Tuesday, September 7, 2010

Doa yang disabotaj

Siapa lagi yang sabotaj doa selain dari diri sendiri....
yerlah kita minta A dari Allah...
tapi perlakuan kita macam kearah B....
jadi perlu juga kita minta dari Allah supaya ditetapkan pendirian untuk selalu ke arah A.

contoh terdekat mudah ajer , aku selalu berdoa agar aku selalu sembahyang pada awal waktu dengan khusyuk, tapi apabila aku lebih utamakan hal - hal dunia sehingga melewatkan solat , siapa yang sabotaj doa sendiri disini ?
memang ada campur tangan godaan syaitan iblis , tapi bukankan yang punya badan juga ada iman dan akal.

Jadi bila doa kita tidak dimakbul , mungkin Allah ingin menduga kita sejauh mana kita bersabar untuk menagih rahmat Allah,
Mungkin juga apa yang kita nak itu , bukan terbaik untuk kita lagi , mungkin masanya tak
sesuai .

atau mungkin kita sabotaj doa kita sendiri , dimana usaha tak selari dengan apa yang kita nak ,
jadi hati - hatilah dengan apa yang kita doakan , fikirkan , katakan atau lakukan...

ok.
Jatuh Cinta itu mudah...
Berkahwin itu juga mudah.

Jatuh Cinta itu mudah...
Berkahwin itu juga mudah.

Jatuh Cinta itu mudah...
Berkahwin itu juga mudah.


4 comments:

  1. hem.. allah masih belum nak kabulkan tu mesti ada hikmah nya..
    mcm kf tiap2 kali lepas sembayang doanya CEPATKAN LAH JODOH dgn Mr A, tp sampai skr ni tak jgk sampai

    ReplyDelete
  2. Salam hari raya ke semua, dari pakngah.

    ReplyDelete
  3. Salam Terarosa...Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. Suker ayat yang last 2 rangkap tu. Macam tengah memotivasikan diri jer..hehe..gurau jer yer...

    ReplyDelete
  4. kf,
    yep , semua yg berlaku atau tidak berlaku sudah diatur cantik oleh Allah. Mungkin sesetengah doa itu, termakbul diakhirat mahupun selepas kita tak bernyawa lagi.
    Saya redha... ( oh ini bukan doa jodoh sahaja tapi doa saya yang lain - lain .... doa lain yang banyak lagi heheheheeee...)

    Pakngah,
    kasilah satu entri raya sebijik,
    Insyaallah kalu panjang umur & murah rezeki kita jumpa lagi,
    Selamat Hari Raya jugak.

    Kak Mawar,
    hahahaaa memang ayat motivasi sepanjang puasa tu.
    Selamat Hari raya jugak.

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)