Saturday, September 18, 2010

Disco Dancer In Kuala Lipis.

Hari Rabu lepas , aku makan nasi tengahari di rumah PakNgah , dah 2 hari berturut - turut aku dapat makan ikan Patin Masak tempoyak versi Pahang.. sekali Mak Andak aku masak kat rumah Kg Sega , sekali lagi Mak Ngah pula yang masak, terima kasih di ucapkan pada PakNgah sekeluarga... sebab sudi menjamu aku dengan makan tengahari .
sekarang otak aku lebih bergeliga , kalau aku nak ke KL naik keretapi, tiba - tiba terasa lapar , aku dah tahu dah kat mana aku nak makan nasi kikikiiii.........
dikesempatan ini juga aku nak minta maaf kat selebriti blogger popular pipiyapong, sebab kehadiran aku dirumahnya mungkin menganggu fasa tidur selebritinya , apatah lagi pada masa tu , dalam TV ada drama lakonan Rozita Che Wan kikikiiii....

Aku dah lama tak naik keretapi ke Lipis , rasanya sudah 10 tahun , iaitu sejak aku mula kerja, selama itulah aku tak naik keretapi... naik keretapi ni sedap dia sampai aku dah tak baca buku , peh aku dengan buku memang tak buleh dipisahkan, kalu naik flight / bas memang aku akan bawa buku seketul buat teman / ubat bosan. Tapi bila aku naik keretapi, peh aku tak ada masa pula nak baca buku, sebab feel naik keretapi ni lain macam sedapnya...
tapi satu jer yang tak sedap naik keretapi ni, ala tandasnya yang tak statik dan kena kongsi dengan lelaki ? gelinyer ...
terpaksa aku bertahan hampir 5 jam juga untuk tidak guna tandas.
sampai ajer stesen keretapi Lipis , terus aku mencari tandas ...
dan disinilah aku rasa pihak berkenaan / pihak berwajib mahupun individu yang bertanggungjawab untuk menambah tandas di Stesen Lipis dalam 4 mangkuk lagi.
apa kes , tandas hanya ada satu mangkuk je untuk pompuan , satu mangkuk jer untuk lelaki,
bayangkan kalu yang dalam tu tengah sembelit , yang kat luar ni pulak cirit birit ..
kan kucar kacir jadinyer.

Apa nak jadi dengan stesen Keratapi Kuala Lipis ?
aku tengok macam tu jugaklah sejak 20 tahun yang lalu....
punyalah tinggi lantai stesen dengan tangga keretapi , dulu masa aku kecik , oklah aku ada arwah ayah aku untuk angkat aku naik keretapi , tapi sekarang ?
punyalah tinggi aku kena lompat turun , tak macam stesen keretapi kat Wakaf Bharu ,
lantai sama paras dengan pintu keretapi , peh sebijik macam pintu LRT :)

Apa yang berubah sekitar Stesen Keretapi Lipis ... mungkin kaunter tiketnya dah bertukar sedikit , dah nak macam pejabat pos gitu ,
kerusi - kerusi kayu yang panjang tempat aku tidur masa kecik - kecik dulu pun dah tak ada....

ah tiba - tiba aku hairan, kenapa aku kena tidur atas kerusi kayu yang keras masa kecik - kecik dulu , bukanya aku buleh tidur , sempit ! bila - bila masa pun bleh jatuh
dan kenapa juga aku kena mandi kat stesen keretapi di depan khalayak ramai, itupun aku masih tak tahu sehingga kini .

oh ya kalu nak dengar lagu Disco Dancer mahupun lagu Qurbani ataupun lagu - lagu dari filem Sanggam disepanjang aktiviti makan angin anda di Kuala Lipis , anda buleh lah menghubungi
En Raju di talian 013 9128539
Dia ni driver teksi yang aku kenal di Lipis , sempatlah 3 kali naik teksi dia.

Persoalan : sekarang ni dah musim luruh ke ? lepas tu musim sejuk ? nampaknya dah tiba masanya untuk aku berhibernasi semula. Hibernasi dari dunia blog lagi...
huaaarrrrrr... ngantuk la fulak.

Isu : Kenapalah sampai sekarang aku dah tak buleh nak upload gambar ? dunia blog dah mula kelabu bagi aku.... ZZzzzZZzZzZzZzzzz.........

3 comments:

  1. bungkusan dari pakngah dah sampai ke belum. Harap-harap ia tidak basi dan berkulat, hu hu hu....

    ReplyDelete
  2. woi makcik,
    kerja..kerja..kerja...

    huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam Pakngah,
    semua juadah dah selamat .
    Yang panjang umur sket sambal hitam... hahahaaa... sebab tumbuk sket - sket.
    Terima kasih sekali lagi.

    Apex,
    Selamat Hari Gaji...
    ah gaji nak , kerja malas :P

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)