Saturday, October 9, 2010

Mengapa perlu serius.

Esok.
Minggu yang agak sibuk ...
ada 3 mesyuarat nak kena urus ,
lepas tu nak kena ambil beberapa tindakan susulan ...
AJK kecik pun nak kena pantau juga , tak buleh nak serahkan bulat - bulat dekat dorang ni ,
kalu objektif dan niat dorang tak jelas dan ikhlas, hancur projek aku !

dan apabila dari jam 8 - 5 aku sudah mengadap PC / laptop untuk mengerjakan kerja aku...
jadi kebarangkalian untuk aku baca blog ringan - ringan agak tipis dan nipis...kikikikiii...

lagipom aku ada beberapa blog berat yang aku kena masuk setiap hari untuk 'cover' bil broadband Celcom RM98 yang aku bayar setiap bulan . Tetapi mengapa bayar lebih ?
Mungkin juga masa aku sejak 2 menjak ini terlalu berharga, aku dah tak banyak masa untuk mengadap menda - menda tak bernyawa dan juga berwayar ini.
Dulu aku guna yang RM60 , gila siput babi dia punya lembab ,
otak aku dah macam nak keluar - keluar jer dari kepala ni, bila tahap lembabnya dah melampau, terus aku tukar ke RM98.
oh..Ini bukan tentang banyak duit atau tidak , ini tentang ketenangan heheheee...

wellllll................. actually .
kat opis aku pun ada internet free , 2 talian lagi ... satu talian takdak wayar , satu talian lagi pakai wayar kuning tu ...
tapi untuk 'search' atau baca blog di opis,
memang tak best , tak masyuk dia punya feeling , banyak sangat gangguan.
hati tak tenang , nak gelak baca blog pipiyapong pun tak aman...
nak menyamar jadi Terrarosa ?
lagi la tak logik. Mana mungkin aku Pensyarah Matematik buleh mempunyai blog Seiring & Sejalan ni ?

Tapi kan aku ada juga terdetik nak hentikan Broadband ni , ganti dengan Astro ,
buleh tengok Oprah setiap hari..
masa aku balik kg kat Lipis hari tu, aku tengok sitcom The Nanny, dalam Astro...
hah best - best...



pstt..psstt... America Next Top Model dah session ke berapa sekarang ni heh ?

yerlah - yerlah aku patut malu dengan pakcik - pakcik dekat Lipis dalam konteks mengejar arus pembangunan sains & teknologi melalui Astro :P

ISU : aku tengok Tasbih Ramadhan dah mula tergantung sayu kat dinding. Apa nak jadi ?

Friday, October 8, 2010

Perlu ada persiapan, terutamanya duit .

Salam,
minggu ni buleh dikategorikan minggu yang sangat 'best'
Selain dari Jamuan_Kesyukuran_Ulang_Tahun_ke_10_ Aku_ Berkerja_ Dengan_ Majikan_ Aku berjalan lancar ,
semalam dalam Majlis Hariraya Peringkat Kolej , aku dapat cabutan bertuah dalam TOP Seven gitu... ala hadiahnya cuma 'hamper' makanan , tapi perasaan seronok untuk naik pentas dan menjadi barisan The Lucky One tu memang best !

Untuk mengimbas kembali Jamuan Kesyukuran aku 3 Oktober (Ahad lepas) ,
aku ada siapkan sket homework pasal menu yang nak disediakan untuk 130 orang.

Antara menu utamanya ialah :
- Nasi Kukus panas - panas punya ( lauk ayam goreng sama gulai dalca)
- Bihun goreng Singapore sama keropok keping
- Air Sunquick (perisa tropika , sunquick biasa tu dah biasa minum.... )

Pencuci Mulut
- Puding cocktail ( tempah dengan kawan A)
- Agar - agar + mini fruity puding ( tempah dengan kawan B)
- Tapai ( tempah dengan kawan C)
- Colek Buah a.k.a Rojak Buah ( jambu batu , ubi skuang , betik , limau bali ,
nenas - kuahnya aku buat sendiri versi kelantan punya)
- Air cendol + santan + gula melaka ( tempah dengan Cafe)
- Cheese Cake ( beli dekat Tesco)

YA kebanyakkan pemanis mulut ditempah dengan kawan - kawan , sebab ianya dibuat dengan penuh kasih sayang tanpa bayaran cuma nak kena sediakan bahan mentahnya sahaja heheheee

Majlis mula jam 12 tengahari.
Alhamdulillah tetamu makan dengan tenang dan girang...
dan tiba - tiba aku rasa macam Shah Rukh Khan dalam video ni la fulak...apabila tahu apa yang tetamu idamkan untuk makan tengahari.



okay - okay ini hanya khayalan aku sahaja , tiada kena mengena langsung makanan dengan awek - awek yang seksi dalam video , yang ada kaitan mungkin kek itu sahaja , simbolik kepada Harijadi aku untuk keesokkannya ( 4 Oktober yang jarang aku sambut)

Isu :
Kenduri kesyukuran bukan sekadar untuk majlis pertunangan , kawin atau dapat anak. Harap Maklum.

Imbasan :
Teringatkan ex-housemate yang sama - sama layan VCD Mohabattein suatu ketika dulu, masa tu kami masih lagi bujang dan sekarang ? yerlah...... aku masih lagi bujang dan dia sudah berstatus janda anak 3 .

Things to do
Selepas 10 tahun berkerja ni , nampaknya aku perlu kemaskini perancangan kewangan aku semula , baiklah aku akan mulakan dengan buang dan basuh tahi anak kucing dalam bilik aku ini dulu. Yerlah macamana nak berfikir kalu bau masam ini mencemari udara yang akan digunakan oleh sel - sel otak aku .... Alahai cabaran hidup semakin bertambah dengan faktor usia nampaknya.

Sunday, October 3, 2010

dan bila esok




Sejak berakhirnya lagu - lagu yang sezaman dengan lagu Di villa indah ini ,pernah menjadi saksi
temasya yang gemilang , suasana meriah termetri di hatiku, kau yang memiliki , kehebatannya di malam itu
. ok 'CUT' ini demo sahaja, tak perlu nyanyi sampai habis...

aku dah tak 'into' lagu Melayu ... lebih spesifik lagi lagu dari kumpulan Melayu ( kecuali KRU kiikikiiii...)
tapi sejak 2 menjak ni apahal ku buleh hafal lagu budak - budak sofaz ni.
Mungkin lagu ni selalu ke udara dalam stesen radio ERA , setiap kali aku balik dari kerja.
Buleh tahan juga lagu ni, apatah lagi ada korus yang perempuan nyanyi. Lain dari yang lain. Buleh berduet gitu.

ah ngantuk giler nyer.
Masa untuk 'morning person' tidur.
gudnite.

Iklan : Hidup ini adalah benar , Mati itu juga adalah benar. Esok adalah birthday aku.


Kesimpulan hari ini : Alhamdulillah Majlis aku tadi berjalan lancar.

Saturday, October 2, 2010

Selamat Malam.

Semalam layan satu rumah terbuka,
hari ini ada 2 rumah terbuka,
esok sempena Ulang tahun ke 10 aku berkerja dengan majikan aku,
aku adakan jamuan kesyukuran untuk staf pejabat, banyak juga yang kena fikir dari menu makanan , minuman , susun atur meja kerusi ,
semuanya aku kena sediakan,
aku buat dekat kafe opis.
Nak ajak semua datang ke rumah aku, jalan sempit , parking kereta tak banyak...

alahai sedar tak sedar.... 10 tahun sudah berlalu,
tapi dengan kesedaran ini jugalah membuatkan aku untuk tidak gentar menghadapi masalah dan rintangan di tempat kerja,
terima kasih pengalaman .
aku rasa lagu ni, memang sesuai untuk 'morning person' macam aku.....



Untuk Rekod :
Ahad - Jamuan Kesyukuran dari aku
Isnin - Rumah Terbuka P2
Selasa - Rumah Terbuka P1 ( ini mewakili bahagian dimana meja aku berada)
Rabu - Reserved untuk Rumah Terbuka P3 ( biasanya dorang buat juga, cuma tahun ni lambat la pulak nak bagi kata putus)
Khamis - Sambutan Raya 2010 peringkat Kolej
Ahad minggu depan - Jamuan penerima APC tahun 2009 (akak penerima 2008 , ingat tak lagi adik - adik? heheheee ..)

'save' bajet makan seminggu !
Ya dalam bab makan , kami memang bersatu padu , memang satu Malaysia,
sebab tahun lepas , ada jamuan raya bertembung , jadi banyak makanan yang lebih , perut kami juga yang rugi. Jadi bermula tahun ni, sebagai S/U persatuan staf dan menjadi salah seorang penganjur jamuan, aku telah siapkan jadual di atas keh keh keh...
Doakan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah hendaknya.

Selamat .

Hari ni genap 10 tahun aku kerja dengan Majikan aku...
itu sahaja, ada banyak kerja hari ini...
tak sempat mengarang.
lain kali cerita lagi.
bye

Wednesday, September 29, 2010

Frugality

hari ni tak dak kelas , budak - budak ada gotong royong kat bengkel dorang,
sementara menunggu rumah Terbuka Bahagian staf Pentadbiran bermula jam 12.00 ,
maka terkeluarlah entri ini....

Jadi apa cerita ?
ceritanya aku akan cuba 'settle' hutang Katak aku pada tahun depan , buatlah macamana pun asalkan settle.
Mungkin aku akan cuba lakukan hal - hal dibawah :
  • Naikkan bayaran bulanan katak lebih dari nilai perjanjian.
  • Berhenti membeli kain 4 meter untuk baju kerja sebab stok kain 4 meter dalam almari aku tu dah lebih 12 pasang , nak buat baju raya tahun depan pun buleh , nak buat baju konvo budak tahun depan pun dah ada. Kurang beli kain , maka kuranglah upah buat baju dalam RM25++ . Kurang buat baju, maka kuranglah upah manik dan labuci untuk baju dalam RM35 - RM 70 sepasang.
  • Basuh Katak aku sendiri , sekali basuh ada dalam RM13.
  • Jangan beli buku lagi, pinjam je kat library awam.
  • Kurangkan pakai baju batik pada hari Khamis , kalu tak pakai baju batik , maka aku tak akan bayar dry cleaning . Mana buleh basuh baju batik dengan sabun biasa. Mudah pudarlah weh.. ikut pengalaman aku , baju yang dibasuh dengan dry cleaning lebih tahan warnanya. Soal aku tak ikut arahan Boss , oh itu tiada masalah. Sekali sekala kita ni , nak kena juga lawan arahan Boss. Orang kata biar ada pendirian !
  • Makan breakfast kat rumah. selain dari jimat banyak , ianya lebih berkhasiat !
  • Berhenti menghisap rokok kepada mereka yang berkenaan dan bukannya aku kikikiiii...
  • Banyakkan bertaubat dan jangan beli tudung express lagi dan lagi... hal ini akan mendorong kepada sikap malas membasuh dan mengosok tudung. Secara tak langsung budaya dan seni melilit tudung juga akan mula hilang didunia ini. Harap Wardina (Pengacara MHI TV3) mengambil berat akan hal ini .
  • Rajin untuk mengkacau susu Anlene sendiri , lebih murah daripada duk beli susu dalam kotak macam Anelene Concentrate atau pun susu Marigold High and Low.
  • Beli emas bila harga rendah . Bukan main beli jer ikut nafsu . Beli emas untuk pelaburan , bukan untuk menunjuk - nunjuk atau bak kata Apex Ujub.
  • dan lain - lain lagi ........ takkan aku nak kongsi semua dengan masyarakat umumkan ?
  • tapi langkah untuk kawin dengan orang yang beriman , masih bujang , sedap mata memandang dan buleh beli Honda CRV sebagai kereta yang ke lima (secara tunai) pun boleh jugak kan ? kikiikiki.........
ok, aku tujukan lagu ini untuk Katak yang sudah berkhidmat dengan aku hampir 4 tahun....

ku sunting diri mu dan ku genggam hati mu itu dan ku jaga bagai bungaku , kau kan tumbuh terus mewangi.....aaaa...aaaa...aa...... ( kikikiikiii... klasik punya lagu.... )



Imbasan : terkenang zaman aku jadi budak paling hitam tapi bijak dalam kelas .

Friday, September 24, 2010

Fairy tales ?

entri untuk komen video Wedding Of Fairy Tales yang aku tengok kat dinding facebook hari ni....
ah buleh juga tengok kat youtube disini.

aku tak nak la komen pasal pembaziran .
Sebab ianya bergantung kepada pengertian kehidupan dan kebahagiaan hidup masing - masing.
Pasal islamik atau tidak keh keh keh... tengoklah sendiri...
Anda lihat , Anda tahu :P
tapi .....
hencem giler mamat yang tak pakai baju tapi pakai seluar pendek hitam tu... kikikiiiii...
kesian dia , berapa ribu dorang bayar heh :D

ok , balik kepada persoalan aku pada hari ini ,
kalu kedua - dua belah pengantin dah kaya raya, ada duit banyak giler ,
semua perancangan buleh direalisasikan sebegitu mewah dengan mudah .
Habis cerita.
Ianya bukan satu mimpi atau fairy tales pom,

Sebab bagi aku fairy tales itu seperti
ada seseorang panggil nama kamu dari istana yang tinggi dan kemudian menyuruh kamu turunkan rambut kamu yang panjang untuk dipanjat ,
err..err jangan tanya aku sebab apa kamu kena berada atas istana yang tinggi , cerita ni memang macam tu.
cuma jangan lupa Si Dia itu mesti Putera Raja yang sudah tentu kacak
dan lebih tinggi dari kamu !

fairy tales bagi aku juga ,
apabila kamu ada Pari - Pari yang boleh menukarkan persalinan baju kamu kepada baju gaun malam yang cantik, oh jangan lupa dia juga ada hadiahkan sepasang kasut kristal , yang hanya muat dengan saiz kaki kamu sahaja, bukan saiz 6 atau 7 tapi betul - betul muat dengan kaki kamu . Supaya apabila jam sudah menunjukkan pukul 12 malam , kamu akan lari dari istana dan tertinggal sebelah sahaja kasut. Ingat sebelah sahaja , yang sebelah lagi tu , simpan elok - elok , adalah gunanya suatu hari nanti. Tolong jangan pecahkan atau jual kat sapa - sapa. Ingat pesanan aku ni, pulangannya sungguh berbaloi - baloi.
Sekali lagi SILA SIMPAN KASUT itu baik - baik.

fairy tales bagi aku juga,
apabila seekor kucing boleh berdiri dengan 2 kaki sahaja
dan memakai kasut boots
dan boleh bercakap dengan bijak.
wahhhhhh comel giler !

fairy tales bagi aku juga bermaksud
apabila Si Dia hadir dalam radar penglihatan aku dan tiba - tiba loceng lembu pun berbunyi.
hah Loceng Lembu ? kah kah kah... itu 'intro' lagu dalam filem ni lar kah kah kah....



STATUS : selain belum kawin lagi , aku tengah sibuk bagi 'tuition' kepada 2 ekor anak Boboy yang berusia dalam sebulan lebih. TOPIK : CARA - CARA BERAK KAT LUAR RUMAH.
Prestasi mereka agak cemerlang , mereka dah pandai meng'iau' ( atau mengmeow ?) suruh buka pintu untuk berak atau kencing. Cuma kalau tuan rumah tak sedar atau malas memantau tempoh masa mereka berada di dalam rumah, maka akan wujudlah najis dibawah rak pinggan mak aku.
Jadi sekarang siapa yang lebih pintar dan cemerlang disini ?

Thursday, September 23, 2010

Bent





If I fall along the way
Pick me up and dust me off
And if I get too tired to make it
Be my breath so I can walk

If I need some other love
Give me more than I can stand
And when my smile gets old and faded
Wait around I'll smile again

Shouldn't be so complicated
Just hold me and then
Just hold me again

Can you help me I'm bent
I'm so scared that I'll never
Get put back together

You're breaking me in
And this is how we will end
With you and me bent

If I couldn't sleep could you sleep
Could you paint me better off
Could you sympathize with my needs
I know you think I need a lot

I started out clean but I'm jaded
Just phoning it in
Just breaking the skin

Can you help me I'm bent
I'm so scared that I'll never
Get put back together

You're breaking me in
And this is how we will end
With you and me bent

Start bending me
It's never enough
I feel all your pieces

Start bending me
Keep bending me until I'm completely broken in



ISU : sepanjang puasa tak dengar
Matchbox 20 , tapi sekarang tercari - cari pula.

Saturday, September 18, 2010

Disco Dancer In Kuala Lipis.

Hari Rabu lepas , aku makan nasi tengahari di rumah PakNgah , dah 2 hari berturut - turut aku dapat makan ikan Patin Masak tempoyak versi Pahang.. sekali Mak Andak aku masak kat rumah Kg Sega , sekali lagi Mak Ngah pula yang masak, terima kasih di ucapkan pada PakNgah sekeluarga... sebab sudi menjamu aku dengan makan tengahari .
sekarang otak aku lebih bergeliga , kalau aku nak ke KL naik keretapi, tiba - tiba terasa lapar , aku dah tahu dah kat mana aku nak makan nasi kikikiiii.........
dikesempatan ini juga aku nak minta maaf kat selebriti blogger popular pipiyapong, sebab kehadiran aku dirumahnya mungkin menganggu fasa tidur selebritinya , apatah lagi pada masa tu , dalam TV ada drama lakonan Rozita Che Wan kikikiiii....

Aku dah lama tak naik keretapi ke Lipis , rasanya sudah 10 tahun , iaitu sejak aku mula kerja, selama itulah aku tak naik keretapi... naik keretapi ni sedap dia sampai aku dah tak baca buku , peh aku dengan buku memang tak buleh dipisahkan, kalu naik flight / bas memang aku akan bawa buku seketul buat teman / ubat bosan. Tapi bila aku naik keretapi, peh aku tak ada masa pula nak baca buku, sebab feel naik keretapi ni lain macam sedapnya...
tapi satu jer yang tak sedap naik keretapi ni, ala tandasnya yang tak statik dan kena kongsi dengan lelaki ? gelinyer ...
terpaksa aku bertahan hampir 5 jam juga untuk tidak guna tandas.
sampai ajer stesen keretapi Lipis , terus aku mencari tandas ...
dan disinilah aku rasa pihak berkenaan / pihak berwajib mahupun individu yang bertanggungjawab untuk menambah tandas di Stesen Lipis dalam 4 mangkuk lagi.
apa kes , tandas hanya ada satu mangkuk je untuk pompuan , satu mangkuk jer untuk lelaki,
bayangkan kalu yang dalam tu tengah sembelit , yang kat luar ni pulak cirit birit ..
kan kucar kacir jadinyer.

Apa nak jadi dengan stesen Keratapi Kuala Lipis ?
aku tengok macam tu jugaklah sejak 20 tahun yang lalu....
punyalah tinggi lantai stesen dengan tangga keretapi , dulu masa aku kecik , oklah aku ada arwah ayah aku untuk angkat aku naik keretapi , tapi sekarang ?
punyalah tinggi aku kena lompat turun , tak macam stesen keretapi kat Wakaf Bharu ,
lantai sama paras dengan pintu keretapi , peh sebijik macam pintu LRT :)

Apa yang berubah sekitar Stesen Keretapi Lipis ... mungkin kaunter tiketnya dah bertukar sedikit , dah nak macam pejabat pos gitu ,
kerusi - kerusi kayu yang panjang tempat aku tidur masa kecik - kecik dulu pun dah tak ada....

ah tiba - tiba aku hairan, kenapa aku kena tidur atas kerusi kayu yang keras masa kecik - kecik dulu , bukanya aku buleh tidur , sempit ! bila - bila masa pun bleh jatuh
dan kenapa juga aku kena mandi kat stesen keretapi di depan khalayak ramai, itupun aku masih tak tahu sehingga kini .

oh ya kalu nak dengar lagu Disco Dancer mahupun lagu Qurbani ataupun lagu - lagu dari filem Sanggam disepanjang aktiviti makan angin anda di Kuala Lipis , anda buleh lah menghubungi
En Raju di talian 013 9128539
Dia ni driver teksi yang aku kenal di Lipis , sempatlah 3 kali naik teksi dia.

Persoalan : sekarang ni dah musim luruh ke ? lepas tu musim sejuk ? nampaknya dah tiba masanya untuk aku berhibernasi semula. Hibernasi dari dunia blog lagi...
huaaarrrrrr... ngantuk la fulak.

Isu : Kenapalah sampai sekarang aku dah tak buleh nak upload gambar ? dunia blog dah mula kelabu bagi aku.... ZZzzzZZzZzZzZzzzz.........

Monday, September 13, 2010

Ada padamu : Wan Kamarudin Wan Ibrahim

Brader ni ....
walaupun tak ada mana rock kapaknyer....
tapi dia memang ada sesuatu.



soundtrack dokumentari 'Hero' kat RTM1 pagi tadi ,
tentang sorang kakak
yang tiada jari kaki dan tiada jari tangan... (OKU kaki dan tangan , guna kerusi roda)
tapi terus berusaha untuk hidup berdikari di atas bumi ini ,

yang juga ada naluri perempuan untuk berpakaian cantik dan ber'make up'...

bila diceritakan oleh mak angkatnya betapa kakak itu berusaha untuk kelihatan cantik dan pakai lipstik , kakak tu menutupkan mukanya dengan badan mak angkatnya...
yerlah dia kan tak dak tapak tangan pun nak tutup mukanya, itu sahaja yang dia mampu buat kalu merasa malu atau sedih.
(tapi siapa tak malu apabila diceritakan hal sebegini di hadapan Wan Kamaruddin Wan Ibrahim , aku pom malu kikikiiiii...)
mak angkatnya menangis bila mengenangkan saat itu..
jadi..
bagaimana nasibnya dimasa hadapan ?
bagaimana pula jodohnya ?

Harapan :
semoga dirinya terus tabah ,
semoga hajatnya untuk buat umrah / haji juga tercapai.
semoga aku yang mengetahui perihal nasib hidupnya juga akan terus tabah , gigih dan bersyukur dengan segala yang aku miliki hari ini.

p.s kakak tu ada buka gerai kat Pasar Payang Terengganu.

Now or Never

Aku call opis aku tadi, pak guard yang jawab kah kah kah
maknanya... tak dak lagi orang pejabat yang kerja.

Jadi tindakan aku untuk ke Lipis esok itu satu tindakan yang bijak , apatah lagi dapat naik keretapi ekpress... much better dari keretapi yang yang tiada no. seat tu.... dah ler tingkap tertutup , kipas pun tak jalan , tak dak feel filem hindustan langsung .
tak macam keretapi dulu , walaupun tak dak kipas tapi open air....
nak main air hujan dalam keretapi pun , tak dak masalah.

sebut pasal air , sejak raya pertama lagi... eh silap sebelum tu lagi dalam minggu terakhir Ramadhan , air kat KB dah buat hal , pinggan mangkuk buka puasa kena basuh lewat malam atau pagi esok sebelum sahur , hal ini berlanjutan sehingga ke hari ni , apa kes mandi raya jam 12 tengahari , ( er nasib baik time tu aku uzur ) dan sejak hari tu....
aku bangun mandi macam biasa , macam tiap - tiap hari aku kerja , tak feel cuti langsung , nasib baik tak dak kerja opis , kalu ada , mesti aku dah buat kerja opis tepat jam 8.00 pagi setiap hari...

jadi keputusan aku ke Lipis itu satu keputusan yang bijak untuk mengelakkan aku dari mencari kerja opis lagi dan lagi....

untuk rekod , keluarga aku belah ayah kat KB ni , hanya tinggal sorang jer Pak Sedara , itu pun dia dah uzur sangat dek kena kencing manis . Lepas tu dah tak ada sapa - sapa lagi kecuali sepupu aku yang rata - rata sama umur dengan kakak dan abang aku. Yang tu aku jarang sangat nak pergi jenguk rumah dorang. Cukup jer dorang datang tengok mak aku sebagai orang tua dalam keluarga. Kawan - kawan aku , rumah seberang Kota Bharu tu jer... satu hari dah cukup tuk gi jalan - jalan , kalu jem... raya ke 14 pun buleh pergi lagi rumah dorang.

Harapan : semoga air akan melimpah ruah di Lipis .

Isu semasa : Amalan penggunaan pinggan dan cawan polysterin akan membawa kepada pertumbuhan generasi yang malas untuk membasuh pinggan mangkuk.

Iklan : lar Janji Kekasih dah abes ker ? aku bukannyer apa , aku sukakan soundtrack dier jer itupun sebab tertengok ulangan time sahur jam 5 pagi kikikikiiiiii.....

Thursday, September 9, 2010

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

“(Tuhan) Yang Maha Pemurah, Yang telah mengajarkan Al Qur’an. Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.

Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya). di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

(Q.S. Ar-Rahman 55:1-13)

oh ini bukan isu iklan Raya TV3 ,
ini juga bukan isu artis yang berlakon drama sepanjang Ramadhan....
pegang watak pakai tudung , mimpi kena seksa , lepas tu bertaubat , jadi baik dan dapat pula pengaruh orang lain jadi baik dan insaf.
Tapi luar dari skrip dan kotak TV , artis itu tetap artis.
Biarlah mereka dengan dunia mereka, semoga ada diantara mereka membaca blog aku suatu hari nanti.

namun isu entri aku kali ini ialah....
siapa kita selepas melalui Ramadhan.
sampai tak KPI (Key Performence Indicators) atau Petunjuk Prestasi Utama Ramadhan yang ditetapkan untuk tahun ini.
ada kemajuan ?
atau sama sahaja macam tahun sudah
bak kata ore klate srupo skalo ?
apapun ,
kita tak buleh lari dari kebenaran.
apatah lagi untuk mendustakan segala nikmat hidup yang Allah berikan sehingga ke saat ini.
Nikmat yang paling nikmat bagi aku pada hari ini ialah ........
nikmat masih lagi bernafas untuk menebus segala dosa.

We Can't Keep Hiding From The Truth



Kepada semua yang mengenali aku .

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin ( sekiranya ada salah dan silap)


Untuk Rekod :
ekceli esok raya ke 6 bagi aku keh keh keh.... sudah lama tak jadi gini , ada lebih 5 tahun jugaklar tempohnya. Jadi tak sabar pula nak berpuasa enam ..... ( err maksud aku , ganti puasa)
keh keh keh , ada dalam 9 hari beb , diserang 'lampu merah' 2 kali dalam Ramadhan bukan satu fenomena biasa , memang kena tabah untuk menggantikannya lepas ni.
Doakan aku berjaya.

Berat aku turun dalam 3.5 kg. Sebab puasa tahun ni aku tak 'into' sangat pasal makan. Apatahlagi bia terkenangkan mereka yang tak ada dah. Apatah lagi dengan isu Palestin yang tak abis dan apatahlagi banjir di pakistan. Ada isu global juga perut aku ni rupanya

Tahun ni aku buat biskut dan kek dalam raya ke 2 atau 3. Sebab stok biskut dan kek yang aku beli dah cukup banyak . Aku buat kek tu sekadar nak mengasah bakat jer , mana la tau lama - lama tak guna jadi tumpul nanti :P

Cuti raya tahun ni bukan main lama dalam 11 hari tu, dah ler kelmarin dan hari ni , macam kena paksa cuti jer , sebab dah terganti 2 kali sabtu. aku dah ler balik kg hari - hari... nak balik ke mana pula lama - lama nanti ? nak ke Lipis ? err itu dalam perhatian. tak buleh janji.
Kalu ada mood , aku ke Lipis ,
kalu tak raya ke 4 aku masuk kerja.... sorri ler kalu ada yg dengki tu,
cuti aku tu pulak mungkin aku simpan untuk kes - kes kritikal macam kes banjir setiap hujung tahun.
amacam ? orait tak ?

p.s walaupun aku beraya awal, tak dak la pulak aku nak sembahyang raya sama baca khutbah macam yang masuk TV3 semalam.... hormatlah sket, orang lain nak kena puasa lagi tu...



Wednesday, September 8, 2010

Disini syurga kita..........



Arwah adik bongsu aku selalu menyanyikan lagu Irwan Shah Pencinta Wanita dimasa dia masih bernyawa.... bernyawa ketika berumur 15 tahun
dan tiba - tiba selepas dia meninggal , lagu My Heart ini amat menyentuh hati.... apatah lagi untuk mengenangkan masa di mana kami sama - sama membesar dalam serba kekurangan harta mahupun kasih sayang seorang ayah.
Kenangan naik bas bersamanya ketika dia masih bersekolah Tadika , adalah kenangan yang paling manis. Satu bas buleh dengan petah suaranya , masa tu kami kena naik bas berdiri , dengan ketinggian dia , apa yang dia nampak hanyalah badan , peha , punggung orang lain , bila dia mula rimas , masa tu lah macam - macam benda dia tanya aku
sampai aku sendiri tersengeh malu nak mengaku dia adik aku....

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini , setiap kali aku sedekah AL - Fatihah kepadanya, aku dapat merasakan dia ada sisi......
dan dalam 2 minggu terakhir Ramadhan ini , aku perhatikan pokok Bunga Raya diatas kuburnya saling silih berganti mekar bunganya.
(kubur adik aku boleh dilihat dari kereta aku setiap hari , kuburnya berada barisan ke dua dari pintu pagar kawasan perkuburan , laluan aku setiap hari)

Syazu , semoga kau tenang disana .....
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mu ,
dan engkau tak akan terus menderita sakit di atas bumi ini dik.

Tuesday, September 7, 2010

Doa yang disabotaj

Siapa lagi yang sabotaj doa selain dari diri sendiri....
yerlah kita minta A dari Allah...
tapi perlakuan kita macam kearah B....
jadi perlu juga kita minta dari Allah supaya ditetapkan pendirian untuk selalu ke arah A.

contoh terdekat mudah ajer , aku selalu berdoa agar aku selalu sembahyang pada awal waktu dengan khusyuk, tapi apabila aku lebih utamakan hal - hal dunia sehingga melewatkan solat , siapa yang sabotaj doa sendiri disini ?
memang ada campur tangan godaan syaitan iblis , tapi bukankan yang punya badan juga ada iman dan akal.

Jadi bila doa kita tidak dimakbul , mungkin Allah ingin menduga kita sejauh mana kita bersabar untuk menagih rahmat Allah,
Mungkin juga apa yang kita nak itu , bukan terbaik untuk kita lagi , mungkin masanya tak
sesuai .

atau mungkin kita sabotaj doa kita sendiri , dimana usaha tak selari dengan apa yang kita nak ,
jadi hati - hatilah dengan apa yang kita doakan , fikirkan , katakan atau lakukan...

ok.
Jatuh Cinta itu mudah...
Berkahwin itu juga mudah.

Jatuh Cinta itu mudah...
Berkahwin itu juga mudah.

Jatuh Cinta itu mudah...
Berkahwin itu juga mudah.


Monday, September 6, 2010

Doa kecik yang termakbul..........

ini entri 31 Ogos yang lepas,

peh lama tul tak update blog,
banyak gak aku nak story... tapi aku story dalam bentuk cerkas ajerlah....
Hari ni first time pi Mydin Mall Kubang Kerian... jadi tepat jam 9.00 pagi aku dah ada kat dalam Mydin Mall... asalnya nak tolong buka pintu utama jam 8.30 tapi tadi aku tersesat jalan masuk perumahan orang Cina.... lepas tu tak jumpa cari jalan keluar, macam tu ke Taman Orang Cina rumah besar - besar sampai habis jalan, last - last aku follow satu kereta Cina yang mewah... sampai lah dia U-turn aku pom buat - buat U- Turn jugak.... giler aku ingatkan dia nak keluar Taman tapi cari tempat U-turn sama gan aku.... nasib baik minyak baru isi penuh, sekurang - kurangnya aku buleh dapat idea nak buat rumah besar - besar nanti...

Doa kecil yang termakbul. aku jarang ke area Mydin ni , biasanya ke Tesco atau KBMall sahaja 10 minit dari rumah aku , itupun sebab mengambil alih faktor kesesakan lalu lintas, kalu jalan kaki sama berenang rentas Sungai Kelantan, lagi cepat rasanya kikikiikkiiii....

Doa kecil aku yang termakbul, dalam kul 10.30 aku dah kuar Mydin, aku ke Mydin sebab nak ambil barang Sumbangan fakir miskin untuk esok , jadi aku tak ada idea nak beli apa - apa....
kecuali sempat sambar agar - agar sama puding tuk dibuat juadah berbuka puasa hari ini....
oh tak lupa juga Perapi Pantene Untuk Rambut Gugur "Oh La Laaa... tak mau syampu yang lain" kikikiki....

Doa kecil aku yang termakbul , disebab aku jarang menggunakan jalan area Kubang Kerian, jadi aku ambil kesempatan makan angin kiri dan kanan, tengok apa perkhidmatan yang ada disepanjang jalan, tiba - tiba hati terdetik, jalan - jalan ni, laluan si "Mangkin".....
dalam kereta kedengaran lagu MR Big (To Be With You).... ekceli bukan kedengaran tapi aku memang Repeat dia punya lagu... sepanjang perjalanan
sebab aku sukakan liriknya
dan dengan nada suara penyanyi yang tarik bahagian...
I'm The ONE...
peh memang serak - basah
sebasah Buah Kurma blend dengan susu Marigold HL + madu ,
peh sedap....

Doa Kecil aku yang termakbul,
dari mydin ke rumah aku peh bukan main banyak dia punya trafik light lebih 5 kot.... selepas boring tengok kiri kanan.... aku layan line paling kiri , lepas layan line kiri yang slow... aku break dekat salah satu trafik light, depan aku... macam kereta No 2 SiMangkin, Model kereta betul , 2 abjad plet kereta btol , nombornya sahaja aku buat - buat lupa....
lagu Mr Big masih berkumandang , errr tidak aku tutup kejap, sebab nak perhatikan , mamat depan aku, tak nampak ... keretanya tinted terbaik, kalu btol itu adalah Dia,
kan bagus kalu dia buka cermin , dan lambai kepada aku,
tapi mengapa dia bawa kereta slow ?
sedangkan dia buleh tinggalkan aku dari awal lagi, tapi macam dia bagi aku follow dia jer,
bagus - bagus...
follow tu follow jugak, tapi jangan sampai orang belakang aku pulak yang hangin satu badan.

sampai trafik light yang terakhir , lampu merah , Dia ke kanan dan aku pecut laju ke kiri ,
dan sempat lagi aku menoleh kebelakang untuk last check itu adalah Dia,
yep memang dia...
dan aku terus memainkan lagu Mr Big.......



sambil memikirkan, sudah lama doa kecil aku tak termakbul,
tapi hari neh..............
right before my eyes gitu .......

p.s Harap - Harap Doa besar aku pula yang termakbul lepas ni. Amin

Sunday, September 5, 2010

hal - hal dunia dan akhirat ni kena seimbang.....

Hal Dunia 1
Hampir sepuluh tahun aku kerja , baru tahun ni aku tau kewujudan Bank Persatuan , dimana mengikut website nyer , dividen tahun 2009 adalah 10% iaitu lebih baik dari ASB .
Dividen tu pulak dah siap tolak zakat beb.
Apalagi , aku angkut pitis aku yang tak seberapa dari ASB ke Saham Bank Persatuan.
Tapi sahamnya terhad setakat 10K sahaja, sedangkan aku punya ASB dah cecah 2510 ratus ribu.
Masa aku jadi ahli Bank Persatuan bulan lepas , aku sempat baca semua artikel yang ada dalam bank tu , yerlah Bank ini yang asalnya sebuah koperasi telah diwujudkan sejak 60 tahun yang lepas... kikikiiiii....aku yang tak sedar akan kewujudannya... jadi aku kena jadi fast learner
malu jugak aku dekat Pak Guard Bank tu... mungkin dia sempat beli saham yang pernah ditawarkan maksimum 100K.
Salah satu iklan yang menarik dalam Bank tu ialah pulangan Dividen Bank ini adalah diantara 10 - 12 % setahun dari tahun 2005 - 2009. Baik sket ler dari ASB yang hukumnya sekadar HARUS tu. Dengar cerita saham Bank ni dah lebih had yang diperlukan , entah - entah esok lusa , saham ini akan ditutup macam saham Bank Rakyat, hah siapa yang terlepas tuk beli saham Bank Rakyat , elok tak yah fikir lama - lama , jadi jer ahli bank ini dengan nilai saham minima RM500... dan ada bayaran yuran (kad ahli) gan insuran dalam RM47 kalu tak silap.
Hah selamat la sket. Janji jadi ahli dulu. 10 K tu top up la sket - sket,

Hal Dunia 2.
Porfolio Emas aku sekarang kira orait ler dari tak dak langsung , jadi aku tunggu sahaja harga emas naik dan naik dan naik lagi sampai lar bila - bila.
Siapa yang tak beli emas sebelum raya Cina yang lepas memang rugi , sekarang emas dah mula riak tak tentu pasal.
tapi Dinar Kelantan yang baru di lancarkan , buleh tahan dia punya kiut.
gambo buleh tengok kat sini (... awat aku tak buleh nak upload gamba ntah )
Dalam RM590 juga sekeping tu... buleh check harga kat sini.
nak kena beli juga sekeping... orang kata buat ubat.


Hal Dunia 3.
Sudah 2 tahun berturut - turut , belian buku aku mencecah RM1K setahun , yep orang kata The investment is to invest in yourself kan ?
lagipom resit beli buku tu buleh la pengecualian cukai , tapi memandangkan aku dah ada potongan zakat pendapatan , aku tak perlu hairan lagi dengan hal - hal cukai ni...
cuma sekarang aku dah 2 tahun melanggan Celcom Broadband RM98 sebulan , kalu setahun ada nak cecah RM1.2K juga kan ? internet ni satu hal , banyak perkara dan jawapan yang aku nak ada dalam internet , tak kisah ler pasal dunia mahupun akhirat...
tapi aku kena pastikan menda - menda yang aku explore guna Broadband neh biar berbaloi pulangannya dunia / akhirat ,
dan biarlah buleh cover balik RM98 sebulan aku neh... dan aku dah jumpa satu lubang baru.... hah yang neh rahsia , tak buleh cerita banyak ...
kali ni biar aku kaya sorang - sorang
hahahahaaaa.... ( ........ada korang kesah ?)

p.s Alhamdulillah , dipenghujung Ramadhan ini , dah tak ada banyak kerja hakiki , jadi aku banyak habiskan masa cari dan baca menda - menda yang aku suka (termasuk baca blog pipiyapong) .

Saturday, September 4, 2010

Never Let The Spirit Dies

Kisah Ramadhan aku,
3 hari terakhir sebelum Ramadhan aku ada 3 majlis berturut - turut...
minggu kedua Ramadhan... ada satu projek
minggu ketiga Ramadhan ada 4 projek anjuran Persatuan Staf ....
walaupun badan agak letih , tapi bila dikenangkan Nabi Muhammad (S.A.W) pernah berperang dalam bulan puasa, aku gagahkan juga hati untuk terus berkerja apatah lagi projek staf tu adalah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini...
dan dalam bulan ini jugalah kita kenal hati budi manusia untuk berkerja tanpa jawatan ataupun surat perlantikan...
dan buat pertama kalinya aku redha dengan tindakan mereka...
sebab aku yakin pengertian kehidupan dan kebahgiaan dalam diri individu itu akan berbeza bergantung kepada
cara dia dibesarkan , siapa mak ayahnya , tinggi rendah ilmunya, kemahiran hidupnya , pergaulannya, siapa rakan - rakannya , banyak sedikit duitnya dan banyak lagi....

dan tak akan ada seorang pun yang mampu memahami perasaan aku sekarang, selagi dia bukan aku dan aku menghormati nasihat / pandangan meraka disekililing tentang perjalanan hidup aku, namun yang menentukan pengakhiran hayat aku hanya Tuhan yang satu.
entri serius lagi ?
yep.
yep apabila dalam perhimpunan staf khamis lepas, ada sesi ucapan hari raya,
ramai berhari raya dengan situasi yang baru dalam hidup ,
pertama kali beraya dengan suami lar ,
dapat anak pertama lar,
dapat cucu lar...
ada juga yang kata raya sudah tidak bermakna kerna sudah beraya pada hari puasa ke dua sebab baru dapat anak ke dua .
mungkin sekadar kata - katanya...
tapi bagi aku itu sudah keterlaluan , meletak nilai hariraya setaraf dengan dapat anak ?
errrmmmm...
tapi itulah yang dikatakan pengertian kebahagian individu itu berbeza.
Adakah aku tak bahagia kalau masih sambut hariraya seperti dulu - dulu ...
seperti dulu - dulu ?
mungkin aku mash lagi bujang , tapi untuk sambut hariraya seperti dulu - dulu tidak lagi ,
aku sudah jauh berubah dari segi apa yang ada didada dan kepala.

cuma yang tak berubah
masa aku buat moviemaker pasal aktiviti sekitar Ramadhan 2010.... aku hanya ada masa 2 jam sahaja untuk menyiapkannya , cari lagu dalam laptop tak banyak , cuma yang pasti ada lagu boyband sahaja, lagu nasyid jauh sekali , lagu superman It's Not Easy by Five For Fighting aku dah guna buat presentation yang lepas,
last download ? lagu Maher Zain, tapi lagu dia slow sket , yang rancak hanya lagu pasal kawin - kawin, alahai tak suai dengan aktivit Ramadhan,

tapi nasib baik ada koleksi KRU , terus aku ambil lagu Never Let the Spirit Dies
kikikikiiiiii....... tak dak lagu raya , tak dak lagu nasyid ,
biar satu pejabat tau , aku peminat setia KRU....
tapi mesej yang aku nak sampaikan ialah APA YANG PENTING ? KERJASAMA ....
disamping NEVER LET THE SPIRIT OF RAMADHAN DIES.......

aku rasa semangat kerjasama kat pejabat aku sudah kurang banyak,
tak kan sebab puasa ?
yang pakai kopiah pun susah juga nak minta tolong,
apa nak jadi...



God may I’d be blessed
To beat the rest
And cherish this moment on
As I’m put to test among the best
I know I must be strong
In the name of honour and of glory
No, it’s not for me
Even if I’m down
I’d keep my head up high
Never let the spirit die


Friday, August 6, 2010

Apa jadi bila Rock Kapak jatuh cinta dengan Rambut Pacak !

Hari ini jumaat terakhir sebelum puasa, elok benar aku bersihkan kubur tadi,
sebab aku dah terkena dulu - dulu... konon nak basuh kereta sama bersihkan semak dibelakang rumah tika aku puasa, lepas tu menyesal , sudah letih yang amat tapi tak buleh minum air.....

dulu 24 jam aku rasa macam tak sempat nak jalankan semua tanggungjawab sebagai
- anak
- adik
- kakak
- mak suadara.
- cikgu
- kawan
- peminat
- tuan punya kucing yang baru melahirkan 2 ekor anak...

sekarang Ramadhan datang lagi, aku kena bijak mengatur jadual , setiap langkah dan perbuatan adalah ibadah... minta dijauhkan aku dari leka dengan hal - hal dunia.
Sekarang juga sudah tak tengok drama TV... cerita orang , banyak pulak tipunya...
mengapa tak merancang skrip untuk cerita sendiri.... cari penyelesaian kepada masalah hidup , atau kalau sudah lama tiada masalah, cuba lah tengok sekeliling... masih ramai yang perlukan bantuan kita...
mana mungkin kita bisa tidur lena , diatas dunia yang sementara ini , sekiranya kita tahu apa tujuan kita dihidupkan....

entri serius nampaknya...
sebab aku ada kita projek yang berlangsung 3 hari berturut - turut minggu depan...
bermula hari AHAD , Isnin dan Selasa... 3 program yang berbeza...
memerlukan pengorbanan , sehinggakan aku sudah mula tinggalkan kelas untuk digantikan pada sebelah malamnya....
yep 3 hari sebelum puasa .....

hidup masih lagi sibuk,
tetapi bukan masanya untuk aku mengeluh , mengkritik dan menyalahkan orang lain...
aku perlu walk the talk... kalau aku banyak kerja, aku lebih suka bertindak, daripada mencari kesalahan orang lain.... perasaan itu akan memeningkan aku, mengecilkan kuasa diri...
success breeds success.
aku bukan manusia yang normal dari segi pemikiran...
susah aku nak mengajar orang lain,
bila rezeki dinilai berdasarkan penghargaan manusia dan wang ringgit,
pening aku,
sedangkan aku yang bujang , yang tiada laki dan anak pun tau menghitung rezeki Tuhan,
apatah lagi mereka yang dah ada suami , isteri dan anak...
tak perlu pandang yang lain , hanya pandanglah aku untuk menilai rezeki Tuhan,
bukannya susah.

aku rasa susah lagi kalau jatuh cinta pada pemilik rambut pacak.... alahai.

Friday, July 16, 2010

mungkin buleh jumpa aku di kawasan ini.....

"Minyak bakal naik mungkin esok. Ini untuk pengetahuan orang terdekat sahaja"
- SMS dari kawan aku semalam, anak tokey stesen minyak.

ah malas pulak aku nak balas SMS itu ,sebab setakat ni walaupun petrol dah naik 3 kali sejak aku beli KATAK aku, Alhamdulillah gaji aku masih lagi cukup untuk bergerak ke opis yang berada 40 minit dari rumah aku.
Demi ketenangan minda dan jiwa aku, demi satu kehidupan yang 'Happy Go Lucky" untuk hari ini, tiada apa yang perlu dikeluhkan.

okay tukar topik jap...
Bagi kawan - kawan aku yang ada duit simpanan lebih , dalam ASB atau Tabung Haji, elok juga buat kajian kes ke atas emas ini. Jadikan ia satu cabang pelaburan selain dari hartanah . Kalau dah anak tu , elok benar beli 1 Dinar sejak dorang lahir.... untuk buat bekalan bila dorang nak masuk Universiti nanti.
tiap - tiap hari aku akan memantau harga emas disini...
mungkin kita buleh berjumpa disana nanti.
Tak eh.... aku bukan penjual emas
dan kalau nak beli emas pun tak semestinya dari syarikat itu...
ah baca lah sendiri disini....

Alhamdulillah ilmu emas ini aku dapat dari sikap ingin tahu aku tentang
kaitan diantara 1 rial berat dengan 1 gram . Apatah lagi aku dikeliling oleh kawan - kawan aku yang dah kawin , cukup masa tukar barang kemas.
Mereka mungkin tak tahu , yang pertukaran barang kemas itu akan menyusutkan harga barang kemas itu dari 15 - 30% .
Mungkin ramai juga yang tak tahu , barang kemas yang cantik dan lawa dengan emas putih , batu berlian dan segalanya, kalau digadai dan dijual , harganya sudah tidak lawa lagi...

dan dari situlah baru aku tahu tentang
kenaikan harga emas ada kaitan dengan kenaikan harga petrol <- klik la baca sendiri
Oleh itu jadilah pengguna yang Bijak !

SMS : skema pula tulisan aku hari ini. Ada apa dengan cinta entah ?

SMS2 : sekarang aku dah kurang beli buku kewangan... sebab aku selalu... malah hampir tiap hari ada lepak kat sini dan baca setiap "link" yang menarik disitu

SMS3 : kalu perempuan tu perempuan juga, yep tiap - tiap hari juga aku study 'fesyen' baju disini... heheheeheeee....

Friday, July 2, 2010

The Man , The Gold And The Land .

Alhamdulillah 2 dari subjek/objek dari tajuk entri tu , aku dah dapat sebelum 1 julai berlalu...
memang terasa macam 'Heaven' peh sukar nak bagi tau, bila penat lelah segala usaha dan perancangan menjadi....tinggal satu ajer lagi tu...
yang tu agak susah sket... tapi tak apa, ada separuh tahun lagi untuk dikejar....
semoga aku dapat sebelum 2010 berakhir....

bermula esok, aku nak cuba buat detox, cuci usus dan sistem dalaman badan, mudah sket aku nak diet lepas tu... detox tu , aku ada lar study sket - sket macamana nak buatnya... aku cuba yang paling mudah ler, makan sayur / buah jer selama 3 hari.... selepas tu buleh lar aku sambung makanan berkhasiat yang lain macam .. blend susu + kurma + madu untuk breakfast ( yang ni dah 2 minggu aku buat peh sodap weh..... tapi susu tu kena yang low fat juga, ada kos disitu, kurma pun nak kena yang lembut sket , yep still ada kos disitu , tapi perut kempis ler... dari dok makan nasi berlauk / nasi kerabu / roti canai telur / roti sardin :P)

peh rajin dan teruja nyer aku kali ni, sebab dekat opis aku kami akan lancarkan The Biggest Loser... aku tak ada la nak menang sangat sebab ramai lagi yang jauh lebih gemuk dan obes dari aku, cuma untuk timbang kali pertama pom aku dah gabra... aku tak suka timbang, kalu aku dah tahu badan aku sudah terasa berat, secara automatik / semulajadi aku tahu berapa berat aku sekarang, jadi aku kawal makan dulu sebelum timbang kikikikiiii.....
program ini akan berjalan dari 15 Julai sehingga 15 Oktober, yep lepas puasa dan lepas raya... memang mencabar sebab kami nak tengok berat siapa boleh bertahan walaupun selepas raya, yep semuanya itu memerlukan disiplin dan otak yang bijak , bukan sekadar menahan diri dari lapar sahaja,
peh yang menang nanti bukan orang sebarangan kan ?
adakah , mungkinkah aku ?
ala berat aku lani 58 , tinggi aku 160 cm
paling jauh aku buleh kurus dan sihat adalah berada dalam 50 kg , bukannya susah pom
kurang dari tu, aku akan jadi bini popeye..... oh !!! No... No... No....
aku tak nak jadi bini popeye,
kalu buleh aku nak jadi macam bini Brat Pit , kalu tak dapat jugak , jadi macam bini Abhishek Bachchan pun dah okay banyak kikikikikiii....
weh esok jam 12.30 tengahari , kat RTM2 ada DOOM 2 , buleh lah nak mula berangan jadi dia :P

SMS : entri yang masih blom ada gambar sebab internet slow giler...

Saturday, June 26, 2010

katak - katak itu , aku telan sekor - sekor ....

minggu lepas baru jer habis present buku aku kali ke 3....
present buku kali ini , lebih bermakna sebab aku present buku yang aku beli 5 tahun sudah, secara tak langsung aku ulangkaji balik isi - isinya... Alhamdulillah banyak pula penyelesaian masalah hidup dan semangat baru yang aku dapat....
Buku tu tajuknya BE A PEOPLE PERSON tulisan John C Maxwell....
John C Maxwell ni memang ler kuat kristiannya... tapi kita ambil yang elok - elok sahaja la kan... lagipun agama mana yang suruh kita bermusuhan di tempat kerja ?
aku dalam 2 - 3 minggu lepas dilantik sebagai setiausaha Persatuan Staf dekat pejabat... bangga tu ada la sket - sket tapi tanggungjawab yang hendak dipikul agak besar juga... namun setelah aku kaji punya kaji... aku ni pada 2 Oktober nanti cukup 10 tahun aku kerja dengan majikan aku... jadi apa masalahnya ?
aku dah tempuh banyak situasi dan perangai manusia, insyaallah aku akan hadapi dugaan dan cabaran yang akan mendatang satu persatu, aku hargai nasihat yang diberi oleh AJK sebelum ini, tapi mereka nampaknya lebih banyak menakutkan kami AJK baru dengan bebanan tugas mereka dulu dan sebenarnya ada diantara mereka sudah berputus asa dengan Persatuan, ada ke patut buleh berfikiran begitu, lepas letak jawatan , dah tak nak bagi sumbangan apa - apa ?
tak lupa juga mereka yang kutuk dengan pemilihan AJK yang baru...
kata mereka , kami ni golongan YES BOSS !
ada ka patut ?
sedangkan AJK yang baru dipilih melalui pengundian...... Boss Nombor Satu tak mengundi langsung pada hari itu... tapi biasalah kan mereka yang di kritik atau dikutuk biasanya terdiri dari 2 golongan :

Pertama : The Leader atau ketua , dikritik adalah harga yang perlu dibayar oleh seseorang yang hendak jadi Ketua.

Kedua : The Leaper atau agen pembawa perubahan , tak kisah ler perubahan itu adalah positif dan terbaik untuk semua orang , mereka juga akan dikritik.
( Nota ini aku ambil dari buku JohnC Maxwell tu ngehngehngeh... )

Contoh terdekat dengan kita hah Nabi Muhammad S.A.W baginda ada kedua - dua ciri di atas , sedangkan Nabi manusia terhebat dikritik , apatah lagi aku perempuan yang lemah ini :P
bukan sahaja Nabi, Allah yang Maha Pengasih , Maha Penyayang Dan Maha Pemurah turut dikritik oleh mereka yang tak tahu bersyukur.... apatah lagi aku , anak yatim dan masih lagi bujang ini...
betapa lemahnya aku,
betapa bongkak dan sombongnya jantan itu ....
dah ler muda dari aku, pegang jawatan pun satu jek...
kritik orang bukan main... selama ini aku yang banyak bagi nota kuliah pada dia... malah banyak kali 'cover line' untuk dia dalam mesyuarat.
aku bukan nak mengungkit, tapi aku dah anggap dia dah macam adik sendiri , tapi buleh dia kutuk aku lagi dan lagi dan lagi...
dalam tempoh 2 tahun ni , dah 3 kali dia tak puas hati dengan kejayaan projek aku ,
aku pun hairan mengapa projek aku ?
sedangkan dalam satu semester ada lebih kurang 70 projek lain yang dia buleh sentuh..
tapi dia memang tak puas hati dengan aku la tu...
yang tak bestnya , dia kutuk aku dalam facebook lar...
semua orang buleh baca.....
dan dia mengharapkan aku membalas komen - komen dia
tapi aku tak layan,
aku percaya hanya masa sahaja yang boleh menentukan siapa yang betul atau salah disini,
aku ni perempuan , tak kan aku nak serang dia terus...
nanti sampai ke tua aku tak kawin..
dan malulah plak aku dekat adik - adik hencem dekat opis tu kikikikkiiiii....

apa la punya manusia... mungkin dia lupa Allah itu Maha Adil .
memandangkan dia hanya mewakili 1% jer staf di opis aku yang kutuk aku...
jadi baik aku abaikan sahaja manusia itu...
tiada masalah....
heheheeee sekarang ni jer tiada masalah, selepas 2 - 3 minggu berlalu...
sedangkan dulu aku memang tertekan, kita buat baik macamana sekali pom,
akan tetap ada manusia yang tak puas hati...
baiklah Pak Harfan (eh eh tiba - tiba teringat dekat dia dalam Laskar Pelangi)

"hidup itu memberi yang sebanyak-banyaknya,
bukan menerima yang sebanyak-banyaknya"


***************************************

EAT THAT FROG
pepatah English yang dipopularkan semula oleh Brian Tracy...tak buleh nak copy youtube,
kalu nak tengok buleh check kat sini.... aku ada share video ni masa presentation yang lepas,
ada yang dah mula popularkan katak - katak itu di opis aku selepas itu,
nampaknya mesej dan misi aku berjaya kali ini
dan aku ada 2 - 3 ekor katak lagi yang belum aku telan,
jadi tak kemana la aku cuti semester ini ...
hanya sekadar kemas bilik tidur* sambil dengar lagu Sofea Jane ,
peh buleh tahan juga Rock Kapak si Black ni ...

*perlu diingatkan bilik tidur aku tu sebenarnya bukan hanya ada katil dan tilam sahaja tau tapi lengkap dengan satu TV dengan Raknya sekali , 4 ketul rak fail yang dibuat rak buku, satu meja siap dengan kerusi untuk laptop aku ... jadi kerja aku hanyalah tukar posisi perabot tu sekali sekala ... ikut mood :P

Friday, April 9, 2010

KINI

Salam,
aku tahu , menda ini akan terjadi ... kalau aku cuti panjang , masuk hutan , panjat gunung mahupun shopping sakan , motivasi untuk aku berkerja akan naik dan naik lagi
yeayyyyyyyyy ...........
dan dalam masa yang terdekat ini , inilah kerja aku....
  • siapkan laporan semua aktiviti kolej dari bulan Jan - Mac ke HQ
  • lepas tu buat presentation dengan semua laporan yang ada... hah suka - suka.... aku nak masukkan lagu You Make Me Smile - Uncle Cracker :P
  • buat nota 'express' memandangkan aku dah tinggalkan kelas hampir 2 minggu, dan ada 2 minggu juga untuk pelajar hadapi Ujian 2 . Tapi semuanya bisa diatur dengan adanya kelas ganti sebelah malam . ( kelas malam ditanggung beres , sebab alang - alang balik lewat akibat bermain badminton , buleh stay kat opis tuk mengajar )
  • Selasa depan aku akan dipantau mengajar dalam kelas , peh .... dah lama orang tak tengok aku mengajar, tapi dengan pengalaman aku yang ada, beressss jer , anggap semuanya settle.
disamping itu juga , aku sibuk untuk melakukan perkara berikut :
  • aku nak buat kunci kira - kira dan penutup akaun perbelanjaan aku untuk bulan Mac, peh hairan juga dari mana aku dapat duit yang banyak untuk beli buku - buku dekat Pesta Buku yang lepas , semuanya bayar 'cash' tuuuu.......... ( adakah aku terguna bajet makan ? bajet minyak ? bajet raya ? bajet bedak ? errrm ?
  • nak kena buat jadual peribadi bila masa aku nak beraerobik , main badminton , jogging dekat Taman Tengku Anis , daftar kelas bahasa English , Kelas Mengaji , kelas menjahit , kelas masakan dan kelas bercinta.
  • baca buku - buku ini secara serentak , ah memang aku tamak tak tahu ker ?
  • isi borang cukai pendapatan , setakat ni aku tak pernah kena bayar cukai , sebab aku terer dalam mencari peluang untuk pengecualian cukai secara halal , ada dalam satu Tahun itu , kerajaan pula berhutang dengan aku , tapi ok jer... dorang hantar Cek beb !
  • cari sumber pendapatan tambahan yang buleh bagi keuntungan RM seribu sebulan ( sudah tentu bukan dari MLM punya program :P )
  • memberi peluang kepada Siti Nur.
  • terus minum :
  • kemaskini buku tabung Haji dan ASB ( berapa banyak yang ada dalam tu , hah itu lain cerita , janji buku kemaskini dan tak berhabuk , tapi errr.... nanti aku cari dulu kat mana.. )
  • mengharapkan harga emas akan turun sket ( macam harga sebelum raya Cina pun sudah ok banyak)
SESI IKLAN :

kredit untuk Berita Harian , untuk Program ABPBH , sebab mengimbas kembali lagu - lagu feberet aku.... KRU , Feminin dan Wings.....
budak - budak yang menyanyi lagu KRU dan Feminin tu keh keh keh... semput dorang nak nyanyi secara Live , dah ler tariaan hancur :P
hah Awie pun satu hal , harapkan bunyi gitar sedap , tapi suara Awie sudah tidak kesampaian macam dulu - dulu...
nah lagu asal Kini yang dipopularkan oleh Feminin , sepatutnya kita kena bagi kredit dekat dorang , sebab berani membawa indentiti sendiri , pastu.... bayangkan dorang terpaksa menari di zaman Britney Spear pun tak wujud lagi.... memang satu cabaran juga untuk mereka mencari peminat yang tersendiri....

Tuesday, March 30, 2010

orang kampung kata -> "heaven"

Antara syurga dunia yang aku lalui minggu lepas....

->Taman Kekal Pengeluaran Makanan <-
Pulau Gadong , Melaka

Tomato cherry yang buleh dimakan begitu sahaja ....
Namun dihidangkan dengan mayonis dan serbuk asam oleh bini penceramah / penanam tomato ini.... peh buleh tambah 2 - 3 kali.... memang sodap , tak masam dan berair macam tomato biasa - biasa....

sebahagian Ladang Fertigasi yang bermodalkan juta - juta ringgit Malayasia :P



-> Pesta Buku Antarabangsa 2010 <-

siapa yang dah sampai depan PWTC mahupun The Mall dan tak masuk ke pesta ini , wajib malu ler dekat baby dalam troli tu kikikikiiii......

Antara Penerbit Buku yang menyumbang kepada pengecualian cukai pendapatan aku untuk tahun 2010 ......



peh nasib baik aku dah beli buku Vovin di awal pagi.... nak dijadikan cerita , buleh pula aku terjumpa dengan dia , petang Khamis itu..........

sementara menunggu Rombongan Cik Kiah dari Pasir Mas tiba pada pagi Jumaat , aku habiskan Karipap - Karipap Cinta di McD (The Mall) depan PWTC.... sedap juga layan McD dengan novel ini :P

Antara awek yang terpengaruh dengan promosi aku terhadap Vovin, errrr.... tak ! tak ! maksud aku... dia terpengaruh dengan jalan cerita karipap - karipap Cinta yang aku suka , jadi dia ada juga membeli Novel ini :P

Sementara menunggu Rombongan Cik Kiah berkumpul semula untuk menaiki bas pada jam 5 petang , aku habiskan masa dengan kumpulan pelukis Karikatur ( psstt... pssttt depan meja dorang ada terjual jual buku Soljah ler )
Peh sukar untuk aku percaya dengan bakat mereka , nah sebijik macam muka aku kan ?
pandai...... dorang make - up muka aku , mengalahkan teknik dalam filem Mission Impossible keh keh keh....


->Raub & Lipis <-
suatu hari nanti aku akan sampai juga kat situ .... err maksud aku bukan bawah papan tanda itu... tapi Hospital Raub Pahang , tempat aku dilahirkan...
entah betul atau tidak , tapi ianya ada tertulis dalam surat beranak aku...
kikikikiiii.......


SMS 1 : hari ini aku tengah bercuti sempena Cuti Sultan Kelantan , cuti sampai Ahad depan kikikikikii.... Insyaallah akan ke KL dan Lipis pada hujung minggu ini.....

SMS 2 : dalam cuti - cuti ginih aku nak 'make over' bilik aku sebab teruja dengan kehadiran Cadar Dan Langsir baru yang aku beli dekat Sogo , apa kejadahnya herga bawah RM 30 sahaja... wajib beli tu.... oh kehadiran buku baru yang lebih dari 20 bijik itu juga menyumbang kepada penyusunan semula rak buku aku yang sudah kelihatan seperti Colosseum Rome
tapi yang dah runtuh punya kikikiiiii.....

SMS 3 : ok baik aku berterus terang saja, aku ada lepak Sogo selama 2 hari berturut - turut juga kikikikiii... dan secara rasminya Sogo juga adalah sebahagian Syurga Dunia untuk kali ini kikikikkiii......


soundtrack untuk hari - hari aku yang sudah adalah lagu HEAVEN dari boyzBand
NU FLAVOR kikikiiii.... ini membuktikan aku pernah muda remaja macam orang lain juga :P

Thursday, March 18, 2010

you make me smile (Versi Terkini dan sehingga 2 minggu seterusnya )




Ahad lepas - konvo dekat kolej aku , jadi 2 - 3 hari sebelum itu , aku memang sibuk tahap gaban sehingga tergendala aktiviti aerobik aku .... bulan Mac hampir berakhir , bulan 4 ada semakan dokumen pengajaran dan pembelajaran....
aku hanya ada minggu depan sahaja untuk menyiapkan fail tersebut dan menggantikan kelas untuk bercuti pada 26 Mac sehingga 2 April , peh lama tu...
ala saja nak re-program balik otak dan pemikiran aku yang sejak masuk tahun 2010 agak sedikit kucar kacir.....
Aku akan ke Pesta Buku pada 26 Mac pagi , peh ada pembekal buku sponsor tiket flight , penginapan dan makan minum sepanjang 2 hari....
kikikikikkk best - best...
and then ingat nak tengok wayang , apa - apa citer best minggu tu...
and then ke Lipis sekejap ,
harap PakNgah buat persiapan yang patut
hahahahahaaaa..... direct sound dekat blog ni
and then lepak Lipis lama sket ......
nak di jadikan cerita 30 dan 31 Mac tu Sambutan Harijadi Sultan Kelantan.... jadi cuti aku menjadi - jadi ler , 1 April kami dah siap ganti kelas pada Hari Sabtu dulu - dulu ....
tapi cuti lama - lama ni,
bosan juga kalu tak buleh berada dekat dengan sesuatu yang membuatkan aku
DANCE LIKE A FOOL kikikikikiii....
apapun....
kalau kita tak merancang hidup kita, nanti orang lain pula akan menentukannya....


UP DATE !


HARI NI KHAMIS 18 MAC 2010 ,
HQ CALL TANYA ADA TAK AKU DAPAT SURAT TAWARAN UNTUK KURSUS FERTIGASI DI MELAKA PADA 21 MAC 2010 (AHAD) SEHINGGA 24 MAC 2010 (RABU)
AKU KATA TAK ADA , KURANG 2 JAM KEMUDIAN AKU DAPAT FAX YANG MENGATAKAN AKU KENA MENGIKUTI KURSUS TERSEBUT.....
KIKIKIIIII... WALAUPUN DAPAT LAST MINUTE , TAPI MEMANG AKU SUKA HATI DENGAN KEHADIRAN KURSUS INI....
DALAM MASA AKU PERLUKAN SESUATU YANG BARU DAN SEGAR DALAM HIDUP KU , TIBA - TIBA DAPAT KURSUS NI...
SUKA - SUKA - SUKA

WALAUPUN AKU PERLU MELAKUKAN SEJUTA ENAM PERKARA LAGI...

WALAUPUN AKU KENA MEMIKIRKAN STRATEGI UNTUK HADIRKAN DIRI SEPERTI PERANCANGAN DI ATAS (KE PESTA BUKU - TENGOK WAYANG - KE LIPIS )

WALAUPUN AKU KENA SIAPKAN KERTAS KERJA UNTUK ROMBONGAN CIK KIAH KE PESTA BUKU PADA 25 MAC 2010 (KHAMIS) PASTU KALU JADI NAK KENA SEDIAKAN PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN ....

WALAUPUN NANTI AKU KENA TINGGALKAN KELAS DAN PELAJAR SELAMA 2 MINGGU...

WALAUPUN AKU MULA RINDUKAN KESEKSIAN BAJU AEROBIK....

WALAUPUN AKU TERPAKSA TINGGALKAN PEMANGKIN DITEMPAT KERJA...

NAMUN ,
AKU MASIH MAMPU TERSENYUM UNTUK TUGASAN INI
YA ALLAH
TERIMA KASIH....
AKU HANYA PERLUKAN SEDIKIT RUANG UNTUK DIRI SENDIRI...
DAN ENGKAU TELAH BERIKANNYA DENGAN BANYAK....
TERIMA KASIH :)


SMS : tiba - tiba macam nak cari dan tengok DVD DIE HARD 4.0 ...... baru kena dengan situasi aku sekarang ni :P

Friday, February 26, 2010

Sampai Tubuh Tak Bernyawa.......

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ...
Semoga setiap amalan kita akan diredhai Allah dan mendapat syafaat dari Nabi Junjungan Kita , Nabi Muhammad (S.A.W) di Akhirat kelak....

Dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini , banyak benda yang aku fikirkan... merangkumi hal - hal dunia mahupun akhirat nanti..
dalam aku merancang untuk hidup selesa hingga ka akhir usia , aku juga tak lena untuk memikirkan nasib aku di alam kubur nanti,
teringat juga dekat arwah adik aku yang meninggal 2 tahun sudah...
apatah lagi minggu lepas , aku dikejutkan dengan kematian anak murid aku... yg bakal konvokesyen bulan 3 nanti , dia agak lemah dalam Matematik dan aku sempat mengajar dia untuk semester 2 dan semester 4 , pelajar yang baik dan hormat cikgu - cikgunya,
dia pergi akibat kegagalan hati berfungsi, dia mula mengidap penyakit itu dalam tempoh setahun lebih, masa aku mengajar dia , dia masih sihat.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita... Semoga Roh Pelajar aku itu ditempatkan bersama orang yang beriman , tenanglah kamu disana Fakhri.
Al - Fatihah.

Tentang perjalanan hidup aku,
dengan status yang aku ada,
agak susah juga untuk berjaya atas dunia ini...
tentang akhirat , itu biarlah Allah saja yang mengetahuinya...
walaupun mungkin dikatakan rugi untuk tidak dapat berkahwin masa usia muda,
tapi pengorbanan aku untuk menjaga kebajikan mak dan adik - adik , biarlah Allah sahaja yang menilainya.....
Susah juga untuk perempuan seperti aku untuk mengumpul harta rupanya....
ada yang kata "orang perempuan buat apa pegang duit banyak - banyak"
malah ada juga yang kata "kalau belum kawin ,bercerai nanti , susah la sket"
hah yang ni memang aku tak faham langsung apa maknanya ?
apappun itulah antara pendapat atau pandangan apabila aku menyatakan hasrat aku untuk beli tanah.

(nasib baik aku tak cerita yang hati aku sudah terbuka untuk menerima cinta lelaki - lelaki yang jauh lebih muda dari aku kkikikikiiiii.... peh bukan main banyak lelaki - lelaki tu kikikikikiiii....
ops ok ini cerita lain... aku kasi tajuk sahaja , ceritanya ? jangan harap aku tulis kat sini
:P )

aku harus merancang ,
sekiranya aku diibaratkan Rapunzel , untuk yang jenis tak baca buku cerita dongeng , tak tengok cerita kartun , mahupun tak kenal siapa itu Snow White dan Cinderella...
mahupun Puss in Boots ( haahahhaa aku suka giler citer nih) ,
tolong cari yer siapa Rapunzel ni,
jangan tersalah pula dengan Rumpelstiltskin !!!
keh keh keh.... tolonglah google sket .
Aku tak der hodoh macam The Ugly Duckling...

aku mesti jaga dan simpan rambut aku agar panjang dan kukuh untuk si Putera Raja memanjat ke atas puncak menara.... susah ker nak terima hakikat itu...
Sekiranya Rapunzel , tu jenis tomboy atau jenis pemalas nak basuh rambut , kamu buleh bayang tak , bagaimana berakhirnya cerita ini... walaupun dogeng... tapi mesti ada logik juga apabila rambut perlu digunakan untuk menjadi tali yang kukuh untuk dipanjat oleh putera raja yang kacak dan gagah perkasa :P
bayangkan kalau rambut Rapunzel pendek , mana mungkin Putera Raja tersebut ada keistimewaan macam Spiderman ?
itu dah masuk cerita lain ,
nanti ada orang marah , tak cukup masuk Melodi ,
kena saman fulak ?
tak Hero la macam tu !

dan sekiranya rambut Rapunzel tu berbau hampak ? mahupun berminyak , sudah tentu , putera raja akan hampa dan mencari cinta lain , mahupun terpaksa bercinta dengan nenek kebayan atau ahli sihir yang jahat itu :P

ok ... adik - adik faham tak situasi akak,
selagi hayat dikandung badan , hidup mesti terus...
samaada berpasangan
atau terus membujang.
ye , selagi hayat dikandung badan
sampai tubuh tak bernyawa .........

entah macamana , tiba - tiba lagu zaman dulu kala ini , berkumandang di cuping telinga aku sejak 2 menjak ini , sehinggakan aku tutup radio / CD player untuk mendengar lagu yang aku dendangkan sendiri, tapi versi perempuan la...
bayangkan aku dan gitar itu...


Whenever I'm weary
From the battles that rage in my head
You make sense of madness
When my sanity hangs by a thread
I lose my way but still you
Seem to understand
Now and forever
I will be your man

Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see
I'm holding a fortune
That heaven has given to me
I'll try to show you
Each and every way I can
Now and forever
I will be your man

Now I can rest my worries
And always be sure
That I won't be alone anymore
If I'd only known you were there
All the time
All this time

Until the day the ocean
Doesn't touch the sand
Now and forever
I will be your man

Now and forever
I will be your man

SMS 1 :
Tahniah kepada Adik Nik Nur Mardihah kerana terpilih menjadi Tokoh Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Aku pun ada beli buku dia - CATATAN HATI
Dari ceramah Pengetua Sekolah Menengah Maahad Lelaki Kota Bharu , adik Mardihah ini dikatakan pernah tak tidur kerana belajar untuk mendalami pelbagai ilmu ( bukan setakat ilmu kertas SPM jer )
aku memang kagum dengan kesungguhan beliau .
Sebab itulah tak salah sekiranya cikgu Math macam aku minat dalam bidang pertanian , perternakan , kesihatan dan emas.
(okay emas tu buleh tolak ketepi sebab semua pompuan minat EMAS kikikikikiiiiii....)

Jadi lately aku banyak menghabiskan masa mencari maklumat tentang hal - hal yang aku suka. Sehinggakan aku sudah tak sempat membaca buku mahupun blog kamu dan kamu .
Maaf . Bila ada kelapangan pasti , bunga Matahari itu akan tergedik lagi dalam blog kamu dan kamu :)))


SMS 2 :
Bermula esok aku akan masuk kelas Aerobik , 3 kali seminggu... dan main badminton 2 kali seminggu. Semoga ada orang akan jeles dengan keaktifan aku , terutama sekali Apex :P

Friday, February 12, 2010

penipu !

Semalam kat RTM2 kot ada citer korea ke Jepun ?
ah nak mudah - citer cina jer...tajuk turn left, turn right.......
Hero buleh tahan dia punya hencem... aku layan kejap ....
tapi hakkkk tuihhhh !
lepas aku dengar jer pepatah yang di baca oleh tukang cerita tu

"Even two parallel lines might some day meet"

kepala aku dah mula pening , otak Matematik aku dah mula berperang dengan hati dan perasaan, semua tu mana mungkin bleh terjadi,
kalau 2 garisan itu buleh bertemu,
kita tak panggil dia SELARI la ngokkkkkkkkkkkkkkkkkk....
penipu !
tap !
aku tutup TV,
tangkap kucing ,
masuk tidur !

SMS : sebenarnya aku tengah banyak kerja dan aku tak dapat nak join rombongan mak , kakak dan anak sedara aku ke Lipis...... uuuuwwaaaaaaaaaaaaa........ sedihnyerrrrrr
dan aku masih berharap pengorbanan aku akan berbaloi .

Thursday, January 21, 2010

Hidup mesti nampak Rare !

Sejak aku terjebak dalam dunia blog , dalam tahun 2005 kot... aku rasa aku masuk blog Mahathir ex - PM kita tu... adalah 2 kali keh keh keh.... jadi untuk kali ini , aku try tulis ikut stail Mahathir :

1. Adakah ke patut cerita Balqis TV3 jam 6.30 petang tu, habis gitu jer.... kesian dekat mak aku yang tengok setiap petang , tak baik memainkan perasaan orang tua . Orang muda macam aku, memang tak tengok pun, kalu tengok pun mesti masa tu aku tengah gosok baju . Tapi hari tu, aku tak habis lagi gosok baju, drama Balqis_yang_ bodoh_ sebab_ tak_ terima_ cinta_ kawan_ seladang_ kelapa_ sawit_awal - awal itu habis macam tu jer ???

2. Anak - anak sedara aku dalam 3 orang suka makan keropok lekor atau batang. Jadi aku ada membeli keropok tu selepas balik kerja dalam RM 2. Pada masa yang sama , ada pekerja Pasaraya Salamku, turut membeli keropok itu sebanyak 30 sen atau 50 sen untuk dikongsi dengan rakan lain ketika waktu rehat. Aku sejak dari dulu lagi memang insaf kalau lihat pekerja supermarket / pasaraya ini berbelanja, kadang - kadang mereka makan buah potong jer waktu rehat, nasi ? nasi bungkus... mana nak beli nasi putih dengan lauk macam sotong bertelur goreng sambal belacan mahupun ikan patin masak tempoyak. Kalaulah aku buleh berjimat cermat macam mereka , menghargai setiap sen gaji yang diperolehi hasil dari penat lelah kerja...
peh ada harapan aku jadi jutawan dalam masa yang singkat nih.

3. Semalam aku jumpa kawan aku, kerja sebagai ahli farmasi ( rilek - rilek kawan perempuan jer kikikikiiiiii ) aku berada di belakang sket dari kaunter pembayaran, setelah terdengar ada anak muda , umur macam anak murid aku jer, nak beli ubat siplis, kawan aku cepat - cepat ke kaunter untuk memenuhi kehendak pelanggan, selepas aku terdengar anak muda itu kata "tiada duit" dekat seorang kawan yang datang bersama - samanya , tiba - tiba hati aku rasa sebak.....
sebab Allah tak suruh dia hidup dalam keadaan
- malu untuk membeli ubat
- menanggung sakit di"situ" dan
- hidup dalam kesempitan........
tapi dia memilih untuk berseronok tanpa ingat mati dan menanggung malu dan sakit kemudian.
dan secara tak langsung semalam aku dah tahu, penyakit siplis ni dah ada ubat mujarab, telan 4 biji terus sembuh. Cuma mahal sket kot... tapi itu bukan kesimpulan perkara nombor tiga dalam entri ini. Kesimpulan dan moralnya ialah..... buat sendiri lah adik - adik, akak dah penat ni.....

4. Mulai Sabtu ini , aku nak masuk perpustakaan awam, dulu masa kerja kat Alor Star , setiap minggu aku masuk library , pinjam buku dan baca semua majalah yang ada. Aku ada terbaca tip nak jimatkan perbelanjaan iaitu baca majalah di perpustakaan, betul juga tu, Jumaat lepas aku hampir - hampir nak beli majalah Reader Digest RM 15 sebab nak tahu tip diet dari program The Biggest Loser Malaysia punya... peh mujur aku membuat tindakan yang bijak , untuk tidak membelinya. Lagipun biasanya setiap kali service kereta , aku akan membaca majalah Cleo dan Women Magazine kat Produa service .
Lagi satu , sudah 2 tahun aku habiskan RM seribu setahun untuk beli buku... dan sebenarnya (peh macam lagu Yuna kikikiki.... ) , tak semua buku tu sedap untuk dibaca, sebab kadang - kadang aku terbeli buku yang berbalut dengan plastik, jadi tipah tertipu la juga sekali - sekala, jadi... mulai Sabtu ini, aku nak cari buku yang benar - benar best dulu di library lepas tu bleh la beli untuk simpanan. Doakan impian aku yang kecil ini jadi kenyataan !

5. Salah satu azam aku di opis ialah untuk memantapkan lagi Jawatankuasa induk yang aku pegang selama 3 tahun berturut - turut (nak buat macamana Boss dah sukerkan ?)
Oleh itu aku cuba melepaskan sedikit demi sedikit jawatan kecil yang aku rasa orang lain buleh buat, kalau aku tak ada pom menda buleh jalan...... TETAPI jeng - jeng - jeng.......
hari Selasa lepas, aku dipanggil oleh Boss X .... masuk dalam bilik dia, dia senyap seketika dan dia mulakan bicara dengan ayat "Saya nak minta tolong............."
adeh.... macam pernah aku dengar ayat ini 2 tahun sudah , mana buleh Boss minta tolong dengan staf bawahannya buat kerja, sebab DIA kan Boss ...... suruh sahaja, memang ler orang akan buat,
tapi dalam kes aku ni... ehem... sebenarnya aku buat kerja orang lain dan diluar bidang jawatankuasa aku , tiada surat perlantikan , kerja macam underground gitu, peh rasa macam mission imposible juga, jadi nak tak nak , aku hadapi sahaja dengan senyuman , bukan nak bangga diri cuma .............. sambung sendiri la adik - adik, akak nak mandi pulaks...

SMS 1 : aku rasa aku tulis panjang sket dari Mahathir kan ?

SMS 2 : Hidup mesti nampak rare tu kata - kata Arnab Si Peniup Seruling... buleh kenal dia disini.

SMS 3 : hari ni hari gaji ke ?