Sunday, October 4, 2009

Jawab : BDAY YA

To : Terra
Selamat Hari Jadi ! Nikmati 7 hari PERCUMA pggln/SMS ke no 8pax.
Cuma jawab BDAY YA sblm tarikh lahir anda. Pastikan akaun anda aktif & 8pax telah diaktifkan
Sender : 28882

To : 28882
BDAY YA

Sender : Terra

**********************************

kikikiiii.... panggilan free untuk satu minggu.. opss lupa lagi... Alhamdulillah aku hidup lagi pada hari ini , hidup untuk terus beribadat mengutip bekalan akhirat dan menghapus dosa-dosa yang ada.
Sempena bestday aku hari ini , aku lancarkan blog baru aku iaitu blog
Seiring dan Sejalan
(yeyyyy tepuk - tepuk - tepukkkkk........) ingat nak terus ON jer blog ini lepas raya..tapi kira oraitlah juga , dirasmikan pada hari ini.... semoga yang baik akan berterusan !!!

jemputlah baca entri - entri yang sempat aku tulis sebelum ini.
Mengapa aku buka blog baru ni , anda buleh baca entri pertama.
Alahai nak buat macamana Big Boss aku tu popular sangat , ada orang google nama dia , buleh keluar blog aku... tapi eh siapa yang popular kat sini ? Big Boss aku ke... blog aku ? kikikiiiii....
walaupun aku dah delete semua entri yang ada nama dia , tapi aku rasa macam tak selamat jer, so aku dah tukar blog lama aku tu STS kepada nama baru... dan ianya masih rahsia untuk orang ramai.

selain adanya tarikh lahir aku, Oktober juga menyediakan banyak kenangan yang indah dalam hidup aku... yang pertamanya.... tarikh aku mula berkhidmat dengan majikan aku sekarang adalah 2 Oktober , biasanya aku buat kenduri sedikit untuk staf kat pejabat untuk ulang tahun aku bekerja dengan majikan aku...disamping menyambut sendiri hari lahir...aku tak suka surprise party (sebab aku tak pandai berlakon untuk buat - buat terkejut kikikkiiiiii)
dulu masa tiada duit , aku tak pernah sambut hari lahir.... tapi sejak bergaji sendiri , tiap - tiap tahun aku belanja orang sempena hari lahir aku tanda kesyukuran rezeki yang ada .

Selain daripada itu , Oktober juga menghadiahkan KATAK hijau aku sekarang.... memang best giler sambut bestday tahun itu... tapi untuk tahun pertama sahaja, tahun - tahun yang seterusnya... macam biasa ratusan duit juga kena belanja untuk perkhidmatan yang KATAK berikan kepada aku selama ini....
apapun aku tetap bersyukur dengan kehadirannya, apatah lagi ianya seekor KATAK auto kikikiiiii.... memang bersyukur sangat - sangat... sebab tak perlu naik bus dan tak perlu berhujan panas untuk ketempat kerja . Nak shopping banyak - banyak pun NO_ hal lah :P

pagi ni jam 11 , ada sambutan Hari Raya besar - besaran di pejabat....
maknanya kelas memang tiada langsung sebab nak buat persiapan di awal pagi....
wah banyak giler makanan untuk hari jadi aku hari ini... kalau tak silap ada 9 gerai dengan menu utama macam satey, nasi dagang , Soto , nasi hujan panas , laksa penang, laksa klate , laksam ,
mee kari fuhh tu tak masuk beraneka jenis dessert lagi ....
yeyyyyyy..........

Semoga Oktober terus menghadiahkan banyak lagi kenangan yang terindah . Amin.

***************************************************

Jumaat lepas aku terdengar muzik.fm tak sangka sesi pilihan lagu masih ada, hahahaaaa nampak sangat aku dah lama tak dengar radio, petang tu banyak lagu lama - lama disiarkan termasuklah lagu Never Say Goodbye (Bon Jovi) , As Long As You Love Me (BSB) dan lagu ni...
err..errr siapa yang tak minat Boyzband , dinasihatkan jangan klik play lagu tersebut... sebab ianya mungkin membawa kepada simptom muntah - muntah, pening kepala , cirit birit dan halusinasi kikikiiii......

nak buat camner , video ni jer buleh di copy ke sini , yang lawa - lawa tak buleh ambil plak.
Ya Allah tiba - tiba hati rasa lain macam , bulu roma pun menegak jer... aku rasa macam berada di zaman itu , zaman dalam tahun - tahun pertama aku di USM dulu... tak sangka perasaan itu masih ada apabila mendengar lagu ini. Ya tiba - tiba aku rasa muda selama - lamanya ,
Until The Time Is Through
:P

3 comments:

  1. first !
    lallalalalallaaaa....lallalalalallaaaa....
    kikikiiii saja nak try post komen :P

    ReplyDelete
  2. Salam...hehehe, come gak blog baru ni, ada wallpaper lagik. So..akak akan sekali sekala berlari berkejaran kat sini noo....

    ReplyDelete
  3. kak mawar,
    kikikiii.... ala berlari - lari berkejaran jer, jangan sungguh - sungguh ,tiada piala pusingan disini :D

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)