2010

Frugality

hari ni tak dak kelas , budak - budak ada gotong royong kat bengkel dorang,
sementara menunggu rumah Terbuka Bahagian staf Pentadbiran bermula jam 12.00 ,
maka terkeluarlah entri ini....

Jadi apa cerita ?
ceritanya aku akan cuba 'settle' hutang Katak aku pada tahun depan , buatlah macamana pun asalkan settle.
Mungkin aku akan cuba lakukan hal - hal dibawah :
  • Naikkan bayaran bulanan katak lebih dari nilai perjanjian.
  • Berhenti membeli kain 4 meter untuk baju kerja sebab stok kain 4 meter dalam almari aku tu dah lebih 12 pasang , nak buat baju raya tahun depan pun buleh , nak buat baju konvo budak tahun depan pun dah ada. Kurang beli kain , maka kuranglah upah buat baju dalam RM25++ . Kurang buat baju, maka kuranglah upah manik dan labuci untuk baju dalam RM35 - RM 70 sepasang.
  • Basuh Katak aku sendiri , sekali basuh ada dalam RM13.
  • Jangan beli buku lagi, pinjam je kat library awam.
  • Kurangkan pakai baju batik pada hari Khamis , kalu tak pakai baju batik , maka aku tak akan bayar dry cleaning . Mana buleh basuh baju batik dengan sabun biasa. Mudah pudarlah weh.. ikut pengalaman aku , baju yang dibasuh dengan dry cleaning lebih tahan warnanya. Soal aku tak ikut arahan Boss , oh itu tiada masalah. Sekali sekala kita ni , nak kena juga lawan arahan Boss. Orang kata biar ada pendirian !
  • Makan breakfast kat rumah. selain dari jimat banyak , ianya lebih berkhasiat !
  • Berhenti menghisap rokok kepada mereka yang berkenaan dan bukannya aku kikikiiii...
  • Banyakkan bertaubat dan jangan beli tudung express lagi dan lagi... hal ini akan mendorong kepada sikap malas membasuh dan mengosok tudung. Secara tak langsung budaya dan seni melilit tudung juga akan mula hilang didunia ini. Harap Wardina (Pengacara MHI TV3) mengambil berat akan hal ini .
  • Rajin untuk mengkacau susu Anlene sendiri , lebih murah daripada duk beli susu dalam kotak macam Anelene Concentrate atau pun susu Marigold High and Low.
  • Beli emas bila harga rendah . Bukan main beli jer ikut nafsu . Beli emas untuk pelaburan , bukan untuk menunjuk - nunjuk atau bak kata Apex Ujub.
  • dan lain - lain lagi ........ takkan aku nak kongsi semua dengan masyarakat umumkan ?
  • tapi langkah untuk kawin dengan orang yang beriman , masih bujang , sedap mata memandang dan buleh beli Honda CRV sebagai kereta yang ke lima (secara tunai) pun boleh jugak kan ? kikiikiki.........
ok, aku tujukan lagu ini untuk Katak yang sudah berkhidmat dengan aku hampir 4 tahun....

ku sunting diri mu dan ku genggam hati mu itu dan ku jaga bagai bungaku , kau kan tumbuh terus mewangi.....aaaa...aaaa...aa...... ( kikikiikiii... klasik punya lagu.... )



Imbasan : terkenang zaman aku jadi budak paling hitam tapi bijak dalam kelas .

3 comments:

  1. bawak bekal la pergi kerja. pagi bangun dulu awal-awal. masak. ehem.

    ReplyDelete
  2. waaa...suda mau habis bayar ka itu katak? weh bila mau turun kl lagiiii?

    ReplyDelete
  3. Jo,
    dah le pagi aku makan kat rumah , lunch aku nak kena bersosial jugak Jo, aku kan pegang banyak jawatan kat opis... kikikiii.. nak kena dengar juga masalah persatuan neh
    ngheeee...

    Asu,
    yep, tiba - tiba datang seru nak settle si Katak itu,
    turun KL ?
    Insyaallah lepas hari Keluarga opis. Dalam bulan 10 ni jugak hehehee

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)