Wednesday, September 8, 2010

Disini syurga kita..........



Arwah adik bongsu aku selalu menyanyikan lagu Irwan Shah Pencinta Wanita dimasa dia masih bernyawa.... bernyawa ketika berumur 15 tahun
dan tiba - tiba selepas dia meninggal , lagu My Heart ini amat menyentuh hati.... apatah lagi untuk mengenangkan masa di mana kami sama - sama membesar dalam serba kekurangan harta mahupun kasih sayang seorang ayah.
Kenangan naik bas bersamanya ketika dia masih bersekolah Tadika , adalah kenangan yang paling manis. Satu bas buleh dengan petah suaranya , masa tu kami kena naik bas berdiri , dengan ketinggian dia , apa yang dia nampak hanyalah badan , peha , punggung orang lain , bila dia mula rimas , masa tu lah macam - macam benda dia tanya aku
sampai aku sendiri tersengeh malu nak mengaku dia adik aku....

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini , setiap kali aku sedekah AL - Fatihah kepadanya, aku dapat merasakan dia ada sisi......
dan dalam 2 minggu terakhir Ramadhan ini , aku perhatikan pokok Bunga Raya diatas kuburnya saling silih berganti mekar bunganya.
(kubur adik aku boleh dilihat dari kereta aku setiap hari , kuburnya berada barisan ke dua dari pintu pagar kawasan perkuburan , laluan aku setiap hari)

Syazu , semoga kau tenang disana .....
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mu ,
dan engkau tak akan terus menderita sakit di atas bumi ini dik.

3 berlari berkejaran :):

  1. Jard,
    tq... balik kg tu biar lama sket.
    Biar puas hati.


    Apex,
    Jodoh tu rahsia Allah ,
    tapi 10.10.10 tu lawa kan pex ?

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)