Monday, October 19, 2009

Kenapa saya suka buku saya... episod 1

Boss No. 3 , Ahmad Fadzly Yusof dan Aku
Ya... ! Sudah jelas dan nyata baju kami bertiga memang sedondong kikikiiiii.....

Minat membaca buku motivasi , aku rasa ianya bergantung kepada pengalaman dan situasi seseorang itu, aku mula baca buku motivasi dengan serius selepas 3 tahun bekerja. 2-3 tahun pertama aku kerja memang teruk gila, kena marah dan dimalukan depan orang, dipanggil stupid and monkey, walaupun pada masa itu aku berjiwa rock alternatif tapi apabila tertekan aku sudah tidak malu menanggis depan orang, kalau jumpa kelibat orang tertentu pula aku sanggup keliling bangunan melarikan diri...
nak berhenti kerja ? mana nak cari duit tanggung keluarga, memang aku perlukan motivasi yang tinggi masa tu... ilmu yang aku belajar kat USM tak cukup untuk hidup.

(Ya.... seperti Batman , Wolverine (X - Men) dan James Bond aku juga pernah di dera secara mentally ! amacam ? pendedahan ekslusif ini hanya ada dalam blog aku sahaja... tahniah kepada pembaca blog aku kerana mengetahui hal ini, sebab ianya tak mungkin dibukukan demi menjaga maruah orang yang tertentu )

Buku motivasi ini cuma salah satu cabang USAHA aku dalam mengurus masalah tempat kerja dan kewangan. Tolonglah jangan cuba samakan buku motivasi dengan Al - Quran dan Hadis .
Aku bukan sejahil itu , untuk mempertikaikan keagungan Al- Quran dan Hadis. Tapi mungkin disebabkan hal lain , mereka dan keluarga mereka di pejabat memperlekehkan buku - buku yang aku baca. Apatah lagi aku baik dengan Boss No 1 disebabkan kami mempunyai minat membaca buku atau dengan lebih tepat lagi minat membaca buku yang sama, macam - macam juga sindiran yang aku dapat. Sedangkan aku beli buku tersebut..... sebelum aku berjumpa dengan Boss No 1 sekarang... tapi bila Boss no 1 belikan buku tersebut untuk library kolej , masa itulah kami berkongsi cerita.... what to do honey.... benda tak dirancang langsung, tak payah susah-susah nak kipas atau nak pasang air-cond dengan suhu bilik 16 darjah celcius untuk rapat dengan Boss :P
Ini buku pertama yang mengeratkan hubungan aku dengan Boss No 1 sekarang ,
memang aku dah amalkan tip - tip yang ada didalamnya. Sebab itu aku buleh berbincang tentangnya dengan Boss No 1 . Boss No 1 siap bagi pinjam CD buku tersebut lagi . Best !

Selepas Boss No 1 tahu aku banyak baca buku ......... (bersambung)









5 comments:

  1. pergh.. sayu baca. lu sebut Usm teringat plak kat cite ali setan. hehe. zaman2 retro.

    sambung cepat weh!

    ReplyDelete
  2. oranglidi,
    bukan sahaja Ali Setan, citer kak Erra Fazira - Soal Hati pom dorang berlakon k at USM tau...
    best - best....
    amboi drama Nur Kasih lu sanggup tunggu seminggu sekali, entri wa ? lu sruh sambung cepat2... tapi ada ke sambungannya ? wa pun belum pasti :P

    ReplyDelete
  3. ooo...ada sejarah silam rupanya...huhuhu..

    ntah la..aku kalau baca buku camgini..baru masuk 3rd page sure aku dah tido...dulu kat co. lama..untuk confirm jawatan..ada exam buku2 camgini..aku tak lulus pun..0 markah..dah aku tak jawap apa2 pun pasal langsung aku tak baca buku tu..duk 5 minit aku keluar..HR cakap aku kena ambik exam lagi sekali..tapi lepas 3 bln..sama macam org lain yg lulus exam tu..aku dikonpemkan jawatan...ntah la..mugkin nasib aku baik kot..dah tak pernah pulak dipanggil utk re-sit exam tu...hehe..

    actually dedulu aku giler membaca jugak...tapi bukan buku motivasi la...:P..Stephen King dan John Grisham mmg fav. aku...tp sejak dah beranak pinak ni...makin takder masa...kekadang dapat sebln 1 buku pun jadi la..sekarang tengah baca Lasykar Pelangi...rekomended..nanti rajin aku buat entry pasal ni...

    pergh..gila panjang lg komen aku..huhu

    ReplyDelete
  4. wahaha. ye ke? patut la.. kt usm upenye die blakun. hehe.

    weh, camane lu tau wa lyn nur kasih?? haahhaa.
    sambung aja!!

    ReplyDelete
  5. berteromber,
    yup kita akan baca dan melekat dengan sesuatu yang memberi kesan dan bekas kepada hidup.
    Tak dinafikan faktor masa dan banyak tanggungjawab adalah dua alasan mengapa rakyat 'SATU' Malaysia kurang membaca kikikiiiii jangan mare....
    aku ? memang wajib membaca sebab aku kerja dalam bidang yang perlukan ayat - ayat yang cantik dan bermakna. Apatah lagi nasib anak bangsa - harta negara ada dalam tangan aku (peh baru seronok cikgu - cikgu mengajar bila baca ayat ni)

    hah tentang Lasykar Pelangi... ada trilogi kan ? kawan aku cakap ada konsep 'Law Of Attraction' dalam tu , konsep 'apa yang kita fikirkan , mimpikan , bayangkan buleh jadi kenyataan. Macam menarik ? dah biasa tengok novel tu kat Popular, tapi belum sampai seru nak beli lagi :)

    Oranglidi,
    ah buleh kira berapa kali lu ada bukak cerita pasal Nur Kasih tu...
    apatah lagi kampung tunang lu macam lokasi cerita tu, ish... menyampah fulak wa buka cerita ini :P

    ReplyDelete

Berlari berkejaran Lupakan segala duka
Di kota di desa ,Di gunung dan laut
Berlagu kita berdua (hahahaaa... penat ke kena nyanyi selalu ?)