Wednesday, October 21, 2009

Kenapa saya suka buku saya... episod 2

Selepas Boss No 1 tahu aku banyak baca buku, aku diberi peluang untuk
  • membuat pembentangan tentang buku - buku yang aku baca di depan perhimpunan staf,
  • diberi tanggungjawab untuk beli buku library dengan bajet puluhan ribu dari HQ (aku dah lupa nilainya) . Sebenarnya hal ini berlaku tanpa dirancang , pada asalnya aku saja yang tergedik - gedik buat kertas kerja untuk ke Pesta Buku Antarabangsa 2008 secara percuma - makan minum , pengangkutan , penginapan minta bajet dari pejabat ler, lagipun aku ke sana memang nak cari buku rujukan, nasib baik lar diluluskan dan tiba - tiba kebaboommmmm.... dapat pula selonggok duit untuk dihabiskan dengan membeli buku :D
  • diberi tanggungjawab lagi untuk menyelaras kursus motivasi bagi pelajar bila kaunselor berpindah ke KL. Syukur Alhamdulillah En Fadzly Yusof penulis/motivator tempatan itu sanggup datang ke kolej aku dengan bajet yang 'ciput' maklumlah bajet hujung tahun :P
  • diberi kepercayaan untuk memilih dan membeli buku bagi hadiah Anugerah Pelajar Cemerlang selama 4 semester @ 2 tahun berturut - turut.
  • dan untuk tahun ini aku diberi peluang untuk kendalikan aktiviti pembangunan staf , jadi tukang hantar laporan aktiviti tahunan kepada HQ dan Setiausaha Majalah Kolej .
Disini aku hanya senaraikan jawatan aku yang ada kaitan dengan buku dan motivasi sahaja , ada lagi jawatan lain tapi tak ada kaitan dengan tajuk entri :P
Tapikan pada tahun lepas aku dipaksa ganti Boss No 1 untuk menghadiri kursus selama 4 hari.... huhuhuuu... ini tak ada kena mengena dengan buku , tapi kepercayaan Boss No 1 terhadap aku kadang - kadang aku sendiri pun tak percaya.

( pssst..psst sebenarnya aku sempat membantah lagi dengan keputusan ini , sebab ada lebih kurang 8 orang lagi yang berhak ganti dia , nanti apa orang kata dan nanti tak terkata pula aku depan Boss - Boss lain dalam kursus nanti , tapi usaha aku dengan memberontak dan membantah itu sia - sia sahaja, kursus kena pergi juga dan dalam kursus itu baru aku tahu erti tanggungjawab dan kepercayaan Boss jangan di sia - siakan ....)

Sehingga ke hari ini , aku masih lagi memegang jawatan dan tanggungjawab untuk melaksanakan apa yang aku perolehi dari kursus tersebut... tapi sudah tentu bukan sebagai Boss lar kikikiiiiiii....

Disamping rezeki yang telah tertulis untuk aku , ianya juga melibatkan cause and effect .
Selepas 5 tahun aku mengumpul buku - buku tersebut,
tiba - tiba ada orang mengetahui dan menghargainya,
sehinggakan aku dapat banyak projek serta tanggungjawab untuk dilaksanakan
dan seterusnya berpeluang pula untuk mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang 2008 . Alhamdulillah.....

Nampak tak percaturan Allah yang cantik disini ?
Mungkin orang lain berjaya dalam kerjayanya disebabkan kemahiran dalam bidang lain seperti bidang teknikal , program komputer , Sukan atau Keagamaan
tapi aku ? dengan cara aku yang tersendiri....

hah tentang kewangan pula, kan lebih baik belajar dari orang yang telah ada pengalaman daripada kita ulangi kesilapan yang sama, nanti rugi masa,tenaga dan wang juga :)
Alhamdulillah berkat usaha aku itu dan mungkin dengan pengalaman yang aku ada, aku dah seronok berkerja sekarang .

Ya semuanya bermula dengan situasi aku sendiri... untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja. Tapi itu sebahagian cerita hidup aku di tempat kerja , tak masuk lagi sisi gelap dalam hidup aku yang sebenar ..........
........... (bersambung)

8 comments:

  1. wah!! boleh jadi perpustakaan bergerak lu nih!

    ReplyDelete
  2. waaa..... ku jeles dgn jawatan mu..

    sbnrnya... cita2 ku dari kecik nk buka kedai buku.. terra tau tak supplier buku2 yg besh2 tak??

    nk tau gak cara nk buka kedai buku.. bole ajar? ehehe

    ReplyDelete
  3. Hai OL,
    Cisss ,wa hanya ada buku yang wa suka baca je, Novel Ayat - ayat cinta pun tak ada , nak bergerak kemana ? keskeskesss.

    Jard,
    kikiki... nak jeles menda, ngko pun hebat juga...ngko hebat dalam bidang slide show kikikiii... aku baru terkedek - kedek nak blaja ni.

    hah nak buka kedai buku ?
    nak cari supplier yang best ?
    supplier tu banyak , tapi yang best tu tak tahu ler, kat opis aku , memang kena guna banyak supplier untuk elak dari campur tangan kroni staf , tapikan kebanyakkan buku yg aku beli dari Popular Bookstore dan Syarikat Muda Osman(SMO) di KB, peh ada cop MPH ler,
    MPH tu kira supplier juga rupanya....
    tapi kalu ngko betul - betul nak tahu cara buka kedai buku, kita buleh try tanya orang - orang berkenaan dengan lebih lanjut.
    Kat Kelantan ni, SMO ada 14 cawangan tau... tapi buku motivasi english tak banyak , sebab dorang lebih tumpukan kepada buku budak sekolah...
    nasib aku ler duk kat klantan ni , boring betul dengan buku yang ada ,
    apakata ngko buka buku kat kelantan ? kikikiiiii....

    ReplyDelete
  4. Terra..heee...percayalah, anda dinilai berdasarkan bakat anda...kalau letak akak kat tempat Terra sure hancus semua.

    "All leaders are readers" surely this involve you....

    ReplyDelete
  5. kak mawar,
    heheheee terima kasih...
    saya sekarang tengah belajar untuk membiasakan diri berada diperingkat baru dalam alam perkerjaan, tak mudah untuk menjadi pilihan Boss, walaupun laluan saya tidak mengacau hidup orang lain. Tapi mulut orang tidak boleh ditutup :P
    Cabaran kian bertambah, saya cuba hadapinya dengan tenang dan senyuman :))

    ReplyDelete
  6. untuk jard, buku2 indonesia ok gak. terutama dari syarikat tarbawi. hehehe.

    ReplyDelete
  7. so many thing to do...so little time...so aku terpaksa kurangkan hobi membaca ni...sekarang hampir tiap2 bulan gi kedai buku membeli...tp bukan untuk sendiri...untuk anak2..

    untungnya jadi org bujang ni...ada banyak masa untuk diri sendiri kan...hehe..

    ReplyDelete
  8. berteromber,
    sejak pindah ke kg sendiri, aku pom tak banyak juga masa untuk membaca, biasanya aku baca buku hujung minggu jer, buku - buku best aku ambil tuk ulangkaji 2 - 3 mukasurat, tak perlu serius sampai tak buleh buat kerja lain.

    bujang ke , dah kawin ke.... semuanya ada pros and cons . Pandai - pandailah menyukuri apa yang ada :))

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)