Friday, October 16, 2009

atomen pun kalah dengan cabaran macam ni

kelmarin jam 4 petang lebih - lebih , sedang aku sibuk merancang jamuan raya bilik pada minggu depan... tiba - tiba dapat satu salinan fax !
Tarikh fax 12.10.09 , sampai ke tangan aku 15.10.09 fuh baru aku tahu jauh benar pejabat pengurusan yang berada satu bangunan dengan bilik aku , ok lebih tepat lagi , bawah bilik aku sahaja , atau nak cerita dengan mudah , telefon kan ada... mengapa sampai 4 hari 3 malam nak sampai ke tangan haku ?
ah menda dah jadi , nak buat macamana :P
tapi tugasan yang paling mencabar ialah , aku kena siapkan kertas kerja yang perlu dihantar pada 15.10.09 juga . Amacam ?
Atomen pun kalah dengan dugaan ini....

lainlah Doremon, dia ada poket yang tersimpan pintu masa... ah kalu tak guna pintu masa pun, dia ada macam alat - alat lain , termasuklah mesin pelembut hati , mesin jangan kasi marah , mesin perlahankan masa , mesin pendua badan ,
ah macam - macam lagi.... sebab itulah sekarang ni aku dah tak tengok Doremon .
Sungguh melalaikan, sehinggakan aku terlupa untuk bertindak dengan bijak akibat dari asyik memikirkan alat apa yang dapat menolong aku ketika aku kesempitan.
TAK GUNA !!! ( sila baca dengan nada alih bahasa Mask Rider kikikiii...)

TETAPI ehem - ehem disebabkan tugasan ini adalah berkaitan dengan pertanian, YES !!! semuanya dihujung jari !
ok.... tunggu kejap aku nak tiup hujung jari aku dulu... fuhh sebelah kanan...fuh sebelah kiri
ok dah....sambung balik,
aku akan cuba buat yang terbaik dalam masa cuti Deepavali ini, memandangkan Boss aku yang tandatangan surat di atas tiada pada hari khamis (kelmarin) dan Isnin minggu depan ... jadi aku akan SURPRISE kan dia dengan tugasan yang dah siap . Amacam ?
best - best...
terasa macam Andy dalam The Devil Wear Prada , bila masa dia terpaksa mendapatkan manuskrip buku Harry Potter untuk anak kembar Boss dia dalam masa yang singkat. Fuhh mesti puashati lebih dari itu.

" Stop screaming and start showing off. Do it quietly and with class. It's magic.
It's jaw-droppingly amazing in its effectiveness . Showing off under pressure is elegant. It's a beautiful thing"
- Work Like You're Showing Off (mukasurat 6)

aku rasa atomen pun buleh putus asa dengan projek ini, sebab ianya melibatkan bidang pertanian fertigasi , hidroponik dan tisu kultur hahahaaa cuba bayangkan atomen nak buat semua benda tu.... nangis siang malam lar.... sekali BERTUKAR !!! ( sila baca dengan nada alih bahasa Atomen) , semua tanaman hancurrrr hahahahaaa...

************* cerita lain **************

Showing Off kalau ikut ertikata sebenar adalah menyakitkan hati kalau tengok sesiapa yang melakukannya, apatah lagi yang jenis nak jadi icing on the cake ( orang lain kerja teruk dari awal, muka dia plak timbul dihujung projek) tetapi dalam buku (sila rujuk entri lepas) Showing Off telah diberi istilah baru oleh penulis, ianya bukan satu perkara yang negatif , malah turut dilakukan secara senyap - senyap tapi hasilnya adalah terbaik. Lain sungguh dengan sikap menunjuk - nunjuk yang ada dalam kehidupan kita. Tapi disebabkan aku nak berkongsi cerita disini, nak tak nak... nampak sangat aku showing off disinikan ? hahahaaaaa

ada beberapa perkara lagi yang aku nak kongsikan disini :

1. For the true show-off , work is play . Showing off means being in a state of flow in which you can almost stop thinking about what you're doing because it comes so naturally.

2. The beauty of showing off is that it's probably most effective when done quietly.

3. Being known as the person who gets things done is one of the ultimate career turbo-chargers.

4. If you don't like the unknown , you're the fish that doesn't like water.

5. ah banyak lagi... malas aku nak taip kikikiiii....

When i see you smile oleh Bad English adalah lagu Rock_English .... oklah... sloooooooww_rock English yang pertama aku dengar dalam hidup aku , itupun secara tak sengaja aku terdengar dalam masa aku tengah tunggu abe Tommy Page dan NKOTB dalam America's Top 10 dulu - dulu :P


Song Lyrics

2 comments:

  1. aku biasa kalau dapat surat2 lambat camgini aku cop bila tarikh aku terima..senang kalau nak bergaduh dikemudian hari...huhu..

    ntahlah..aku tak pernah percaya dgn buku2 motivasi ni...my bad..kalau pikiran aku negatif...tapi aku rasa dorang just nak jual dan cari untung ajer...semua ayat2 sedap di mata dan halwa telinga hanya untuk pelaris jualan..kalau aku pandai mengayat begitu sudah tentu jugak aku buat buku...hehe...

    Bad English tu aku kenal vocalistnya John Waite dizaman 80's...try cari lagu "Missing You"...pergh...leleh!

    panjang pulak post aku ni.. :P

    ReplyDelete
  2. berteromber,
    setakat ini 'rapport' dan rekod aku baik dengan Boss kikikiiii... tak perlu cop untuk buktikan kebenaran :)

    ngko kutuk buku aku ? tunggu lar aku jawab dalam entri yang seterusnya. Ya tunggu !
    peh ada hati nak jadi penulis buku,
    walaupun aku ulat buku, aku tengok juga latar belakang penulis, kalau ada nickname "berteromber" jangan harap aku nak beli kuikuikui...

    lar lagu "Missing You" memang biasa dengar kat radio Mix.fm , tak tahu pun vocalist Bad English yang nyanyi...hahahancurrr :P

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)