Saturday, October 10, 2009

It's Gonna Be Me !!!

hokkkayyy....
setelah sekian lama , aku direhatkan maka sudah tibanya aku beraksi semula,
menggunakan kepakaran dan 'superpower' yang aku ada untuk menyelesaikan misi yang hampir mustahil diselesaikan oleh manusia biasa.....
Bermula hari ini kena siapkan fail pengajaran dan pembelajaran , ada pemantauan dari ibupejabat pada 19 Oktober 2009 dan untuk hari - hari yang seterusnya :

12 Oktober 2009 - Boss no. 2 nak tengok laporan aktiviti kolej untuk suku tahun ke 3
- Selaku Setiausaha Majalah Kolej aku kena adakan mesyuarat editor majalah.
- Jamuan 'Teh Herba' a.k.a Sambut Hari Raya untuk Kelab Mandarin
15 Oktober 2009 - Hantar bahan majalah kepada pereka grafik majalah
- agihkan tugasan kepada 21 ahli bilik untuk sambutan Hari Raya peringkat bilik aku dengan menjemput 100 orang staf kolej.
18 Oktober 2009 - Masak Soto untuk famili dan majlis keesokkannya ,
kalau sempat kukus kek coklat tapi wajib untuk try resepi Oranglidi (lihat wa dah masukkan dalam diari wa lagi :P)
19 Oktober 2009 - pemantaun dari HQ ,
- majlis makan - makan untuk bilik aku yaeeeyyyy !!!
24 Oktober 2009 - Ke Bukit Merah Laketown Resort , ada mesyuarat...( makan minum ,
penginapan dan pengangkutan di sediakan) yang ni manusia biasa pun
buleh buat kikikiiiiii :P
29 Oktober 2009 - Idris Jusoh nak maghi kolej haku ? kena bantu buat presentation ... tapi harap - harap dapat makan best - best :P
31 Oktober 2009- Hari Keluarga pejabat aku ......
ahhh kalu aku jadi AJK sukaneka lagi mesti kulit hitam lar pastu :(

oh jangan lupa tugas aku untuk mengajar berjalan macam biasa , malah ditambah lagi dengan Ujian 2 yg bakal berlangsung pada 24 Oktober , kena buat soalan , tanda kertas dan bentang dalam mesyuarat... tapi sebelum itu , nak kena jaga juga budak - budak yang peratusan untuk gagal itu tinggi.... target aku tahun ini - takdak yang gagal !
budak - budak ni datang bermusim , kalu yang terer , satu kelas buleh dapat A , kalu tak terer... purata B pun susah juga nak dapat :P

disebabkan aku bakal sibuk dan untuk mengelakkan kamu dan kamu dari selalu datang
blog aku ,
nahhhhhhhhh
aku letak lagu - lagu dari faberet boyzband aku muahaahahaaaa....

err... kat mana ada jual patung NSync yang buleh menari macam tu , nak buleh ? :P

Inilah kelebihan teknologi dan wang - aku buleh tengok videoklip yang aku tak pernah tengok , dan tak mampu tengok disebabkan kekangan masa sebagai seorang pelajar.
first time aku tengok video klip Take That untuk lagu Could It Be Magic...
cis seksi untuk tatapan umum , jadi aku letak yang paling sopan selepas dicekidaut .
psst.. pssttt sila beri perhatian kepada abe Robbie William ( ala yang dok nyanyi tengah - tengah tu kiikiiikiii...)


Song Lyrics


aku rasa 'step' tarian mereka tu buleh try- buleh try hahahaaaaaa ala kesian dorang zaman tu , kalu tak silap awal 90 - an 'step' tarian tak kemas dan 'smart' lagi :P

psst... pssstt untuk terus mengguris perasaan kamu ,
baiklah aku kongsikan sedikit rahsia aku disini....
aku ada kaset The Best Of/ Greatest Hit :
NSync - Five - New Kid On The Block - Take That-
BackStreet Boy-
Westlife
Boyzone
dan kebanyakkan nya aku beli masa aku dah kerja.
Amacam ? hahahaaaaa....
Aku pom satu hal juga... kalau banyak kerja....aku akan kembali kepada masa aku tak perlu tujukan lagu kepada mana - mana lelaki :P
bayangkan aku menyanyi lagu - lagu tersebut dalam kereta bila dah mula rasa mengantuk
dan menyanyi - nyanyi dalam hati kalu penceramah didepan sungguh tak menarik dan tak bijak untuk mengecas sel - sel otak haku .
Tapi salah ke kalu aku layan lagu - lagu Boyzband ?
lihatlah macamana mereka mempengaruhi peribadi aku sekarang ?
siap jadi pekerja cemerlang lagi kan ? hahahaaaa...
apa nak di malukan ?
ada ke ?
tak ada kan ?

cuma idea nak jodohkan aku dengan orang yang lebih tua dari mak aku tu...
memang tak masuk akal langsung !
mereka sepatutnya buat homework sket , malas betul lar dorang ni :(

SMS : aku juga turut melayan CD ini

1 comment:

  1. uih, bakal sibuk le lu. hehe.

    masak soto???? lame wa x makan soto!! hehe. kene try rase skali nih.

    kek coklat kukus?? unik2!

    lu wajib wat agar2 wa!! hahahah.. wat bentuk kucing!

    wa rase lu msti dapat anugerah pekerja cemerlang skali lagi. !

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)