Thursday, October 29, 2009

Faktor ketakutan ( fear factor)

macamana aku buleh terlupa , yang aku ni sebenarnya gayat ?
walaupun ada rekod pernah menawan puncak gunung Kinabalu, tapi siapa tahu disebalik wajah waja ini, sebenarnya masih ada faktor ketakutan yang buleh membunuh diri , iaitu ketinggian ! maksud aku ketinggian tanah dari paras laut , bukan lelaki yang tinggi. Jangan ada salah faham disini,
lelaki tinggi ?
i like !
;)

fuh bukan main bernas lagi cadangan aku untuk mengajak kawan aku mencoba kerusi tergantung yang melintasi hampir separuh dari Water Park dekat Bukit Merah LakeTown Resort(BMLTR) . Lepas siap bayar RM6.00 seorang , aku dengan machonya naik kerusi itu berdua dengan seorang kawan perempuan ( sumpah tak tipu memang seorang perempuan, jadi jangan coba bunuh diri dengan membayangkan yang bukan - bukan , aku tak nak bertanggungjawab sekiranya ada lelaki atau lelaki-lelaki yang tinggi_macho_buleh jadi imam_solat 5 waktu dengan tertib dan kusyuk_ pandai menyanyi_suka belanja aku_ada kerja tetap_kaya_ suka menderma tapi tak cium bau syurga kikikiiiii....)

Sebaik sahaja kaki aku mula tergantung tidak berpijak pada sebarang lantai, Ya Allah baru aku ingat, aku gayat pada tempat yang tinggi.... kawan aku apatah lagi dia lagi gayat hantu penakut , dia ingat aku akan bertindak jadi hero dalam cerita ini... giler.... habis ayat aku baca .... apatah lagi kerusi tu , pandai pula buat bunyi macam nak patah , malah aku juga turut merasa terhina dengan gegaran kerusi yang berlaku... terasa diperli - perli berat berlebihan.... Tak Guna !

namun , aku seperti biasa, bijak bertindak dalam keadaan kritikal, aku terus cuba berborak - borak dengan kawan aku, untuk mengelakkan kami berdua terjun dari kerusi masing - masing....
pada masa yang sama, aku sempat berpesan kepada kawan aku
"selipar di kaki , kepit elok - elok , kan jatuh atas kepala orang....
malu kita,

ingat... ! biar kita yang jatuh, bukannya selipar... "


mana yang lebih sakit ? jatuh atas lantai batu ke atau jatuh atas pagar besi ?

lepas tu aku bagi cadangan kepada kawan aku , apakata selepas mendarat nanti, kita cuba jalan kaki balik ke pintu masuk , tak perlu U-Turn naik kerusi lagi, buleh juga kita tengok pemandangan di sekeliling...
biasa lar, cadangan aku biasanya orang akan terima dengan sebulat suara tanpa sebarang bantahan kikikiiii...

Ya ! kami hanya guna perkhidmatan kerusi tergantung itu separuh jalan sahaja, jadi RM3 lagi nilai perkhidmatan kerusi yang kami tidak gunakan itu , kami sedekahkan kepada BMLTR untuk beli pisang dekat orang hutan yang kami tak sempat berkenalan .
Amacam ? ikhlas tak ?

Vitamin C - 1000 mg
Balik dari Bukit Merah , aku diserang selsema sampai muka sembab , mata dah jadi macam mata panda, memangla panda itu kiut... tapi kalu panda mata merah ?
kiut juga ke ? :(



SMS : Hasil dari lawatan ke BMLTR , Alhamdulillah aku diberi satu kekuatan baru untuk membuat keputusan yang penting dalam hidup . Tapi biarlah rahsia , sebab ianya baru diperingkat permulaan dan tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah mati , apatah lagi yang ada kaitan dengan Ombak Rindu.... ngheeeeee bukan !

3 comments:

  1. kalau dah hilang gayat, lepas ni bulih la ikut aku pegi main payung terjun...nak?nak?

    ReplyDelete
  2. kah kah!

    nasib bek lu bukan seorang yang beli biskut banyak2 bila outing hujung minggu. hehehehe . kalu x msti lu dh menangis time gayat tu. hehe.

    best o g bkit merah!

    keychain untuk wa ke tu? hahaha.

    "biar kita yang jatuh, bukannya selipar" -cis..

    weh, kalu sakit2, hiruplah sunkuik.. die punya kordial tu.. sesudu dua..

    ReplyDelete
  3. Jo,
    main payung terjun ? buleh buleh.... tapi nak kena sedut kloroform lar sebelum terjun
    ngehngehngeh...

    Hai_OL
    weh , lu silap orang, wa penggemar biskut juga tau ! tapi wa jenis yg buleh berubah bentuk mengikut persekitaran.

    a'a best la bukit Merah, ingat nak pergi lagi...

    lu jenis lelaki simpan keychain ke ?
    ah menyesal follow blog lu... hahahaaa

    wa tak ler sakit pun, tapi hidung tersumbat jek. Sunkuik ? a'a wa pernah dengar juga resipi tu kikikiiii... nanti wa try :P

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)