Friday, September 24, 2010

Fairy tales ?

entri untuk komen video Wedding Of Fairy Tales yang aku tengok kat dinding facebook hari ni....
ah buleh juga tengok kat youtube disini.

aku tak nak la komen pasal pembaziran .
Sebab ianya bergantung kepada pengertian kehidupan dan kebahagiaan hidup masing - masing.
Pasal islamik atau tidak keh keh keh... tengoklah sendiri...
Anda lihat , Anda tahu :P
tapi .....
hencem giler mamat yang tak pakai baju tapi pakai seluar pendek hitam tu... kikikiiiii...
kesian dia , berapa ribu dorang bayar heh :D

ok , balik kepada persoalan aku pada hari ini ,
kalu kedua - dua belah pengantin dah kaya raya, ada duit banyak giler ,
semua perancangan buleh direalisasikan sebegitu mewah dengan mudah .
Habis cerita.
Ianya bukan satu mimpi atau fairy tales pom,

Sebab bagi aku fairy tales itu seperti
ada seseorang panggil nama kamu dari istana yang tinggi dan kemudian menyuruh kamu turunkan rambut kamu yang panjang untuk dipanjat ,
err..err jangan tanya aku sebab apa kamu kena berada atas istana yang tinggi , cerita ni memang macam tu.
cuma jangan lupa Si Dia itu mesti Putera Raja yang sudah tentu kacak
dan lebih tinggi dari kamu !

fairy tales bagi aku juga ,
apabila kamu ada Pari - Pari yang boleh menukarkan persalinan baju kamu kepada baju gaun malam yang cantik, oh jangan lupa dia juga ada hadiahkan sepasang kasut kristal , yang hanya muat dengan saiz kaki kamu sahaja, bukan saiz 6 atau 7 tapi betul - betul muat dengan kaki kamu . Supaya apabila jam sudah menunjukkan pukul 12 malam , kamu akan lari dari istana dan tertinggal sebelah sahaja kasut. Ingat sebelah sahaja , yang sebelah lagi tu , simpan elok - elok , adalah gunanya suatu hari nanti. Tolong jangan pecahkan atau jual kat sapa - sapa. Ingat pesanan aku ni, pulangannya sungguh berbaloi - baloi.
Sekali lagi SILA SIMPAN KASUT itu baik - baik.

fairy tales bagi aku juga,
apabila seekor kucing boleh berdiri dengan 2 kaki sahaja
dan memakai kasut boots
dan boleh bercakap dengan bijak.
wahhhhhh comel giler !

fairy tales bagi aku juga bermaksud
apabila Si Dia hadir dalam radar penglihatan aku dan tiba - tiba loceng lembu pun berbunyi.
hah Loceng Lembu ? kah kah kah... itu 'intro' lagu dalam filem ni lar kah kah kah....



STATUS : selain belum kawin lagi , aku tengah sibuk bagi 'tuition' kepada 2 ekor anak Boboy yang berusia dalam sebulan lebih. TOPIK : CARA - CARA BERAK KAT LUAR RUMAH.
Prestasi mereka agak cemerlang , mereka dah pandai meng'iau' ( atau mengmeow ?) suruh buka pintu untuk berak atau kencing. Cuma kalau tuan rumah tak sedar atau malas memantau tempoh masa mereka berada di dalam rumah, maka akan wujudlah najis dibawah rak pinggan mak aku.
Jadi sekarang siapa yang lebih pintar dan cemerlang disini ?

No comments:

Post a Comment

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)